Showing posts with label rasa hati. Show all posts
Showing posts with label rasa hati. Show all posts

Saturday, June 1, 2013

kembali mengadu

fear and hope. tagline yang femes sepanjang minggu ni. err. saya tak main heshtag so tak tau la jadi trend ke tak.

pagi ni, perasaan tersentak dengan fear and hope. hmm. menangis-nangis.

betul. bila perasaan takut dengan pelbagai kemungkinan seperti dengan keadaan saya sekarang, sebuah harapan sedikit sebanyak mengindahkan rasa.

betul juga. bila terlalu tinggi harapan, dan tiba-tiba dijelmakan dengan sebuah ketakutan, kita akan lebih berwaspada.

ubat bagi saya secara peribadi, persediaan. bagaimana dengan persediaan kita menghadapi segala yang tak ternampakkan. kemampuan yang ada hanyalah sekarang. sekarang bagaimana? bersediakah?

air mata menitis kerana sekarang. jalan lambat-lambat. kerahan tenaga tidak sekeras dulu. alangkah..

banyak kali berkongsi cerita, demi untuk mencari ibrah di sebalik cerita mereka. banyak juga baca tulisan-tulisan yang berbicara. makin banyak dikorek.. makin banyak tak buat lagi. takuuuutt..

bismillah. yang penting dah usaha. sekali takut, sekali kita kembali mengadu. sesekali berharap, moga berkali-kali kita mengadu. tetap kembali mengadu.

rasa tenang lepas mengadu, takkan sama dengan berharap supaya orang faham..

Friday, May 31, 2013

Bonda jaga anakanda dengan baik tak?

banyak kali sudah, buka new entry dan akhirnya tersebek dalam draft. Buka kesekian kalinya, tak tahu apa yang patut ditulis. Hmm. Blogger yang makin menuju waktu pencen barangkali. -.-"

Pagi-pagi ni datang lagi nak menulis. Harapnya tak terbantut. Hanya ingin bercerita tentang anak didik lepas. Tetiba teringat kisah comel mereka. Walaupun tak berlaku di hadapan mata kepala sendiri, tapi sebagai guru kelas waktu itu, kena menadah telinga kisah-kisah mereka sepanjang pembelajaran mereka.

Kisahnya, ada tiga hero gedebe yang paling berpengaruh dalam kelas tersebut. Yang lain semua pun gedebe. Gedebe macam Umar. *angkat kening* Yang bertiga ini, mereka ada potensi untuk jadi bijak, cuma lambat. Dan perlukan perhatian yang lebih. Kena sebut namanya berulang kali sepanjang mengajar.. Macam dia seorang dalam kelas tu. *heh*

Suatu masa yang tenang, sedang buat latihan Matematik. Mereka bersuara antara satu sama lain.

Kita nikan, semua cikgu kata kita nakal.
Ha ah. Memang pun.
Tapi kita pandai buat Matematik.
Tapi tak siap lagi ni. Tu tak tengok dia duk jeling kita.

*pensel sudah tidak menulis. bercakap je banyak*

Kamu pernah tak terfikir..
Fikir apa?
Janganlah potong aku! Hisy!
Maaf. Maaf.
Jangan la kacau dia!
Nanti kita dah besarkan, lepas tu ada anak.. Anak kita tanya, papa, papa, dulu masa papa sekolah, papa baik tak?

*cikgu meneguk air liur sendiri. boleh ke situ mereka bersembang masa buat latihan matematik*

Ingat lagi, pecah meja guru di kantin di saat si teman bercerita tentang si anak ini. Mana tidaknya, culasnya tingkahlaku mereka sepanjang masa buatkan kami buta nak melihat sisi-sisi lain si anak ini.

Hari ini, rasa macam ada betulnya juga ucapan tanpa sedar si anak itu untuk dituju pada diri sendiri. Dengan kehadiran makhluk Allah yang makin terasa kewujudannya di dalam.. alangkah.. tiba-tiba suatu hari, di saat dia sudah punya kemampuan untuk bertutur dan bertanyakan pada tuan rahim tempat dia menumpang kasih.

Bonda, dulu masa anakanda dalam kandungan, bonda jaga anakanda dengan baik tak?

Thursday, August 16, 2012

Catatan 26 Ramadhan


timi 
nak urus diri sendiri memang senang, tapi tak sama bila kita berada dalam satu kumpulan.
timi 
adakah kita nak bawa diri sendiri menuju kejayaan, atau mahu kita sekumpulan bersama-sama?
timi 
kena igt, hidup ini tak ada maknanya sorang2. memangla banyak masa kita rasa, dia ni menyusahkan, dia ni tak sama dgn kita, dia ni gitu..
timi 
dia gini.. kita bisa saja menyenaraikan orang2 yang dirasakan mahu menjatuhkan kita.. puluh? ratus? banyakkK~
timi 
tapi kita silap, bukan mereka nak menjatuhkan kita.. kita sendiri yang nak menjatuhkan diri sendiri.. saya suka bersama-sama dgn org yang -
timi 
org yg rendah hatinya, apa jua dibuatnya, utk kebaikan.. memberi kebaikan kpd diri sendiri dan juga orang lain.. hebat orang ini..
timi 
dia nak masuk syurga, dan dia tak mahu tinggalkan kita yang tak melayakkan dia masuk syurga.. malah dia berusaha walau hanya sepotong doa..
timi 
agar kita dan dia dapat bersama-sama di syurga.. alangkah bezanya kita dan dia.. kita menjadikan mereka sbb kita tak dapat apa yg kita nak.
timi 
dia pula, menjadikan kita sebab dia nak masuk syurga.. alangkah indahnya sebuah sebab..
timi 
dan seorg hamba yg sedang berperang dlm hatinya, sedih dgn pemergian ramadhan atau.. gembira menanti hari penghijrahannya?
timi 
redhakanlah apa jua yang terbit dalam hati.. agar ikhlas.. agar dapat jejak syurga juga nanti. :-)

Wednesday, May 9, 2012

Turun Naik Imanku

Andai iman itu sebuah perisian, adakah ramai yang berebut untuk install?

Peringatan untuk sering terlupa.
Padahal berzikir itu tidak bersyarat tempat atau masa. Hanya menyebut...
Kemanisan ini.. hanya mampu dirasa dengan iman..
biarlah aku sibuk kerana urusan turun naik imanku~

Tuesday, April 24, 2012

Setahun

perempuan, terikat dengan tarikh. ngeee :)

setahun dah balik duk rumah. dah boleh drive kereta. dah makan gaji. dah nak kawen. dah tukar phone.

dah ape lagi ek?

eerm, macam tak de la nak sambung cerita dah tu, sebab ada yang masih...

pun begitu ada juga yang tertinggal. sorry, afwanli, gomenasai.

setahun akan datang, terlalu banyak misteri dan rahsia. harapnya pelangi jua. selepas hujan, matahari akan kembali..

Saturday, March 17, 2012

Hidup Baik-baik

Cuti
Definisi cuti yang sudah berubah. Untuk kamu yang masih di alam belajar, untuk kamu yang berjauhan, untuk kamu yang kesibukan. Indah, tak sabar-sabar, mengujakan.

Rutin
Mingguan masih sama nak dibandingkan dengan bertahun-tahun kebelakangan. Kecuali pada ketentuan yang telah ditetapkan 7 bulan itu. Bulatan gembira. Atau simbol pada buku catatan kehidupan O:)

Berubah
Tak semua orang senang menerima perubahan. Untuk mata yang cuba mentafsir, perubahan demi perubahan, dengan sedikit iman di hati bertanya; Adakah Allah redha untuk semua ini? Itu yang paling penting sebenarnya.

Namun, naluri yang dihadiahkan Yang Maha Pencipta pada kita pasti akan terasa, indahnya kenangan pada waktu dulu.

Waktu Dulu
(i) berkawan. membina kenangan.belajar mencari kelainan persediaan menghadapi masa depan yang penuh pancaroba - KEX'05
(ii) kerana kenangan yang diraih dalam masa sekejap bagai dibukakan kelopak mata yang selama ini biasa terbuka, tetapi tidak pernah memahami dari sudut mata di sana. persoalan kenapa dan kenapa semakin membelit kaki yang sedang berjalanan. hidup ini perlu ada kejelasan. perlu berani menongkah arus, jika benar arus itu menongkah fitrah sunnatullah. apa lagi, perpisahan dari kelompok tersayang dan perbezaan persekitaran yang begitu memberikan sejuta satu pertanyaan.- undergrad uia

Sepanjang Minggu
(i) bertemu seseorang yang sangat rapat suatu Waktu Dulu. dari kecik barangkali. yang terpisah kerana ketentuan ALlah, dan kerana Allah juga kita bertemu. sangat terkesan dalam hati hingga terbawa-bawa dalam lena. Allah lebih tahu apa kesudahannya.
(ii) kerana sebuah perspektif yang baru diterima. kerana konteknya tiada dalam genggaman. semuanya bagai angin lalu. Allah kuatkanlah.
(iii) mengganti kelas seorang guru yang dikagumi. rasa tak percaya menguasai diri. hanya lagi bertambah, tidak mampu. tidak layak. dan tempat itu, mengundang memori bertahun-tahun lalu.
(iv) adik-adik petak gembira yang sudah habis tempoh bersama di sini. satu lagi sunnatullah terjadi. banana split. manis dan sejuk. semoga sentiasa aman dalam lindungan Allah.
(v) kursus asas perguruan. bersediakah menjadi lebih baik?

Kenal Pasti
Yang dihadapan, sedang menunggu sebuah kematian. Yang mengiringi kematian hanya tiga, amal soleh, sedekah jariah dan doa anak soleh. Hari ini jika sibujang yang tiada dalam aktivitinya bersedekah hanya tinggal padanya cuma amal soleh. Amal kita adakah soleh?

Jika terus menerus merasakan, berada di sana lebih baik. Berada dengan mereka di daerah sana lebih membaikkan. Tunggu mereka ada baru bersemangat. Bersama mereka lebih selamat.

Apakah semua ini. Hidup hari ini di sini, catatannya berterusan. Yang semalam telah tercatat. Mahu yang semalam saja dikira amal? Dan sekarang kita tanpa sengaja mengorek lubang di tengah jalan?

Sungguh, berada di kalangan orang bersemangat, kita akan sama-sama bersemangat. Tahu fakta itu, cari gelombang itu. Jangan pernah mengalah.

Anak Singa
Membesarlah kamu dengan aman. Serlah dirimu dengan warna-warna pelangi. Jangan takut bermain hujan. Selepas hujan, matahari akan terbit. Pergilah bermain, berlari, mengejar pelangi dari padang luas hingga ke hutan belantara jika itu jalan sampai ke kaki pelangi. Kita di sini kerana Allah yang rencanakan untuk kita. Bukan kerana dia, kau dan aku. Dia, kau dan aku hanyalah alat, bila Allah mahukan kita merasainya, apa jua bisa berlaku. Ketahuilah, ibu singa juga pernah menjadi anak singa. Begitulah kitarannya. Bukankah kita sedang berlari dalam kitaran itu?

MMSANJYHSRAASAHHZMASAM
Pasti kalian sibuk dengan laluan masing-masing. Semoga Allah bersama-sama kalian.Hanya itu yang mampu diucapkan. Moga tabah bersama kamu. Moga ditetapkan iman dan ikhlas dalam urusan kita. Moga dipermudahkan urusan. Moga disembuhkan segala kesakitan. Moga dihapuskan segala kesedihan. Moga di sisi kalian yang indah-indah belaka. Moga dikumpulkan di syurga nanti. Amin.

Akhir
Hidup baik-baik!!!

Thursday, March 8, 2012

You Can Say

You can say anything until you feel better.
***
Are you tired already?
Because you were waiting for me
Are you sick..
of waiting some more?
Your eyes looking at me
I can tell how hard it is on you
Your eyes looking at me
it's hard on me too
Oh, if only we didn't meet 
right from the start
Then we won't have to face something so sad
Are you regretting having thoughts like this?
***
Happy holiday, teacher!
Teacher, saya sayang guru saya.
Teacher, aku cinta padamu~ ( siap panjat meja jerit dalam kelas) -bakal menantu.

Sunday, February 19, 2012

meminta tanpa menghitung


When you’re searching for the light
And you see no hope in sight
Be sure and have no doubt
He’s always close to you
He’s the one who knows you best
He knows what’s in your heart
You’ll find your peace at last
If you just have faith in Him - I Believe

saya berkata pada adik-adik bulatan beberapa minggu lepas, sejak kerja, hari-hari yang dilalui seolah-olah tidak berpenghujung. lain sangat rasanya nak dibandingkan semasa belajar. saat-saat hari rusuhan menjelang, bagai sudah diberi signal, semester ini akan berakhir. cliche.

tempoh bersama dengan adik-adik bulatan sudah berakhir. minggu depan mereka akan beraksi di medan peperiksaan. saya sempat mengambil beberapa muhasabah dari mereka. Allahu akbar. Allahu akbar. Allahu akbar!

pesanan mereka buat saya sebak. sungguh, saya mudah dekat dengan manusia walau hanya dengan tulisan. tidak bersua, berbual mesra menunjukkan wajah tidak mengapa. saya pandai membaca tulisan. haha.

mengingatkan saya pada mereka di KPJ. apakah KPJ, hanya orang-orang kampung yang memahami.

balik kepada topik yang telah diletak.

apakah permintaan saya? butir mata hitam ke kiri. tengah fikir.

tadi bersembang dengan rakan sekerja sambil menyemak buku anak-anak. haruslah semak sebelum ujian, semoga mereka boleh ulangkaji jawapan yang betul. sembang pasal kursus sepanjang hujung minggu lepas, dan apa yang berlaku minggu ini.

masa bersembang itu, saya jadi menghitung apa beza saya dengan kakak ini. aaaaaa! jika perbezaan soalan matematik, nombor besar kena tolak dengan nombor kecil heh. sangat banyak bezanya! malu oh dengan kakak besar!! sebab, saya asyik minta nak begini- nak begini - nak begini... tanpa pernah menghitung apa yang saya ada.

guru muda, yang tinggal dengan keluarga, yang memahami, bujang, tiada komitmen untuk menjaga hati orang lain. sehat walafiat, banyak akal, banyak sumber, masih boleh menimba ilmu. sekadar letak beberapa untuk tatapan saya beberapa hari akan datang. nanti tak ingat. oh. syukurilah srikandi!

dan saya berharap sekiranya ucapan ust. soleh musleh tempoh hari dirakamkan.. saya ingin ulang setiap hari semoga saya terus bertahan jadi pekerja yang baik dan ada ihsan. dua kali baru bertemu beliau sepanjang berada di sini, aura beliau sangat best! agaknya dulu-dulu masa saya berkesempatan berdampingan dengan beliau, aura beliau memang begitu? subhanallah. ada lagi insan sebest beliau.

ok. berpijak bumi nyata. ust. soleh musleh dah balik ke tempat yang beliau lebih diperlukan. saya, jangan hanya terpesona pada auranya. gunakanlah aura beliau untuk lebih berusaha!

antara pesanan ust. soleh musleh; bukan berapa lama saya bekerja yang Allah tanya kat sana nanti, tapi apa yang telah saya buat sepanjang tempoh itu. mahu main-main lagi?

Monday, January 23, 2012

Mula

Cerita yang kelapan sampai sekarang tiada sambungan. Padahal hari-hari mengajar baru lepas 12 hari. Dan saya rasa... sangat berbeza berbanding hari-hari sebelum ini.

Tugasan mendidik murid-murid berumur 8 tahun memang sesuatu yang tak tercapai oleh otak saya. Mungkin saya akan menghadapi segalanya dengan.. tenang atau resah gelisah.

Sedang mengurus rutin yang lebih mencabar dari rutin bergelar pelajar dulu. Semestinyakan?

Masa sangat singkat. Tiada masa nak menatap buku dan novel seperti dulu. Dan, pesanan yang singgah di peti masuk juga ada masanya menggusarkan yang di sana. Tiada berbalas. Sungguh, tidak sempat fikir pun. Jika rasa aulwiyaatnya rendah dan tidak segera, maka akan hilang bagai angin lalu.

Semoga makin tabah hari demi hari. Belajarlah menerima perubahan dengan hati terbuka. Dan, tajdid selalu agar ikhlas tidak dipinggirkan!

Sunday, December 25, 2011

Rindu Pada yang Sebaya Rant

Masa di kalangan rakan-rakan sebaya sangat terbatas. Apa lagi sekarang.. Tiba-tiba jadi rindu nak bersama dengan rakan-rakan sebaya.. Jadi tertanya-tanya, ke mana mereka ya? Apakah hanya tinggal aku di sini?

Mungkinkah, bila kubertanya, para bintang-bintang.. ada jawapannya?

Senyum sendiri.


Saturday, November 26, 2011

Dengan KuasaNya

duduk diam. berkurung. katanya sedang trauma. istighfar. astaghfirullahal azim..

talian mobile fon belum dibuka. belum mahu dibuka. belum bersedia.

hari ini terlalu banyak bezanya dari semalam. sangat. walaupun semalam, sudah banyak kali berpesan, tabahkan hati untuk hari esok!

dari alam belajar, ke alam bekerja. satu perkara yang belum singgah tetap dalam hati, kerja untuk mendapat gaji. mungkin jiwa keperempuanan yang sangat menebal, bukan urusannya untuk mengejar harta dunia. semuanya akan diberikan oleh yang memegang amanah. patut kah?

abaikan jiwa itu. bila hidup untuk makan. bila kerja untuk gaji. dan politik tempat kerja yang berselirat. atau, apakah harga salinan sijil yang dikepilkan bersama? sekadar melayakkan untuk memohon jawatan atau untuk riyak?

bertanya bukan mahu jawapan. heh.

rasanya, doa semasa mengumpul sijil-sijil itu sudah makbul. alhamdulillah.

pengalaman pun penuh kotak. konon nak banding dengan sijil penuh file?

ah, adik-adik.. waktu kita beraktiviti semasa belajar, penasihat kita selalu berpesan pada kita, kutiplah pengalaman sepanjang beraktiviti di sini, belajarlah sebanyak mungkin ilmu-ilmu-bersama-manusia di sini. mudah-mudahan menjadi bekalan di alam kerja nanti.

tipu! orang di alam kerja hanya pandang pada gaji!!! hanya kesah pada apa yang mereka akan dapat jika mereka buat ini dan itu. sisi-sisi manusiawi mereka tinggal di sekolah mereka.

menakutkan, kan?

baru beberapa bulan. janganlah takutkan adik-adik dengan cerita begini. err.. hanya meletak papan tanda. apa lagi di musim ekonomi dilanda ribut. semua orang sibuk mengira berapa yang dia ada dan akan dapat.

boleh tak nak pejam mata. mimpi balik ke suatu masa dulu.. penat lelah, tak lalu makan, berlari ke sana sini, tak ingat tidur.. bukan sebab nak makan besar. bukan sebab nak tidur lena. bukan sebab nak tunjuk hebat.

kerana tanggungjawab lagi banyak dari masa..

dunia, jangan kau masuk dalam hatiku.. sekadar di tangan sajalah kamu...

Sunday, August 7, 2011

Diari Ramadhan Ruhul Jadid 3

hari ini meniti usia 24 tahun 1 hari. Allahu Allah, makin mendekati hari pertemuan denganMu.

memang sangat tersentuh ke dasar hati, bila malam keenam aku menjejak ke balaisah di dalam kampung. musalla keenam juga sepanjang ramadhan ini. pintu masuknya menghadap tanah perkuburan. dan, sewaktu azan isyak berkumandang, aku dapat lihat ada orang ramai di sana. mereka sedang menggali kubur. dan itulah tazkirah untuk yang masih diberi nafas.

aduh, bagaimana semangat ramadhan kalian? hari itu pandai-pandai kata kurang berjuang di bulan ini sebab tak lagi bergelar pelajar. nampaknya, semua itu salah! takkan kita ni yang mahu ke syurga dapat bersenang lenang je kan atas muka bumi ni? ujian pasti mendatang. ujian itu tarbiah kehidupan. perjuangan kali ini benar-benar mengusik jiwa.

sangat mencabar, sebab berada dalam lingkungan keluarga sendiri. mana boleh buat ala kadar je. dulu dengan rakan sebilik bolehlah, ada masa kita buat baik, ada masa buat tak tahu. yeah, semua orang ada cara masing-masing yang tak semua kita boleh bertolak ansur. kat rumah, dengan ayahanda bonda, mahu buat tak tahu begitu?

rutinnya, pergi kedai beli lauk basah dan sayur serta bahan masakan lain. err, sejak dari awal dah mula memasak, macam tak nak dah makan makanan beli. lagipun dah 6 tahun duk makan makanan beli dalam polisterin dan plastik. yang mencabarnya nak menjamu 9 orang dalam masa yang sama.kerut dahi oh! ada yang tak suka makan ketam, tak leh makan daging, nak nasi puteh je.. Subhanallah.~ kami berbeza walaupun dari satu rahim yang sama.

yang kecil nak cendol setiap hari, yang mudah merajuk nak akok setiap hari, yang si kakak nak makan mende berbeza setiap hari. yang pening dan penat bondanya.

ya Allah, permudahkanlah urusan orang-orang yang menguruskan makanan berbuka dan sahur. waktu tilawahnya berkurangan di mata manusia, hanya kepadaMu diharapkan dapat mengganjari mereka.

dan, tadarus keluarga lagi laju dari tilawah sendiri. seronok! setiap kali habis terawih yang dari berbeza tempat antara kami, kitorang duduk di ruang tamu untuk tadarus. si adinda yang ke-8 paling kecil. dia belum khatam quran secara berguru, tapi sudah boleh baca sendiri. ada masanya dia terpengaruh dengan kakanda-kakanda yang baca macam-macam lenggok, dia pun turut baca laju... alamatnya menang berpuluh-puluh kali dia langgar mad, baris segala. adindaku, adindaku.

cuma, setakat ni tak bisa bertahan sampai habis. sebab macam-macam. cam hari tu tak sempat makan masa berbuka, pukul 10:30 malam pedih perut. terpaksalah keluar halaqah awal. ada jugak, sebab kena gi cari bahan sahur si kanak-kanak ribena. susu dan sarapan bijirin.

semoga bertahan sehingga akhirnya. bagaimana ramadhan kamu?

Wednesday, August 3, 2011

Diari Ramadhan Ruhul Jadid 2

1. selepas 6 tahun, kitaran hidup berpaling lagi pada tempat bermula. di sisi keluarga. 1 ramadhan yang dah lama dirindukan, Alhamdulillah dah tiba.

2. adinda Muhammad berjaya puasa dengan jayanya pada 1 ramadhan. dia berumur 6 tahun kurang 5 bulan. semangat dia lain macam tengok kakanda-kakandanya barangkali. hari kedua dia tidak bangun sahur, alhamdulillah, pagi ni dia sempat bangun. masa kat meja makan; "mata muhammad takleh bukak ni.." (lmao)

3. rutin ramadhan yang agak berbeza dari ramadhan sebelum ni. kali ni mujahadah lagi kena pantau. dulu, masih bergelar pelajar.. mujahadahnya lain macam, sehingga menitiskan air mata.. mungkin itu yang terbaik pada waktu itu. sekarang, awaslah kamu, jangan ditelan drakula masa!

4. terawih setakat ni, 1 malam 1 tempat. bertukar-tukar setiap malam. di kampus dulu, imam je bertukar setiap malam, tempat sama je. insya Allah, target untuk taaruf dengan orang sebelah kena teruskan. melatih skill kemanusiaan yang makin berkarat.

5. masuk dapur. oh, ini rutin yang sudah tiada sejak 6 tahun lepas. tambah menjadi perlu, bila tukang dapur kami telah meninggal dunia 3 minggu sebelum ramadhan. Allahummaghfirlaha warhamha.

6. pukul 5 masuk dapur. selalunya, sebelum masuk, menu lain dalam kepala. bila dah siap, menu lain yang terhidang. oh, kemahiran memasak yang memang kena sangat-sangat-sangat dipertingkatkan. bonda tengok sekilas pandang pun boleh tegur. (malu). nanti memang kena la ayat-ayat orang pro kat dapur; "tak cukup gandum tu." - masa buat biji nangka. "ni kenapa sayur ni tak potong?"- masa buat sayur air. "tambah gandum lagi." - masa buat jemput pisang. Alhamdulillah, lulus menanak nasi!

7. tadarus al-quran. lagi laju dari tilawah sendiri. adeh. berusaha! berusaha! dulu, selalu dapat tadarus dari kolej. dan tadarus nga adik-beradik usrah. masa duk tadarus nga adik beradik kandung bersama ayahanda, bonda... rindu menjengah pada si sahabat-sahabat yang jauh di mata, dekat di hati. (nangis dalam hati).

8. amalan nawafil lain pun kena usaha jugak. sedekah. sedekah! SEDEKAH! jangan dilupakan.

9. selamat beramal ibadah dan salam mujahadah!

Monday, August 1, 2011

Diari Ramadhan Ruhul Jadid 1

Subhanallah. Alhamdulillah.Allahu akbar!
Ramadhan sudah di ribaan kita.
Semoga Ramadhan kali ini mampu mendasyatkan untuk meraih peribadi luar biasa.
Yang mudah menunaikan solat wajib dan nawafil lain.
Yang ringan untuk bangun sahur.
Yang sedikit tetapi berkhasiat pemakanannya.
Yang terurus masa kehidupannya..
Sungguh yang dirindu sudah di depan mata.
Jangan biarkan ianya hanya sebuah pemandangan seperti di atas kanvas.
Ayuh, sertakan segala laku kita bersama mereka,
sebagai watak yang pejuang.
Pejuang yang inginkan hari ini lebih baik dari semalam.
Pejuang yang ingin merebut semua kebaikan dalam bulan ini.
Pejuang yang sentiasa membersihkan hatinya.
Pejuang yang berkongsi kemewahannya dengan yang kurang bernasib baik.
Semoga kita mampu meraih gelaran muttaqin selepas tempoh sebulan ini.

Wednesday, July 20, 2011

A'sr


tengok dari depan, dari sisi kiri dan kanan, dari belakang, dari atas..

keadaannya tidak sama..

apatah lagi jika tidak dilihat pada mata kasar.

Saturday, June 25, 2011

Duha 23 Rejab 1431H

our rexi has gave birth two little kitten. one of them is black colour and another one is striped and a bit hairy. we named them as kutan and gombak. unfortunately, last week when we came back from camping, our kutan has died.. RIP dear.
little gombak is alone. since yesterday, he got very gloomy and not being active.. cheer up gombak! live on~

ps; i'm not a person be friend to a camera.

Friday, June 24, 2011

Duha 22 Rejab 1431H


i don't like drawing . painting.
but, today, i think drawing painting have something ...
:)

Sunday, June 19, 2011

Rumput


izinkan saya menjadi rumput yang terhampar di muka bumi.
menghijau, mendamaikan mata yang melihat...
menyelerakan, memberi tenaga kepada yang memakannya...
bersama-sama bergembira dengan cahaya matahari menghasilkan fotosintesis...
yang paling PENTING!
tak lurut dipukul ribut.



saya, perlu bertabah seperti rumput itu.

Friday, June 3, 2011

Fajr Rejab 1

credit gambar: doa rejab, selamat datang rejab

jom basuh hati agar makin jinak beribadah. semoga latihan di rejab membuatkan kita fit bila bertemu ramadhan nanti :)