Daisypath Anniversary tickers

dd's Pregnancy tickers
Showing posts with label raya 2011. Show all posts
Showing posts with label raya 2011. Show all posts

Monday, September 19, 2011

open house xde gambar, hehe



nak catit gak dalam blog walaupun xde gamba, sebab dah ada label RAYA 2011 kan kat bawah, so kene cite gak kalau pegi beraya hee hee

- sabtu hari tu mule muleeeeeee skali gi dating dengan hasni. bb dalam perut nak jumpe makcik seni. hehe so sarapan lah kitorang di Sentul Boulevard. macam2 yang diborakkan. aku x puas hati seni x gemuk-gemuk.

- pastu pergi ke Klang menghadiri kenduri kawen adik umu. awal giler kitorang sampai, so x masuk dulu. pergi kedai runcit makan aiskem. hehe

lama gak lepak kat kenduri umu, hehe rosa dan izuan pun ada. borak2. amik gamba pengantin tapi xjelas uhuk.


- kul 1 macam tu gerak ke Sungai Buloh, kak fae buat open house. hehe ada je amik gambar tapi cam kembang sangatlaa muke daku. x mo terima. kat umah kak fae makan nasi impit+ayam masak merah+kuah lodeh, spageti dengan bihun sedap sangat sangat. kuih raya pun aku balun, sedapp, kek pun.


- dah petang2 siket gi open house umah iza lak kat taman melati. makan sate dan kuku makan char kue teow. kerlass uolss ada booth char kue teow~ hehehe mesti penat tangan die menggoreng sbb ramai sangat mintak.

banyak makan nini ceklat celup kat umah iza ni. hihihihi suke suke ada ala2 candy buffet gitu.


- malam kekenyangan. tih tih




- hari ahad lak mule2 pegi umah abang demo. kak mas tengah sarat mengandung gak tu. so kitorang (dd kuku, rosa izuan dan aya) bawak makanan ala2 pot luck gitu hehe. tapi kak mas masak gak, adehh sian kak mas. masak soto, pastu ada sate sedap lagi. kenyang kenyang.

xtahan betul dengan kecomelan Mia, anak kedua abang demo. sangat comel dan aktif. aku yang penat tengok Mia berlari dan melompat bole? hee hee

comel sangat ah!!


tapi manja gile dengan kuku.

saba je lah hehe.


- pastu pegi umah abang kat psj lak. hehe mak dan kakak2 sume pun berkumpul kat sana, makan2. lepak sampai lepas maghrib ;P makan nasik minyak nyum2 rindu nak makan nasik minyak.


eh nak buat keje. bye



Monday, September 12, 2011

open house raya 2011



hehe ni sume gambar open house hari sabtu 10/09/2011 hari tu ;)

1) umah kak salmi! xleh panggil puan, nanti kak salmi marah. kak salmi ajak melalui ummu pada mulanya. lepas tu masa kebakaran fakulti hari tu tersempak ngan kak salmi lagi. kak salmi remind pasal open house, ok ok, memang kena datang ni hee hee


ada rosa, wawa, aya dan umu. Abdullah hasan dah besar kan ;)
oh kak salmi masih seperti dulu ;)


dd, gemuknya kamu. motip dah tau lebar tapi pakai baju corak melintang? hee hee



dasat oh open house kak salmi. banyak makanan. siap ada stall cendol+passembor+mee mamak lagi. hihi

oh gambar ni kuku je yg sudi pandang. tq kuku ;p wahihi




2) umah no'a.. tapi no'a xdelaa buat open house. camne tah diorang2 ni borak kat fb tertimbul idea nak gi umah no'a hehe. no'a hidangkan mee goreng byk aksesori*sedapp dan kopok lekor tengganu asli *sedappp

umah no'a tingkat atas sekali ala2 pent house gitu, hek hek. suke suke.
no'a duk ngan aufa tapi aufa keja masa tu. frust sangat xdapat jumpe aufa. sob sob




rosa dan no'a.
no'a ni comel dan baik budinya. masa balik dalam keta siap cakap kat kuku "no'a ni mesti stok2 mertua akan punye suke kannn waaakk"
over x aku tongue




sempat bergambar dalam bilik tamu masa tumpang solat ;P


3) umah ummu athiah

ummu dengan si putih junior, comel sangat.

masa ni dah kekenyangan tahap ape jeee, so last2 makan papadom dengan rojak buah *sedap gileerrrr je.

umu comel sangat ngandung. hihi pastu pangai dia masih gengster cam dulu laughing kelakaa laughing



weekend ni banyak pulak jemputan. x tau nak susun camne dah hihi.
ok nak sambung buat keje. bye







Monday, September 5, 2011

raya 2011



Salam raya sumeee :)

anda dah gemuk? ahaaa pendahuluan terus tanya macam ni. bole? hee hee

aku skang setiap kali tengok cermin mesti akan cakap "gemuknyee!"..

betulll... rasa muke ni gemuk sangat, sob sob.. pakai tudung awning pun macam dah x shape muke dah, sob sob...


nway uols, saya cuti hari ni. tapi xde laa duk umah kan. duk kat library upm ni haa dalam bilik karel sengsorang...

oh anakku, sayangnyee ibu padamu~~ ibu nak jugak habeskannn master ni, xkire xkire nak habeskan jugak! demi mu nakk~~ demi masa depan kite nakk~~~~ orang lain buat master 3 tahun, ibu buat 4 tahun. kerlasss kann ibu mu~~~ siput dan kura-kura sangat kann~~~

lepas tu bile anakanda dah ada dalam perut ni haa baru ibu makin kelam kabut nak selesaikan jugak sebelum anakanda keluar melihat dunia. segala2nye demi mu nakk~~~

uhuhuhu ibu dah rasakan perut semakin berat... sehat sangat yee anakanda~~ bonda sukaaa anakanda berat~ tapi kadang2 ibu terngeluh manja2 sedikit bila rasa x larat nak berjalan... tadi ibu bawak beg yang mengandungi laptop dan buku2..kendong kat bahu belakang.. pastu ibu panjat jejantas melengkung upm yang tinggi tu.. MasyaAllah, rasa nak berhenti je kat tengah2 jejantas tu.. dulu masa slim2, laju je ibu jalan kat situ... siap amik2 gambar lagi... tapi tadi ibu kene stabilkan antara perut di depan dan beban beg di belakang... tercungap2 sangat ibu.. orang lain yang slim2 naik jejantas tadi laju jeee jalannn potong ibu... ibu adeh dehh tercungap2... berat sangat beg... lepas tu kene panjat tangga library yang tetibe ibu nampak tinggi sangat... dulu x rasa tinggi pun...

taakk takk ibu x merungut sayang~ sayangnyeee padamu nakk~~ nak anakanda tahu kot2 anakanda baca entry ni ke lain kali, nak anakanda tahu yang ibu tetibe gigih buat semua ni demi masa depan anakanda... mmuahh sayang die..


tapi skg anakanda suke geletek2 kat dalam perut mummy ye? rasa macam tajam2 gitu.. itu jari anakanda ke kuku ek?? keliru sangat mummy..

so motip kejap ibu kejap bonda kejap mummy? mama main sebut je ni.. sebab sume sedapp... bole?



oh motip tajuk raya 2011 tapi cite pasal bb?

naahh gamba raya siket2.


baju raya @ jubah dihadiahkan oleh kak ipar. eh kak ipar ke? isteri pada abang ipar panggil apa ya??
failed subjek salahsilah keluarga aku ni ;P

so otomatik jadilah tema biru untuk 1 syawal.
perlu catit note ni. tahun raya pertama sebagai suami isteri, tema adalah biru.

poyo x.



raya kedua tema pink belacan aci x.




raya ketiga @ sungai besar.
ni bergambar dengan pika, adiknye si kuku, die balik cuti beraya kat sini, nanti ujung bulan balik sambung belaja kat ireland semula.
comel sangat pika ni, i like her so much.
baik n adorable, patutlaa si kuku sayang bebeno adik dio ni ;P



patutnyee raya ketiga aku dah balik gombak jumpa ma ayah. tapi bole pulak abangku iteww sangat eksaited beraya dengan ma ayah, selepas pulang dari kampung kuantan, die angkutnye ma ayah aku beraya kat kampung mertua die dekat TAPAH. tido 2 malam. lepas tu bawak jalan2 naik cameron highland pulak crying menanges x anak pompuan yang sorang ni x dapat2 jumpe ma ayah? hahahaa last2 hari jumaat malam tu kul 1 pagi baru dapat jumpe.

kui kui kui


My anak buah, Danish di atas tilam yang empuk, hehe. cayangg diee
Danish ni kan SEHAT sangat. umur 3 bulan tapi kene pakai baju umur 3 tahun heehee


oklah. Semestinya raya tahun ni agak berbeza dari segi environment, makanan dan macam2 lah. tapi daku bersyukur sangat dikurniakan suami yang tak penah tinggalkanku dimana-mana walaupun di dapur, ekekeke. stay up tulun wat rendang sampai kul 3 pagi sama2 :') buang kulit2 kacang yang banyak pun die teman sama2 :') gi beli tali pelita pun aku ikut die naik moto duduk secara mengiring :')

Selamat Hari Raya koranggg :) jom makan banyak2 sebelum bersalin dan berpantang, hehe. Oh ye, Alhamdulillah, puasa ku tahun ni cukup sebulan ;) tahniah pada diri sendiri, dan tahniah juga pada bb sebab sama2 bertahan dengan ibu :)


tataaa




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...