Nanti kalau baby dah lahir, mesti segala attention akan menjadi milik dia kan. Mesti secara tak sedar, daddy dia akan sedikit terabai. Segala layanan kelas pertama yang dulunya milik dia kini dah berpindah hak milik. Alah, gi kat anak dia gak, bukan org lain pun.
Tapi bila dia mcm agak jeles, aku mcm nak ketawa.
Teringat kejadian masa sama2 mengemas beg dia hari tu, dia tgh carik seluar2 dia. Selalu aku letak kat dalam almari yang baru je mendaftar jadik ahli keluarga tu. Tapi sehari sebelum tu aku dah pindahkan smua baju+seluar dia ke drawer lama. Sebab space yang sepatutnya jadik tempat simpanan baju2 dia tu aku dh tukar kan hakmilik jadik tempat letak accesories baby.
Bila dia kuar statement 'baby tak kuar lagi ayang dah sisihkan orang' sambil buat muka yang kononnya mcm comel menagih minta dipujuk. Alahai daddy awak E***.. manja terlebih. Aku lak boleh layan aksi gedik tu gi cakap kat perut 'daddy jeles ngan awak E***' Sambil tggu reaksi dia. Dan budak dalam perut ni mmg mcm boleh dengar je mak ayah dia merepek kan..menyepak2 dia kat dalam. Agaknya daddy takut anak merajuk, terus cover balik kata 'ibu je yang saja mensensasikan keadaan'
Hahhahaha... kami mcm sengal petang tu...
Niat asal mmg beli almari tu nak jadik kan tempat simpan barang baby pun.. mak ayah ni je yang saja tumpang guna jap. Mommy pun dah ready nak alihkan baju mommy dr almari awak...
Tapi nak tak nak, kenalah suami saya tu belajar untuk mensesuaikan diri dengan keadaan yang serba baru untuk kami. Sila la kembali mengosok baju sendiri ye sayang. Dan bila aku mula ajar masak makanan yang simple2, dia selamba kata 'alah...beli je lah' Bila kata nanti dia tak boleh tido sama ngan baby nanti... dia jawab 'alah, letak la baby dlam baby cot' Ohhh, sangat manja lah suami saya.. sangat memerlukan perhatian. I cubalah ye sayang.. tp kalau terlebih manjakan anak you, jgn lah merajuk pulak ye.
Kamu tetap cinta hati saya lah.. E*** kan adalah permata hati kita. Sayang kamu!!!
*aku mcm tengah pelik ni, nape tetiba usia kandungan aku mcm dah terlebih 2 minggu ni. Ikut kiraan asal *dan juga oleh tuan badan* minggu ni baru 29 minggu. Tapi misi kat klinik gomen tu kata dah 31 minggu dah.. issskkk..jangan, tak mahu aku sakit nak bersalin tu dtg time aku tgk kusyuk update blog kat opis