Pengunjung Tegar

Kata-Kata Semangat

more Quotes

Perhatian

ADA GAMBAR DI DALAM SESETENGAH ENTRY TELAH HILANG AKIBAT KESILAPAN DARI TUAN BLOG SENDIRI. SEGALA KESULITAN AMATLAH DIKESALI. HARAP MAKLUM.
Showing posts with label Indonesia. Show all posts
Showing posts with label Indonesia. Show all posts

Tuesday, September 17, 2013

Trip To Bali, Indonesia



Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia.
Hye peeps.

Sementara tengah rajin neh, update terus laa pasal Bali.
Tapi tak banyak gambaq pon.
Masa p sana haritu, musim hujan rasanya.
Tak dapat nak melawat banyak tempat.
Sedih.
Sempat shopping souvenir kat Krishna and melawat Tanah Lot jaa.
Oh ada lagi 1 pantai, apa nama ntah.

Kitorang gerak dari Lombok naik fast boat.
Sampai Bali dah jam 5pm cemtu.
Pastu dengan jammed lagi.
Malam jugak laa sampai area Kuta Beach.

Di Bali kitorang stay di Kedin's Inn.
Very nice place.
Dari luaq nampak macam menyeramkan jaa.
Tapi bila dah masuk, wow melopong.
Ada swimming pool bagai.
Harga bilik rp350k rasanya untuk 2 malam.

Okay laa, moh layan beberapa gambaq di Tanah Lot.



Waktu neh air laut pasang.
Seram tengok ombak besaq tu.
Pheeewww~









Itu jaa laa gambaq yang ada kat Bali.
Tak banyak pon.
Sebab kitorang transit jaa.
Lagipun musim hujan.
Takda apa yang boleh dibuat sangat.

Maka tamatlah cerita pasal Lombok dan Bali.
Hahahahaha.

Assalamualaikum.


Terima Kasih. Nanti Datang Lagi Eh :)

Tuesday, July 02, 2013

Trip To Lombok, Indonesia



Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia.
Hye peeps.

Whooaaa baru ada mood nak story pasal trip i ke Lombok last 2 month.
Hahahaha.
Sebulan jugak amek masa nak ada mood.
Teruk betei.

Baiklah.
Last 2 month i dengan my friend, shida ke Lombok Indonesia.
Kitorang ke sana 22/5/2013 - 27/5/2013
Actually kitorang p Lombok and Bali.
Tapi untuk entry kalini i update pasal Lombok dulu laa.
Kang berjela plak entry kan.

I beli tic flight masa promo last year.
Ticket Lcct - Lombok rm88.
Ticket Bali - Lcct rm112.
So total rm200.
Jimaaaaatttt gilaaaaa baq hang!
Sekarang kalau nak beli ticket Lombok, tak dapat laa harga tu.
Mahal cam pistol.

Perjalanan dari Lcct ke Lombok amek masa lebih kurang 2 jam.
Masa di Lombok dengan Malaysia adalah sama.
Tak payah pening kepala nak adjust jam.


Airport Lombok.


Sampai jaa kat sana, terus amek teksi dan terus menuju ke Pantai Kuta, Lombok.
Lombok pon ada Kuta jugak, sama macam Bali.
Jadi jangan keliru ya anak2.
Tambang dari airport ke Pantai Kuta adalah rp 75,000.

Sampai jaa di Pantai Kuta, kitorang pon cari bilik untuk bermalam.
Oh, kitorang sepanjang kat Lombok takda amek supir pon.
Bilik pon walk in jaa, no booking siap2.
Hahahaha.
So dapat laa bilik kat Segara Anak, harga dia tak berapa nak ingat.
Tapi yang pasti, below rm50/night.
Sangat selesa, bilik bapak laa besaq, toilet bersih.

Lepas check in, lepak sat then sewa motor untuk pusing2 kat area Pantai Kuta.
Kat sana minyak petrol dijual dalam botol.
Sebotol rp 5000, means dalam rm1.50 cemtu jaa.
Pantai di sepanjang Kuta tu subhanallah cantik.
Kitorang lepak kat cafe tepi beach untuk late lunch.
Makanan depa sedap jugak laa.
Harga lebih kurang harga kat Malaysia.
Malam kat sana tak laa meriah sangat, biasa2 jaa.


Cenggini jaa minyak petrol.




Pantai Kuta, Lombok.


Next day, kitorang check out sebab nak gerak ke Gili Trawangan.
Kebetulan ada sorang tourist yang nak ke sana, jadi kitorang sewa sebuah mpv.
Perjalanan dari Pantai Kuta ke Bangsal Harbour agak jauh jugak.
Sempat laa i tidoq 1-2 kali.
Hahaha.
Perjalanan dia macam nak ke Cameron Highland pon ada.
Kena cross bukit untuk sampai ke Bangsal Harbour tu.


Tony, tourist dari German.


Dari Bangsal Harbour nak ke Gili T kena naik boat.
Boat pulak ada 3 jenis.
Kitorang naik boat kelas ke-2.
Agak sempoi laa naik boat without life jacket.
Dah laa ombak boleh tahan besaq.
Sebelum naik boat baca ayat kursi siap2.
Hihihihi.


Harga tiket boat.


Bangsal Harbour


Sampai jaa kat Gili T, dah terpegun sebab ayaq dia jernih.
Macam mula2 sampai kat Pulau Redang dulu laa.
Terpegun dengan keindahan ciptaan-Nya.
Subhanallah!

Gili Trawangan antara pulau yang famous kat Lombok.
Selain Gili T terdapat jugak Gili Air and Gili Meno.
Tapi 2 pulau neh tak laa besaq sangat.


Gili Trawangan Harbour


Welcome to Gili Trawangan :)


Turun jaa dari boat, terus menapak cari bilik.
Walk in sudeh.
Kat sana takda motor, takda kereta (mungkin ada tapi tak nampak laa pulak)
Yang ada hanyalah basikal and kereta berkuda.
Owsem kan!

Jalan punya jalan dapat laa bilik kat Beach Bungalow.
Selesa tapi bilik ayaq kat luaq.
Tapi kitorang tak kisah pon sebab kitorang nak jimat sehabis mungkin.

Lepas rehat sejam dua, keluaq p carik makanan.
Jalan kaki jaa.
Memang santai habis.
Tak pikiaq apa dah, tenang setenangnya.

Sepanjang 2 malam kat sana kami just lepak kat cafe tepi pantai, pagi tunggu sunrise, petang snorkling, tunggu sunset, malam layan live band, party kat raggea bar, lepak tepi pantai.
Hahahahahaha.
Syok!


Kereta kuda yang ada di Gili T










Cantik kan pantai kat sana :)


Sunrise.


Sunset.


Baidewei, seafood kat Gili T adalah sangat murah.
Ikan siakap bakaq baru rm15 cemtu.
Hahaha.
Siap order sorang sekoq.
Puas makan.
Kitorang macam tak mau balik jaa.
Macam nak hidup kat sana jaa, bukak cafe jual Malaysian food.
Punya berangan.


Ikan fresh dan murah.


Kat sana tak ramai Malaysian.
Jadi bila ada tourist dari Malaysia, depa sangat excited.
Layanan tip top and sangat helpful.
P memana jaa depa akan tegoq.
(^___^)

Hari ke-4, kitorang pon check out untuk ke Bali.
Tapi tu nanti cerita lain.
Perbelanjaan sepanjang 3D 2N hanya lah rm300.
Murah kaaaaaannn.
Jadi kalau uols berhajat nak ke sana, amatlah dialu2kan.
Pasti takkan menyesal.

Kalau ada rejeki lebih pasti akan kembali ke sana.
InsyaAllah.
Okay laa, tamat cerita Lombok.
Nanti update lagi.

Assalamualaikum.

posted from Bloggeroid
Terima Kasih. Nanti Datang Lagi Eh :)

Saturday, July 21, 2012

Trip to Bandung - Kawah Putih




13 Julai 2012
Ini hanya entry bergambar.
Penulis adalah malas untuk menceritakan pengalaman sepanjang berada di Kota Bandung.
Harap maklum.
(^___^)












Terima Kasih. Nanti Datang Lagi Eh :)

Friday, July 20, 2012

Trip To Bandung - Tangkuban Perahu




13 Julai 2012
Ini hanya entry bergambar.
Penulis adalah malas untuk menceritakan pengalaman sepanjang berada di Kota Bandung.
Harap maklum.
(^___^)











Terima Kasih. Nanti Datang Lagi Eh :)

Real Time Web Analytics