Daisypath Anniversary tickers

dd's Pregnancy tickers

Thursday, December 30, 2010



Assalammualaikum sumeee ;)

semalam dapat sms dari si mony

"Dd.. napa x update blog? hehe"

pastu aku reply

"muni aku mc smlm, demam. Hari ni dtg opis byk keje pulak, pu~"


pastu mony reply

"lor. jangkit demam keri ye. haha."


yeleeeerrr uolssss.. iols terdemam pulak..
wewe berkata "cinta sejati betul lah korang ni"

bole?
hee hee

ekceli hari selasa tu datang keje pagi tu walaupun malam sebelum tu dah kong kong kongggg batuk berleluasa dan tak sedap badan.. duduk atas seat kereta pun rasa dah lain.. masa buat keje kat ofis memang rasa x ok, tp sebab kesian dengan user, ku gagahi jua sampai siap satu part tu.. lepas tu dalam pukul 10 pagi kot terus pergi Pusat Kesihatan UKM.. Dr. sahkan demam dan suruh aku rehat hari tu.. *iols x mintak mc pun okay ;p dr yang bg ;p

so terus balik umah.. percume kuku
hee hee kuku pun ikut balik hee hee nampaknya aku tidak selamat dari nak pilih makan ubat yang best2 jek.

singgah beli makanan kejap.. kuku tanya "nak bubur x?"
"xnak.. nak nasi" *demand, x macam org demam ;p


masa kuku suakan untuk makan nasi, dia bagi nasi dengan sup, sesuai laa dengan selera orang demam macam dia hari tu.

"alaaa nak ikan goreng gak.. nak kentang.." *terus meratah ikan goreng dengan kentang, nyum2..


kuku pelik.. "haihhh... tak macam orang demam pun.."


hihihihi
blushing

sebenarnye perut nak, tapi mulut menolak.. so berapa suap je boleh.. lepas tu mulut menolak.. rasa kelatt jek, susah nak telan...

"nak air soya...." *demand lagi, tapi mulut kelat memang nak air yang manis jekkk

glup glup glup minum soya. nikmat gilerrrrrrrrrrrrrrrr

lepas makan ubat, minum air kosong, tidoooooooooooooo....



hehe..

petangnyee cam sehat siket dah..
tp kuku rasa kat dahi katanya belum.. so ikut aje lahh perlu makan ubat, x mo melawan T_T

esoknye betul2 rasa dah sehat, datang ofis.. tapi selera makan jatuh merundum... tak boleh nak telan apa sangat.. pastu mula laa ada spekulasi macam2... menyampah..

padahal terang2 aku x sehat dalam ofis, asyik kong kong kong jekk batuk.. sakit tekak... huh..

ok lahh byeeee

x mo enable comments kali ni ;p motip? ;p

dadada (^^.)/



note : aku tewas dengan janjiku untuk pecah rekod tidak mc langsung selama bekerja. huhu




Monday, December 27, 2010



Selamat pagi sumeeeee ^_^

jom ceria2 buat keje hariii niiii, heee heeee heeee


weekend semalam balik gombak. paham2 la da kawen, kene gilir2 ikut turn keluarga hee hee


ermm weekend tu tu kuku x sehat tau, demam, panas sangat badan die... kalau sentuh dahi mesti tangan terpantul balik sebab suhu tinggi sangat.. aku rasa sedih sangat.. sayu je tengok dieeee..
sad

berbanding masa jadi kawan/kekasih/tunang dulu.. kalau tau dia demam (walaupun die xnak ngaku die demam), riso2 jek, pastu kite mms gamba rabbit kiut2 atau kucing kiut2 dengan caption "GET WELL SOON" hee hee


tapi bile dah jadi isteri ni, alahai depan mata kannn :] kuyu jekk diee...

masa tu belum beli cool fever lagi, so duk tukar je tuala atas dahi.. dengan doa agar die cepat sembuh.. kalau mase die sembuh, die suke buat kelakar, kene2kan aku, menyanyi2 lari pitching :) tapi masa x sehat tu, alahai...... sooo not keriiii... ezan paham x? paham x bile keri x jadi keri? eh tetibee libatkan ezan hee hee

aku cuba untuk teman disamping kuku 24 jam, tapi kadang2 curik2 skip gak masa kuku tidur, curik2 pegi tengok anugerah skrin tv3 hee hee eh xlahh, layan ma borak sebenarnye tongue
yeyyy fazura menangg!!!!!!! *tetibe


Alhamdulillah, kuku dah kebah siket dahh.. tadi borak2 dengan lina.. pasal kuku demam... pastu...


greenrose_dd: "tp sekarang dah kebab, Alhamdulillah"
lina: "kebah la"
lina: "bukan kebab ;p"

cisss lina, berani ko tegur aku salah eja.. buat2 xnampak je len kali
hee hee



ermmmm hari tuuu masa kat rumah, borak2 dengan ma... ma cite pasal ma makan dengan ayah berdua dekat laksa shack.. pastu waiter tu salah hantar makanan, die hantar laksa penang kat ayah.

ayah ngamuk *xtaulaaa mood apa ayah lately ni huhu
ayah kata kat waiter tu..

"apa ini??? ini diana punyaa!!! diana yang suka!!"


gulp. motip ayah ingat waiter tu kenal nama watak diana?? huhu

nah gambar hiasan yang tiada kaitan dengan entry. hehe



note : sakit-sakit bertambah sayang tau ^^

tuk ketuk ketakkk takk tukkk takkk ketakkkkk tuk ktuukk ketakkkkkkkk *luah ayat cinta dalam bahasa ayam sebab segan nak tulis kat blog hee hee



labels dari blog lama : kuku, ayah






Friday, December 24, 2010

wewe dan gym



hihi masa rehat yang lama tadi teman wewe pergi gym ukm sebab dia nak amik kad gym.. dia dah bertekad nak pergi gym selepas waktu kerje.. die kate nak kawen bulan 6
hee hee wah selamba je aku sebarkan kat sini hee hee

waaa first time masuk gym tadi.. dekat je pun sebab ukm punye kan.. ade je amik gamba tp x transfer ke pc.. hehe..

selepas ini bermulalah kisah baru wewe dan gym..

selalu suke dengar wewe celoteh pasal dia dan tunang.. selepas ni suke dengar kisah wewe di gym plak hihi..

nway tadi dengar dialog wewe yang kesian lagi.. alahai
hee hee

"aku sorang2 je pegi gym ni.."

"selalu xjumpe geng sekepala nak buat mende2 ni.."

"dulu masa aku join kick boxing pun aku sorang2 jugak.."


aku pun jawab

"alaa ciannyee wewe... tapi inilahh diri aku, aku menjadi diri yang sebenar hehehehehehe"

cian wewe dpt kawan yg membusankan.. siu siu siu~~
walaupun kite berdua sangat berbeza..

ko lasak,aku lembik..
ko suke joging.. aku suke jalan kaki..
ko suke swimming.. aku suke update blog
ko suke kick boxing.. aku suke main teka2 lagu dalam kereta..


tapi wewe aku sayang gile kat ko tau ^^ hikss
wewe je ke???? *eh tetibe rina datang ke partition ku menyampuk. bole?

tetibe teringat hari tu rina cite.. kan selalu wewe ajak rina join apa2, rina akan jawab "xnak" "xnak" kann.. ajak go kart, die jawab x nak, ajak joging die jawab xnak.. rujuk entry ini

tetibe satu hari tu wewe tanye rina..
.
.
..
..
...

"rina, jom kite pergi umrah"..


gulp. kali ni rina x jawab apa2 dah..

hee hee



Thursday, December 23, 2010

hukm


semalam masa lunch, aku dan team mates seramai 8 orang menaiki innova menuju ke HUKM.. melawat team mate kitorang yang dah selesai menjalani operation ******... eh motip censored? hehehehe saje x nak bgtau ;p



dialog-dialog dalam kereta innova

dialog 1

kakak2 : *sedang berborak pasal kemalangan di cameron highland baru2 ni
si d : *berbisik perlahan "uya... ni berita bile eh... kite dah lama x baca suratkhabar"
si u :
*menjawab soalan tapi si d x dengar sebab terdengar suara kak H

kak H : "ko x tengok berita ke"
si d : "hehe takkk"
kak H : "habis duk umah ko tengok apa jek? tengok cik abang je?" *gelak
si d : "akaaakkkkk...."




dialog 2

si d : "alaaaa.. tadi baru ingat nak hafal jalan camne nak ke hukm ni.. tapi susahnyee nak ingat bila dah sampai sini"
si A : "kenapa si d nak hafal jalan ke hukm?"
kak H : "oooo nanti ngandung, nak bersalin kat hukm eyyy"
si d : "akakkkkkkk..." *terkena lg
"tak laaaa... nanti kot2 kalau saya ada meeting kat sini keee"

*terkene terkene terkene


dialog 3

hehe yang ni kelaka. tapi xtau camne nak cerita bagi kelaka. kak S tengah cerita pasal dialog dia dengan suami dia. kelmarin dia nak pergi ke hukm ada meeting, dia cakap ngan suaminye nak pakai kereta kecil (senang siket nak parking kot). keesokkannya nak pergi ke hukm lagi sebab nak melawat kawan kitorang ni, bgtau suaminya lagi, nak pakai kereta besar (sebab nak bawak ramai orang). tapi dialog yang disampaikan pada suaminya 2 hari berturut2 adalah begini,


hari pertama : "esok saya nak pakai kereta kecil ye, sebab nak pergi ppukm"
hari kerdua : "esok saya nak pakai kereta besar ye, sebab nak pergi ppukm"

rolling on the floor

kelaka sebab dalam dialog tu minta kereta lain2, tapi alasannya adalah sama, so motip x de beza rolling on the floor

mesti sang suami keliru rolling on the floor

eh korang xpaham eh lawak yang aku cuba sampaikan ni?
xpelaa, aku gelak sorang2 je hee hee


note : ppukm = hukm


dialog 4

kak H : "si D duk mana skang?"
si D : "kat precint 5, putrajaya"
kak S : "ooo kuarters ke.. suami keje government? kementerian mana?"
si D : "kementerian ...... ......."
kak S : "IT ke?"
si D : "ha ahh.. sama macam saya.. "
kak S : "x bosan ke sama? balik rumah dua2 cakap pasal IT"
si D : "aa... masalahnye bile balik rumah, sorang pun xde cakap pasal IT" hee hee




dialog dalam bilik hospital sewaktu melawat saidatul, eh eh tetibe sebut nama penuh

note : saidatul ni operate kat bahagian perut tau

si D : "sha sakit tak?"
sha : "sakitttt"
si D : "sakit kat mana?"
sha : "kat perut laa dd....."

hee hee
berani si D tanya soalan bodo hee hee




Wednesday, December 22, 2010

teruja giler heeheeeeee



tadi dapat sms dari my pari, hasni.

dia tanya kalau die buatkan aku header, nak tak? sebab masuk blog aku nampak togel jek xde header hee hee

aku jawablaa nak.. ;p

beberapa minit kemudian, hasni emel satu design..


bila download jek image tu, terus tangan aku x tentu arah sebab terlalu sukee heee heeee paham x paham x tangan x tentu arah? suke sangat gamaknye ;p


terus laju2 aku letak kat blog sebagai header.


very the garden!! suke giler ah..


hasniiii... mmuah mmuahhh... suke gilerrrrrr... u will always be my pari angel

senyum sampai ke telingaa (^_________________________________^)



note : seorang kawanku bernama sheereen pernah berkata pada aku dan kawan2.. yang dia suka bagi aku hadiah sebab bile aku dapat hadiah tu aku punye eksaited tu selalu over,lompat2 dan berlari2 siket (sekolah perempuan okayy) ..membuatkan yang bagi tu seronok memberi. hehe.
*dulu dapat koleksi barang2 doraemon dari shee, tapi aku nye eksaited macam dapat sebuah kereta ..
masalahnye aku bukan buat2 eksaited kee terlebih hepi kee, tapi memang apa yang diberi tu kebetulan aku suka, hehe... terima kasih :) *tetibe









tak tau..



note
ayah - bapa yang menjaga ku sejak kecil
abah - bapa yang aku jumpe masa nak nikah hari tu untuk jadi wali


ada sesuatu yang perlu saya beritahu..
tentang abah saya..


tapi saya tak pasti patut tak saya tulis kat sini...


hmm...
(lagu iringan semasa menaip entry ni walaupun lirik x berkaitan: Satu Bintang - Haddad Alwi)




gambar ni saya nampak macam ayah girl tu nak jatuh ke bawah, girl tu hulurkan tangan nak selamatkan ayah die tapi x sampai.. ke salah? gambar hiasan je ni..


am i sad? :(


labels dari blog chapter 1 : abah




Tuesday, December 21, 2010

gambar tag dari fuad topa



hihi kena tag gambar kat facebook dengan our OP, fuad topa

tapi saya xpaham kenapa saya xboleh bagi comment atau klik like kat gambar2 kat album fuad topa eh. ada sesiapa bole terangkan? kitorang dah fren dah. wuuu



bile ni? haha x ingatt.. apa objek depan aku ekkkkk, kurang ngertiii hihihi tangan ke tu? ;p



kuku oh kuku
dengan kakak dan kak yati




sepatu nikah ku, hihi



caption : air dicincang x akan putus

masa ni idzuan kene bantu fuad topa. idzuan yang kene tuang air dari botol mineral ni dari atas. hihi
banyak kali plak tu ulangannya. syabas idzuan n makasih ;p



makasih fuad topa!


note : selepas publish entry ni, baru perasan fuad pun publish entry gak. hee heehaha saba je lahhh, so gambar2 lain korang tengok kat blog fuad topa eh. dadada (^^,)/




merah jambu dan ungu


hari tu ada mesyuarat. lepas tu ada ada ofismet tegur selepas tengok barang2 atas meja aku. "dd ni sume pun pink"


"oh!"



kebetulan je sume ini.. x nak ngaku ;p sebab aku peminat color2 lembut, bukan spesifik kat color pink sahaja, siu siu siu~



item pink yang paling disayangi sekarang adalah jam hantaran pink ku *gambar ke3 dari kiri. motip?. uhhh x pernah berenggang lagi sekarang. suke dan sayang gile ah.




nway selepas kawen ni ada ofismet tegur "eh smlm purple.. hari ni purple.. hari tu pun purple.. ko skang asyik pakai baju color ni je"..

hihi memang pun.. hari ni pun purple.. semalam pun purple..
dalam bakul yang xsempat kemas masukkan dalam almari lagi tu pun banyak baju purple
hee hee




rindu dengan persiapan kawen, ngeee...
tapi sekarang sangat suke baca persiapan kawen korang.. tulung laa update selalu, hihi


so, motip entry ni?

ini namanya entry ringan-ringan..
pu~

note : dah lama x camwhore muke sendiri hehe. dd da berubah ;p







Monday, December 20, 2010

1 bulan




hihi sebulan dah rupenye aku kawen.

kuku ingat sabtu semalam yang dah sebulan sebab die kire by sabtu, x ikut by tarikh.bole? ;p


hihi xtau nak cakap apa. cume terfikir, yang perjalanan hidup kami masih panjang.. semoga Allah sentiasa melindungi dan memberkati hubungan kami berdua.. hingga ke akhir hayat.. :)




header blog Our Secret Garden untuk 30 tahun kemudian.
InsyaAllah.
aminn..
hihi ^^




tak pun, yang ni hee hee

suwit sungguh :')




tak pun, yang ini hee hee
dudu terkial2 belajar note main piano, kuku lak menyanyi.

hi hi hi



makcik dd!! jauhnye berangann! pakkkk~~~ (bunyi pangg + puk)

Astaghfirullah Al-Azim..


suamiku, terima kasih atas kasih sayangmu ^^
hehe


note : 30 tahun kemudian, aku masih menulis blog ke?? ^^





menunggu



buat tajuk boring siket ala2 motivasi.. hehe.. saja nak kongsi apa yang terlintas kat fikiran..

kalau dulu aku x suka menunggu.. terutamanya menunggu sesuatu yang lewat..tapi lama kelamaan aku perasan yang aku ok je menunggu.. xde masalah.. bole? ;p bila entah ion2 positif tu datang dalam diri.. tapi dari sebelum kahwin laa hihi

kalau dulu aku rasa menunggu itu membuang masa.. tapi sekarang aku jadikan "menunggu" itu adalah satu pembelajaran sementara aku menunggu.. ^^



contoh 1

aku terpaksa menunggu angka giliran yang jauh lagi di kaunter sekolah pengajian siswazah, upm. memang dah risau lewat sebab aku keluar waktu kerja. tapi dalam tempoh menunggu tu, aku perhatikan jee foreigners yang ada kat situ, cara pergaulan diorang dengan rakan2, cara diorang
tanya orang kaunter.. cara berpakaian.. cara bercakap.. pemandangan tu buat otakku ligat berfikir itu ini.. lepas tu aku berfikir "inilah hikmah aku menunggu.. dapat tengok diorang.. =) .. satu pelajaran baru untuk aku hari ni, hihi" ..



contoh 2

lately ni kuku banyak sangat kerja, dia busy sangat.. terpaksa balik lewat.. sementara tunggu kuku sampai amik ku di ofis, aku xde laa rajin pun buat kerja.. aku surfing hehe... aku ok sebab ada lagi rakan di ofis.. tapi bila sume orang dah balik, dalam pukul 8 lebih camtu, aku takut berseorangan di ofis... aku pun keluar duduk di lobi... duduk di sofa, menunggu.. tapi xpe, aku tahu aku perlu buat sesuatu untuk mengelakkan rasa menunggu tu.. nak tengok sekeliling memang xde mende untuk dilihat,gelap jekk.. aku pun keluarkan envelope yang ada chapters tesis yang dah disemak.. aku semak balik. conteng2.. tup2 x sedar kuku dah sampai, padahal tunggu betul2 kat depan.. hihi..

hikmah menunggu =
dapat berfikir pasal tesis dengan lebih tenang.



contoh 3

dulu masa bujang, selalu kena ikut mak ayah gi dating kat carefour. terpaksa ikut sebab aku kena drive kalau dah lewat petang, sebab kalau balik malam dah gelap ayah xleh nampak. hehe keji gile kate terpaksa ikut. sebab aku dah busan giler dengan carefour tu, bole? kadang2 kalau aku memang tengah penat sebab baru balik dari somewhere berjalan sepanjang hari pastu kene jalan kat carefour pulak, aku memang x join ma ayah jalan2 dalam carefour tu, aku duduk kat fudcourt. menunggu.... berjam2... tapi xpe, kite beli komik sincan dulu.. lepas tu layan laaa komik tu gelak yang xberbunyi sorang2 kat situ.. kadang2 bahu vibrate.. hik2... klu x komik sincan pun, aku belilaa majalah lain..

lepas tu fikir "naseb baik kena menunggu.. kalau x, x baca laaa info yang menarik sekian sekian ni"

tapi ada jugak waktu2 yang menunggu tu aku rasa malas nak membaca.. aku pun duduk dan tengok sekeliling.. berlakulah sesi pembelajaran untuk diri sendiri, aku dapat tengok dari jauh orang beli tudung cane, pilih2 kasut camne, parents layan anak nanges camne, tengok muka orang beratur beli makanan yang macam2 gaya, kedai mana yang ramai orang, etc... hehe

jadi observer itu indah tau ;)



contoh 4

nak cepat sampai ofis sebab ada miting atau dah dekat pukul 8, tapi lewat gile.. sangat tension apabila jem.. tapi masa menunggu jem tu, aku lihat kereta2 lain... apa yang diorang buat.. hehe dari setiap apa yang aku lihat tu, akan buat otak berfikir... dan belajar lagi... ;)

kadang2 kalau balik gombak, jem sampai 2 jam.. aku gunakan waktu menunggu itu dalam kereta sambil layan lagu2 best-keseorangan- berfikir tentang masalah atau isu2 berat yang perlu aku fikirkan. soo peaceful ;)



contoh 5

contoh ke 5 ni masa teman mak kat spital semalam. note : mak = mak mertua yang ku anggap macam mak sendiri.

masa mak jaga, aku duk laa tepi katil menatap muka mak. motip? lepas tu mak layan aku borak. tapi bila mak tidur, aku nak buat apa ya. ada bawak laptop dengan broadband sebagai bekalan menunggu, tapi x rasa nak bukak lagi.
lalu aku pun duduk je laa memerhati pesakit2 kat katil
lain. tengok kemudahan yang ada, tengok cara nurse berkerja. sambil otak ku ligat berfikir teringat masa aku jaga ayah dulu kat 2 hospital. hehe 3 jenis hospital dah rupanya aku pernah bermalam untuk menjaga--> hospital kerajaan, hospital separuh kerajaan dan hospital swasta. semua pengalaman itu adalah sangat2 berbeza. aku diberi peluang untuk dapat siket pengalaman2 itu dalam kehidupanku. wink^^


bila waktu melawat dah habes pukul 7 malam, kuku n family dah balik.. sementara menunggu xtau nak buat apa, aku n mak berdiri kat tingkap memandang luar tengok gagak2 mencari tempat tidur.. tengok gagak pun bole belajar, heee


keesokkannya hari Ahad, dapat tahu yang Dr. kata mak dah bole kuar spital. Alhamdulillah mak dah sembuh, hihi semua x sangka sebab dr. jangkakan mak duduk di wad selama seminggu - 2minggu sebab nak kawal tekanan mata mak.

jadi kitorang packing2 laaa, siap packing pukul 10 pagi, padahal diorang akan amik kitorang balik rumah pukul 12:30++ nanti, masa waktu melawat hihi. sementara menunggu tu, aku dan mak duduk di atas katil mengadap tingkap ke arah parking menunggu kereta persona masuk. sadis giler keadaan menunggu
hee hee

dalam keadaan itu, aku dan mak berbual2. macam2. mak cerita pasal mandi mayat, mak selalu gi tulun mandikan mayat. aku yang tak biasa ni memang terpucat jugak laa muka mendengarnya. lepas tu mak bagila nasihat kat aku apa yang bole apa yang x bole pasal mandi mayat ni. uhuuuu motip belajar pasal mandi mayat kat spital?? hehe


ilmu yang ku perolehi semasa menunggu = mandi mayat.


lagi, ada juga mak ceritakan tentang tanda2 kalau orang yang kite sayang nak pergi, mak dah lalui semua tu.. sedih.. sebab tanda2 tu mak memang dah nampak kat fizikal mereka, cuma bile mereka dah "pergi" baru teringat..


tanda yang paling aku ingat mak cite adalah "hidung nampak layu....".... :(






kacang panjang pendek



emak : "laaa kenapa beli kacang bendi. mak pesan beli kacang buncis"

adik : "kacang buncis tu apa, mana orang tau"

emak : "yang macam kacang panjang tu laa"

kakak : "alaa yang macam kacang panjang, tapi dia pendek pendek"

menantu : "kacang panjang tapi dia gemuk gemuk dan buncit, sebab tu dipanggil kacang BUNCIs sebab dia buncit
" (tapi cakap dalam hati je la, xde siapa dengar pun)

emak : "haaa macam kacang panjang, tapi dia pendek"

adik : "mana orang tau. lain kali cakaplah kacang panjang pendek"

emak : "kacang panjang pendek? mana boleh nama macam tu." (gelak)

menantu : "mesti orang kedai terpinga2 kalau dengar kacang panjang pendek. apa tu
hee hee" (but still.. tiada siapa yang dengar sebab dialog ni cakap dlam hati je hee hee)



kacang panjang pendek, hihi.. nak gelak ku tahan jua
hee hee






Saturday, December 18, 2010

live dari hospital klang ;)



note :
mak = ibu kuku
ma = ibu dudu

Assalammualaikum sumee ;)

kat spital ni.. teman mak malam ni.. ho ho.. tapi mak skang dah tidur, aku pun bukaklaa laptop dan pakai celcom broadband kepunyaan ofis si kuku.. hehe...

semalam mak operate mata, glukoma.. kak lina yang teman mak malam tadi.. pastu sementara aku x keje hari ni, aku teman mak laa... nanti hari keje cian kak lina yang kene jaga di hospital setiap malam..

tadi mak cite mak xnak dah wat operate ni lain kali.. sakitt... mestilaahh, mata kann huhu... aku penah pakai contact lens sekali je, iaitu masa hari kahwin.. hehe sebab x nak pakai spek mata... sekali je lah aku pakai, lepas tu kosserrr.... x selesa sangat bila dah tiba malam.... nak masuk kan mende tu dalam mata pun payah...
cube bayangkan mata kite di'bedah.. aaa tidakkkkk.....

dulu mak pernah operate mata ni, beberapa tahun yang dulu masa kuku masih kecil. tapi mak kate x sakit, mungkin bius kuat kot. semalam bius x kuat, so mak masih bole rasa bila orang tu jahit kornea mata mak. jahit?? ngaaaaaaaaaaaaa??


tapi Alhamdulillah result untuk pembedahan semalam adalah bagus. ;)

oh glukoma tu apa??


glukoma tu adalah penyakit mata yang disebabkan oleh tekanan tinggi kat bebola mata, pastu mengakibatkan saraf optik mata rosak.


punca glukoma ni sebab saliran air keluar dari mata x lancar / tersumbat, dan ini menyebabkan tekanan mata naik.


so kira pembedahan semalam yang aku faham Dr. nak buat lubang kecil laa kat dalam mata supaya lepas ni air boleh keluar dari mata.


wahhh sesuka hati aku jek eksplain secara x saintifik, xpeee asal budak kecik leh paham cukup ar ;p


duduk kat spital ni pun aku boleh belajar banyak mende.
sekarang mak tengah comel tau sebab sebelah mata mak ditutup. mak jadik pendekar mata tutup sebelah hee hee comell sangat hee hee

lepas tu mak rasa gelisah sebab nak solat tapi x dapat amik wudhu' sebab dr. melarang mata tu terkena air. pergelangan tangan mak pun ada balut yang cucuk jarum tu, kire kalau amik wudhu pun, air x lalu situ la. lepas tu mak nak tayamum, tapi xde pasir. haa lepas tu laaaa abang kuku ajar tentang tayamum. abang kuku ustaz kat sekolah di sarawak. apa yang aku baru belajar hari ni adalah

1) kite boleh tayamum guna debu2 sahaja, xperlu cari pasir. kat mana2 tingkap pun ada debu walaupun macam xnampak debu tu. angkasawan sheikh muszafar tu pun masa kat angkasa amik wudhu' guna debu2 kat tingkap kapal angkasa tu. ooooooo~~~

2) tempat yang xde debu adalah kat kilang buat microcip. itupun 99.9% je jamin xde debu. 0.01% tetap ada debu. hehehe

3) mak risau kalau amik wudhu' guna air x lalu kat bahagian mata yang dah tertutup tadi dengan bahagian pergelangan tangan yang kena balut. tapi sebenarnya kalau kite tayammum xpe klu x lalukan debu tu ke semua bahagian. ooooooo~ korang paham x paham x? aku paham ni hehe.

dulu masa sekolah belajar tayammum tapi aku lupe dah.

tadi duk main gugel2 terjumpe lak debu yang mudah dibawa kemana2 ni. klik laaa sini, menarik ;)



wahhh sejuknyeeeee spital ni, aku sedang memakai baju sejuk kuku, seluar track kak lina, selimut kak lina dan stokin kak lina. banyak gile stok2 pemanasan diorang bawak tadi.. brrrrrr


hmm jam dah pukul 9:38 malam..


rindu.... =)


xde gambar dengan mak lagi. tapi ada gambar tangan mak masa merisik dulu.bole? hihi


note : abang sebut akupuntur tu cucuk cucuk atas titik2.. mak tanya "cucuk cucuk atas liang roma?" hihi comel gile
hee hee




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...