Monday, 13 August 2012

CHIFFON CHOCLATE CAKE topping CHOC CHIPS....

CHIFFON CHOCLATE CAKE


Assalammualaikum....
Salam pagi Isnin buat semua yang tersayang....ada yang kata "Blue Monday"....hehe....mana taknya...hari pertama bekerja setiap minggu...mendung jer muka tue hari nie....cuba tgk hari Jumaat....ermmmm...senyum sampai ke telinga...heehee
Apa2 pun....bila mencari rezeki...hati kena sepenuh hati...sebab itu la punca keberkatan kita....

Tak boleh nak celoteh panjang...sebabnya nak siap2 ke sekolah dah...N3 pagi nie adalah order daripada student asz, Presanth Nair....pencinta kek  :))

Kali nie dia order kek chiffon coklat topping buttercream n chips. Thanks dear for ur order...:))














Bahan-Bahan Untuk Kek:
  • 200 gm gula,
  • 200 gm tepung gandum;
  • 5 biji telur
  • 15 gm serbuk koko
  • 1/4 cawan air sejuk
  • 1/2 cawan majerin
  • 1 sudu kecil serbuk penaik
  • 1 sudu kecil esen vanilla

Cara-Cara Penyediaannya:
  • Pukul gula pasir dan telur hingga cair.
  • Masukkan esen vanilla,tepung gandum,serbuk koko dan serbuk penaik.
  • Gaulkan adunan hingga sebati
  • Kemudian masukkan air sedikit demi sedikit sambil di gaul rata.
  • Tuangkan majerin cair dan gaulkan hingga adunan sebati.
  • Masukkan adunan ke dalam loyang segi empat. Bakar dalam ketuhar dengan suhu 200'c selama 15 minit hingga masak. Sejukkan.











BUTTERCREAM 

Bahan-bahannya:
  • 80 gm butter
  • 250 gm creamwell
  • 1/2 cawan icing sugar
  • 1/4 cawan golden sirap

Cara-cara Penyediaannya:
  • Potong butter kiub. Satukan butter bersama cream wel dan pukul hingga kembang dan putih
  • Icing sugar di ayak. Masukkan icing sugar dan golden sirap ke dalam butter yg telah dipukul kembang tadi. Gaul rata semua bahan ini dengan menggunakan spatula aje hingga bercampur sebati.
  • Kemudian bolehlah di letakkan pewarna mengikut warna pilihan.
  • Masukkan butter cream dalam piping bag dengan nozel pilihan dan bolehlah paip kan pada kek.
  • Hiaskan kek mengikut kreativiti masing-masing.




















Saturday, 11 August 2012

BISKUT SANGGUL MUTIARA

BISKUT SANGGUL MUTIARA

Assalammualaikum dan selamat berhujung minggu semua....

Apa aktiviti hari nie yea????asz....lepas jer sahur...kepala dah mcm2 pikir...merancang aktiviti seharian hari nie...byk kerja2 yang tertangguh yang perlu disettlekan hari nie sebelum balik kampung petang nie....

Time2 macam nie la...rase mcm nak jadik macam Boboboi....boleh pecah 3!!!...hehe...tapi apakan daya 2 tangan nie juga lah yang kena buat...nasib baik rumah, cik abang dah kasi clear 2 hari lepas...so asz clearkan yg bahagian2 yg complicated dan perlukan kepakaran sahaja...hehe












Ok la...disebabkan masa yang mencemburui asz hari nie...hehe (mcm ayat syarahan la pulak)....asz nak tunjukkan biskut yang xbrapa nak menyanggul sangat....biskut sanggul mutiara

Mana taknya....asz buat kuih nie pukul 2 pagi sampai sahur...lps tarawikh trs terlelap...alih2 terjaga pukul 2 pagi..mata pulak dah xboleh nak tutup balik...tue yg mengagahkan diri buat kuih nie sampai ke sahur...asz buatkn guna acuan dahlia yang kecil....tue yang kelopaknya x brape nak mengancam.......ape2 pun bahan2nya mudah dan  rasonya sodap!!! Sebabnya asz sukakan perisa Strawberi yang ada dalam resepi nie......asz cedok resepinya dari majalah Saji.








BISKUT SANGGUL MUTIARA
Sumber:Saji(Ogos)

Bahan-bahannya:

Bahan A:
  • 100 gm mentega
  • 40 gm gula icing
  • 1 sudu kecil perisa strawberi
Bahan B:
  • 120 gm tepung superfine
  • sedikit pwarna merah jambu
Bahan Hiasan:
  • Cip coklat

Cara-cara Penyediaanya:
  • Satukan kesemua bahan A di dalam mangkuk.
  • Pukul hingga berkrim
  • Masukkan pula bahan B dan gaulkan doh sehingga lembut
  • Ambil sedikit adunan,masukkan ke dalam acuan.
  • Picitkan di atas dulang pembakar.
  • Hiaskan dengan cip coklat
  • Bakar dalam ketuhar pada suhu 170'c selama 15 ke 20 minit.
















Wednesday, 8 August 2012

BISKUT SUJI CRYSTAL

BISKUT SUJI CRYSTAL


Assalammualaikum...


Salam buat semua dari kejauhan...:))
Hari nie dah masuk hari yang ke-19 umat Islam berpuasa...sekejap jer dah nak meninggalkan Ramadhan...sedehnya....

Syawal pula makin hampir...
Aduhhh.....banyak lagi yang belum disiapkan lagi... terkejar rasenya tahun nie...asz buat jer la mana yang termampu...

















Hari nie asz nak tunjukkan biskut yang mudah dan bahannya juga senang nak dapatkan...xperlu nak pukul2 telur atau marjerin....gaul2...bulat2kan kecik...dah jadik sebijik....hehe

Biskut Suji....kalau buat dengan mak,time kecik2 dulu xde  kaler2 meriah nie...warna2 natural jer...sekarang mcm2 kaler letak...inovasi la katakan...hehe

Asz buat sebab arwah abah asz suka sangat kuih nie dulu...setiap kali raya sure mak buatkan...sekarang nie buatkan untuk mak pulak...mak dah pencen dari nak buat kuih raya nie...asz buatkan dua jenis kombinasi warna..yang pertama asz buatkan gabungan warna biru,kuning dan hijau. Yang kedua asz buatkan gabungan warna ungu,kuning,merah dan hijau....Kali nie asz ambil dari resepi Kak Wan...nampak menarik sebabnya kak wan tambahkan badam kisar dalam resepinya...:))


































BISKUT SUJI CRYSTAL

Sumber: Kak Wan


Bahan A - Diayak bersama

  • 250 gm tepung gandum
  • 1 sudu teh serbuk penaik
  • 1 sudu teh baking soda

Bahan B
  • 125 gm gula icing
  • 1/8 sudu teh garam
  • 100 gm badam kisar - di pangang 
  • 1/2 sudu teh perisa vanila
  • 200 gm minyak sapi - dicairkan dan disejukkan
  • pewarna hijau, merah, dan kuning


Cara-cara Penyediaannya:
  • Satukan bahan A dan bahan B kecuali pewarna ke dalam sebuah bekas.
  • Gaul perlahan-lahan hingga menjadi satu doh yang lembut
  • Rehatkan adunan selama 20 minit atau lebih
  • Bahagikan doh kepada 3 bahagian dan letakkan pewarna secukupnya
  • Susunkan doh-doh ini kepada satu doh yang panjang dan bahagikan doh ini kepada 10 gm setiap satu.
  • Susun doh ke dalam dulang pembakar
  • Panaskan ketuhar. Bakar doh pada suhu 150 C selama 15 - 20 minit
  • Biarkan sejuk setelah masak.
  • Kemudian salutkan dgn gula caster






















Saturday, 4 August 2012

MARBLE CUPCAKES

MARBLE CUPCAKES

Assalammualaikum dan salam sayang buat semua yang sudi menjenguk2 ke dapur Asam Garam...

Selamat berhujung minggu...sure xtvt penuh cuti2 nie kan...??? Ada yang sibuk bershopping untuk persiapan raya...ada yang sibuk mengukis dan ada yang sibuk menjadi cleaner rumah hari nie....hehehe...

Al-maklum bahang raya dah mula terasa...lagu2 raya pun dah mula menjadi pilihan DJ2...lagi la asyik mendengar sambil2 menguli2 tue...hehehe...jgn sampai kuih cantik jadik arang sudah la kannnn...hehehe...rakan-rakan blogger jugak ramai yang dah rancak mengupdatekan biskut2 raya masing2...kalau yang lebih2 tue pas2 la asz sebalang dua...:))








N3 asz pepagi nie adalah cupcakes yang ditempah bersama kek chiffon yang lepas,tempahan daripada Cikgu Tisya...cupcakes nie untuk pelajar2 Prasekolah..dan keknya untuk ibu bapa yang hadir...asz buatkan marble cupcakes dan bertoppingkan buttercream yang ditaburkan dengan red choc ball....terima kasih sekali lagi buat Kak Azira...:))







MARBLE CUPCAKES


Bahan-bahannya:
  • 300 g butter
  • 300g gula caster
  • 320g tepung gandum
  • 5 biji telur (grade B)
  • 1 sudu teh esen vanila
  • 1 sudu teh baking powder
  • 1/2 cawan susu segar


Cara-cara Penyediaannya:
  • Pukul butter dengan gula sampai kembang.
  • Masukkan telur satu per satu.
  • Masukkan tepung yang diayak dengan baking powder berselang seli ngan susu dan kacau.
  • Masukkan adunan ke dalam cup atau kalau nak buat kek masukkan saja ke dalam loyang kek.
  • Kalau nak marblekan dia, bahagi lah berapa warna yang diminati, Marblekan dengan mengunakan lidi satay.
  • Bakar pada suhu 150'C selama 30 minit bagi cupcakes dan bagi kek 160'C untuk 1 jam.
  • Sebelum keluarkan dari oven test dgn lidi dulu...cucukkan ditengah2nya...kalau xde yang melekat tandanya kek dah sepenuhnya masak..:))












BUTTERCREAM 


Bahan-bahannya:
  • 80 gm butter
  • 250 gm creamwell
  • 1/2 cawan icing sugar
  • 1/4 cawan golden sirap

Cara-cara Penyediaannya:
  • Potong butter kiub. Satukan butter bersama cream wel dan pukul hingga kembang dan putih
  • Icing sugar di ayak. Masukkan icing sugar dan golden sirap ke dalam butter yg telah dipukul kembang tadi. Gaul rata semua bahan ini dengan menggunakan spatula aje hingga bercampur sebati.
  • Kemudian bolehlah di letakkan pewarna mengikut warna pilihan.
  • Masukkan butter cream dalam piping bag dengan nozel pilihan dan bolehlah paip kan pada kek.
  • Hiaskan kek mengikut kreativiti masing-masing.