Pengunjung Tegar

Kata-Kata Semangat

more Quotes

Perhatian

ADA GAMBAR DI DALAM SESETENGAH ENTRY TELAH HILANG AKIBAT KESILAPAN DARI TUAN BLOG SENDIRI. SEGALA KESULITAN AMATLAH DIKESALI. HARAP MAKLUM.

Monday, July 27, 2015

Trip To Perhentian Besar - Day 2







Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia.
Hye peeps.

It's been a long time.
Meh nak sambung pasal entry tertunggak sebelum neh.
Day 2 di Perhentian Besar.

Aktiviti snorkling dari pagi sampai tengahari.
Pagi tu berkumpul di Fauna Chalet, sebab i amek pakej snorkling kat situ.
Masing masing dengan geng, i jaa sorang.
Huhu.
Bila semua dah ada, kitorang pon naik boat and menuju ke point point untuk snorkling.
Semuanya ada 4 point.
Tapi sebelum ke point pertama, kitorang stop depan Perhentian Island Resort dulu untuk briefing.
Penting sebenaqnya briefing neh.
Depa ajaq cemana nak pakai mask dengan betul, cemana nak clearkan cermin mask bila dah kabur dan lain lain.


Briefing time.


Setel briefing, kitorang menuju ke point pertama.
Turtle Point.
Kat sini ikan takda sangat pon, coral pon macam tak ada.
Yang ada hanya penyu.
Itu pun kalau bernasib baik, muncul laa penyu tu.
Kitorang agak bernasib baik sebab brader yang bawak kitorang tu, Abang Gg dive ke dasar laut and kacau si penyu supaya dia berenang naik ke atas.


Abang Gg willing nak tangkapkan gambaq penyu so i kasi sjcam kat dia.
Cantik kan.
Teruja betul masa i transfer gambaq penyu neh ke pc.


Seterusnya kitorang bergerak ke point kedua.
Katanya kat point kedua neh banyak ikan yang cantik cantik.
Tak banyak pulak gambaq ikan yang i snap.
Banyak record video jaa.


Ikan belang belang neh merata ceruk pon dia ada.
Kan.
Mihihihi.


Setel point kedua, kitorang bergerak ke point seterusnya.
Point ketiga, Shark Point.
Kat sini betul banyak ikan yang cantik cantik.
Coral pon bersepah.
Shark tak nampak laa pulak, dia lepak kat tempat lain kut.
Tapi kat sini memang kena extra hati hati.
Ada kisah hitam yang terjadi kat i.
Untuk pengetahuan korang, kat shark point neh arus dia boleh tahan kuat.
Sesapa yang tak pandai berenang, memang tak digalakkan laa turun.
Kalau nak turun pon, main dekat dekat boat jaa.

Terus terang i memang tak berapa pandai berenang, cuma konfiden level dalam air tu ada laa sikit.
Kat sini memang i leka snorkling.
Record video sambil layan ikan berenang.
Sampai 1 tahap, i tak sedaq yang i dah dibawak arus jauh gila dari boat.
I snorkling sorang sorang time tu, terpisah dengan geng boat yang i naik.
Bayangkan dengan arus yang kuat, tak pandai berenang, tak jumpa boat yang i naik.
Cemas memang jangan cakap laa.
Tapi i bertenang, i cuba jugak berenang pelan pelan.
Sumpah penat!!!
I hampir hampir give up dah time tu sebab nak melawan arus.
Rasa nak menangis semua ada.
Dalam keadaan yang penat, i terfikir untuk lambai lambai sjcam i tu sebab bobber yang i pakai tu kaler kuning, i memang mengharapkan boat yang i naik tu nampak kelibat i.
Last option laa tu.
Alhamdulillah depa nampak i.
Tapi depa tak boleh p dekat dengan i sebab takut langgaq coral.
So nak tak nak i kena berenang slow2 untuk sampai ke boat.
(T_____T)
Bila i teringat balik kejadian tu, memang i rasa cuak gila.
Fobia pon ada jugak sikit.


Ada sikit gambaq kat Shark Point.
Gambaq shark yilek.
(-___-)"

Bajet bajet terer.
Kuikui.
(^^,)


Point terakhir ialah Lata Air Berani.
Kat sini takda apa sangat pon.
Ada air sungai yang mengalir then depa buat macam takungan, so kita boleh jirus untuk bilas badan kita,
Haa gittew laa.

Setel aktiviti snorkling, kitorang pon balik laa ke Perhentian Besar.
Dalam 2pm jugak laa rasanya setel.
Balik bilik, mandi and rehat for awhile then late lunch kat BFirst Cafe.
Petang just lepak lepak tepi pantai.
Sebelum tu singgah kaunter Bayu Dive Lodge sebab nak kompemkan boat balik untuk esok pagi.
Tapi masa tu staf Bayu takda, depa bz.
I lepak sat kat situ sambil layan wifi free, tetiba i disapa staf Alu Alu Divers.
Didi namanya.
Sembang laa sat seminit dua pastu dia pon nak beransur sambung keja.
Tapi sempat laa bertukaq account Instagram.
Mihihihi.

Malam i just lepak dalam bilik sebab penat sangat.
Kaki sakit, jalan pon dah macam penguin.
Didi mesej ajak lepak kat cafe, i dah tak larat.
Last last terlelap sampai ke pagi.

Hari kedua berakhir dengan bermacam peristiwa.
Pheewww.
Entry untuk day 3 coming soon, okay.

Assalamualaikum.




Terima Kasih. Nanti Datang Lagi Eh :)

Real Time Web Analytics