Showing posts with label Phuket. Show all posts
Showing posts with label Phuket. Show all posts

20 May 2012

Malam di Phuket

Tajuk tak beringat. Hahaha.. Malam di Phuket memang super happening. Padat seperti biasa. Manusia penuh serata alam. Ni aku pergi waktu weekdays ni. Kalau weekend camne gayalah agaknya. Sebab umat manusia adalah terlalu ramai, memang hiruk-pikuk la.

Kalau nak honeymoon, jangan datang Phuket (:

Malam tu kitaorg jalan-jalan carik souvenir. Takde lah nak membeli apa sangat. Kami kan low budget traveller. Misi adalah mencari fridge magnet saja. Dan baju 'I love Phuket' Ni wajib beli ni. Tak susah nak carik souvenir sebab kat Phuket ni merata-rata orang meniaga. Penuh tepi jalan. Rajin tak rajin je lah nak jalan. Kalau malas, jumpa terus beli.

Phuket Hard Rock. Giler best live band dia *walau layan dari tepi jalan sajo*

En Ekwan kononnya nak ber'street photographic' Layan kan je lah

setiap lorong ada kedai-kedai macam ni. kat sini dapat fridge magnet, 3 biji = 100 baht. tapi konon nak jalan tengok-tengok kedai lain dulu

Ada 1 tempat tu, giler kerek salesgirl tu. Bila tanya 'how much this?' sambil pegang fridge magnet yang berlonggok dalam bakul tu. Dalam nada berlagak dia jawab ' 1 for 100baht' What??? Seketul RM10??? Giler apa?? Kalau tadi aku tak jumpa kedai 3pcs = RM10 takpelah.. Sesuka hati je nak menipu aku ye. Memang aku blah terus la jawabnya. Eleh, nak counter offer sebijik RM5.. Tak ingin.

Dan terus jumpa mamat ni, tak tanya apa pun dia terus offer 'i give 3 for 100baht' Pastu aku saje mencuba nasib '100baht for 4, can??' Bila dia angguk, apa lagi..terus aku belek pilih mana yang berkenan. Ngan mat salleh tu bolehlah nak jual mahal-mahal, takat orang asia juga.. tak payah lah. Orang asia semua nak yang murah. Kalau duit dia banyak pun, mesti dia carik yang murah jugak (:

semua souvenirs aku beli dengan dia ni. 

Eisya shopping selipar. Ibu lupa bawak selipar nak gi pulau esok

aku teringin nak try pancake crepe yang bersepah-sepah tepi jalan tu, tapi bila mencurigai status halalnya. lupakan je lah

Penat. Panas lah Phuket ni. Malam-malam pun panas. Lagi-lagi bila berjalan tak berhenti-henti. Memang letih lah. Nasib baik Eisya sangat baik. Dia penat tapi tak meragam pun. Layan je ibu ngan abah meronda di malam hari. Love you baby!! Barulah ibu abah tak serik nak bawa berjalan. 

Sebelum pulang ke San Sabai, singgah minum di kedai kat depan masjid kat Patong tu.

lagi pilihan tempat makan halal di Phuket.

Tapi sila siap sedia. Makanan halal di Phuket memang mahal kot. Kitaorang singgah minum je, menghilangkan dahaga. Nak makan memang tidak lah, dah kenyang melantak kat Kusuma Seafood. Minum teh'o ais je.. RM2.50 ye segelas. Dah minum, bayar je lah..

Balik hotel, mandi..tidur!! 

Tamatlah kisah sehari di Phuket (:

16 May 2012

Phuket: Kusuma Seafood

Sebelum sampai Phuket, aku sempat lah jugak buat study pasal Phuket ni lagi-lagi pasal tempat makan. Banyak blog yang review pasal Kusuma Seafood ni. Dengan masing-masing tayang gambar makanan bukan main lagi, dengan komen yang sangat mengiurkan.Siap ada yang keluarkan statement 'kalau dah rasa tomyam Kusuma, balik Malaysia mesti rasa semua tomyam tak sedap' Terus aku mark Kusuma dalam jadual perjalanan. Eh, ada ke jadual perjalanan? Mana ada, gi Phuket ni ikut suka hati je lebih.

Yang lagi best, semua kata harga Kusuma 'very..very cheap'

Sebelum pergi tu dah catat dah GPS location Kusuma ni, tapi boleh lak tertinggal kan. Nasib baik hotel ada free Wi-Fi. Boleh lah google.  Tapi merasa lah nak carik mana letaknya 118 Rat U thit song Roy Pee Road. Mengagau mencarik. Berpusing-pusing kitaorg sekitar Patong tu. Tapi Alhamdullilah, jumpa jugak akhirnya. Dan sebab datang awal, kedai masih tak ramai orang. Sangat seronok lah meng'order.

Rasa macam kat Malaysia okay bila datang Kusuma Seafood ni. Tak payah nak speaking.

sebaik ketibaan di Kusuma Seafood

sampai-sampai terus pilih lobster. 

1st time dalam hidup tengok lobster depan mata *kesian saya* Bulat mata Eisya tengok udang besar bagak. Selalu tgk yg saiz 2 jari dia je. tu tak kopek kulit, kalau dah kopek size jari telunjuk dia je.

dan dia ni jadik santapan kami malam itu. 1700baht sekilo

dalam percubaan nak menakutkan Eisya dengan ikan-ikan besar..hahahaha, sian anak aku kena buli

Makanan memang super sedap lah. Memang terbaik dia masak. Tomyam dia memang sedap. Rasa dia tak sama dengan tomyam kat Malaysia ni, even yang claim resipi tomyam thai bagai tu. Paling sedap sotong masak telur masin. Peerghh!! Tak payah la nak diet-diet, buat rugi je. Dan merasalah dalam hidup buat pertama kali makan lobster. Memang terbaik. Dah tak pasal-pasal laki aku kejenya nak carik lobster je sekarang. Ada gak dia sebut nak ke Sabah semula, nak makan lobster semata. Tapi lobster masak cili Kusuma Seafood memang sedap.

Memang super lazat lah!! Setiap hidangan bernilai RM15. Kuantiti boleh tahan lah, puas lah makan 4 orang dewasa. Peergghh!! Asparagus dia memang menyelerakan. Air yogurt blended pelbagai perasa, RM4 segelas. 

Memang terbaik!! Lobster masak cili. 

muka-muka yang dah tak sabar nak membaham (:

Bagi aku harga makanan dia takde lah very very cheap bagai dikata, tapi kalau dengan rate seafood lain di Phuket memang Kusuma paling murah lah. Kalau compare dengan kedai-kedai lain, memang harga dia murah. Makanan halal kat Phuket kan mahal. Seafood restaurant adalah melambak-lambak kat Patong ni. Total semua kami kena malam tu 2500 baht (RM250). Kalau tak masuk lobster, RM80 je pun *murah lah lagi sebenarnya untuk 4 orang makan*

masing-masing kekenyangan. habis comot Eisya. siap je bayar terus lap badan dia guna baby wipe dan salin baju. untuk cha aku order kan sup ayam. Kusuma punya sup ayam tetap ada pengaruh tomyam, dengan serai, lengkuas segala. nasib baik Eisya telan je.

Ini ada sedikit landmark yang boleh dijadikan panduan kalau nak carik Kusuma Seafood ni. Dia terletak betul-betul depan Siam Commercial Bank ni. Pastu dia ada banner besar, terang-terang tulis KUSUMA SEAFOOD.

Siam Commercial Bank depan Kusuma Seafood


Selain Kusuma Seafood ni, hasil review yang aku jumpa, antara tempat makan halal yang boleh dimanfaatkan untuk mengisi perut di Phuket adalah:
  • Kat Jungceyloon Mall. Carik kedai ni (kat food court dia rasanya)

Credit to: Afif Farhi
  • Phong Phang Seafood. Terletak di  22/2 Moo 3 Soi Palai, Chao Fa Road, Tambol Chalong, Muang, Phuket 83000 Thailand

 
Credit to: Zaid
  • Medan selera di hadapan Subway, kat Patong. Credit to: Ejan
  • Wai Restoran, kat hujung Patong Beach, berdekatan dengan Graceland
Pergi tempat orang, beginilah caranya. Kalau tak jumpa tempat makan, memang boleh kebulur jawabnya. Bawaklah megi siap-siap. Nak jumpa megi halal punyalah susah kat Phuket ni. Dah lah mahal. Jangan jadik macam kitaorg, pergi tak bawak makanan langsung. Lupa kot, nak pergi negara asing. Faktor busy, dan penat menguruskan birthday Cha juga adalah mungkin.

Maka, redha je lah masuk 7 Eleven keje belek kotak air milo carik tanda halal. 

tapi ni sebenarnya beli stok untuk ke pulau esok hari.

Lepas makan kenyang-kenyang.. Jom shopping!!! Takde lah shopping sangat pun sebenarnya. Beli sovenir sikit untuk sedara-mara di tanahair.


15 May 2012

Phuket: Food Hunting

Benda paling tak best kalau pergi tempat orang haruslah tentang MAKAN. Lagi-lagi orang yang pemakan macam aku ni. Mana boleh hidup takat makan roti je. Tak kenyang okay. Dah la banyak tenaga nak guna nak bergerak ke sana, ke sini. Nak tak nak kena makan berat jugak. Kalau dapat nasi memang seronok habis. Tapi kalau dah pergi negara yang majoriti penghuninya bukan islam, siap sedia je lah nak hadapi kesukaran nak dapatkan makanan halal.

Puas aku google 'tempat makan halal di Phuket' sebelum terbang. Macam tak banyak. Yang banyak orang cadangkan adalah di sekitar kawasan masjid. Memang masa on the way ke hotel ada nampak masjid tu, tapi bila nak hala semula ke sana, haruslah sesat. Dengan map yang tak berapa update. Maka, ikut je lah ke mana kaki ni nak bawak. Eh, bukan kaki, tapi motor (:

lapar!! lapar!! jom gi carik motor

Ye, silalah sewa je skuter kalau ke Phuket. Lagi senang nak bergerak. Patong adalah sangat padat. Sesak sepanjang masa. Kalau naik kereta, parking adalah sangat bermasalah. Lagipun memang kebanyakan pelancong akan naik motor je. Nak sewa motor pun, kat mana-mana ada. Keluar hotel je dah jumpa tempat nak sewa motor. Harga adalah sangat murah. Aku rasa ni je kot yang murah kat Phuket ni. Yang lain, serba-serbi mahal. Sewa adalah 200baht (RM20) je sehari. Dahlah minah sales tu baik giler, tak berkira langsung bila kita orang tak dapat nak pulangkan motor dalam tempoh 24 jam. Dia tak amik extra charges pun.

motor untuk di sewa di mana-mana. berderet-deret tepi jalan

motor sewa di kawasan sekitar San Sabai Patong Resort

siap pose lagi mamat ni

Pilih mana yang berkenan kat hati. 

Tapi RON25 adalah sangat mahal. Satu botol, dalam seliter lebih sikit je dah 40bath (RM4). Sebab tu kot tak ramai yang pakai kereta kat sana.

#TIPS
Korang akan diminta untuk membayar deposit dalam 1000baht, dan tinggalkan salinan paspport. Dan carik lah tempat sewa yang buka sampai malam, senang sikit urusan nak pulangkan motor nanti.

#TIPS lagi
Sila pakai helmet. Memang kebanyaka orang tempatan tak pakai helmet. Tapi polis kat sana macam ngada-ngada sikit. Orang luar strict, kang tak pasal-pasal kena saman.

Bila dah dapat motor, rasa nak gi carik masjid tu. Tapi perut adalah sudah lapar. Dah hampir ke tahap kebulur. Nampak je restoran ada tanda halal, tak pikir apa dah. Parking motor terus belek menu. Memang lapar sungguh gayanya. Restoran Lubanese pun layan lah. Tapi memang mahal giler lah harga makanan dia. Nasi goreng berisikan ayam je 150baht (RM15), ini yang paling murah ni, air coke 40baht (RM4). Pastu aku gedik pulak order oren jus, merasa aku minum jus oren 120baht segelas. Nasib baik sedap. Tapi tak tahulah kalau tengah lapar kan, terus rasa sedap. Dan itulah makan tengahari paling mahal dalam hidup. 2 pinggan nasi goreng, 2 gelas air untuk 3 orang makan sampai 500baht.

nasi goreng sepinggan RM15. makan sampai licin, jgn tinggal sebutir pun.

Redha je lah. Kat tempat orang, tak boleh memilih sangat. Nak makan kat gerai-gerai tepi jalan confirm tak halal. Terus terfikir, patutlah orang arab suka datang Malaysia, senang carik makan.

Lepas perut dah kenyang, dah bertenaga balik. Ingat nak jalan-jalan sekitar Phatong sambil carik Kusuma Seafood untuk makan malam kang. Alang-alang dah sewa motor, jom kita ronda. Perghhh, Patong adalah sangat panas. Panas yang terasa terik dia. Tapi layan je lah. Nasib baik Eisya tak meragam. Dia pun seronok je naik duduk atas motor.

Eisya di Patong Beach. Seronok budak ni kejar merpati.

okay, ni wajib print masuk dalam album percutian keluarga

Masa singgah kat Patong Beach, jumpa sorang pakcik ni. Orang Kedah tapi dah berpuluh tahun duduk kat Phuket. Apa lagi, amiklah kesempatan minta dia tunjukkan mana tempat-tempat makan yang halal. Rasa sangat bertuah jumpa pakcik ni. Pastu di pulak yang terlebih bersemangat suruh ikut dia dari belakang, dia nak bawak ke kedai-kedai yang dia cakap tadi. Banyak je tempat makan halal sebenarnya. Kat area pantai tu pun banyak. Tapi harga makanan kat sana memang mahal lah, nasi goreng semua stok 80baht ke atas.

Tapi malam tu kami tetap ke Kusuma Seafood jugak. Berpusing-pusing lah jugak nak carik seafood halal kat Patong ni.

Okay, Kusuma aku citer next entry ye.

14 May 2012

San Sabai Patong Resort

Tak susah nak carik hotel kat Phuket ni. Tak percaya, google je lah HOTEL PHUKET, melambak-lambak keluar. Tinggal pilih je nak yang mana. Kalau budget besar, boleh la pilih hotel-hotel established macam Hard Rock ke, Impiana ke.. Tapi kalau budget ciput macam aku ni. Terima je lah hotel yang baru pertama kali dengar nama dia. Tapi jangan lah sampai tak amik kira safety pulak, jimat, jimat jugak. Dah la pergi negara orang kan..pandai-pandai la memilih.

Kalau gi Phuket, perkara pertama adalah decide dulu nak stay area mana. Sama ada Patong, Karon atau Kamala. Kamala kat atas, Karon bawah, Patong tengah-tengah. Dan seperti yang diketahui umum, Patong adalah kawasan yang paling happening. Tu sebab kami pilih duduk di sekitar Patong. Lagipun hotel kat sini lagi menimbun. Harga pun macam murah sikit. Pastu pilih, nak duduk dekat ngan pantai ke jauh sikit. Hotel yang dekat ngan pantai, yang kawasan dia attach dengan laut, haruslah mahal kan. Semua stok RM200++ dan ke atas. Bagi low budget tourist macam kami ni, haruslah terima je hakikat duduk hotel yang jaraknya 500m dari laut.

Hasil bantuan Google Maps, hotel ini akhirnya menjadi pilihan. Iye, itulah cara aku carik hotel. Bila bukak Google Maps boleh nampak terus lokasi kedudukan hotel ni. Boleh agak berapa jauh dengan laut, dengan bandar semua. Lagi mudah.

Night view of San Sabai Patong Resort by En Ekwan

view dari balkoni bilik

Aku booking hotel ni guna Agoda. Ini adalah kali ke-3 gunakan perkhidmatan Agoda. Alhamdullilah, puas hati. Takde lah kes kena tipu ke apa. Kira safe lah. Harga bilik ni yang Agoda bagi adalah RM102 semalam, termasuk breakfast. Berbaloi aku rasa dengan kemudahan yang disediakan. Sangat afforable dan comfy. Bilik okay, ada swimming pool lagi. Cukuplah setakat 3 beranak. Katil king, puas aku tidur 3 beranak. Takdelah kaki Eisya naik atas perut ibu abah dia (:

bilik yang telah disepahkan dengan jayanya.

 bergambar di balkoni.

Wifi disediakan dengan percuma. Dahlah pantas, seronok update FB. Lagi 1 yang best adalah TV dia. Channel adalah sangat banyak. Tinggal paham tak paham je. Sport channel je ada 3,4 channel kot, cartoon pun melambak. Layan kartun je lah kat sana, sebab cartoon in english. Yang lain semua bahasa Thailand, dah la takde subtitle.

 gambar di sekitar hotel. view from lobi (sebelah kiri)

view to the right. padat sungguh la bandar dia. kalau memang duduk sini, sesak nafas kot. datang 2,3 hari oklah, seronok tgk gelagat orang

Kedai makan memang jauh lah. Tapi kalau setakat 7E atau Family Mart (ala-ala 7E) melambak je kat bawah. Kawasan dia pun tak lah bising waktu malam, walaupun kiri kanan hotel ni adalah pub. Masih mampu lah nak tidur lena tanpa kena sumbat telinga. Tapi memang happening larea ni. Seronok tengok kehidupan orang Phuket. Tapi 1 macam aku sedikit kecewa, macam pelik pun iye. Bila aku request iron, receptionist dia kata 'we have no iron'  Redha je lah aku pakai tudung kedut segala. Tapi Ekwan kata maybe derang panggil seterika bukan iron kot. Habis tu apa??

 bukan main seronok lagi budak ni mandi kolam
swimming pool adalah terletak di rooftop. dibuka sehingga jam 7pm. tp 2 beranak ni selamba berendam dalam gelap

 view dari rooftop. hujung sana Patong Beach. Tak lah jauh mana. Malam ke-2 tu kitaorg jalan kaki je sana. Sambil tolak buggy Cha. Jalan slow-slow, singgah gerai ni, singgah gerai tu. Tau-tau.. dah sampai (:

Untuk gambar bilik, bilik air yang lebih jelas, korang boleh refer website dia terus kot. Yang aku boleh kata 'mmg indah rupa dan paras' lah. Apa yang di dalam gambar memag serupa dengan yang sebenar. Maybe sebab hotel baru lagi kan. Semua elok lagi.

Setakat ni je lah review hotel aku.

#TIPS
Kalau plan untuk ke pulau, tak payah la amik hotel dengan breakfast. dapat murah sikit hotel. Sebab van akan datang amik dari hotel seawal 7 pagi. Lagipun, breakfast roti ngan jus je. Baik makan dalam bilik je.

#TIPS 2
Power point dia tak sama macam kat Malaysia, dia guna plug yang 2 lubang je. Bawak la charger 2 kaki siap-siap. Tak pun beli converter

11 May 2012

Phuket: Upon Arrival

Sawadikap!!!

Waktu di Phuket adalah lambat sejam dari waktu Kuala Lumpur, so walaupun bertolak dari LCCT pukul 7.20am, dah duduk dalam kapal terbang sejam setengah, bila sampai airport Phuket tengok jam kat sana baru 7.50am. Ada extra sejam. Seronok je rasa. Dah la bila sampai tak payah jalan kaki panas-panas ke boarding area. Jakun jap aku. Yelah, tak pernah merasa naik MAS. AirAsia mana ada benda alah ni. Apa nama dia?? Amik gambar adalah mesti.

dah gaya peserta amazing race dah aku rasa

gaya pelancong habis lah tu

  
map yang banyak membantu. biar pun adakalanya macam tak betul, banyak jasa dia ni

Kitaorg datang Phuket ni tanpa agen. Kira pandai-pandai lah kau survive sendiri. Takde booking apa-apa pakej pun. Yang ada, hotel je. Dari airport nak ke hotel pun takde booking mana-mana transportation service. Sebab kononnya sangat yakin yang kat airport akan ada segala servis tersebut. Memang ada, tapi siapkan la duitnya. Bagi aku agak mahal lah. Tapi adat kot, apa yang kat airport tak mahal. Kat Langkawi pun gitu gaya jugak.

Keluar je dari arrival area, lepas kastam tu beratur dah agen menunggu. Yang hulurkan brochure island trip lah, servis nak jadik pemandu pelancong. Semua ada. Jangan risau. Sediakan aje kosnya (:
Dan kami telah terhenti di kaunter dia ni.

niatnya nak dengar dia explain pasal transportation pakej yang dia ada, tapi sudahnya terpedaya jugak amik island tour ngan dia gak. hajat hati nak try amik pakej kat area Patong. Tapi rasa macam berbaloi. Awal-awal lagi dah kehilangan 3000baht. 1500 baht seorang untuk island tour dan transportation. Agak mahal, tapi standard lah kawasan perlancongan.

 
 yeay!! habis dah suku duit kita tak sampai sejam di Phuket. tahniah. sungguh pandai berbelanja kan (:

Eh lupa nak bagi pengetahuan am, Baht dan Ringgit Malaysia adalah sama je nilainya. Cuma baht ni nombor dia banyak sikit. Tukar RM1000 dapat 10,000 baht. Achik kayo!!! Tapi 10,000 baht macam takde nilai je kat Phuket. Lagi-lagi buat orang tak berapa berduit macam aku ni. Nasib baik gi 2 hari je, kalau duduk lama sikit mahu balik Malaysia makan megi je aku.

#TIPS
Tukar duit kat Malaysia siap-siap. Nilai RM adalah lebih tinggi kat Malaysia. Kat Malaysia tukar RM100, boleh dapat 1000baht. Kalau tukar kat sana, boleh jatuh sampai RM100 = 850baht je. Giler murah dia beli duit kita.

tapi takpe, tak cukup duit jangan risau. CIMB ada kat airport. kat area bandar aku tak pasti, tapi takde nampak pulak. so activate kan akaun anda siap-siap ye. money changer pun melambak-lambak.

ini namanya MiniBus. Kalau naik minibus ni dah kira exclusive ni. nak naik teksi *murah sikit* tak boleh naik lebih dari 4 orang katanya. eleh.. gedik. tak pakai helmet boleh pulak. tapi takpe lah, badan pun tgh letih, layan je lah, sambil feeling VIP gitu.

orang laki angkat bag, orang pompuan amik gambar. 
teksi yang kat belakang tu *kot*  kalau travel 2 orang okay lah.

Airport ke Patong adalah sangat jauh. Dalam sejam jugak. Datang negara orang kali pertama seronoklah pandang kiri kanan. Tapi rasa macam di tanah air sendiri pulak. Jalan dia, kawasan kiri kanan jalan dia. Ngan pokok getah smua. Tak ke rasa macam masih di Malaysia. Dah lah rupa orang Thailand pun macam orang cina kat Malaysia. Kena gi jauh sikit lah, barulah seronok. Boleh jakun lebih-lebih.

Dalam perjalanan nak ke Pha Tong, korang akan di bawa singgah ke 1 travel agency. Kalau duit tak berapa banyak, sila kentalkan diri. Kalau memang bawak duit puluh-puluh ribu baht, boleh lah cuba macam-macam pakej yang ditawarkan. Safari tour tu macam menarik. Phuket Fantasea ke..James Bond Island pun macam syiok. Tapi bagi budget tourist macam kami, pakej yang ditawarkan adalah mahal. Sampai sorang RM140 nak spend masa ngan gajah semua. Lain kali lah ye.

singgah sebentar di sini

 dia punya kusyuk mendengar macam nak amik macam-macam pakej, sudahnya 1 pun tak amik. sorry ye. kami tak plan for this kind of trip. kami kan survivors. tapi teringin gak nak naik gajah sebenarnya.

WELCOME TO PHA TONG, PHUKET