Showing posts with label Nasi. Show all posts
Showing posts with label Nasi. Show all posts

Friday, November 6, 2020

Nasi Goreng Tomyam


Hari ni masak Nasi Goreng Tomyam

"NASI GORENG TOMYAM" by "MARIANA ZAINAL"

RESIPINYA
 
4 Cawan Nasi sejuk
3 S/B pes tomyam
Sedikit isi ayam - dipotong kecil
Sedikit udang - 10 ekor
1/2 batang lobak merah - dihiris 
Sedikit sawi (dihiris) - lieza tak letak gantikan kobis
Jagung muda - lieza tak letak
1 S/B sos tiram (tak letak pun takpe, jika letak lagi sedap)
12 biji cili padi ditumbuk - nak lagi pedas bole tambah
1 biji bawang besar - dipotong dadu
3 ulas bawang putih - dicincang halus
3 helai daun limau purut - di racik
2 senduk minyak untuk menumis
Garam secukup rasa
Sedikit Bahan perasa (optional) 
- Lieza tambah hirisan 2 batang serai dan 2 s/b cili kisar. 
 
 
Cara-cara
  1. Panaskan minyak, tumiskan bawang besar, bawang putih, cili kisar dan cili padi sehingga layu.
  2. Masukkan isi ayam, kacau sebentar
  3. Masukkan lobak merah dan jagung muda
  4. Masukkan pes tomyam, sos tiram dan udang, kacau ratakan.
  5. Masukkan sawi/kobis dan nasi, taburkan garam dan perasa
  6. Kacau hingga rata, sesuaikan rasa
  7. Sedia dihidang 
 

Tuesday, October 6, 2020

Nasi Goreng Sosej


Nasi Goreng Sosej
Sumber : IG Airtangan_tunkuazizah

Nasi Goreng Sosej ni resepi dari airtangan_tungkuazizah, alhamdulillah anak2 suka.

Bahan2
Nasi 
Sosej - ikutlah nak byk mana- dihiris
2 ulas bawang putih - ditumbuk
3 biji telur
Cili api/cili besar - dihiris
Garam
Kicap lemak manis
Daun sup - dihiris

Cara2

- Goreng sosej yg telah dihiris hingga masak kemudian angkat.
- Tumis bawang putih sehingga kekuningan.
- masuk kan telur biarkan
- masukkan Nasi, sosej, cili, daun sup dan garam kacau balikkan...
- Last masukkan kicap dan kacau sebati
- sedia dihidang

Friday, July 3, 2020

Nasi Ayam Rafiza Idayu

 
 Cara2 buat Nasi Ayam Rafiza Idayu
Sumber : FB
 
 Tips penting bagaimana hendak membuat ayam kita juicy.
 
1. Masak air hingga mendidih
2. Dah menggelegak baru masukkan ayam. Ayam pilih 2kg ke atas. Terpulang nak potong 12 ke, nak potong 4 ke atau ayam seekor direbus.
3. Tutup periuk (wajib) dan masak hingga 5 ke 6 minit. (Kalau ayam seekor mungkin perlu tambah 3 ke 4 minit).
4. Api mesti besar.
5.Guna air yg banyak kerana kita akan menggunakan air rebusan utk Nasi, sup, sambal nasi ayam dan kicap nasi ayam

*Tujuan kita gunakan air mendidih sebab kita nak perangkap jus ayam kekal di dalam daging ayam tersebut. Pastikan air yang banyak hingga tenggelam ayam.

Rendam beras dengan kunyit dalam 15 minit dan toskan.

Memadai 1 kecil sudu serbuk kunyit sahaja. Kita hanya mahu nasi ayam kita kuning kuning krim sahaja. 
 
Tips penting.

Ini kita dalam proses nak keluarkan lemak ayam. Lemak ayam inilah sebenarnya the ultimate secret dalam pembuatan nasi ayam.

Lemak paling banyak di bahagian b*nt*t ayam.

Jangan buang, ambil lemak tersebut untuk kita gunakan dalam proses seterusnya
 
Bahan utama untuk menghasilkan NASI AYAM.

1. Beras
2. 2 ulas bawang putih
3. 1 inci halia
4. Kiub pati ayam (optional)
5. Bay leaf (atau daun pandan) - untuk wangi
6. Lemak ayam
7. Air rebusan ayam
8. Serbuk kunyit 
 
Panaskan lemak ayam dalam rice cooker. Tutup. Biarkan lemak ayam bertukar dan mengeluarkan minyak.

Buang lemak yang tertinggal dan masukkan bawang putih dan halia yangvtelah ditumbuk halus.
Masukkan bay leaf dan kiub pati ayam.
Masukkan beras. Perhatikan kita ingat sukatan beras banyak mana sebab nanti air yang akan dimasukkan juga sama sukatannya dengan sukatan beras tadi.
Masukkan beras dan masak sebentar.
Masukkan air rebusan ayam sama sukatan dengan beras.
Air ngam ngam dgn sukatan beras td sebab beras dah kembang masa kita rendam - CONTOH 1 LITER BERAS, 1 LITER AIR.
Kemudian pindah kan ke rice cooker - jika menggunakan rice cooker yer
Biarkan nasi masak seperti biasa.
 
RESEPI PERAPAN AYAM
=====================

Resepinya :
1. 2 ulas bawang putih (ditumbuk)
2. 3 sudu madu
3. 2 sudu sos tiram
4. 1 sudu kicap pekat
5. 1 sudu minyak bijan (optional)
6. Sedikit lada sulah
 
 
  *tidak perlu letak garam kerana sos tiram sudah masin - terpulang jika nak letak
 
Di dalam satu mangkuk, campurkan semua bahan tadi.
Perap ayam yang telah direbus tadi.

Panaskan minyak macam menggoreng ayam.

Dah perap 15 minit dah boleh goreng dah.

Terpulang sama ada nak menggoreng, gril dalam oven atau panggang atas arang. Resepi ini boleh digunakan. - Lieza panggang guna pemanggang ajaib
 
Apabila minyak betul betul panas. Masukkan ayam.

Tengok buih dalam minyak membuat macam itu bermaksud api betul betul panas.

Saya suka memasak guna api sederhana kecil. Minyak panas sepenuhnya walapun mengambil masa.

Kalau api besar, pemanasan mengejut nanti luar macam dah garing sangat, isi dalam belum berapa masak
Kita nak matikan air sahaja. Tidak terlalu garing. Sama masak dalam 5 minit ke 7 minit sahaja.    
 
 Resepi sambal nasi ayam.

1. 6 biji lada merah (dalam gambar 2 sebab saya lupa ambil gambar masa prepare tadi)
2. 2 ulas bawang putih
3. 1 sudu jus limau nipis - lieza guna cuka
5. Sedikit halia (anggaan 1 ruas jari kelingking)
4. 4 sudu gula
5. 1 sudu kecil garam
6. Air rebusan ayam 3/4 cawan (200ml)

7. 1 sudu kecil tepung jagung yang dilarutkan dengan 2 sudu air (ayu tak letak, saje nak cuba resepi tanpa tepung jagung) - lieza tak letak tepung jagung sbb suka kecairan,
Blender semua bahan. Masukkan air rebusan tadi.

Tips : Bawang putih, lada dan halia tadi mesti potong kasar sebelum masuk blender. Kalau masuk sebiji sebiji bawang putih nanti tak hancur
Masukkan dalam periuk, masak guna api kecil.Ingat, jangan masak guna api besar. Kita nak semua bahan mesra mesra gitu. Barulah sedap masakan kita  
Dah mendidih, masukkan gula, garam dan perah limau nipis. - lieza letak cuka
 
Bahan sos kicap.
Ambil lebihan perapan ayam dan masak hingga mendidih. Tambah air rebusan ayam. Boleh dipekatkan dengan tepung jagung.
 
Bahan Sup
Lieza guna air rebusan ayam dan didihkan, kemudian masukan kiub ayam, bawang goreng dan tabuur daun sup dan daun bawang.
 
 
Siap dan boleh dihidang bersama salad2, timun dan tomato  

 

Wednesday, July 2, 2014

Nasi Goreng Ikan Masin Ala Thai


Kali ni Lieza nak share menu bersahur pulak yer.... Nasi Goreng Ikan Masin Ala Thai
resepi yg di kongsi dari Dapur Azie Kitchen
 Tibalah giliran lieza pulak memanjangkan resepi ni kat sini, terima kasih kepada penyumbang resepi ini. Bagi lieza resepi ni memenuhi citarasa kami juga walaupun pepagi bersahur tp tetap selera....sedapppp..

Nasi Goreng Ikan Masin Ala Thai

Bahan-bahan 

Nasi secukupnya
1/2 labu bawang besar - dihiris
4 ulas bawang putih  -di ketuk
8 biji cili padi - diketuk
3 keping ikan tenggiri masin- buang tulang
2 sb sos tiram
1 sb sos ikan
2 helai kailan - lieza gantikan sawi jer stok kailan takder
1 btg kacang panjang - dipotong kecil
Karot - hiris panjang
2 biji telur
Sedikit garam - rasakan dahulu

Cara-cara
Panaskan minyak dan tumis ikan masin, tekan tekan sikit dgn sudip supaya hancur. Bila ikan masin nak garing masukkan bawang besar, bawang putih dan cili padi. Tumis sampai naik bau masukkan sos tiram dan sos ikan.

Masukkan kacang panjang, karot dan kacau hingga karot lembut.

Ketepikan rencah dan tuangkan telur. Masukkan nasi dan kacau supaya telur bersalut dengan nasi. Boleh letak garam sikit kalau belum masin.

Bila nasi dah nak masak baru letak daun kailan. 

Siap utuk dimakan....

Tuesday, April 1, 2014

Nasi Kuning K.Nor..


Nasi Kuning...nasi kuning...nasi kuning...sapa nak, angkat keyboard yer..ada???
Uishhh dah lama tak letak N3 nasi kuning ni tau... bukan lama tak buat tau lama tak masukkan dlm blog...yelah kan nanti org jemu pulak tgk asyik2 menu yg sama...tp nak buat camner dah mmg jd kegemaran kami sekeluarga....Nasi Kuning yg entah berapa kali Lieza buat pun tak tau dah..kiranya dah byk kali tp tak letak dlm blog....
Jadi hari ni Lieza nak letak juga...Nasi Kuning kali ni Lieza pairkan dgn Ayam mask madu guna perencah segera maggi...saja nak mencuba yg segera2 ni..mana ler tau kan kot kot sedap..
(kita cuma perlu tambah bawang besar dan halia shj)...tp bole dikatakan sedap la juga perencah segera Maggi ni...boleh lah tak mengecewakan tekak cumanya ada kurang pedas sikit...next time kalau guna bole ler tambah cili2 yg sepatutnya...
walau apa pun anak2 tetap suka...tu yg penting..

Resepi nasi Kuning Kak Nor

NASI KUNING
resipi : K.Nor@SecubitGaram

Bahan:
4 cawan beras (cawan sukatan rice cooker)
1 btg kulit kayu manis
5 kuntum cengkih
1/2 labu bawang besar ~ dihirs halus
3 ulas bawang putih ~ ditumbuk
1in halia ~ diketuk
2 helai daun pandan
garam
sedikit pewarna kuning
air **
1 sudu besar minyak sapi
1 sudu minyak

Cara:
Basuh beras dan rendam selama 10 minit. Toskan.
Panaskan minyak dan minyak sapi dlm periuk nasi (rice cooker)
Masukkan kulit kayu manis dan cengkih.
Masukkan juga bawang besar. Goreng hingga wangi dan bawang layu.
Masukkan bawang putih, halia dan daun pandan.
Bila bawang putih menjadi kekuningan, masukkan air dan biarkan hingga mendidih.
Masukkan garam dan pewarna kuning.
Masukkan beras dan biarkan seketika.
Alihkan periuk ke periuk nasi dan masak lah sehingga nasi masak.
Hidangkan bersama Gulai Ikan Aya, Acar Timun Mentah dan Sambal Belacan

Inilah Perencah Segera Ayam Madu Maggi
(gambar belas ehsan abg Google)

Monday, June 10, 2013

Nasi Minyak Hujan Panas



  
Nasi Hujan Panas ni dah berkali Lieza buat..sbb tu gambar kat bawah lain dan yg atas ni lain...(lain dari segi warna jer) kadang2 puas dok pikir apa lah nak masak nih....belek punya belek..tertarik resepi Nasi Hujan panas nih....haaaaa mungkin anak anak suka sbb colourfull kan....
Memula perkenalkan nasi ni pada anak2 Lieza kata nasi rainbow..haaaaa betapa excited dorang nak makan...dan alhamdulillah anak2 pun suka sgt...tu yg berkali2 dah buat...setiap kali dorang request mesti sebut Nak nasi rainbow....jadi nasi ni lebih dikenali Nasi Rainbow oleh anak2 Lieza...Lieza masak utk anak2 makan jer...ikut tekak sendiri sesekali bole lah...tp kalau selalu...adooiiiii...tak larat nak makan...


Resepi yg simple dan sedap ni Lieza ambil dari MyR resepi dari Makyong..

Bahan-bahan ( 5 orang )

  • 4 cawan beras basmati- Lieza guna beras biasa jer
  • 5 cawan air
  • 2 kiub ayam
  • 2 helai daun pandan
  • pewarna merah, kuning dan hijau
  • [bahan tumis]
  • 1/2 inci halia
  • 2 ulas bawang putih
  • 1/2 biji bawang besar
  • 2 sudu besar minyak masak
  • 1 sudu besar minyak sapi
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 3 kuntum bunga cengkih
  • 3 biji buah pelaga
  • [bahan hias]
  • bawang goreng
  • kismis

Cara-cara

  1. Cuci beras dan rendam selama 10 minit. Toskan.
  2. Hiris nipis-nipis halia dan mayang semua jenis bawang
  3. Panaskan minyak dan tumiskan semua bahan tumis sehingga bau wangi
  4. Masukkan beras dan gaul rata.
  5. Masukkan air, kiub ayam dan daun pandan.
  6. Masaklah nasi sehingga masak
  7. Bila nasi kering, letakkan 1-2 titik untuk setiap pewarna kuning, merah dan hijau ditempat yang berasingan. Bila dah masak, gembur-gemburkan nasi tu.
  8. Hiaslah dengan bawang goreng, gajus atau kismis jika suka

Monday, February 11, 2013

Nasi Minyak



Buat nasi minyak, bukan kepingin tapi buat utk Enas yg tak suka mkn masi putih... so sebagai Ibu aka tukang masak kena dok fikir dan cari idea tak pun cari resepi2 yg berasas nasi yg berasa...(pas ni bertambah perisa la Ibu dia)....agak2 boleh ke kalau masak begitu begini tp Ibu tak yah mkn, tgk jer takpun suapkan anak2 jer????huuhhh boleh kee lieza....??? hehehehe
Resepi ni lieza amik dari resepi Kak Hanieliza, bila google kuar yg resepi ni. Jadi just followw je lah...dan sini lieza salin semula resepi dari dapur K.Liza.



Nasi Minyak

NASI MINYAK

Bahan A
1 kg beras bathmati
3 sudu besar minyak sapi
1 liter air
1/2 cawan susu cair ] bancuh
1/2 cawan air ]
50 gm daun ketumbar ] potong pendek
50 gm daun pudina ]
1 cawan kismis kuning
1 sudu besar perwarna kuning dibancuh dgn 1/2 cawan air
garam secukupnya

Bahan B
3 ulas bawang merah ] hiriskan
3 cm halia ]
5 cm kulit kayu manis
3 kuntum bunga lawang
5 kuntum bunga cengkih
3 kuntum buah pelaga


Cara
1. Beras dibasuh dan rendamkan selama 30 minit. Tapiskan.
2. Masukkan semua bahan B dalam periuk dan masak sehingga mendidih.
3. Masukkan beras, kismis, daun ketumbar dan daun pudina.
4. Biarkan nasi masak saperti biasa.
5. Bila telah masak siramkan bancuhan susu cair.
6. Curahkan bancuhan pewarna kuning keatas nasi pada 3 tompok yang berasingan.
7. Masakkan lagi sehingga nampak nasi cantik.
8. Gemburkan nasi perlahan dan hidangkan.

Saturday, June 16, 2012

Nasi Goreng Ikan Masin + Sambal Belacan Epal



Terliur dgn tayangan menu nasi goreng ikan masin ni kat dapur K.Nor hari tu... hari ni lieza merealisasikan impian tekak ni...hehehe...sekali buat satu rumah dok bau ikan masin ni.. semerbakkkkk...2 jam selepas pun masih meninggalkan kesan bau yg membuatkan hati meronta2 laparrrrrr... ngeh ngeh ngeh..
Kalau diikutkan semua masakan yg lieza tgk mmg buat terliur... tp seperti biasalah buat yg paling mudah nak buat, malas ke apa tak tau ler... tp gitu ler...jom la tgk resepi ni yg lieza amik kat dapur K.Nor secubitgaram...

Apalagi jom la masak menu ni sedappppppppppp!!!!!!


NASI GORENG IKAN MASIN
resipi : Che'Iza@Myresipi
sumber : K.Nor@SecubitGaram


Bahan-bahan ( 2 org )
3 mangkuk nasi
1/2 labu bawang besar dihiris
2 ulas bawang putih di ketuk
8 biji cili padi diketuk
Ikan tenggiri masin sebesar 2 jari dipotong kecil.
2 sb sos tiram
1 sb nampla (sos ikan)
2 helai kailan
1 btg kacang panjang dipotong kecil
lobak merah di potong kecil
sedikit garam (tu pun kalau sos tiram tak masin)

Cara-cara
Tumis ikan masin, tekan2 sikit dgn sudip biar dia hancur sikit2.

Bila ikan masin nak garing masukkan bwg besar, bwg putih n cili padi. Tumis sampai naik bau masukkan sos tiram n nampla.

Masukkan kacang panjang, lobak merah n nasi gaul rata. boleh letak garam sikit kalau sos tiram tu tak masin.Bila nasi dah nak masak baru letak kailan. Siap utuk dimakan....

Read more: http://www.secubitgaramnor67.com/2012/06/nasi-goreng-ikan-masin-ayam-ala-kepci.html#ixzz1xwZyQEUX



Bersama ni lieza mkn dgn sambal belacan epal hijau resepi dari dapur Izah Daut muffin lover yer... bukan izah ombak rinduuuuu ... hehehehe jom tgk resepi mudah yg mmg sedap bagi penggemar2 sambal belacan.... pestime juga tau lieza buat... mmg berbaloi mencuba...


SAMBAL BELACAN EPAL

1 biji cili merah*
6 ulas cili padi*
1 ulas bawang putih*
1 biji bawang merah kecil*
belacan sebesar ibu jari
epal hijau masam
garam & gula jika suka

Caranya:
Hiris bahan *. Panaskan sedikit minyak dan goreng sebentar bahan hiris sehingga layu dan belacan.
Angkat dan tumbuk sehingga hancur. Cincang nipis epal hijau dan ditumbukkan sedikit ke dalam sambal tadi.
Kemudian rasakan dengan garam dan gula jika suka.

Thursday, February 2, 2012

Nasi Lemak Tumis


Pertama kalinya nampak Nasi Lemak Tumis ni kat Dapur Izah Mapin...saborjer duluuu...ehhhhh tak sampai beberapa hari dah merebak bagaikan virus nasi ni menyerang...perghhhh dasatttttt..dan akhirnya lieza pun sambut juga virus nasi lemak tumis ni...perghhh sedap harum semerbak baunya...sesekali kan kalau buat kelainan pada nasi lemak ni mmg bebaloi..sedapppp...terima kasih pada penyumbang resepi dan penyebar2 virus nasi ni...heheheh...Izah..akak pun terjebak dan teracun dgn kata2 manis pasal nasi ni..tp mmg berbaloi dan sedap la izahhhh...akak nak minta izin nak sebar2 kan kat sini pulak...

NASI LEMAK TUMIS
resepi: kak Jun
sumber: Mamasya, kak Yatie dan Noorsha

Bahan-bahan ( 5-6 orang )
3 cawan beras
2 cawan santan
2 cawan air
1/2 sudu besar halba
1 daun pandan
1 cm halia-hiris halus
1 batang serai-titik
2 biji bawang merah-hiris
garam secukup rasa
1 sudu minyak + 1 sudu minyak sapi


Cara-cara
Panaskan kedua-dua minyak, tumis bawang dan halia hingga garing.
Masukkan air dan santan, kacau hingga pecah minyak.
Bila mendidih, masukkan beras, daun pandan, halba, serai n\dan garam.
Pastu masak seperti nasi lemak biasa..
Hidangkan bersama sambal tumis ikan bilis/udang/sotong, timun, telur dan ikan bilis goreng.

Nota Dapurmamasya
Utk nasi lemak kuning ni , tambah 1 sb kunyit semasa masukkan santan dan air.

Monday, January 16, 2012

Nasi Pilaf + Ayam Sosha Istimewa+ Kerabu Epal

Salam dipagi Isnin utk semua pengunjung yg di sayangi...pagi ni curi masa sikit utk update blog, rasanya hanya sempat utk letak N3 nanti kalau masa mengizinkan Lieza jejalan melawat dapur semua kengkawan..kala ini hanya sempat jeling2 dan intai kat tingkap jer dulu..rasanya masa tidak cukup jer...yelah kan jap lagi nak cepat2 masak pas tu kul 12 nak pergi ambik Enas dan Eryna..Enas setiap Isnin dan Selasa pukul 12.10 dah habis waktu...Rabu dan Khamis 12.40 pas tu Jumaat 11.40...Eryna biasalah 12.00-12.30 dah boleh ambil dari sekolahnya..jadi diwaktu pagi nih apa2 pun kena cepat2..belum lagi nak layan Muaz yg nak ngemping tido..haaaa...gitu ler citenya..org kata mana sempat nak rasa bosan dok kat umah nih..tak sempat pun nak rasa bosan..masa betul betul terisi...tup tup dah tgh hari..tup tup dah petang..tup tupppp dah menjelma pagi esoknya....huhhh cpt masa berlalu kalau sibuk2 nih...
Aishhhh..panjang lak citenya...ni la kan semalam lieza buat Nasi Pilaf, Ayam Sosha dan kerabu Epal...resepi pada mulanya lieza nampak ler kat Dapur K.Nor Secubitgaram...dimana resepi asalnya pula K.nor amik kat Dapur Sis Ayu Curlybabe...Utk menu ni Kerabu Epal lieza cuba resepi yg biasa K.nor buat dan Ayam Sosha tu dari menua asal Sis Ayu Curlybabe.
Next time bole dibuat lagi sebab...sedapppppp ini komen yg ikhlas tau...bukan main2..jadi terima kasih pada kedua2 sis ni yg tak pernah jemu utk berkongsi resepi yg sedap2..jom tgk resepi2 yg lieza cuba ni yer...


PILAF TOMATO
Sources:-From Mumtaj Begum Omar
@Asmah Laili Mintak Ampun sedapnya
Sources:-From Ayu@curlybabesatisfaction
Copy dari : K.Nor Secubitgaram

Bahan:-
1kg beras basmath, cuci bersih rendam selama 10-15 minit dan tos airnya - lieza guna beras biasa
air mengikut paras beras dan lebihkan 1 cawan lagi
5cm kayu manis
5 biji buah pelaga-(Ayu gunakan 4 biji aje)
2 helai daun bay-(Ayu gunakan 1 helai aje)
1 biji bawang besar dihirs halus
1 sudu makan pes halia dan pes bawang putih
2 biji lada merah, dibelah jangan putus
3 sudu makan pes tomato
1/2 cawan daun pudina ~ k.nor gantikan dgn daun ketumbar
1/4 cawan susu sejat
garam secukupnya + secubit serbuk perasa-(Ayu tambah)
secukup minyak atau ghee untuk menumis
sedikit kacang gajus goreng ~ k.nor tak letak - lieza tak letak juga

Cara:-
Tuang kedalam periuk nasi letrik, air, susu sejat dan garam. Ketepikan
Panaskan sedikit minyak atau ghee didalam kuali dan tumis kayu manis, pelaga dan daun bay sehingga meletup-letup dan wangi. Masukkan hirisan bawang dan lada merah. Tumis lagi sehingga bawang lembut dan wangi. Masukkan pes halia/bawang utih dan tumis selama 5 minit lagi, sehingga keharumannya dapat dihidu. Barulah dimasukkan pes tomato dan daun pudina.Biarkan sehingga keluar minyak.Matikan api.
Tuangkan semua rempah yang panas, kedalam periuk nasi letrik. Kacau sekali sahaja. Tutup periuk dan biarkan sehinga mendidih. Seterusnya buka tutup periuk, tuang semua bras yang telah dicuci dan toskan. Kacau sekali sahaja, tabur diatasnya kacang gajus goreng, gemburkan nasi dengan garpu sehingga kembang dan bergaul rata dengan gajus. Tutup periuk nasi.

* daun pudina k.nor gantikan daun ketumbar sbb tak ada stok daun pudina

Resepi Ayam Sosha Istimewa ni lieza ambik dari Dapur Kak Ayu Curlybabesarisfaction.

Ayam Sosha Istimewa
Sources:-From Hjh Fatimah Hj Ahmad
@Asmah Laili mintak ampun sedapnya
Sources:-From Ayu@curlybabesatisfaction

1 ekor ayam, buang kulit dan segala lemak dan potong 12
(lumur kepingan ayam dengan sedikit kunyit dan garam, goreng lembab 1/2 masak)
5cm kayu manis,
5 biji pelaga-(Ayu gunakan 4 biji aje)
3 kuntum bunga cengkih
3 sudu makan lada kering

*2.5cm halia
*5 biji bawang putih
*10 biji bawang merah
(*dikisar halus)

1/2 sudu teh kunyit serbuk
1 tin kecil tomato puree
1/2 cawan tomato sos
1/2 cawan hirisan dau pudina-(Ayu tak ada stok)
1/2 cawan hirisan daun ketumbar
sedikit madu atau gula pasir
2 biji tomato, setiap satu dibelah 4
1/2 kg bawang kecil dijadikan bawang goreng-(Ayu gunakan yang dah siap)
1/2 cawan kismis, digoreng dan diketepikan
1/2 cawan gajus digoreng dan ketepikan
1 biji tomato dihiris untuk hiasan
sedkit kacang peas untuk tabur
sedikit minyak untuk menumis
garam + perasa secukupnya

Cara:-
Panaskan sedikit minyak didalam kuali dan tumis kayu manis, pelaga dan bunga cengkih hingga wangi. Masukkan lad kisar dan tumis lagi hingga cantik. Masukkan bahan kisar dan tumis garing.Barulah dimasukkan serbuk kunyit.Kacau rata. Masukkan pula tomato puree dan tomato sos, balik- balikkan. Tabur 3/4 bahagian daun pudina dan ketumbar, tinggalkan 1/4 untuk hiasan. Tuangkan sedikit air. Masukkan hirisan tomato, madu atau gula dan sedikit garam. Renihkan dengan api kecil, sehingga pekat.

Jika terlalu pekat, tuang sedikit air. Masukkan kismis goreng, gaul rata. Masukkan bawang goreng.Barulah dimasukkan kepingan ayam goreng. Gaul supaya ayam dan rempah sebati. Renihkan lagi sehingga ayam empuk dan lembut dan rempah meresap. Akhir sekali masukkan gajus goreng. Gaul sampai rata.

Semasa menghidang, taburkan hirisan daun pudina/daun ketumbar, hirisan tomato dan kacang peas. Enak disajikan dengan nasi minyak mahupun nasi beriani. Sebaiknya- baiknya masak hari ini dan hidangkan pada keesokkan hari.(Ayu masak hari ini, hari ini juga makan..heheh)


KERABU EPAL HIJAU
resipi : K.Hanieliza
sumber : K.Nor@SecubitGaram

Bahan:
2 bj epal hijau
1/2 btg lobak merah
2 bj cili merah
2 bj cili hijau
1 kuntum bunga kantan
1 pokok daun ketumbar
1 bj lemon (diambil jusnya) - takder lieza ganti cuka
1 sudu kecil gula
garam secukup rasa
lieza letak 1 ulas bawang merah dihiris

Bahan:
Epal dan lobak merah disagat atau diracik panjang.
Semua bahan lain dihiris.
Gaulkan semua bahan dan tuangkan jus lemon.
Kacau rata dan rasakan masamnya
Sedia dihidangkan.

Tuesday, January 10, 2012

Nasi Bawang + Telur Bistik

Dah lama menu ni lieza buat tp lupa nak post sini.. resepi ni lieza jumpa kat dapur kak Ummi Home Sweet Home...hasilnya mmg sedap...bole lah buat lagi bila jemu nak mkn nasi putih mmg tak mengecewakan menu nih...dan lieza gandingkan dgn telur bistik dan salad timun resepi telur bistik dari MyR boleh klik SINI juga sbb lieza dah pernah buat telur bistik nih......jom tgk resepi dulu yer..

Nasi BawangLink
Bahan:-
4 cawan beras basmathi - (cuci dan toskan)
4 cawan bawang besar - hiris
5 cawan air
4 ulas bawang putih - hiris
4 cm halia - hiris
Daun pandan
Buah pelaga
Kulit kayu manis
Bunga lawang
Margerin untuk menumis (ummi guna butter)

Cara Memasak:-
Panaskan margerin dan tumiskan daun pandan, bunga lawang, kulit kayu manis dan buah pelaga. Kemudian masukkan bawang putih, bawang merah dan hallia. Tumis lagi hingga bawang kekuningan dan naik bau. Masukkan beras, gaul rata dan tuangkan air. Gaulkan. Bubuhkan garam dan gula (optional) secukup rasa dan masaklah seperti biasa.


TELUR BISTIK

Bahan-bahan ( 4 org makan )

  • 3 biji telur - di kocok
  • sedikit daging ayam - dipotong dadu- lieza guna daging hancur
  • 1 labu bawang besar - dihiris besar
  • carrot - dipotong memanjang
  • 1 biji cili besar (merah) - buang biji dan potong memanjang.
  • sedikit kiub nenas - dalam tin
  • 2 s/b sos cili
  • 1 s/b sos tomato
  • secukup rasa
  • garam
  • sedikit tepung jagung - dibancuh dengan air.

Cara-cara

  1. gaul ayam dengan sedikit secukup rasa dah goreng separuh masak. satukan dengan telur yang telah dikocok dan dadar telur hingga masak. ketepikan.
  2. untuk kuah. panaskan minyak lbh goreng telur, masukkan bawang, sos cili, sos tomato dan sedikit air.biarkan sedikit mendidih.
  3. setelah mendidih, masukkan carrot, lada merah dan kiub nenas. perasakan dengan garam dan secukup rasa.
  4. setelah masak.masukkan bancuhan tepung jagung untuk memekatkan kuah.tutup api dan sedia untuk dihidangkan.
## lieza tambah cili beberapa cili padi dan 1 biji tomato.

Friday, November 25, 2011

Nasi Kuning + Kurma Ayam + Acar Timun Carrot

Nasi Kuning dah menjadi menu wajib bagi lieza sekarang ni...kali ni entah yg keberapa kali pun lieza tak ingat dah bole dikatakan dah byk kali kali kali kali dah....tu belum lagi yg tak masuk dlm blog dan tak ambik gambonya...mmg byk kali ler...mmg suka sgt buat nasi kuning nih...satu keluarga mmg gemar nak makan nasi kuning ni tau...terima kasih sekali lagi buat K.Nor Secubitgaram...kalau nak tgk yg N3 lieza yg lepas2 boleh jer klik kat menu NASI kat tepi belah kanan tu yer...mmg nasi kuning jer byknya.

NASI KUNING

resipi : K.Nor@SecubitGaram

Bahan:
4 cawan beras (cawan sukatan rice cooker)
1 btg kulit kayu manis
5 kuntum cengkih
1/2 labu bawang besar ~ dihirs halus
3 ulas bawang putih ~ ditumbuk
1in halia ~ diketuk
2 helai daun pandan
garam
sedikit pewarna kuning
air **
1 sudu besar minyak sapi
1 sudu minyak

Cara:
Basuh beras dan rendam selama 10 minit. Toskan.
Panaskan minyak dan minyak sapi dlm periuk nasi (rice cooker)
Masukkan kulit kayu manis dan cengkih.
Masukkan juga bawang besar. Goreng hingga wangi dan bawang layu.
Masukkan bawang putih, halia dan daun pandan.
Bila bawang putih menjadi kekuningan, masukkan air dan biarkan hingga mendidih.
Masukkan garam dan pewarna kuning.
Masukkan beras dan biarkan seketika.
Alihkan periuk ke periuk nasi dan masak lah sehingga nasi masak.
Hidangkan bersama Gulai Ikan Aya, Acar Timun Mentah dan Sambal Belacan.