Daisypath Anniversary tickers

dd's Pregnancy tickers
Showing posts with label ofis ptm. Show all posts
Showing posts with label ofis ptm. Show all posts

Wednesday, October 19, 2011

ouchh


saya cuma tanya pada rina-serba-tau camne nak pegi econsave kajang. tapi ini yang saya dapat, map detail gilerr mengalahkan google map, siap ada Legend, cara nak balik rumah dan tandatangan ramai pihak. motip? motip?


Ouchhhh





Tuesday, October 4, 2011

coretan tiada motif ;P x yah baca eh



Assalammualaikum

- setiap pagi mesti mood mendung siket sebab tengok tanda2/bintik2 hitam buruk yang tumbuh kat beberapa bahagian kulit sepanjang masa ngandung ni .. huh scarry sangat... betulke orang kate lepas bersalin, sume tanda2 hitam tu akan pergi?? benarkahh?? tolonglaa benar.. x sanggup ar nak adacrying


- tadi datang ofis, duk baca pengalaman sakit bersalin sorang ni .. memang sakit sangat baca kesah dia, sampai senak2 gitu. senget2 perut aku baca ala2 aku yang menahan kesakitan. lain orang lain pengalaman bersalin dia, ada yang senang beranak, ada yang susah, ada yang cepat bukaan, ada yang macam tertutup pula.. aku nanti tak tahulah macam mana, prepare for the worst je.. pada masa yang sama berdoa pada Allah akan dipermudahkan nanti. beberapa surah yang suruh diamalkan, adalah aku baca, tapi selebihnye berserah pada Allah.


kebetulan pada masa yang sama, aya ada buat entry khas untuk ku dan kuku. macam tau2 jeee aya ni aku baru lepas baca kesah bersalin orang lain. heh

makasey aya bagi tips yang berguna untuk kami berdua. mmuahx

ma suruh aku amalkan makan kurma setiap pagi, tapi xtaulaa nape asik lupe je nak bawak masuk henbeg. kalau x sebelum ni memang rajin bawak. mulai esok, tekad jangan lupa!!!!!!!!



- tadi amik gambar ni dari blog izuan

baru perasan x cite kat entry hehe. masa ni aya, wawa dan ros datang beraya di rumah. tapi pagi tu ekceli kitorang kat kampung banting lagi, diorang lak akan datang beraya tengahari. kitorang xpergi pasar pun lagi haha cube bayangkan segala2nyee diselesaikan pagi tu jugak, bertolak dari kampung, pergi pasar beli barang basah laju2, dan masak laju2, hidang laju2. kuku masak mee kari, ngan sambal tempe+kentang+bilis untuk sape2 yang nak makan nasi.


tengok dalam gambar tu, haha kesian kerusi/sofa ni slalu beralih tempat. sekarang di alam realiti, sofa ni kat tempat lain pulak tau, bukan di tempat dalam gamba ni hee hee

aku ngan kuku dua2 jenis suke duk bawah, nak golek2 ke nak meniarap sambil tengok tv ke, bes siket. tapi sofa letak jauh2, so memang lapang giler laa tempat nak golek2, tempat aku nak lipat baju, puas sangat sebab lapang. kekeke. lagi satu sebagai persediaan ada bb nanti, elok ada tempat lapang kat hall, hehe, mak die yang nak pantang pun bes bole join baring, nenek ma yg nak join baring pun bole, ahh sume2 laaah join baring kat hall hahhhahahhaaa



- tadi pagi tengah2 ngadap pc, telinga ni tertangkap dialog sayup2 dari partition belah sana2.. dialog lebih kurang begini

kak Z : "sejak bile ada bungkusan roti canai kat sini"

*&*@%& pastu dengar2 siket suara F dan R, tp xbape jelas..

kak Z : "ooo dd ada datang ke sini ke tadi?"

F : "ada laaa.. dd yang besar tu pun xnampak ke"

R : "ha ah punyelaa besar dd tu, xnampak ke dd datang meja akak"



cissssssssssss!!!!! kuajaq cakap aku besar belakang2 sick aku dengar tahuuuuuuu sick


xlama kemudian, si O pulak ym, nak cakap pasal apantah.

"heii si gemuk"


x agak2 kan kawan opis aku ni
hee hee nak kene plaster betul hee hee bertimpa2 aku kene besar dan gemuk hari ni. kohok kohok kohok


tapi x sentap pownnn~~ dapat gelaran tu masa preggy ni je haa.. soo kool jek, hek hek hek *perasan kurus masa x mengandung chicken




- tengok cite sofiyya x? hehe dah agak da dari mula yang muiz x mati ;p bole ;p


- dah berbulan2 telinga aku asyik tertangkap ringtone yang sedap dalam ofis ni. tapi xtau dari sapa. die muzik omputih ala2 sendu gitu. setiap kali ringtone tu berbunyi, mesti aku berdiri nak tengok siapa yang tengah cakap henpon, nak tau gak ringtone siapa. tapi slalu hampa, sebab x jumpe gak tuan punya ringtone tu. pelik betul aku. memang misteri habes.


tadi aku terdengar lagi lagu tu. pastu dengar suara elis bercakap. eh ringtone elis ke selama ni? terusss serang elis hahahaha. betullah rupe2nyeee tu ringtone die, xpenah nampak sebab die PA bos, duk kat luar bilik bos, so aku xpernah terpikir nak carik sampai sana...


fuhhh puas ati dah jumpe hee hee

tajuk lagu yang slalu buat aku xduk diam sebab duk mencari tu adalah Breathless - Kenny G.

sendu kan aku ;P ok fine ;P


- malam tadi tido lewat siket sebab duk meneman kuku yang gigih memblend kacang soya, memerah, dan masak soya. buatnye memang renyah siket, tapi puas atiiii dapat minum soya handmade
drooling
nyesal x bawak bekal soya hari ni hehe. tapi kalau bawak bekal, nanti bekalan soya kat rumah pula kurang, ahuk2.


- oto kata akan ada sambungan cerita nek kamsia, bulan oktober ni. teruja x ;p wah wah aku teruja sangat. siapa2 yg ada permission tuk masuk forum tu nanti jangan lupe paste kat aku cite tu
batting eyelashes



- eh dah la dah la. nak produktif hari ni ;P bye nak buat keje.









Thursday, July 21, 2011

cabutan bertuah hari tu aku dapat apa? ;p



ingat tak entry lepas2 yang aku duk berangan nak menang cabutan bertuah ipad 2 ;p

so pada majlis penutup hari ict ptm ukm, hati aku dah berdebar2 dah. xtau kenapa nakk sangat menang hadiah utama, padahal selalunyee aku paling xnak menang cabutan bertuah sebab segan nak kedepan hehe.

sebelah kiri aku si wewe pun duk mengomel nak menang ipad jugak. hik2sebelah kanan aku pulak si rina.. dia biase je ;n

mule2 penyampaian hadiah untuk yang menang template power point.. xtaula diorang dapat hadiah apa.. aku tunggu cabutan bertuah je ;p oh ye cabutan bertuah ni untuk kakitangan ptm jek. so die cabut ikut nombor pekerja yang login/hadir pada hari itu.

korang rasa aku dapat ke x??

jeng jeng jeng..


.

.























sila scroll lagi..














.




.



aku menang hard disk 320 GB je!!! hahaha


xdapat jadi pemenang utama laahh plakkk.. tsk


tapi pemenang utama pun bukan dapat ipad rupenye. dapat Asus eee pad Transformer..
pemenang kedua dapat Dell Streak
pemenang ketiga dapat pakej pelancongan ke Langkawi untuk 2 orang


kerlasss~~


hard disk pun hard disk la labuuu~~ ;p

selain hard disk ada yang menang pen drive, ada yang menang hamper.
masa cabutan hamper tu aku duk cakap dalam hati "jangan laa nombor aku naik janganlaa nombor aku naik" haha macam nombor ekor pulak. xnak ah hamper, berat ok ;p




dialog wewe yang frust


wewe : "apa ni rina, kite asyik kecundang di tangan dd je.."

rina : "ko ni.. ini rezeki die mengandung"

wewe : "hari tu pun die dah dapat gak cabutan bertuah"

rina : "itu rezeki die baru kawennn"

wewe : "abes aku ni..?"

hee hee

jangan mara wewe ;p hehehheheheehe


oh ye, masa hari ict tu aku pergilaa forum open source vs proprietary..

sekali tengok jemputannye.. aikkk cam kenal jekkkkk


oohh Dr. R rupenye dari upm, haha.. Dr. R adalah supervisor lina, ros dan wawa ;p


datang ukm bagi talk kenape-yg-bukan-open-source-lagi-bes-dari-open-source ;)
ala2 debat gitu. dua lawan dua.



oh ini lak gamba si fid, gamba kedit to rina erina ;p

die tengah bagi talk kat bebudak sekolah menengah yang datang - tentang cara2 menggunakan google.

kitorang datang jugaklaa saje nak bagi sokongan *sebenanye nak ngutuk2 hehehe, masing2 buat dek je masa fird bagi talk tu *terutama rina yang asik tengok iphone die tu je, diorang dah tau kot pasal knowledge tu.

tapi tetibe ada
satu muke yang sangat teruja dengan talk itu, muke aku lah tu muahahhahaa. xsangka knowledge aku taraf sekolah menengah je sob sob sob. aku baru tauuuuu masa tuu cara pencarian google yang berkesannnnn hahahahahha bole??
ketinggalan zamannyewwrrr akuuuuuuuuu.

baru tau kalau nak gugel samting yang betul2 tepat tanpa campur word2 lain camne kekdahnye. baru tau kalau nak gugel ayat ni tapi xnak ada word tu camne kekdahnye. haa begituuu

patutnye aku jadi jemputan sekolah menengah je crying


paling xbole blah, si fid ni gi tunjuk kat bebudak ni website yang bole buatkan keje rumah matematik siap ikut steps. abeslaa bebudak ni ;p kalau diorang xpandai sebab tiru,ko bersalah fid ;p


ini je gift2 terkumpul yang aku berjaya collect.

kalau aku rajin tanya soalan atau rajin menjawab soalan kat booth2 atau masa talk mesti aku dapat banyak lagi. sob sob

















Friday, July 15, 2011

consider



minggu depan 18 dan 19hb julai ada Hari ICT PTM. ptm anjurkan, meh la datang ;P nanti bebudak sekolah pun ada datang untuk hadiri beberapa IT talk. aku pun ada daftar beberapa it talk yang aku berminat dan yang diwajibkan. yg diwajibkan tu aku xberapa minat pun, bole? tapi daftar je lah.

yang penting, aku datang nak dapat cabutan bertuah. kot2 dapat ipad ke ;p leh bagi kat kuku ;p eh motip dapat bg kat orang lain?? ;p ;p ;p sebab aku kan budak yang x berminat dengan barang2 canggih haha.

tp kebanyakan yang aku daftar tu sbb ikut gang, bole? ;p dari zaman sekolah kot camni haha, x de nye nak pegi sorang2, mesti nak gang.

nway masa tu aku x busy pun, yang busy adalah ahad ni, 17hb, ada kejohanan golf sempena hari ict ptm. entah macam mana aku bole jadi urusetia pulak. so dari pagi sampai ke petang la aku ada kat Danau, tempat golf tu. actually sampai kul 10 malam kene standby, sebab malam tu ada penyampaian hadiah, makan2 etc. tapi kuku nak amik aku awal ;p haha xdelaa, diorang ni baik2 tau. pengarah dan timbalan pengarah macam pakcik2 yang baik2.


"nanti kite kene datang pukul 9 pagi untuk buat persiapan bla bla... nanti kite kene makan awal pukul 6 petang sebelum diorang makan malam.. tapi macam diana ni *sambil menoleh pada aku yang sedang menulis isi2 minit mesyuarat, diana xpayah laa stay sampai malam, diana balik rumah k.. selepas selesai pendaftaran nak balik pun xpe..

*yahoooo, sebelum mintak kebenaran dah dapat green lite awal2"

diana.. ok ke nak datang ahad ni?? dari pagi? xpe ke?"


aku yang x mo tunjuk aku lembik semasa mengandung haruslaa jawab "ok :D"
lagipun memang dah tanggungjawab/kerja kan, xkan la nak skip2 heehee



motip entry ni?? hehe entah, rasa seronok. sebab memang x nak balik malam, sekali.. xyah pening2 pun rupenye camne nak cakap, orang sekeliling memang akan consider keadaan kite, heeeheeee


Yang benar,

adik kepada Fazura.. eh?





Thursday, July 14, 2011

biase je



kat ofis aku ni ada la sorang kawan, nama dia rina.. *wah terang2 aku nak ngumpat rina kan dalam ni? hak2..


dia tu kan... kan.. kan... kann....

kalau ada sesiapa yang eksaited dengan sesuatu dan sume pun nampak teruja "wahh wahhh"... tibe2 mesti akan dengar suara dari satu mulut yang yang sebut "biasa je.."

dan suara itu adalah suara rina..



pagi tadi kan my ofismet, aina duk edarkan kad jemputan pertunangan dia.. bila sampai kat tangan aku, aku sangat teruja lahhh sebab kad tu smart+comel sangat.. simpel je tapi comel laa bagi aku.. kad putih ada riben hitam kat tepi.. memang taste aku sangat..

aku pun.. "comelnyee comelnye, aina comelnyeee!!!"


tetibe terdengar satu suara dari satu watak yang tetibe muncul jalan xde bunyi.. "biase je....."


bole??

suke2 ati die jek tau hee hee seb baik aina dah biase jugak hee hee

aku pun pernah beberapa kali kena..

aku pakai baju baru, then kawan2 eksaited laa cakap cantek la ape laa bla bla.. skali muncul watak jalan xde bunyi yang tetibe muncul dan berkata "biase je.."

cis ;p


sama lah kalau pakai tudung baru yang cantek gak.. dikalangan orang2 yang suke dan teruja mesti akan keluar perkataan "biase je" dari satu watak antagonis iteww.. arghh ;p


tau tak aku terbayang siapa bila rina sebut "biase je"... aku terbayang fauziah nawi dalam iklan ribena masa hari raya sebut "biase je" sambil mulut senget2 cebik2 masa die tgk kuih2 raya yang maria tunku sabri hidang... hahaha


kalau kitorang duk tegur2 wewe makin kurus kan... mesti die muncul dan berkata "biasa je"...
rolling on the floor suke2 hati jek tauu



rina~ ko ni "biase je"...


note : shah jazle~ fasha sanda ke fauziah nawi kite nak bagi nama kat rina ni?

yang benar,
-diana danielle-





Wednesday, July 6, 2011

minggu depan


minggu depan kot baru balas comments dan update cerita2 terbaru..

nak siapkan jugak fail audit dan sistem sebelum rabu depan..
so rabu petang depan la saya update eh..


nak fokussss, bye laju2

publish laju2

bukak fail laju2

tetibe ada gambar hiasan, pu~




Friday, June 17, 2011

update sambil makan tembikai



Assalammualaikum kowrangg~~ (cakap gumam2 sambil tembikai dalam mulut)

skg tgh lunch jumaat ni.. kenyang laa.. x keluar mana2 pun.. lg pun wewe xde hee hee die kan nikah pagi ni. hehe. lepas tu aku ada keje nak disiapkan, so memang x akan keluar punya. kalau xde keje urgent dan bole keluar, ingat nak ajak ciare pergi iceroom makan si durian yg ciare publish tu
hee hee alamak kuku pandang laa ;p


tadi jalan sorang2 naik ke cafe.. rasa nak sangat makan buah.. sebenanye hari2 aku beli buah ngan makcik tu.. dari jauh dia nampak aku, dia dah get ready nak potong buah tembikai.. kui2.. sebab aku suke beli tembikai ngan dia, mintak potong.. x paham nape makcik tu jual tembikai secara potong besar2 beserta kulit, camne tah aku nak makan dengan ayu hee hee

sebenanye aku dah serasi dah dengan persekitaran tempat keje aku ni, so memang x penah kesah kalau nak jalan sorang2 gi cafe.. hihi biasala perempuan kan, kan suke ber'gang jalan2.. masa mule2 masuk dulu, segan nak jalan sorang2, takut orang ingat kite xde kawan.. hak2..poyo kan.. tapi bile dah serasi dengan tempat keje ni, aku boleh makan dengan siapa saja.. kadang2 jalan ke cafe sorang pun bole.. xkesahh.. lagi2 si wewe tu slalu diet x makan.. so aku tunggu je lah kat partition aku.. sesiapa yang lalu mesti akan ajak makan punya tongue ni lah untungnye partition depan2 dekat dengan pintu tongue selalu akan nampak aku bertukar2 pasangan masa makan ok tongue kejap dengan rina, kejap dengan wewe, kejap dengan aina n the gang, kejap dengan kak hasnah n the gang, kejap dengan kak zura berdua je, kejap dengan suhana+sha, kejap dengan sumaiyyah, haha slalu tukar2, bergantung pada siapa yang available dan lalu depan partition ku ;p

oh ye, tadi jalan ke cafe beli buah semata2 sebab perut dah kenyang. pagi2 tadi makan bubur nasi marveles. sedapp ohh... kul 10 pulak tetibe aku dipanggil oleh bos suruh masuk bilek yang dia tengah miting. tiba2 aku kene tunjuk skrin yang aku dah buat. jadi langkah kanan la aku, sebab miting tu ada makanan. diorang pelawa banyak kali suruh aku makan. aku pun makan laaa, ada mihun kari. nyum2.

bubur nasi yang akan diletak kuah sup. sedapp



tadi makan bihun kari, tapi tempek gamba mee kari meeting hari tu. aci la kan


tadi balik cafe, cam biasa aku duduk laa depan pintu ptm. jari aku kan dah x nak di'detect oleh alat thumb print tu. duduk je laa menepek kat situ tunggu kot2 ada orang balik nak masuk ptm kan. duduk atas bangku sambil makan tembikai guna lidi, kuikui. tiba2 nampak ada seorang hamba Allah nak naik kereta pastu macam keluar balik, "ko tak bole masuk sebab thumb print ke" .. "ha ahhh"... terus hamba Allah tu jalan ke pintu dan capkan kan jari.. haha besar pahala hamba Allah itu.. terima kasih terima kasih..

semalam aku dan kuku pergi alamanda, nak beli hadiah kawen wewe dengan hadiah ofismet kuku. tapi kan alamanda lengang giler. "oooo hujung bulan rupanya"... lain kali kalau nak lengang kite pegi hujung bulan je la ye ;p

malam ni balik gombak jumpe ma dan ayah. rindunyewwwrr~~


eh sebenanye aku tengah busy ni. nak siapkan pengaturcaraan. ada 3 plastik buah yang aku beli *tembikai, jambu dan tembikai lg. da makan 1 plastik. nanti sambil keje kite makan lg 2 plastik ye.

bye uols









Friday, May 27, 2011

seronoknyewrrr



malam ni nak tengok cite Nur kasih.. si dia sudah buking.. lepas tu nak soping siket2.. malam ni mesti aku asyik yey yey je.. seronoknyewrrrrr

tadi kannnn... aku tanye cleverbot..


User: Awak rasa lisa kurus tak.

Cleverbot: That can't happen.


rolling on the floor
rolling on the floor rolling on the floor

hahahaha sori laaa lisa, saya x tahan nak gelak la dia jawab macam tu
rolling on the floor



gambar hiasan.
aku dah suruh dah si photog itu jangan amik kaki, di amiknye jugak.




Friday, May 20, 2011

ambil gambar team


dd : "aina tengok apa tu~~"
aina : "perut dd"

hak hak... hari ni pakai baju kurung cam biasa, tp perut ni over tau, dah timbul2 pulak ;p dah beberapa orang tegur hari ni, kalau x tegur pun mata duk pandang ke situ.. hik2 motip?

nway, x tau pulak hari ni ada ambil2 gambar team - SMK, sempena salah sorang staf kitorang yg bernama suhana dah nak berpindah kerja.. kalau tahu ada amik2 gamba, pakai gojes2 siket ;P oh over~

jom tengok perkembangan kedidi yang dah 4 months pregnant.. nanti 5 months update lagi.. skang dah kembang siket since berat dah naik jadik 5X... X dirahsiakan.. lisa, ko diam eh ;n
skarang pun dah kembang, xbole bayangkan nanti lama2, kembang air, kembang hidung.. ohhh hidung yang dah sedia besar kalau kembang cane rupenye yee
hee hee

betul2kan tudung siket


asik gelak je, bile nak siriyes?
hoho sume berpunca dari en. photographer yang suruh kitorang tarik nafas masa amik gamba. motip?? sah2 laa nampak hidung makin kembang kalau tarik nafas.

oh ya, en. photog dan cik photog x yah import jauh2, import dari bahagian multimedia kat sebelah jek ;p



last2 gambar kat luar jugak cun

kat luar serius siket, dah xgelak



nak kenalkan nama ke?
ok lah. klik je gambar kalau nak tengok saiz besar k.

berdiri dari kiri
1) faizal staf paling baru eh-perlu-ke-mention..... 2) matshuk bos dedikasi yang setiap pagi jumaat akan ym "dd.. nak report" uh terdengar suara garau dia walau dalam ym.... 3) kak ain yang baru habes pantang.... 4) dd tengah cover perut haha....5) rina serba tahu dan suke makan nasi lemak hari2 *sebab nasi lemak ke ko jadi serba tahu, rina?.... 6) safura pekerja cemerlang.... 7) shadatul besfren suhana yang nak pindah.... 8) suhana yang nak pindah dan besfren pada besfren sebelah tadi yang besfren dia nak pindah ;p pangg~.... 9) kak mai ibu gigih yang sedang sambung degree.... 10) aina yang pakai baju sume cantek2 pastu aku suke ;p.... 11) talib kenderaan.. eh nape panggil talib kenderaan? hee hee.... 12) fird mangsa tertinggal 1 episod cerita nenek kamsia sebab EL hari tu pastu xde orang bagi hee hee

duduk dari kiri
1) kak hasnah yang suke jadi rujukan dd bile nak tanya koding ;p pastu suke buat kitorang gelak. hehe. 2) kak zura peminat setia nek kamsia juga~ 3) kak siti yang cakap perlahan dan kadang2 aku teringin nak jadi cakap perlahan camtu.. leh feeling2 isteri solehah ;p


ok lah penat gile ok taip. bye


note :
huhu bos kitorang lambat masuk, so ada dalam gambar kemudian2.




Friday, May 6, 2011

monitor



petang semalam, kitorang (staf-staf) dapat monitor baru... atas permintaan sebelum ni, monitor yang lama 18.5" ditukarkan pada monitor 23" untuk mudahkan view coding kat skrin.. hihi


dah pasang semalam, terus rasa cam "laaaa melebar kee.. ingatkan dapat monitor yang meninggi" hee hee xpela, coding tu kite susun secara mendatar je lah hee hee hak hak hak lucunye.


kuku, nanti dudu bawak monitor ni balik eh untuk layan movie kite kalau awak main game kat monitor lagi satu eh ;p ;p






Thursday, April 21, 2011

kerja






hari ni nak cakap pasal kerja pulak.. hehe..

xde pe pun sebenanye, saje je nak cecite cecite



aku tengah dalam proses develop satu sistem yang agak besar jugak la,,lama jugak aku menatap fasa rekabentuk untuk pstikan design dan flow tu betul sebelum bangunkan sistem tu.. so aku punye flow chart dan rajah2 lain selalu lah kene conteng dengan bos sebab x ok kan.. hehe..

dah kene conteng, aku buat lagi.. tapi bos aku ok tau, die bukan conteng sebarangan, dia betulkan laaaa... kire xde laa biar aku terkapai2 x reti buat kan.. heheeee.. tapi die akan duk sebelah dan
tunjuk flow yang betul, bla bla.. eh aku kipas bos ke? kosser... bos pun xbaca blog aku okeh! cume bila mende2 cam ni aku memang hargai sangatlah kalau orang tu nak keje kite siap tapi at the same time dia takkan tinggal kite terkontang2 x reti.. yang ni aku respek lahh..



so gambar kat bawah ni gamba flow chart aku yang dah berapa kali aku buat, conteng, ubah,conteng ubah.. hehe nampak merah2 tu? ;p struggel ok. kadang2 bawah balik rumah lagi, kuku selalu laa nampak flow chart aku ni.



ok gambar kedua ni pulak aku baru tunjuk petang tadi.. and yeyyyy.. bos cakap "haaa kan dah pandai ni"

hee hee

aku kan tak boleh dipuji
hee hee pang~


tapi memang rasa seronok sangat sebab dah xpayah alter dah.. betul dah.. huhuhuuu





semalam petang aku tanye kak H satu soalan koding tu... sebab aku ada idea camne nak solve kan mende tu tapi idea aku memerlukan pengaturcaraan yang panjang laa, kalau boleh nak pengaturcaraan yang pendek dan efisyen je, xyah ulang2..

dalam pukul 5:30 macam tu pergi ke
partition kak H... dan tiba2 kak H pun macam sangkut masa nak solvekan koding aku tu... aku pun cakapla "oo xpela kak xpe2"....

tapi.. kak H
tetap nak berusehe!!... kak H mulelah buat aturcara sendiri bla bla.....

aku? dah sampai blur2 dah.. hehe kak H dah suruh aku balik
partition sendiri tapi aku xnak.. last2 aku sambar kain yang kak H sedang jahit terletak atas meja.. *kak H akan jahit baju sementara tunggu husband sampai.. terus aku sambung jahit sampai abes sambil2 ushar kak H tulis program
hee hee


siapp!! kak H sangat terkejuttttttttt tengok baju dia dah siap dan x sangka aku boleh menjahit.. "laaa kan mak saya tukang jahit, saya tahu siket2 lah hehe"..


pastu kak H suruh nex time aku tanya soalan banyak2 lagi supaya bila dia jawab soalan aku bole isi masa dengan jahitkan baju dia.. haha bole?? bole jeeeeee heheheehehheee



sampailaa suami kak H dah sampai, koding tu masih sangkut.. aku pun balik lahhh.. tengah2 drive dapat call dari kak H "dd!!! akak dalam keta ni, dah dapat idea!!!! sok pagi akak buat eh!"


aduhh terharunyeeeeeeeeeee T_T


pagi tadi ada seminar keselamatan.. so aku xde kat ofis.. tetibe dapat sms dari kak H "dd!!!!! akak dah berjaya.. seronoknyeeee"


kak H kan tengah banyak keje T_T terharunye akak chaiyuk untuk saya punye dulu, xbuat keje akak dulu T_T


bile aku balik seminar, duduk kat kerusi ofis, buka2 ada emel kak H emelkan koding tu pada sume orang. itu namanya perkongsian ilmu ye..

hehehehee

pastu ada emel kedua, dari si F.. dia modify koding kak H tu supaya lebih simpel... aku terus rasa macam "wahh!! hebatt!! xpernah terfikir pun cara2 yang diorang buat ni!"


xlama kemudian, ada emel ketiga pula dari si E.. die bg cara lagiiiiii simpell.. die modify laa koding tu..


huwaaaaaaaaaa terharunyeeeeeeeeee perjalanan ku dipermudahkan
crying


Alhamdulillah, developer developer kat sini memang sangat membantu..

wuuuu... terima kasih...


rasa gembira pula kerja hari ini :)


yehh



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...