Showing posts with label cari abah. Show all posts
Showing posts with label cari abah. Show all posts

Tuesday, September 21, 2010

cerita siket je.. ;p


tangan ni ada rasa gatal siket la nak cerita pasal jumpa seseorang hari tu ;p

seseorang itu ialah abah dan keluarganya huhu.

siket jek tau, x bole tanya lagi dah tau ;p



1) rumah abah rumah teres, lagi besarr dari rumah saya. yela, saya rumah flat je. eh tak baik kan cakap macam tu :) pukul lah saya. xpe, yang penting selama saya hidup ni, saya ada keluarga yang sangat comel dan penyayang kan :) ^^


2) abah ada 2 kereta. ooooo.

3) masa sampai hari tu, isteri abah (mak tiri saya) merangkul ku dengan sangat erat dan mencium pipi ku bertubi2. tapi saya hanya berdiri kaku. speechless.

4) saya xtau nak panggil beliau apa. beliau suruh saya panggil dia "ma"... tapi "ma" saya ada sorang jek. huk.

5) erm saya jugak di ajak ke negara asalnya di Thailand. err xpelaa, terima kasih :)

6) anak2nya macam baik. mereka ni adik2 saya la la kan? tapi saya diam je, tak biasa kan. diorang peramah "kak yana, meh laa duduk sini". saya hanya senyum. dan ada la jugak jawab soalan siket2. hehe

7) banyak sangat makanan yang dihidangkan. untuk menghormati keluarga abah, saya makan la juga. saya ambil semangkuk tomyam.

8) banyak lagi ceritanyaa... tapi biarlah saya berhenti setakat ini dulu k... huhu


mungkin ini satu permulaan untuk hubungan kekeluargaan? dan mungkin juga yang terakhir saya balik terengganu, i have no comments.


xbole comment tau, maaf eh, hehe. apa yang saya rasa di hati sekarang sangat la orang lain x bole rasa. *padahal sebelum ni saya ok je kan, ekekeke. harap memahami^^



Saturday, August 14, 2010

Pertemuan di bulan Ramadhan


camne nak mula ek..

hehe..

Alhamdulillah, hari ini 3 Ramadhan,di awal pagi, aku berjumpe dengan ayah kandungku sendiri.. after 26 years *pernah jumpe sekali je masa kecil, tp mana ingat..

masa first time nampak kelibat abah tadi, aku macam "wooo jelmaan abang".. hi hi patutla abang aku marah sangat, muka diorang sama rupenye ;p ekekeke tapi abah kurus lagi laa dari abang, lepas tu nampak tua dah siket2, huhu

mula2, aku diam je tadi masa pertemuan tu, aku dengar je lahh bila ayah dan ma borak2 dengan abah.. abah tanye aku seketul, aku jawab seketul. yang bikin meriahnye of kos laaa ayah aku kan, dengan aksi comel tak dengar tak dengar nye tu kan ;p


tapi lama2 tu, aku macam ok dah, dah berani siket tanya2 soalan huhu.

- abah merupakan seorang cikgu sejarah dan BM di sebuah sekolah kat terengganu.
- abah ada kereta waja *wah boleh tahan kan. oh tapi abah datang sini naik bas ar, sorang2. huhu

- rupe2nye aku ada 6 adik beradik belah sana. dan yang sulung itu umurnya 24 tahun, belajar di UUM. whattt??? beza 2 tahun jek dengan aku? ooo my guccii~~
InsyaAllah masa aku nikah nanti diorang semua hadir. walaweeeeh~~ dan yang konfem datang adalah nenek dan adik beradik abah. diorang memang dah lama sangat nak jumpe ma, abang dan aku. huhu.

majlis pernikahan aku nanti bakal menjadi sebuah drama keluarga? ;p


tadi kat masjid uruskan semua dokumen nikah, abah pun dah sign borang sebagai wali.
hoho dapat tok kadi yang best. suka pulak aku.. kukuuuu, awak mesti suka~ ;p tuan haji tu cam ok jek, hihi.

dokumen semua lengkap tadi kecuali tiada surat nikah ibu bapa. ngeee


"ibubapa dah bercerai. surat nikah dah diambil pejabat agama, camne?"

"kalau macam tu perlukan surat cerai lah"

"ibu bapa dah berkawen lain, surat cerai dah diambil pejabat agama, camne?"

"kalau macam tu perlukan akuan sumpah mengatakan yang ibubapa pernah bernikah dan nordianah adalah anak kandung... macam ni saya ajar buat ayat.. saya (nama bapa,IC) pernah berkahwin dengan (nama ibu,IC) pada (tarikh nikah) dan telah bercerai. (nama anak, IC) adalah anak kandung kami yang kedua, dan saya adalah wali yang sah."

time tu muka aku kerut2 jugak lah kan mana pulak nak cari pesuruhjaya sumpah area gombak ni, dan camne nak ingat ayat-ayat tadi.

"jangan risau, ini semua mudah je... jangan fikir susah.. bla bla.. dekat gombak ada satu pesuruhjaya tu, bla bla.. nanti diorang akan ajar buat ayat masa nak tulis akuan sumpah tu, bla bla.. dokumen nordianah ni dah lengkap semua, kecuali satu ni je, lepas dah dapat akuan sumpah tu, tunggu borang dari belah laki, dan boleh hantar terus ke pejabat agama"

hehe aku pegang ayat tu.. nak kawen sebenarnye mudah je, chillax okay chillax~~


dah booking masjid tu untuk nikah pukul 10 pagi pada 20/11/2010 (sabtu).. oh kawan2~ aku nikah pagi, dan sanding hari yang sama tau.. hihi..

Tuan Haji siap cakap "nanti awak nikah kat masjid ni lah.. kat dalam tu, nanti kita pasang laah lampu spotlight sume.. cantekkk"

haha kerlass ustaz~ sporting gitu.



nway tadi ajak abah singgah umah kejap. suruh abah mandi2 dulu. yang comelnye, ayah lah.. dah jadi macam penunjuk muzium, semangat pulak tu. duk tunjuk2 gamba konvo kitorang yang tergantung.

ayah : "ini gambar feruz"
abah : "oh ini feruz, lain beno muka dia dengan waktu kecil"

ayah : "ini gambar diana, ambil sijil dengan sultan selangor.. eh ni, apa panggil, sijil ka?"
ma : "ijazah laaa"
ayah : "oh sijazah sijazah. diana amik sijazah"

huhu -____-


itu belum kesah dalam kereta lagi. ayah buat aksi comel kat trefik lite lampu merah.


ayah : "haiyaaaa ada nyamuk dalam kereta"

(ayah buka pintu kereta tengah2 jalan nak kasi nyamuk keluar) *bukak besar2 okayyyyy
(ayah tutup pintu kereta sebab ingat nyamuk dah keluar)


ayah : "eh ada lagi kaa nyamuk"

(ayah buka pintu kereta semula nak kasi nyamuk keluar)
(ayah tutup pintu kereta sebab ingat nyamuk dah keluar)


ayah : "eh ada lagi kaa nyamuk"

(ayah buka pintu kereta semula nak kasi nyamuk keluar)
(ayah tutup pintu kereta sebab ingat nyamuk dah keluar)


diana : "ayahhhhhhh.. malulaaa kereta belakang tengok ayah duk main buka pintu tutup pintu tengah2 jalan ni"
abah : "benci benooo dia pada nyamuk... kelakar laaa dia"

-___- tengok, abah aku pun cakap ayah aku kelakar. huk huk

i know i know, sesiapa yang jumpe ayah memang akan suka kat ayah punya, huhu aku tau abah suka ayah. abah pun cakap tadi dia tak sangka ayah ok dengan dia. abah menyenangi sifat ayah. sifat ayah membuatkan abah tak rasa kekok. thanx ayah. sebab ayah asyik buat kelakar laa, diana pun ikut tak kekok sangat jugak dengan abah.


ayah aku selalu nak lari2, nak pegi beli barang laaa apa laaaa ada je excuse dia nak kasi kitorang bertiga ke apentah. xtau laaa kan, tapi ayah kate nak beli barang nak kasi abah bawak balik tengganu.

tapi abah duk tarik je ayah jangan pegi mana2.

ada satu masa tu abah cakap
"ayah diana ni baikk.. buat abah hormat dia.. sebab tu laa dia hormat abah balik.. "

hmm, betul juga.. ayah aku memang akan baik kalau orang hormat dia... tapi kalau orang pandang rendah kat ayah atau pijak2 kepala ayah, ayah memang tak akan jadi baik ;p


nway pertemuan tadi tak lama. sebab abah dah beli tiket bas balik tengganu pukul 1 tengahari. kitorang hantar abah sampai stesen bas putra.

masa datang tadi, abah ada bagi seplastik keropok dari tengganu. masa balik pula, ayah bagi macam2 makanan ke abah, kuikui.

dan sebelum berpisah,

aku salam tangan abah..
abah cium dahi aku..

then abah peluk ayah rapat2..
lepas tu abah cium dahi ayah kuat2..

dan aku lihat, abah tak mendongakkan kepala selepas itu. abah terus berlalu, berjalan dengan muka yang tertunduk. aku tak tau apa yang sedang bermain dalam fikiran abah waktu itu.. aku sendiri rasa sedih sangat waktu tu :'(

kemudian aku sms cakap "abah jalan baik2... diana minta maaf atas segala kekurangan sepanjang pertemuan tadi"

beberapa jam kemudian, abah reply "ABAH SAYANG DIANA, MAMA DAN ABANG.."


:'(

i know :'( yang dah berlaku dah la kan, past is past.. aku sendiri tak tau nak maafkan apa sebab aku sendiri tak pernah rasa marah kan...


dan kini.. aku di rumah.. aku dah mula ada perasaan rindu pada ayah kandung sendiri... betul lah, perasaan sebelum berjumpa dan selepas berjumpa sangat lain.. sebelum berjumpa, aku tak penah rasa rindu pun.. *abang selalu risau aku akan lembut hati.. ya, aku memang lembut hati.. nak buat camne huhu..



note : aku lihat gaya abahku seorang yang mempunyai perwatakan yang disegani *xreti nak eksplain. mungkin sebab dia seorang cikgu~


Thursday, August 12, 2010

esok lah hari nya


hrmm esok jumpe abah..

dup dap dup dap..

camne laa rupa abah ye.. muke abah cam abang ke?

ishhh berdebar2 betul laaa..

nak pakai baju apa ek ;P motip? ;p


ishhh tak tau dah nak cakap apa ni..

tangan sejuk tangan sejuk..


kitorang janji dekat masjid taman melati.. kat situlah abah kene sain sume jenis dokumen nikah yang perlu wali sain depan pendaftar nikah..

ma dan ayah Rasul akan ikut jugak esok..

uwaaaa tak tau nak cakap apa..


Sunday, August 8, 2010

jumaat ni laa


hehe ramai ingat jumaat lepas yang saya akan jumpe abah, tapi sebenarnye jumaat yang akan datang ni ar.. dup dap dup dap lagi 5 hari..

kelmarin dapat sms dari abah selepas aku sms tanya abah ambil tiket bas pukul berapa.

"W'KUM SALAM. ABAH BERTOLAK LEPAS TERAWIH HARI KHAMIS MALAM JUMAAT DENGAN KERETA. ABAH TUNGGU DIANA AWAL PAGI JUMAAT DI PARKING TOL GOMBAK. INSYALLAH"


ohh~ abah ada kereta rupanya~ hehe....


hrmm pertemuan di bulan Ramadhan :) dup dap dup dap dup dap~ :]


note : tapi cuti tak tau diluluskan ke tidak lagi ni, huhu







Tuesday, August 3, 2010

Alhamdulillah di permudahkan


Assalammualaikum sume :)

ini kisah ahad hari tu.. sekolah kat tengganu kan dah bukak kan hari ahad kan kan.. so dengan berdebar2nyaa ma pun telefon lah sekolah abah berbekalkan nombor telefon yang saya dah gugel hari tu..

oh sebelum tu nak cerita, ma cume ingat nama sekolah lama abah "Sekolah Menengah Kebangsaan Kompleks..." ... Kompleks apa tak ingat... Kompleks Batu Rakit ke ape ke... sabo je la kann ;))

tapi masa gugel tu, yg aku jumpe klu kat tengganu Sekolah Menengah Kebangsaaan Kompleks Mengabang Telipot adalah.. ah bole laa~~ tu yang ambil no. telefon sekolah tu. then bagi kat ma



ok sambung cerita.

masa ma telefon tu, ma cakaplah nak cakap dengan sekian sekian sekian kan... kerani tu jawab, sekian sekian sekian tengah ada kelas.. lepas tu kerani kata abah takde henpon.. ye lah tu kak ;p takde henfon ye ;p takut nak bagi nombor la tu ;p then ma tinggalkan lah nombor ma.. sambil berfikir "tak pernah berpindah sekolah rupenye setelah berpuluh2 tahun...."



masa tu pagi dalam pukul 9... tak lama kemudian mak ketuk pintu bilekku, then pass henponnye ke aku sambil cakap "abah nak cakap dengan diana"...

errr..



dan... bermula lah perasaan berdebar2 sampai nak terkeluar jantung.. masa taip ni pun tangan sejuk2 mengenangkan saat itu.. huhu


abah : "Assalammualaikum.."
diana : "....... *terdiam lama


"waalaikumussalam"

abah : "diana sehat?"
diana : "............. *masih x percaya dengan suara yang kudengari itu.


"sehat.." *lupe nak tanya balik abah sehat ke x, huhu speechless

abah : "diana nak kawen da ye....."

diana : "ha ah.."

abah : "minggu depan abah datang ye selesaikan hal dokumen diana.."

diana : *masih speechless uwaaaaa


abah : "hari jumaat abah datang.. abah pegi KL naik bas"

diana : "xpe ke...." *bongok nyee aku dalam banyak2 benda boleh cakap, pegi tanya xpe ke... aaaaa

lepas tu aku lupa laa apa jadi... tak ingat ending... cuma ingat sebelum letak telefon aku cakap Assalammualaikum jek.. sebelum2 tu banyak diam je, tak tauuu tak dapat gambarkannnn perasaan waktu ituuu..



hrmm.. perasaan bercampur baur... after 26 years.... n honestly, aku tak pernah rasa marah apa2 pun.. past is past rite? cume..... ada sesuatu yang aku duk fikir ni... rasa sayu bila abah cakap abah akan datang kl naik bas :( .... lepas tu bile dah jumpa karang, aku nak buat apa? salam la kann? lepas tu? huhu... kalau boleh tak nak abah rasa janggal *betulll yang ni yang aku duk fikir hari2, aku rasa sayu....

kalau boleh tak nak ada sesiapa yang kecilkan hati abah, past is past, betull.... huhu betul2 tak nakk rasa awkward between each other.... camne ekk...



hrmm...



Friday, July 30, 2010

dapat certificate



sonoknyeee dapat certificate ^_^ thanx ezzan, mmuahhhhh mmuahhh


terharu sungguh :')

stay BF forever ya (^,^) (^_^)


leh letak sekali dengan fail sijik2 akademik x? ;p

ada lagi satu pressie nak upload, tapi intenet malam ni macam kura-kura siket, sungguh tak berjaya. hihi, jadinye esok la ye upload


3 utas gelang kristal dari ezzanku, suke suke (tangan angkat2 x duduk diam)

^_^

Selamat malam ezzan, selamat malam kawan2 yang disayangi, selamat malam dunia ;)


note : pencarian abah bermula. dimulakan dengan menggugel sekolah2 di terengganu (abahku seorang cikgu), mengambil nombor telefon sekolah dolu2 abah, ambil telefon penjabat pendaftaran dan ambil telefon kementerian pendidikan.

esok ma yang akan telefon2, berdebar2nye~ dup dap dup dap~



Wednesday, July 28, 2010

lebih baik anda telefon kalau nak tahu pasal HIV test dan prosedur kahwin


tahukah anda yang saya sudah pening kepala dan tangan sejuk2? hahaha

rilek dd rilek~~ kite kene kool~~~


tahukah anda untuk mendapatkan kepastian tentang prosedur kahwin, kite tidak digalakkan terlalu pasti dengan apa yang kite dengar dan apa yg kite baca di gugel.. tak salah untuk percaya apa yg kite dengar dan baca, tapi bila sampai tempat kejadian, bila apa yang berlaku x sama dengan apa yang kite bayangkan jangan marah melenting2 yaa, uhuk huk

sebab kita perlu ingat, lain orang, lain tempat nikah nya, dan lain kes2 tertentunya.


sebenarnye tentang prosedur kawen, jiran aku cakap macam ni.


1) kursus kawen *dah buat dah
2) buat hiv test
3) pergi pejabat agama ambil borang, isi.
4) pergi masjid tempat kita nikah nanti, jumpe imam buking date nikah dan tunjuk borang yang telah diisi.
5) pergi pejabat agama lagi sekali serahkan borang.


ok tu versi yang aku dengar.


bila aku gugel pulak, banyak versi. especially tang klinik untuk hiv test.

ada yang kata klinik tak sediakan borang, kene beli borang 10ringgit kat pejabat agama, ada yang kata tak payah beli, klinik sediakan semua. wahhhhh mana satu aku nak follow niii~~~~

lagi satu contoh, aku dah bulat2 suara nak buat HIV Test kat klinik kesihatan bandar baru bangi sebab dekat dengan tempat kerja, so tak payahla apply cuti, tambahan pula aku gugel2, ramai yg dok buat kat situ kata ok. bila aku telefon klinik situ aku cakap aku kawen kat KL, leh ke buat kat situ, kakak klinik tu kata boleh, xde masalah.

tup tup mase menggugel aku terbaca satu entry girl ni marah2 sebab...... mase die buat kat klinik kesihatan bandar baru bangi hari tu, memang ramai sangat couple yang datang nak buat HIV test.... tup tupppp disebabkan terlalu ramai yang hadir, nurse sana buat pengumuman yang kit ada 20 jek, so terpaksa pilih pasangan yang bernikah di bangi sahaja. girl tadi pun marah arrr sebab dia yang sampai dulu kan.

bila aku baca tu, pheww~~~ tak nak lah amik risiko. better aku pegi klinik yang ade appoinment, bukan main walk-in. dan better juga aku pegi klinik yang dekat dengan rumah.

last2 aku pun call lah klinik kesihatan setapak. minggu ni dah full appoinment, so aku book laa tarikh sekian sekian.

"saya nak confirmkan dahulu, yang saya duduk di taman melati dan akan berkahwin di taman melati lah, pasangan saya pula orang selangor, boleh ke kami buat hiv test kat setapak? apa yang perlu kami bawa?"

"boleh, tak ada masalah untuk buat hiv test kat sini. beri nama cik dan pasangan cik sekarang. bla bla bla, nanti cik dan pasangan kena bawa salinan IC dan pen, itu sahaja"

"borang2 xperlu bawa?"

"xperlu xperlu, kami sediakan disini"


fuhh~~ kan senangg~~ tepon teruss dan buat appoinment terus. x berani la nak walk in.




lepas dah setel booking HIV test tu, aku pun terfikir pasal prosedur kahwin yang jiran aku duk cakap dan apa yang aku baca.

"huh lebih baik aku call pejabat agama terus, malas laa nak pening2"

aku pun masuk laaa website jais dulu.

lorrrr~~~ boleh donlod je borang kawen ni, huhu xperlu laa nak ulang alik gi pejabat agama kan.


dail no. yang tertera, dan terus rujuk kat sana.

selepas berbual dengan pegawai sana, terus faham 100%.

memang sangat bercanggah dengan apa yang aku duk dengar2. hihi. ye laaa kes aku kan berlainan. kes tiada wali ;P


1) perlu ada salinan IC

2) salinan sijil kursus kawen

3) HIV Test

4) CARI WALIII DAHULUUUUUU KALAUUUUU MASIH HIDUPPPPP, baru boleh proceed dengan borang2. kalau tak jumpeeee, kene bawak mak dan abang dan 2 saksi untuk prosedur wali hakim.

5) dah jumpe wali, bawa wali ke masjid tempat kite akan nikah nanti, dan lengkapkanlah semua borang yang dah download tadi.

6) pasangan kite kene dapatkan surat kebenaran dari pejabat agama tempat dia. surat kebenaran untuk bernikah di luar kawasan.

7) lepas selesai 6 di atas, kepilkan semua borang, dan hantar ke pejabat agama. siapppp


JELAS BUKAN? huhuhuhu naseb baik lah aku telefon, kalau tak, mesti aku terbuat keje banyak kali. in terms of ulang alik ulang alik, haishhh...



sekarang sakit kepala aku, bila pula aku nak pegi tengganu cari ayah kandung ni ;p

hihi


harap2 semua berjalan lancar. Amin :)


Aminn