faa's important things

pengikut tuan punyer blog

faa's collection

ayam (46) brownies (1) bubur (5) cake (27) chocolate (32) crepe (11) crepecake (1) cupcake (2) daging (21) desserts (65) drinks (18) icecream (3) ikan (16) itik (1) japanese food (5) just.kawan.faa (10) juststory (56) kimchi (2) korean food (7) kuih raya (6) kuih tradisi (16) lauk simple (22) lovers (42) meals (62) mee (25) mexican food (1) mysayangs (27) nasi (20) pancake (3) pasta (2) pastry (8) pie (1) pizza (1) popcorn (2) practical training (6) pudding (18) roti (21) sayur (38) seafood (17) simply faa's recipe (217) snack (32) soup (19) study (10) telur (7) tentangfaa (36) walking-walking (37) western food (40)
Showing posts with label icecream. Show all posts
Showing posts with label icecream. Show all posts

Thursday, June 27, 2013

Lava Chocolate Cake


sekali lagi amek kesempatan lari dari tension memahami membaca menghafal menelaah subjek Hotel Design and Layout yg papernye esok. tibe tibe tekak ni teringin sangat nak Lava Chocolate Cake ni. terbayang2 lagi kek coklat yg gooey, hot melted inside and crunchy outside, more heaven when eat with a scooped of cold vanilla ice cream. pergh!! teringin! teringin!


tapi hanya mampu update blog dan tatap gambar je laa bila kat Melaka ni xleh nak buat kek ni. sob sob. faa taw faa akan menyesal lepas update ni sebab akan teringat2 kat kek ni. tapi apakan daya....... jom laa tengok resepi mudah n sedap ni yang diambil dari ABM. thanks ABM n faa mintak izin share resepi gojess ni kat sini ya. temkiu temkiu.


LAVA CHOCOLATE CAKE

  • 150 gm dark chocolate - cincang halus
  • 70 gm butter
  • 3 biji telur
  • 1/2 cwn gula
  • 1/4 cwn tepung gandum - ayak
  • 1 sk esen vanilla
~panaskan oven 200C.
~double boiled dark chocolate. (masukkan secawan air dalam periuk kecil, biar hingga mendidih. letak mangkuk besi/kaca atas periuk. masukkan dark chocolate dan kacau hingga cair. pastikan air tak kena pada mangkuk.)
~tutup api dan masukkan butter. kacau hingga butter cair.
~dalam mangkuk lain, putarkan telur dan gula hingga gebu dan pucat. masukkan esen vanilla dan putar lagi.
~masukkan coklat tadi sedikit demi sedikit sambil dikacau laju supaya telur tu tak masak. kacau rata.
~masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit dan kacau menggunakan kaedah kaup balik hingga rata.
~masukkan ke dalam cupcake paper hingga 3/4 penuh. jangan penuh sangat nanti melimpah. boleh juga guna bekas remekin, tapi gris dengan sedikit butter dulu.
~bakar 12-15 minit bergantung pada oven. hidang suam-suam bersama dengan aiskrim vanilla.


tengoklah tu bila kek yg suam makan ngan aiskrim vanilla. cair tuuuuuu!!!!sedapppp!!!!


 yang kat bawah ni tanpa aiskrim. saje nak bagi close-up sikit.

 amacam? melting tak?

Monday, April 15, 2013

Fake Fried Ice Cream



apa khabar uolls uolls semua? lama kan faa menyepi. sebab apa menyepi? sebab tak boleh main masak-masak so bila tak masak, tak update blog. hehe. thats me. 

faa bukanlah berblog untuk bercerita 100% pasal diri faa, gossip or sowhatever. major business dalam ini blog ialah resepi. so faa rasa most of the entry dalam blog ni semua pasal makanan kan? tapi yang faa rasa agak terkilan bila ada seorang insan JUARARANCANGANREALITIMASAKAN ni dah ciplak resepi faa. ciplak versi copypaste tanpa edit. tapi gambar makan, gambar dia. sedih woo. tapi kita ni sape laa berbanding dgn dia so buat bodo je la kan. orang semua yg dah try resepi tu semua puji dia. kita ni tengok je laa. redhoo. hikhik.


ok relax-relax faa. mujur nak start update harini dengan resepi benda yg agak cool. sejuk sikit hati. oke ni nak cite. 2 hari lepas faa dengan housemate merangkap classmate (Amoy n MyraJB) g teman housemate kitaorang yg tinggal sengsorang je kat rumah sewa dia. kebetulan kami ber3 tak balik so ok je. dia ni tinggal dengan family. kiranya dia sewa bilik je la. so makcik rumah tu bagi kami tumpang n boleh masak-masak. soooo apa lagi kan, pulun masak tanpa henti. hehe. first thing first faa buat, ni haa. FAKE FRIED ICE CREAM. 


al-kisahnya, aritu faa baca blog ABM, dia post dessert ni. perghh. menggoda siot! terus laa copy resepi. resepi senang pulak. mula-mula pelik gak apsal panggil fake fried ice cream kan. rupanya fixikalnya nmpak mcm fried ice cream tp realitinya ianya tak digoreng. lagi memudahkan kerja.

thanks ABM for the recipe! tapi ABM punya lagi comel tulus dan mulus. faa punya sememh comot momot! jom tengok fake fried ice cream dia! click *_* . tapi faa ubah ikut kesesuaian anak tekak ya. hehe. minta izin.

FAKE FRIED ICE CREAM

  • 3 cwn corn flakes - dimasukkan dalam plastik dan ditumbuk/diketuk/dibelasah smpai hancur. nak senang blend kering. hehe.
  • 1 1/2 sudu butter cair
  • 2 sudu gula castor
  • 1 sk serbuk cinnamon - faa tak letak sebab tak suka. faa gantikan dengan 1 sudu madu
  • vanilla ice cream secukupnya. - ikutla nak guna apa-apa perisa pon.

~panaskan oven 180C. 
~gaul semua bahan kecuali aiskrim sehingga sebati. 
~alas dulang dengan baking sheet. takde pon takpe.
~ratakan cornflakes tadi dalam dulang.
~bakar 5 minit atau hingga keperangan sedikit.
~kacau-kacau dan gemburkan bagi sekata.
~bakar lagi 5 minit atau hingga perang.
~sejukkan sehingga betul-betul sejuk. 
~scoopkan aiskrim menjadi bebola besar. golekkan dalam cornflakes yg sejuk tadi hingga rata. susun dalam bekas. buat dengan cepat dan hingga habis.
~masukkan dalam peti sejuk beku dan sejukkan selama lebih kurang 2 jam. lagi lama lagi best.
~makan dengan chocolate or strawberry syrup, toblerone chunks or anything!


\\

senang kan? cubalah taw. tapi faa punya ni nampak comot atas beberapa kesalahan yang diterima atas sebab gelojoh :
  • cornflakes tak beberapa hancur
  • terlebih butter
  • bakar cornflakes menggunakan microwave so agak kehangusankepahitan sedikit
  • :)
tapi walaupun agak tak menjadi, tetap licin sebab seronok memasak dengan kawan-kawan n makan sama-sama. hihik.






Saturday, March 9, 2013

Ice Cream Cake Faaskin Robin. hahahahaha


how are u olls? dah dinner? malam ni faa makan maggi goreng segera + hot green tea. tak g beli makan pon. not in the mood sangat sebab weekend faa dipenuhi dengan ceramah dan modul. tadi 1/2 hari tengok movie kenegaraan tajuk 'Tanda Putera'. inilah satu-satunya movie genre sejarah negara yang faa boleh terima sebab tak membosankan. atau mungkin sebab ianya free? hehe. tak juga, banyak juga movie kenegaraan yang faa tengok free sebelum ni tapi semua membosankan. Tanda Putera yg isunya filem politik sebenarnya bagi faa bukan filem politik mempecah belahkan negara, tapi cerita tentang pengorbanan dan usaha 2 orang bekas pemimpin negara, Tun Dr Ismail n Tunku Abd Razak. menarik jalan cerita dia tapi ada konflik nak siarkan kat panggung. apa konfliknya? google la sendiri. hehe.


panjang pulak ceritanya ya. rilek. faa bukan nak cerita pasal politik pon. kang jadi blog panas plak kan. tak pasal-pasal cair kek eskrem faa ni kang. heuheu. inilah masakan terakhir yang faa buat sebelum masuk sem baru 2013. rindu pada dapur, oven, tepung, gula, utensils, camera semua dah tahap berkilo-kilo dah ni. 


sebenarnya ini juga hasil cabaran kawan baik aku yang sekarang sedang bertarung demi kerjaya impian dia di Tanah Arab, Eychah. sebelum dia gerak kesana menjalani training sebagai Flight Attendant selama 6 minggu, dia ada cabar faa buat kek eskrem. so faa nekad, before faa busy dengan buku, faa nak juga sahut cabaran dia, haaa. nah Siti Aishah Sakinah, kek eskrem sebijik! tapi awak tak boleh rasa sebab awak jauh. tehee. jamu mata je ya.


kek eskrem faa ni mudah je. main campak-campak je. hehe. nak kemas susun laa elok sikit ya. faa ni pemalas. dengan takde hiasanya, kek togel je. mujur swiss roll giant tu ada warna sikit. kalau tak lagi nampak bogel je. heuheu. jom la tengok resepi.


ICE CREAM CAKE FAASKIN ROBIN

  • 1 biji swiss roll / kek sponge biasa - faa guna swiss roll kecik-kecik warna-warni yg ada jual kat Giant tu. kek dia sedap.
  • 2 box kecil / 1 box besar aiskrim perisa pilihan - faa pilih 1 perisa strawberry n 1 perisa vanilla cookies
  • manik warnawarni / coklat cip / buah2 yg dipotong dadu kecil / kitkat hancur / oreo hancur - ikut suka. tak nak pon takpe
  • plastic wrap
  • loyang tinggi bersesuaian
~keluarkan 1 box kecil aiskrim dalam peti dan biarkan 20 minit suhu bilik
~alaskan loyang dgn plastic wrap. lebihkan plastic wrap cukup untuk tutup bahagian atas kek nanti.
~hiris swiss roll selebar 1 inch. susun swiss roll rapat-rapat dalam dulang yg dialaskan plastic wrap.
~tuang 1 box kecil aiskrim hingga habis dan ratakan. tabur manik warna-warni or ikut pilihan nak tabur apa. 
~tutup permukaan aiskrim dgn plastic wrap lebihan tadi. sejukkan dalam peti sejuk beku selama 1 jam.
~20 minit sebelum keluarkan kek aiskrim, keluarkan 1 lagi box kecil aiskrim dan biar suhu bilik.
~keluarkan kek aiskrim. bukak plastic wrap dan tuang habiskan 1 lagi box kecil aiskrim dan ratakan. hentak-hentak loyang sedikit bagi aiskrim rata. balut semula dengan plastic wrap.
~masukkan dalam peti beku dan biar 4 jam atau lagi sedap semalaman.
~bukak plastic wrap, letak pinggan atas dulang dan telangkupkan dulang. keluarkan kek eskrem dari dulang perlahan-lahan. buang plastic wrap dan  potong dan hias ikut suka. makan!



kita kena laa kreatif nak buat kek aiskrim ni. jimat pon jimat. tak payah berbelanja mahal pon boleh makan kek eskrem kan? kalau nak buat hari jadi pon boleh. tapi bila saat nak potong laa baru keluarkan dari peti sejuk beku n biar kek ni semalaman baru sejuk elok. selamat mencuba!