Friday, January 15, 2010

the color of my love.. part 3


******************** PART 3 ********************


sepanjang hubungan dudu dan kuku di upm, banyak jugak yang kami lalui bersama2 :) tapi masa awal2 hubungan banyak suka jek ;p keh keh biasalaa kan awal2 hubungan tahun pertama, tau nak suka jek :)


tapi bila sayang dah bertambah2 tu, faham2laaa kan, makin banyak laa pulak complicatednyaa hati wanita dan hati lelaki ni, hoho~.. ke hati wanita je ek ;p

tibalah waktu untuk Latihan Industri (LI) atau Praktikal... semasa cuti semester 4.. aku dan kuku bersama kawan2 kami yang lain dapat LI dekat Kolej Teknologi Islam Melaka.. ramai jugak siriyes weh aku tak ingat berapa belas orang ntah sebab nak develop sistem untuk kolej sana..

dari kiri anas, iqbal, faris, shah dan kuku

bersama aya ;)
orang lain buat kerja, ko bace sincan ye dudu



kat sana bes sangat.. sangat kehidupan baru.. time tu kuku menjaga dudu jugaklaaa hehee ;p teringat naik bas KL bersama2, naik bas ke Masjid Tanah bersama2^^ semua itu kenangan yang tak dapat dilupakan^^ cuma dating jek tak pernah kat sana ;p maksudnyaa kalau dah masuk kolej Islam tu, tak berani dah laa nak keluar jalan berdua2an.. nanti kena "pandang" laa.. haha

girls kat depan asrama KTIM.
dari depan dan kiri, aya, dudu, zila, rosa dan kakyen.


dalam tempoh kitorang LI kat sana, abang demo (abang kitorang merangkap supervisor kitorang) ada jugak bawak kitorang menaiki Gunung Datuk... yuhuuu pengalaman yang tidak mungkin dilupakann (^^.)/

aku bukan lah seorang yang kuat sangat.. cepat je penat haha.. tapi masa panjat gunung Datuk tu, kuku sangat tangkas orangnya.. cergas giler.. macam tak penat je die..

time tu aku rasa aku taknak kalah, aku nak kejar dia, aku taknak kena tinggal dengan dia.. aku sedaya upaya catch up dia...penat camne pun aku tetap panjat dengan sekuat hati, asalkan tak kena tinggal dengan dia haha.. tiba2 aku dah sampai puncak, antara group yang pertama sampai.. aik? magik ;p tiba2 aku dah sampai atas ;p cam tak caya je ;p mana yang lain? aku dah tinggalkan diorang ke? wah kejinya saya~ maaf maaf..

time tu aku dah faham, aku dah tahu siapa pemangkin aku sampai bila2, winkk**

dudu dan mumu ngada2 nak duduk paling puncak, haha

kuku di belakang dudu =)

pernah dengar tak orang dulu2 ada cakap "tahun kedua hubungan adalah tempoh yang paling getir.. kalau kite berjaya atasi tahun kedua ini, InsyaAllah kita akan dapat atasi segala dugaan2 lain untuk tahun mendatang"..

hee macam tu jugaklaa yang berlaku kat kitorang.. tahun kedua kitorang adalah semasa di LI ni lah.. tak tau laahh kenapa banyak sangat dugaan hati, hadoiii laaa~ memang dalam banyak2 dugaan, zaman LI ni lah yang paaling2 hujung2 nyawa sekali, hee susah aku nak cite laa, perkara dah lepas kan ;p bila ingat balik sengih2 jadinyaa ;p

tahun kedua masih tempoh mengenali sesama sendiri kan, darah pun muda sangat lagi tu, soo asyik2 rasa nak panass ajeee (^.^) cemburu pulak tak ada dah buta je, tahap cemburu pekak bisu semua ada.. wakakaka.. hrmm time tu muka kuku pun banyak kelat dari senyum.. cuba lihat gambar bawah ni, hehe..

keh keh serius tak ;p
lariiiiikk~

aku lak asyik cengengg aje laa.. cengeng sampai pujuk2 hana dan ja (puteri2 tujuh) datang melawat keadaan aku kat melaka haha.. last2 diorang betol2 datang, terharuuu (T_T) time tu aku tau dah, 2 kawan aku tu memang sangat sayangkan aku =) hik perasan

2 orang yang berbaju kurung tu laa 2 kawan yang sanggup turun melaka dari KL, ja dan hana, syg korangg mmuahxx =)
-zoo melaka-

geng lelaki di zoo melaka.. kuku berbaju putih sambil menyandang beg dudu hehe


tapi kalau fikir2, semua dugaan yang berlaku pun berpunca sebab kite sayang orang tu.. cuba kalau kite tak sayang orang tu, mesti tak heran ape2 pun, betol takkk ;)
tapi Ya Allah ya tuhanku, Alhamdulillah, setelah pelbagai dugaan menimpa hubungan ni, kitorang harungi jugak dan berjaya melepasi semua peringkat.. tahun pertama, tahun kedua.. bersyukur sangat :)

semester 5 kitorang kembali pada rutin biasa di upm.. selepas tu, semester berapa ntah, yang course kitorang kena pergi camping kat lenggeng n9..

bersambung..

2 comments:

nisa ~ shasha said...

dd smbung cpt!
xsbr da ni.. hehes :)

dd dudu said...

{nisa}
heheheeh ;D