Showing posts with label kami. Show all posts
Showing posts with label kami. Show all posts

Tuesday, May 4, 2010

Emir

  Emir in Posnet
oh how i miss your chubby face and toothless smile

Tuesday, March 9, 2010

Dora The Explorer naik Firefly



Dora and Safiya.
they do look alike ..kan *giggles*

one little girl who had two cups of mango juice, one cup of grape juice, two packets of peanut and a muffin during the 40mins journey balik kampung..*slap forehead*

and spilled the mango juice on mama's seat *sigh* sabar je lah..

But, she was so nice to fasten her seatbelt all by herself withour being told to do so :)


Friday, February 19, 2010

bila kereta rosak di highway PLUS..

kereta rosak di waktu tengahari semasa perjalanan balik kampung sempena cuti CNY ?
jangan panik..ikuti tips2 berikut..
  • cari tempat selamat dan berhentikan kereta
  • kalau oleh cari yang berdekatan dengan pokok supaya ada tempat teduh (terutamanya jika kereta anda rosak di waktu tengahari)
  • nyalakan lampu kecemasan
  • keluar dari kereta
  • pasangkan segitiga kecemasan
  • lintas penghadang jalan dan berkelah sekeluarga di bawah pokok, jangan duduk dalam kereta. bahaya.
  • ambil nombor tanda pada bahu jalan dan telefon PLUS Careline 1-800-88-0000
  • call syarikat insurans atau kalau ada member2 mekanik, ha masa nilah nak bagi business kat member, so call member cepat.
  • paling penting, jangan membebel kepada suami 
nanti bertambah panas. dah la cuaca panas jangan tambah panas lagi okay.

Sementara menunggu bantuan tiba,
pandai-pandai lah buat aktiviti sendiri seperti:

 hidangkan air kepada suami, biar dia fikir action seterusnya.
jamu limau mandarin sekali, jika ada.

 
ajak anak petik bunga

main toddler's game dalam ipod touch

baru perasan kuku kaki si anak lelaki dah panjang.
apalagi, ambik nail clipper dan potong kuku.
(perasan tak, Emir ada birthmark kat kaki kanan.comel)

 camwhore di bawah pokok yang memjadi tempat berteduh

 kalau anak mengantuk, dodoi-dodoikan sehingga tidur

bila anak dah bosan dan buat perangai..
hmmm..hanya mampu berdoa bantuan cepat sampai..

alhamdulillah, doa dimakbulkan
peronda dari PLUS tiba dan pasangkan kon.
dan tak lama lepas tu kawan suami cum mekanik datang dan beri bantuan.
kereta kena tow dan kami balik rumah naik teksi.

Pesanan: berhati-hati di jalan raya dan pastikan kenderaan diperiksa dan berada dalam keadaan baik sebelum memulakan perjalanan jauh. Tips penjagaan kereta klik sini.

Monday, September 28, 2009

Raya Yang Yeay!


Tehehe.. dah agak lambat, tetap nak ucap SELAMAT HARI RAYA untuk semua (still in Raya mood,no?!). Raya tahun ni, eventho' beraya di rumah parents-in-law for the 3 years in a row, tetap yeay kerana:





1. Beraya dengan additional new members of the family ~ emir yang cool & cheeky but cranky at times..
emir pakai baju kecik yang cute macam emir jugak

2. Bersyukur dapat puasa penuh sebulan ~ the wonders of brestfeeding , syukur alhamdulillah tahun depan tak payah ganti.


3. First time buat baju kurung, buat pakai raya pulak tu...sila clap-clap to dura, TQ. big achievement ni..siap ada jahit beading tu..tak pernah lagi buat keje macam ni tau.

Ini baju Safiya. Kalau perasan, pesak baju ni bukan pesak yang ada kekek tu. Pesak gantung pun bukan. Pesak bersambung kot namanya..heheh.
Pic yang atas sekali tu..jahitan manik di bahagian leher baju safiya dan di hujung lengan baju mama safiya yang dijahit di pagi raya..huhu..



Ok tiga aje..
okay tipu, ada banyak lagi sebenarnya tapi kurang rajin nak taip..

Disebabkan tahun ini sangat sibuk menjahit baju raya.. the catch is.. no homemade kuih raya at all, semua beli aje..cheh..
Nak sambung makan kuih raya cicah sirap dulu okey.. Selamat Hari Raya!

Related Posts with Thumbnails