Showing posts with label Kuching. Show all posts
Showing posts with label Kuching. Show all posts

23 March 2015

Riverside Majestic, Kuching

Aku ni time out-station je merasa duduk hotel 3,4 bintang. Kalau bayar sendiri, time-time holiday, memang jaranglah aku amik hotel mahal-mahal. Asal selesa aku nak tidur 4 beranak, dah cukup. Nak spent duit lelebih kat hotel..alah, sayang lah. Kalau untuk makan-makan takpe, aku memang sanggup. Dayu kan memang mengutamakan tekak lebih dari segala-galanya. Tu sebab dia makin lama makin membesar. Maka, bila berpeluang merasa bilik best-best sesambil pergi bekerja. Seronok pulak rasa. Walau dalam sedih tinggalkan anak, terubat lah sikit. Dapat tidur atas katil empuk dalam bilik hotel best. 

Dan 3 minggu lepas kena pergi Kuching. Dari Sibu ke Kuching. Perrgghh, 400km travel dengan bas. Memang pengalaman 'istimewa' sepanjang keje. Tak kan dilupakan. Bila masuk area Kuching, dari dalam bas aku dah nampak Riverside Majestic. Tak sabar nak masuk bilik. Tapi orang lain semua duduk kat Pullman. Aku tercicir sebab booking lambat kan. Lagipun aku uruskan sendiri hotel, rate Pullman memang layak. Tapi mahal lah, tak kuasa nak dulukan duit sendiri sampai 200+ Lambat lagi nak tunggu untuk claim. Riverside pun mencukupi dah bagi aku. Aku booking bilik superior je, tapi masa check-in dia upgrade kan ke Deluxe pada harga yang sama. Akak adalah kesukaan. Boleh golek-golek atas katil besar.

Luas dan Selesa. Kalau lah EE's ada sama. Mesti Eisya dah main lompat-lompat atas sofa ngan katil. Elma masuk dalam almari.

bilik air pun best. aku kalau dah bayar hotel mahal-mahal, memang aku manfaatkan kemudahan yang digunakan. best betul rasa badan berendam dalam air panas lepas letih seharian dalam bas.

Laks Sarawak Special. Peergghh memang terbaik. Aku makan sampai menghirup kuah. Rasa nak je minta tambah kuah je kat pakcik tu, tapi malu. Terus tapau lagi sebungkus mee kolok. Balik hotel, makan sambil sediakan slide presentation untuk keesokkan harinya. 

Dan inilah bestnya duduk kat Riverside Majestic ni. Lokasi sangat strategik. Nak lagi best duduklah kat Grand Magharita. Betul -betul tepi sungai. Riverside Majestic pun tepi sungai. Lintas jalan dah sampai. Nak gi beli kek lapis pun senang. Kalau Pullman, jauh. Memang tak dapatlah nak berjalan kaki je. Pastu yang best, dia sediakan broadband internet access. Memang gembiralah aku berinternet malam tu. Konon penat, tapi sempat lagi layan facebook, youtube, blog dan sebagainya. 

Next time, kalau ke Kuching lagi. Memang aku duduk sini je. Kalau bos aku nak dok Hilton ke, Pullman ke.. Silakan lah. Saya tetap nak Riverside Majestic ni. Breakfast pun sedap. 

20 June 2013

Pantai Damai/Santubong, Kuching

Kami adalah pencinta pantai. Pengemar laut. Kalau ke mana-mana, kami suka pergi tempat yang ada laut. Suka laut sebab laut sentiasa ada persekitaran yang menarik. Sangat best untuk dinikmati. Duduk lepak tepi pantai, muka kena tiup dengan angin pantai.. seronok weh.. Mandi laut, main ombak. Benda-benda macam ni tak boleh dinikmati kat tempat lain. Kat kawasan pantai je merasa semua ni. Tu yang masa nak gi Kuching, Ekwan beriya suruh aku survey dan carik laut yang ada kat Kuching.

Tapi disebabkan ketiadaan masa, tak sempat aku nak google. Tanya orang Kuching pun, derang pun tak tahu. Biasalah, kadang kita kadang bukan tahu sangat interesting places kat tempat sendiri. Sebab rumah adalah tempat paling best kan. Tapi bila sampai hotel, hotel ada sedikan maklumat tentang tempat-tempat menarik di sekitar Kuching. Dan Pantai Damai/Santubong ni ada tersenarai. Apa lagi, terus masukkan dalam jadual perjalanan.

Tak jauh pun dari bandar Kuching, dalam 40minit je. 

Disebabkan kami tak planned nak bermandi-manda, sekadar nak menikmati permandangan. Cukuplah sekadar menikmati permandangan. Mungkin lain kali. Kita duduk terus di Damai Puri Resort & Spa. Fuhh!! Kumpul duit banyak-banyak. Baru boleh merasa semua ni.

Gunung Santubong di Kejauhan

Laut dia memang lawa. Mungkin tak ramai sangat orang datang, so tahap kebersihan dia masih terkawal. Pemandangan kawasan sekitar dalam perjalanan nak ke pantai ni pun best. Hijau je mata memandang Gunung Santubong pun depan mata je. Tapi dari jauhlah. Tapi sepanjang perjalanan ni tak jumpa kedai tepi jalan yang jual goreng pisang, aku dah lah lapar time tu.

Indah. Nyaman.

sempat lagi posing amik gambar

-gambar nak lekat kat muka depan album percutian kali ini-

Kami ke kawasan pantai melalui Damai Beach Resort. Sesuka hati dan dengan selambanya masuk kawasan resort untuk akses ke pantai. Kebetulan masa tu ada 2,3 company tengah buat family day. So macam tak obvious sangatlah yang kami ni ala-ala menceroboh. Masa ni aku tak tahu lak ada kawasan khas untuk lepak-lepak kat pantai ni. Dah balik, baru tahu. Kena ke depan lagi, dekat dengan kawasan masuk ke Kampung Budaya. Lain kali memang kena google puas-puas sebelum berjalan supaya tidak kecewa kemudian hari.

indah sungguh ciptaan Ilahi

Eisya tak memberi kerjasama 

anak seronok jalan celah batu, pastu main pasir

bapak feeling photographer profesional (:

Duduk lepak-lepak atas batu tepi pantai, sambil gedik-gedik amik gambar. Memang seronok. Alah, mengedik dengan keluarga memang seronok.

11 June 2013

Self Retreats.

Kalau aku diberi peluang pergi bercuti, memang aku suka. Kalau datang sekali dengan pakej holiday + shopping, lagilah aku suka. Akulah manusia paling gembira. Tapi takde semua tu pun aku suka dah, asal dapat tinggalkan KL ni sementara, dapat lupakan sekejap hal-hal keje pun dah buat aku happy tak ingat dunia. Bawak aku jalan-jalan, mandi laut kat Port Dickson pun aku happy dah. Senang sangat nak buat aku happy. Tapi kalau offer aku gi Bandung ke, Vietnam ke, Australia ke.. Lagi aku happy..

Aku perlukan percutian setiap tahun. Tak dapat banyak kali, sekali pun cukup. Tak dapat gi jauh-jauh, dalam Malaysia pun cukup. Tak perlu oversea trip sebab ternyata Malaysia lagi best.

Dan aku selalu anggap annual vacation itu sebagai self reward untuk diri sendiri dan keluarga. Hasil penat bekerja. Aku anggap tu retreat untuk diri sendiri. Buat perkara yang aku suka. Puaskan diri sendiri. Kalau ada yang beranggapan 'membazir je, berjalan sana-sini.. buat habis duit je' Terima kasih sebab prihatin terhadap status kewangan aku. Tapi aku sentiasa buat sesuatu ikut kemampuan. Aku takdelah sampai buat hutang dengan bank semata-mata nak bercuti-cuti sekeluarga. Aku travel hanya dengan tiket jualan murah oleh AirAsia. Takde tiket murah memang tidaklah aku bercuti naik kapal terbang. 

Benda ni semua lebih kepada kepuasan. Kalau kita mampu, apa salahnya puaskan diri sendiri. Iye, kita ni banyak keinginan, semua benda mahu. Ikut nafsu, aku nak gak ada sebijik handbag harga 4-5 ribu tu. Tapi aku tahu itu bukan dalam ruang lingkup kemampuan aku. Maka tolak tepi, pakai je bag Charles & Keith, pun stylo gak. Tapi bab bercuti ni, alhamdullilah.. aku rasa aku masih mampu. Maka, aku puaskan keinginan hati nak berjalan ke tempat orang. Tengok suasana baru. 

Dan sempena meraikan 4 tahun perkahwinan kami Mei lalu, kami ke Sarawak sekali lagi. Tapi kali ni kami tumpu kat Kuching je. 

Bersama trip partner kami seperti biasa, we had good times in Kuching. Walau Eisya agak cranky dan asyiklah 'abu, jomlah balik umah Chacha..' Dia penat sebenarnya, pastu takde pergi tempat-tempat yang khusus untuk dia. Tu yang boring tu. Masa gi muzium kucing dia tido, kalau tak mesti kecoh mulut dia. Sorry baby, nanti ibu bawak gi Aquaria ye. Tengok fish eh..

Mak Kucing.

Kuching bagi aku bandar yang sibuk juga, cuma takdelah sampai tahap sibuk macam KL kan. Tapi jammed di waktu puncak, semua tempat pun sama rasanya. Labuan yang tenang tu pun jammed time lunch hour. Tapi sebab kita ni datang sekali sekala, apa salahnya merasa jammed kat tempat orang kan. Tapi bila nak carik tempat makan pun macam susah, even kat tanah air sendiri, cuma berlainan kawasan.. aku jadik cuak kalau terpaksa ke negara orang. Mungkin lah tak susah, tapi bagi aku kat Kuching ni kekurangan kedai makan melayu. Sudahnya, balik-balik kami makan kat Kedai Kopi 'O' tu je lah. Nasib sedap, so nak layan selalu pun no hal.

Bila dah sampai ke Kuching, adalah mesti ke Pasar Serikin. Dah alang-alang, mesti lah singgah. Alah 40 minit je dari Kuching. Seronok shopping sakan kat sana. Kalau datang lepas hari gaji mesti lagi sakan. Nasib duit dah paras-paras hidung. Kalau tak penuh bonet kereta. Dan hasrat nak tengok orang utan kat Semanggoh tak kesampaian sebab kesuntukan masa. Kesian Eisya. Asyiklah sebut nak tengok orang Utan. Ok, ibu really have to bring you visit Aquaria.

Dan baru ku tahu ada pantai secantik ini di Kuching. Tapi tak planned untuk aktivit mandi-manda. Jalan-jalan sahaja lah.

Pasar Serikin. Destinasi mengempiskan beg duit.

Malaysia tetap best. Bestnya kalau dapat roadtour satu Malaysia. Looking forward for that. Next target is Penang!!!

**kalau aku rajin, aku buat lah full entry pasal lawatan ke Kuching ni. Kalau tak, maafkan lah ye.

20 May 2013

Hotel review: 360 Express, Kuching

Lama tak buat review hotel. Sedangkan ada beberapa hotel baru aku cuba. Lagi-lagi sejak asyik kena outstation ke Malaysia Timur ni. Aku buat review hotel yang aku duduk masa gi Kuching hari tu dulu lah ye.

Seperti biasa, setiap kali nak gi holiday aku yang akan uruskan bab hotel. Dan aku adalah pengguna tegar segala kemudahan menempah hotel secara online dan selalunya aku akan gunapakai perkhidmatan agoda.com. Tapi untuk sesi percutian kali ni, setelah membuat beberapa semakan dan perbandingan harga yang ditawarkan, aku akhirnya memilik booking.com. Sebab harga yang dia tawarkan untuk hotel yang aku pilih tu yang paling murah.

Dan untuk edisi percutian ke Kuching kali ni, aku pilih 360 Xpress sebagai rumah hinggap kami. Rumah hinggap katanya. Hahaha... Selalunya aku akan survey butik-butik hotel yang berbaloi harganya untuk dihuni. Yelah nak duduk 2 malam kan. Walaupun sekadar untuk tidur dan tempat melepas lelah, kenalah carik yang selesa. Murah sangat pun kalau tak selesa tak guna juga. Dan setelah browse gambar-gambar kat website dia dan segala reviews, aku terus buat tempahan. Dengan yakinnya. Pastu cuak. Takde sebab pun tapi aku memang macam tu, tiap kali lepas buat payment online beratus-ratus cuak tak tentu pasal.

Sebaik ketibaan. Marilah kita posing dulu depan hotel.

Tapi dengan Booking.com, ada sesetengah hotel dia tak deduct terus dari kad. Just for guarantee. Tapi kalau kau tak muncul, dia tolak lah terus. Bagus juga. Tapi yang tak bagusnya, dah aku feeling duit dalam akaun masih menimbun, dah shopping lupa diri jap. Berbaloi harga bilik dia. Aku amik Standard Twin Room  untuk 2 malam, RM224 je (tak termasuk segala taxes lah) 

Masa mula sampai dan masa tengah carik hotel ni (ikut arah panduan oleh Papago) aku dah ala-ala cuak sebab rupa hotel tu macam sangat berbeza bagai yang ditayang kat website. Habislah aku kena bambu dengan rakan-rakan sepercutian. Tapi nasib baik, apa yang ditunjuk kat website adalah serupa dengan keadaan sebenarnya. Yang kami mula-mula nampak tadi adalah bahagian belakang hotel, memanglah buruk bebenor rupanya. Aku kagum gak sebab dia boleh offer facilities yang begini pada harga yang aku rasa mampu bayar untuk golongan marhaen macam aku ni.

Ruang menunggu di lobi. Best sofa dia. Keadaan sebenar 100% sama macam gambar dalam website. Tahniah kerana tidak memberi harapan palsu kepada kami.

Di ruang lobi hotel. Masing-masing sedang meng'google tempat makan.

Stairways to Lobby

Standard Twin Room
Bilik aku duduk serupa macam ni. Cukup selesa untuk kami 3 beranak. Seperti biasa, rapatkan katil dan terus dapat katil Super King size. Seronok kami anak-beranak golek-golek, main bawah comforter. Kalaulah kat rumah ada katil macam ni. Cuma tak baper seronok bilik air dia takde getah paip. Susahlah sikit nak beristinjak, kenalah cari apa-apa bekas yang boleh ditranform menjadi gayung.

Lokasi pun strategik. Dekat je dengan Waterfront. Tapi kalau nak jalan kaki berpeluh lah jugak ketiak. Kedai pun banyak. Turun-turun ada kedai runcit. Dengan Topspot pun dekat. Dan yang paling best, dia sediakan mesin basuh okay. Kau bawak sabun je. Kalau duduk lama memang bestlah, tak payah bawak balik baju kotor. Next time kalau kena outstation ke Kuching, 360 Xpress ni akan jadik antara pilihan aku. Tapi kalau Kerajaan dah bookingkan Grand Magharita ke, Pullman ke.. tak kan nak tolak rezeki pulak kan.

So kepada sesiapa yang ada perancangan nak ke Kuching dan mencari hotel-hotel yang ala-ala bajet tapi memuaskan, bolehlah pertimbangkan 360 Xpress ni. 

Sekian, saya melaporkan.
**gambar-gambar dalam bilik tak boleh tayang sebab 'senonoh' sangat

07 February 2013

Pasar Kg Serikin, Bau, Sarawak

Kami kat Kuching semalam je. Esoknya pagi-pagi kami terus check-out dan menuju ke Sibu. Dalam perjalanan pulang ke Sibu kami singgah sebentar di Kg. Serikin. Abang ipar aku bawak singgah kat sini sebab aku nak beli tikar evamantic tu. Menjeles aku tengok tikar-tikar tu kat rumah derang. RM15 je sekeping kau. Kat KL ni punyalah mahal orang jual. Lagipun carik kain batik untuk mak-mak pada harga yang lebih berbaloi dengan kualiti yang sama.

Kami berjaya samapai ke sini dengan bantuan GPS dan juga sebab abang ipar aku sekeluarga dah pernah sampai. Kalau tak sesat jugak kot.

turun-turun kereta jumpa kedai jual tikar evamantic. tapi Kak Fatin kata 'ni beli kemudian, terus angkut masuk kete' ok, meh kita shopping barang lain dulu

saya kan pelancong. kenalah amik gambar (: nasib baik ada suami yang rajin layan kerenah bini dia. tapi lepas tu dia terus passed kamera kat aku.



Macam-macam ada jual kat sini, sediakan je duit. Harga pun boleh tahan murah lah. Mungkin sebab belum berjalan jauh kan stok ni. Kain batik, kain pelekat memang murah lah. Kalau yang harga 40-50 kat Jalan TAR, kat sana boleh dapat RM16 je. Tu pun sibuk kitaorang minta kurang lagi sebab beli berhelai-helai kan. Kain pasang pun boleh tahan cuma aku tak berkenan je. Corak dia tak berapa memikat hati.

baju budak pun ada. 

telekung pun murah. yang RM70-100 kat Jalan TAR, kat sini RM35 je. tapi sebab aku baru beli telekung, aku belikan untuk mak aku lah sehelai. dan sehelai telekung travel untuk diri sendiri. tapi bila try macam pendek lah pulak.takpe aku tau nak bagi kat sape (;

Kak Fatin sangat hebat bab meminta diskaun. (;

Pasar ni ada hari Sabtu dan Ahad je. Kami datang hari Ahad, tengahri pulak tu. Maka stok macam dah tak berapa banyak dan menarik. Tapi tu pun puas memilih. Dan Alhamdullilah, masa kami datang ni cuaca agak redup. Kak Fatin kata masa diaorang datang dulu punyalah panas tempat ni. Rezeki kami. Lagipun Eisya macam kurang sehat sikit, tiba-tiba selsema teruk dan macam nak demam. Dia letih kot. Asyik berjalan je, tidur pun tak puas. Tapi bila masuk kereta, pasangkan cd. Segar pulak dia. Drama lebih dia ni.

Masa nak balik sempat beli buah rambai. Lama sungguh tak makan. Sedapnya. RM2 je seikat. Puas makan.

Buah belimbing merah tu pun macam rambai isi dia. 

Lupa lak aku nak amik gambar bonet kereta. Penuh. Memborong sungguh. Tapi dah datang jauh-jauh kan, sekali sekala. Beli puas-puas.


03 February 2013

Kek Lapis & Ikan Terubuk Masin

Dua ni adalah benda wajib beli kalau dah sampai ke Kuching. Bukan setakat beli, borong kot. Tapi aku takdelah beli banyak sangat. Sekadar cukup untuk keluarga. Sebagai souvenir. Dan juga untuk family sendiri. Dah datang jauh-jauh, boleh tahan juga membeli. Lagi-lagi kek lapis. Dah lah warna -warni, lawa-lawa corak dia. Mengoda ok. Rasa pun sedap. Terus hilang kawalan sekejap.

Kek lapis Mira ni sedap. Dia lembab. Aku memang suka yang lembab-lembab. Lagi-lagi cadbury dia. Kalau pergi lagi, aku nak beli cadbury ngan sisik ikan je banyak-banyak. Mahal sikit tapi dijamin sedap dan mampu dihabiskan sekali hadap. Pembelian yang sangat berbaloi.

beriya laki aku tunggu signage kat atas tu display kan 'MIRA CAKE HOUSE' bagus ada photographer yang tahap passion tinggi macam ni.

penuh bakul masing-masing.

lepas kek, terubuk pulak. nasib kedai sebelah meneybelah je. Terubuk masin dia sedap, aku baru je masak lemak cili padi. 

penuh tangan kiri kanan, Eisya pun kena tolong bawak 

Selepas lelah shopping, kami isi perut kat foodcourt Kg Boyan. Barulah dapat merasa mee kolok. Oklah, sedap je bagi aku. Dan makanan kat sini baru menepati citarasa Ekwan. Berselera sikit pakcik tu makan. Hahaha.. kesian laki aku. 

Entry Sarawak aku dah nak berakhir dah, lepas ni tak payah hadap entry Sarawak aku lagi. Tunggu bulan 6 lak nanti. 

01 February 2013

Kuching, Sarawak

Dari Borneo Highland Resort kami ke Kuching. Sebab esoknya mahu ke Pasar Serikin. Lagipun mahu membeli kek lapis. Kek lapis Sarawak ni, yang kat Kuching je sedap. Sebab rasa yang kat Sibu macam tak berapa menepati piawaian rasa. Kurang kick. Dari Borneo Highland Resort nak ke Kuching dekat je, tapi dalam sejam jugaklah. Dekatlah lagi compare perjalanan dari Sibu aritu. Kat Kuching kami bermalam kat hotel bajet je. Setakat nak tidur je, jadiklah.

Tapi bajet pun RM115 gak. Mentang-mentang hotel depan Waterfront. Hotel ala kadar pun mahal. Hotel aku kat Labuan yang RM98 tu pun lagi best ok. Tapi layankan je lah.

Kuching Waterfront Lodge.

Kami sampai Kuching dalam pukul 2, lepas check-in. Mandi-mandi, rehatkan diri. Lepas asar Kak Fatin dah whatsapp ajak keluar semula. Nak gi naik sampan beli kek. Tapi sebelum tu aku shopping beli souvenir dulu kat kedai sebelah hotel. Senang. Malas nak mencari kat tempat lain. Beli 2 helai t-shirt, fridge magnet dan keychain. Semuanya berjumlah RM80. T-shirt budak takde kain yang elok sikit. So Eisya takde t-shirt Sarawak. Next time okay baby. 

kain batik dia lawa-lawa tapi mahal. maka tak beli, lagipun esok nak gi Pasar Serikin

pilih Fridge magnet pun pening kepala. pastu pening pilih shirt lak

ibu shopping anak bawa diri dengan sepupu

Aku beli fridge magnnet kat kedai ni, 4 bijik RM10. Sekali masa jalan-jalan kat Waterfront menuju ke sampan melambak orang jual 5 pcs RM10, yang 6 keping RM10 pun ada. Memang kena gelak lah aku dengan Ekwan. Sebab tadi dia dah sound suruh tengok kat kedai lain gak tapi aku gelojoh semua borong kat kedai tu. Padan muka aku.

Lepas borong souvenirs terus menuju ke Kuching Waterfornt dan mencari jeti sampan nak menyeberangi sungai nak membeli kek lapis. Teringin nak naik cruise tapi tak sempat. Misi nak membeli kek lapis perlu dijayakan terlebih dahulu.

berlatar belakangkan Dewan Undangan Negeri Sarawak

berjalan menuju ke jeti sampan 50sen

5 pcs RM 10.

mereka ni semua dah jauh ke depan, kami gak terhegeh-hegeh kat belakang. biasalah tak fit

penat berjalan, akhirnya jumpa gak sampan yang akan bawak kami ke seberang sungai.

gayat jugak sebenarnya

yang berat semua duduk one side terus sampan senget sebelah. hahaha. Eisya cuak je naik sampan ni. Dia pegang Ekwan punyalah kuat, tak lepas langsung lak tu.

bergambar adalah kemestian. kata pelancong.

pemandangan di tepian sungai Sarawak. malam-malam lagi lawa.

Sampai-sampai terus menuju ke Mira Cake House. Kak Fatin kata ni lagi sedap. Aku yang tak tau apa ni setuju je. Kek lapis bagi aku dah cukup sedap. Kami sampai dah lewat petang, pilihan pun dah tak berapa banyak. Tu pun boleh buat pening kepala nak memilih. Ikutkan hati semua nak ambil sumbat dalam bakul. Beli 10 ketul dapat free 1. Memang lebih lah dari 10 kan, Kak Fatin memborong je penuh sebakul. Ramai yang memesan.

Kos perbelanjaan di Kuching: RM360

Hotel = RM115
Souvenirs = RM80
Kek Lapis = RM100
Ikan terubuk = RM30
Makan malam = RM30

Bye Borneo

Selepas menikmati keindahan, ketenangan dan kesegaran Borneo Highland Resort.. kami beransur pulang. Cukup semalam menginap di sini. Terlalu indah. Terlalu seronok nak digambarkan dengan kata-kata. Syukur sangat berpeluang merasa semua ni. Kalau ada peluang dan rezeki, Insya Allah kami datang lagi. Tapi kami datang dari Kuching, tak daya nak datang dari Sibu. Land travel dia sangat mencabar.

Selamat Tinggal

We were having so much fun here.

Borneo Highlands Resort best.
Eisya tiada dalam gambar sebab dia dah tertidur. Keletihan berphotoshoot.

Dari Borneo Highlands Resort kami menuju ke Kuching meneruskan misi Sarawak Tour kami. Plan ke Kuching adalah perancangan mengejut petang semalam ketika 2 beradik lelaki itu duduk di dalam sauna. Keluar-keluar mereka kata 'esok lepas check out kita gi Kuching' Tahu tak aku dah takde baju nak pakai. Kata semalam je kat sini. Saja tau.


31 January 2013

Kalimantan View Point

Selamat pagi Labuan!!! Eh, ni bukan entry pasal Labuan. Gi Labuan atas urusan keje, nothing much to share tapi ada juga. Habiskan Sarawak ni dulu.

Destinasi pertama dilawati untuk sesi photoshoot adalah Kalimantan View. 2km dari clubhouse. Naik kete lah ke atas ni, tak payah nak tunjuk hebat nak berjalan kaki. Tak pasal-pasal menyusahkan orang nak datang menyelamat pulak nanti. Ini adalah kawasan yang wajib dilawati kalau dah sampai kat sini. Menikmati pemandangan. Biarpun hanya tengok hutan, tu hutan Kalimantan tu.

Udara kat atas ni lagi fresh weh.. siap boleh rasa air menitis-nitis ok. Bukan hujan. Dengan bau rumput bau lepas potong, memang segar sungguh rasa.

Borneo Highlands
Southwest Kalimantan View, 3,351 feet, 600m drop

ini adalah wajib.

Ini baru complete. Thank you kepada yang rajin angkut tripod ke hulur hilir.

lagi sekali. 

Tebing kat belakang kitaorang tu sangat curam, ada penghadang tali je. Cuak memang cuak tapi boleh pulak selamba budak-budak ni main lompat-lompat atas kerusi ni. Biaslah budak, apa dia pedulikan. Tapi dalam gayat-gayat, aku join gak derang memanjat kerusi ni. Nak amik gambar punya pasal. *peace*

bergambar punya pasal. gayat pun layankan aje.

kawasan ni sangat luas. menghijau. segar je mata memandang.

hujan dah mula turun. marilah turun membawa diri.

cepat anak-anak..cepat.

okay sempat lagi posing. masih berposing sebab tukang amik gambar yang suruh.

anak-anak yang ceria. sian Eisya ibu dia janji boleh je tutup kepala dia dengan sweater. nasib awaklah Cha.

kesian suami saya. gambar dia takde. meh lah pass kamera kat orang, orang amik kan gambar awak pulak. sian dia. sikit je gambar dia. tapi biaslah photographer mana ada dalam gmbr (:

amik gambar photographer lagi sebelum dia setting tripod

selamba achik wan tak masukkan muka Farisha ngan Eisya dalam frame

We was here at Kalimantan View Point!!
Kalau ada peluang dan kesempatan datang lah berkunjung nikmati keindahan alam.




*publish from Labuan. Gigihkan saya sebagai seorang blogger