Pengunjung Tegar

Kata-Kata Semangat

more Quotes

Perhatian

ADA GAMBAR DI DALAM SESETENGAH ENTRY TELAH HILANG AKIBAT KESILAPAN DARI TUAN BLOG SENDIRI. SEGALA KESULITAN AMATLAH DIKESALI. HARAP MAKLUM.
Showing posts with label Pulau Perhentian. Show all posts
Showing posts with label Pulau Perhentian. Show all posts

Wednesday, July 29, 2015

Trip To Perhentian Besar - Day 4







Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia.
Hye peeps.

Ini entry terakhir untuk trip ke Perhentian Besar secara solo.
Mihihihi.
Last day kat sini, boat ke Jeti Kuala Besut jam 4pm.
Tapi kena checkout sebelum 11am.
Mereput laa nak tunggu sampai jam 4pm kan.
Kenapa tak amek boat 12pm?
Sebab Shida setel dive course petang, so nak sesama jumpa kat jeti nanti amek laa boat jam 4pm tu.

Aktiviti sebelum pulang biasa laa just melepak kat sekitar Bayu tu sambil online.
Wifi free kheeeennnn.
Awal awal tu Didi tak berapa bz, so dia mai teman i melepak.
Mujur jugak ada dia.
Tak laa hambar sangat.

After 12pm, dia dah start bz so i lepak sorang sorang jaa laa.
Lunch siap siap kat cafe Bayu, order nasi goreng kampung.
Okay laa jugak rasanya tapi i makan tak habis pon.
Huhuhu.
(=___=)"

Sebelum nak naik boat, i contact Boy dulu untuk kompemkan kat dia yang i dah tunggu boat kat jeti depan Arwana.
Tapi boat sampai lewat sikit.
Bila dah sampai jeti Kuala Besut, kebetulan Shida pon sampai waktu yang sama.

Mula laa misi mencari bas ke Kota Bharu sebab i nak naik bas balik Taiping kat sana.
Tapi malangnya takda pon bas nak ke Kota Bharu.
Maybe dah terlepas kut.
Huhuhu.
Time tu dah start buntu dah sebab kalau nak naik teksi, depa charge rm60.
Rasa tak berbaloi pulak.

Tapi Shida telah menyelamatkan i.
Shida cakap maybe boleh tumpang van geng diver yang nak balik ke KL.
So kitorang pon p laa jumpa depa and btau apa yang dah berlaku.
Alhamdulillah, seat banyak kosong dan depa kata okay boleh tumpang, just bayaq kat depa rm15 kut.
Tak ingat dah.

So sampai KL awal pagi, i turun kat Hentian Duta dengan salah sorang geng diver.
Then kitorang pon terpisah kat situ.
Sementara nak tunggu kaunter tiket bukak jam 8.30am, i melepak kat ruangan menunggu.
Mujur ramai orang, tak laa cuak sangat.

Masa dok melepak tu, kawan i si Zharif mesej cakap nak datang, katanya boleh breakfast sekali sebelum dia ke tempat kerja.
I on jaa tapi paham paham laa time tu memang selekeh gila.
Hahaha nasib laa.

Bila Zharif dah balik, i sambung melepak sampai laa kaunter tiket bukak.
I dapat tiket balik Taiping jam 8.45am kalau tak silap.
Mujur ada bas, ramai jugak yang nak balik Taiping pepagi gitu.
Mihihihi.

1st time gerak solo bercuti kat pulau.
Macam macam pengalaman pahit manis dilalui.
Dapat kawan baru.
Hanyut dek arus masa snorkling.
Takda bas nak ke Kota Bharu.
Burn tiket bas and hotel kat Kota Bharu.
Macam macam lagi laa.

Mungkin lepas neh boleh trip solo lagi, ke Tioman pulak ka nanti kan.
Eh (?)
Lalalalalalalala.
Tamat sudah entry mengenai trip solo ke Perhentian Besar.
Hope sedikit sebanyak dapat membantu kengkawan yang nak ke sana nanti.

Assalamualaikum.




Terima Kasih. Nanti Datang Lagi Eh :)

Tuesday, July 28, 2015

Trip To Perhentian Besar - Day 3







Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia.
Hye peeps.

Day 3 di Perhentian Besar.
Sepatutnya check out that day.
Tapi................
Setelah dirachun berkali kali dengan Didi, makanya i extend lagi sehari kat pulau.
Hahahaha.
Lagipun hati rasa berat nak tinggalkan pulau.
Kebetulan bilik yang i stay tu takda sapa book haritu, so tak perlu pindah.
Jyeah.

So lepas breakfast, aktiviti free and easy.
Makanya pagi tu, sambung mandi sorang sorang kat pantai depan chalet.
Pastu masa tengah syok mandi, dari kejauhan nampak Didi offer mask and snorkel.
I buat sign tak nak, eksen kan.

Pastu nampak dia datang dengan lagi 2 orang gadis yang sesama stay kat Bayu tu.
2-2 orang Kelantan dan masih muda.
Adik laa kiranya.
Apa nama ntah, lupa dah.
Macam biasa laa, i tegoq gitu gitu jaa laa.
Pastu Didi ajak i join sekali dengan depa.

Best jugak bila p ke tengah sikit, air pon tak dalam sangat.
Paras dada jaa.
Kat tengah tu baru nampak ikan, coral.
Ada nemo, jinak pulak tu.
Kalau i sorang, memang takdanya nak ke tengah.
Takut, lagipun tak pakai life jacket.
Time neh baru laa terhegeh hegeh nak mask jugak, so Didi balik ke dive shop and ambilkan mask untuk i.
Ngehehehe.


Actually gambaq neh i screenshot dari video.
Nampak lebih clear.
(^^,)

Kasi effect crystallize and cross prosess sikit sebab muka dah sunburn teruk.
Poyo.. Poyo..


Dah puas mandi, balik bilik and rest for awhile.
Macam biasa, tengahari lunch kat BFirst Cafe, menu yang sama.
Nasi putih, tomyam sotong and teh ais.
Memandangkan portion besaq, i ajak Didi lunch sekali.
Padahal nak suruh dia habiskan makanan.
Mujur laa dia jenis tak kisah.
Membazir laa pulak kan kalau makan tak habis.

Petang tu just lepak tepi pantai, cop 1 kerusi malas and membuta sampai senja.
Hahahaha.
Seronok betul kehidupan sebegitu.


Menanti senja.
Tenang.


Aktiviti malam hari ke 3 takda apa sangat.
Petang tu dah janji dengan Didi nak dinner sesama sebab esok tu kan dah nak balik.
Dinner kat cafe Bayu, order sate.
Ntah laa tetiba pulak nak makan sate kat pulau.
Padahal harga dia paham paham jaa laa.
Huhuhu.
Tapi sedap jugak satenya.

Berborak dengan Didi memang menyeronokkan.
Macam macam yang kitorang sembang.
Soal kehidupan, masa silam.
Macam dah lama kenal.
Padahal i neh bukan lah seorang yang banyak cakap lagi lagi dengan orang yang i tak kenal.
Lebih kurang macam sombong laa.
Tapi Didi pandai tarik perhatian i untuk bersembang.
Gittew.
Sedaq sedaq dah jam 1 pagi.
Kesian pulak kat dia sebab esok dia keja, kena bangun awal.
So kitorang pon beransur ke bilik masing masing.


Malam tu bulan penuh.
Tapi sebab pakai henpon tak berapa nak mahal, dapat snap gambaq cenggini jaa.
Jadi laa kheeeeennnn.


Hari ke 3 berakhir dengan senyuman dan kenangan meeeniiiiisssss.
Mihihihihi.
Next entry, tunggu laa yerk.
Cekidaaauuuttt!

Assalamualaikum.




Terima Kasih. Nanti Datang Lagi Eh :)

Monday, July 27, 2015

Trip To Perhentian Besar - Day 2







Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia.
Hye peeps.

It's been a long time.
Meh nak sambung pasal entry tertunggak sebelum neh.
Day 2 di Perhentian Besar.

Aktiviti snorkling dari pagi sampai tengahari.
Pagi tu berkumpul di Fauna Chalet, sebab i amek pakej snorkling kat situ.
Masing masing dengan geng, i jaa sorang.
Huhu.
Bila semua dah ada, kitorang pon naik boat and menuju ke point point untuk snorkling.
Semuanya ada 4 point.
Tapi sebelum ke point pertama, kitorang stop depan Perhentian Island Resort dulu untuk briefing.
Penting sebenaqnya briefing neh.
Depa ajaq cemana nak pakai mask dengan betul, cemana nak clearkan cermin mask bila dah kabur dan lain lain.


Briefing time.


Setel briefing, kitorang menuju ke point pertama.
Turtle Point.
Kat sini ikan takda sangat pon, coral pon macam tak ada.
Yang ada hanya penyu.
Itu pun kalau bernasib baik, muncul laa penyu tu.
Kitorang agak bernasib baik sebab brader yang bawak kitorang tu, Abang Gg dive ke dasar laut and kacau si penyu supaya dia berenang naik ke atas.


Abang Gg willing nak tangkapkan gambaq penyu so i kasi sjcam kat dia.
Cantik kan.
Teruja betul masa i transfer gambaq penyu neh ke pc.


Seterusnya kitorang bergerak ke point kedua.
Katanya kat point kedua neh banyak ikan yang cantik cantik.
Tak banyak pulak gambaq ikan yang i snap.
Banyak record video jaa.


Ikan belang belang neh merata ceruk pon dia ada.
Kan.
Mihihihi.


Setel point kedua, kitorang bergerak ke point seterusnya.
Point ketiga, Shark Point.
Kat sini betul banyak ikan yang cantik cantik.
Coral pon bersepah.
Shark tak nampak laa pulak, dia lepak kat tempat lain kut.
Tapi kat sini memang kena extra hati hati.
Ada kisah hitam yang terjadi kat i.
Untuk pengetahuan korang, kat shark point neh arus dia boleh tahan kuat.
Sesapa yang tak pandai berenang, memang tak digalakkan laa turun.
Kalau nak turun pon, main dekat dekat boat jaa.

Terus terang i memang tak berapa pandai berenang, cuma konfiden level dalam air tu ada laa sikit.
Kat sini memang i leka snorkling.
Record video sambil layan ikan berenang.
Sampai 1 tahap, i tak sedaq yang i dah dibawak arus jauh gila dari boat.
I snorkling sorang sorang time tu, terpisah dengan geng boat yang i naik.
Bayangkan dengan arus yang kuat, tak pandai berenang, tak jumpa boat yang i naik.
Cemas memang jangan cakap laa.
Tapi i bertenang, i cuba jugak berenang pelan pelan.
Sumpah penat!!!
I hampir hampir give up dah time tu sebab nak melawan arus.
Rasa nak menangis semua ada.
Dalam keadaan yang penat, i terfikir untuk lambai lambai sjcam i tu sebab bobber yang i pakai tu kaler kuning, i memang mengharapkan boat yang i naik tu nampak kelibat i.
Last option laa tu.
Alhamdulillah depa nampak i.
Tapi depa tak boleh p dekat dengan i sebab takut langgaq coral.
So nak tak nak i kena berenang slow2 untuk sampai ke boat.
(T_____T)
Bila i teringat balik kejadian tu, memang i rasa cuak gila.
Fobia pon ada jugak sikit.


Ada sikit gambaq kat Shark Point.
Gambaq shark yilek.
(-___-)"

Bajet bajet terer.
Kuikui.
(^^,)


Point terakhir ialah Lata Air Berani.
Kat sini takda apa sangat pon.
Ada air sungai yang mengalir then depa buat macam takungan, so kita boleh jirus untuk bilas badan kita,
Haa gittew laa.

Setel aktiviti snorkling, kitorang pon balik laa ke Perhentian Besar.
Dalam 2pm jugak laa rasanya setel.
Balik bilik, mandi and rehat for awhile then late lunch kat BFirst Cafe.
Petang just lepak lepak tepi pantai.
Sebelum tu singgah kaunter Bayu Dive Lodge sebab nak kompemkan boat balik untuk esok pagi.
Tapi masa tu staf Bayu takda, depa bz.
I lepak sat kat situ sambil layan wifi free, tetiba i disapa staf Alu Alu Divers.
Didi namanya.
Sembang laa sat seminit dua pastu dia pon nak beransur sambung keja.
Tapi sempat laa bertukaq account Instagram.
Mihihihi.

Malam i just lepak dalam bilik sebab penat sangat.
Kaki sakit, jalan pon dah macam penguin.
Didi mesej ajak lepak kat cafe, i dah tak larat.
Last last terlelap sampai ke pagi.

Hari kedua berakhir dengan bermacam peristiwa.
Pheewww.
Entry untuk day 3 coming soon, okay.

Assalamualaikum.




Terima Kasih. Nanti Datang Lagi Eh :)

Thursday, May 28, 2015

Trip To Perhentian Besar - Day 1






Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia.
Hye peeps.

Awal bulan haritu i berkesempatan untuk ke Pulau Perhentian Besar selama 4 hari 3 malam.
Perancangan dibuat lebih kurang 3 bulan sebelum tarikh berangkat.
Trip kalini i gerak seorang saja.

1 - 4 Mei 2015
Tarikh tu dipilih memandangkan waktu tu cuti panjang sebab public holiday.
Jimat annual leave i.
Hihiks.

1st thing yang i buat untuk trip kalini, cari bilik.
Memandangkan i gerak sorang, agak payah nak amek pakej.
Kebanyakan yang i tanya, minimum 2 pax untuk pakej.
Sedih!
So i decide untuk tak amek pakej.
Bukak agoda, survey bilik yang ada di Perhentian Kecil or Besar.
Majoriti full.
Kebetulan i dapat email 50% dari agoda, ada bilik kosong di Bayu Dive Lodge, Perhentian Besar.
Tanpa berfikir panjang, i terus booking bilik untuk 2 malam.
Setel part bilik.

2nd thing, cari tiket bas.
Memandangkan i dok Taiping, so takda bas direct ke Kuala Besut.
Bila i google info, i kena naik bas dari Butterworth.
Bas yang i naik tu Perdana Ekspress, booking online.
Dari Butterworth, bas neh akan turun betul betul di Stesen Bas Kuala Besut.
Sebelah Jeti Kuala Besut.
Masa i nak beli tiket bas, tinggal lagi 1 seat saja.
Mujur laa sempat beli.
Harga tiket RM48.70 tiket jam 10pm.

3rd thing, cari tiket boat.
I dapat contact no Boy di fb, kebetulan masa tu dia dok promote kat group BBM.
Bagus gak laa join group BBM neh walaupun kekadang banyak kontroversi kat situ.
Hahahahahaha.
Tiket boat yang Boy jual harganya RM60/return.

Untuk pakej snorkling and makan, i decide dah sampai sana nanti baru cari.
Sebab melalui info kawan kawan, banyak perkhidmatan pakej snorkling so boleh walk in jaa.
Makan pon tak susah, ada 2-3 restoran kat sana kalau kita tak amek pakej.

30 April 2015
Lepas habis keja, i gerak ke Butterworth.
Memandangkan tiket bas ke Kuala Besut jam 10pm, sempat laa dok melepak dulu kat stesen bas Butterworth tu.
Kemain ramai umat manusia.
Cuti panjang kan.
Pakat pakat nak balik kampung.
Hihihihi.
Tepat jam 10pm, bas ke Kuala Besut gerak.
Bas yang i naik tu double decker.
Ada plug, boleh charge gadget.
Legaaa!

1 Mei 2015
Setelah menempuh perjalanan selama 8 jam, akhirnya i tiba di Kuala Besut.
Waktu tu jam 6am.
Masih awal nak lepak kat Jeti Kuala Besut tu pon.
Mujur ada surau berdekatan situ.
Solat subuh kat situ, cuci muka and gosok gigi skali.
Hihihihi.


Jeti Kuala Besut


Bila hari dah cerah, i breakfast terus sambil tunggu Boy datang untuk pass tiket bot.
Pagi pagi pon manusia berjuta kat jeti, pakat pakat nak p Perhentian lettew.
(^^,)
Jam 10am cemtu, i naik boat.
Sebelum tu kena beli tiket untuk Taman Laut berharga RM5.
Tapi i dapat free jaa, Boy belanja.
Hahahaha.


Jeti Perlepasan


Jam 11am lebih, i tiba di Perhentian Besar.
Bot berhenti di jeti depan Arwana Resort kalau tak silap.
Pastu i menapak laa ke Bayu Dive lodge.
Tak jauh sangat pon.


Jeti berhadapan Arwana Resort


Cantik tempatnya.
Laut pon membiru dengan cuaca yang sangat baik.
Speechless.


View depan Bayu Dive Lodge


Selesai check in, i jenjalan kat tepi pantai sementara nak tunggu lunch sambil survey pakej snorkling.
Ada banyak jugak chalet kat Perhentian Besar tu.
Tapi semua dah full, ramai family datang untuk bercuti.
I dapat pakej snorkling di Fauna Chalet dengan harga RM30/4 point.

Pastu i survey skali water taxi untuk ke Long Beach untuk petang tu.
Mahal gak ah.
Tetambah i sorang jaa memang depa charge lebih sikit laa.
P petang, balik malam RM60 return.
Hmmmmm.
(-___-)"


View di Fauna Chalet


Tengahari i lunch di Bfirst Cafe.
Sebelah jaa dengan Bayu Dive Lodge.
Kemain sedap masakan depa.
I order nasi putih, tomyam sotong and teh ais dengan harga RM14 rasanya.
Portion besaq, tomyam boleh makan 2 orang.


View depan Bfirst Cafe


So petang tu, dalam jam 6pm, i gerak ke Long Beach.
Member i, Shida kebetulan amek course diving kat sana dah tunggu i.
So ada gak laa geng kat Long Beach.
Tujuan asal ke Long Beach sebab nak ke windmill yang orang selalu dok kata tu.

Ada 2 option untuk ke windmill.
Masuk ikut hutan, naik bukit or naik water taxi terus ke jeti runtuh.
I pilih masuk ikut hutan laa.
Miskin dah kalau nak naik water taxi lagi.
Hahahaha.

Boleh tahan penat gak laa sementara nak sampai ke atas sana.
Dah laa tak bawak bekalan mineral water.
Hadoooiiiii.
Tapi bila dah sampai atas sana, whooaaaa speechless.
Kemain lawa.
Penat yang berbaloi.
Kesian Shida dok dengaq i membebel penat.
Dia layankan aje karenah i.
Sebab tu i sayang dia.
Dia macam kakak i walaupun i tua ciked jaa dari dia.
Hikiks.
(^^,)


View dari windmill


Setel aktiviti kat windmill, kitorang menapak turun then terus ke cafe apentah, yang dekat dengan Ombak Resort tu.
Early dinner kat situ.
Not bad laa makanan kat situ, harga pon tak laa mahal sangat.

Malam just lepak tepi pantai, tengok orang main api.
Pastu lepak dengan Ben, my friend yang keja di Turtle Bay Divers.
Kawan dah lama tapi 1st time jumpa.
Hihihihihi.

Jam 9pm, i gerak balik ke Perhentian Besar.
Ntah laa macam boring plak Long Beach.
Hahahaha.
Dah laa tak sebersih macam kat Perhentian Besar.
Opssss!

Malam kat Perhentian Besar tak meriah macam kat Long Beach.
Malamnya lebih tenang dan sunyi.
Sebelum balik bilik, i dok melepak sat kat cafe Bayu Dive Lodge tu.
Sebab ada wifi FREE :D

Hari pertama berakhir dengan sempurna.
Get ready untuk hari ke-2 pulak.
Snorkling timeee.
Tunggu next entry okay.
Hikiks.

Assalamualaikum.




Terima Kasih. Nanti Datang Lagi Eh :)

Real Time Web Analytics