Showing posts with label hari lahir. Show all posts
Showing posts with label hari lahir. Show all posts

Saturday, March 17, 2012

Hidup Baik-baik

Cuti
Definisi cuti yang sudah berubah. Untuk kamu yang masih di alam belajar, untuk kamu yang berjauhan, untuk kamu yang kesibukan. Indah, tak sabar-sabar, mengujakan.

Rutin
Mingguan masih sama nak dibandingkan dengan bertahun-tahun kebelakangan. Kecuali pada ketentuan yang telah ditetapkan 7 bulan itu. Bulatan gembira. Atau simbol pada buku catatan kehidupan O:)

Berubah
Tak semua orang senang menerima perubahan. Untuk mata yang cuba mentafsir, perubahan demi perubahan, dengan sedikit iman di hati bertanya; Adakah Allah redha untuk semua ini? Itu yang paling penting sebenarnya.

Namun, naluri yang dihadiahkan Yang Maha Pencipta pada kita pasti akan terasa, indahnya kenangan pada waktu dulu.

Waktu Dulu
(i) berkawan. membina kenangan.belajar mencari kelainan persediaan menghadapi masa depan yang penuh pancaroba - KEX'05
(ii) kerana kenangan yang diraih dalam masa sekejap bagai dibukakan kelopak mata yang selama ini biasa terbuka, tetapi tidak pernah memahami dari sudut mata di sana. persoalan kenapa dan kenapa semakin membelit kaki yang sedang berjalanan. hidup ini perlu ada kejelasan. perlu berani menongkah arus, jika benar arus itu menongkah fitrah sunnatullah. apa lagi, perpisahan dari kelompok tersayang dan perbezaan persekitaran yang begitu memberikan sejuta satu pertanyaan.- undergrad uia

Sepanjang Minggu
(i) bertemu seseorang yang sangat rapat suatu Waktu Dulu. dari kecik barangkali. yang terpisah kerana ketentuan ALlah, dan kerana Allah juga kita bertemu. sangat terkesan dalam hati hingga terbawa-bawa dalam lena. Allah lebih tahu apa kesudahannya.
(ii) kerana sebuah perspektif yang baru diterima. kerana konteknya tiada dalam genggaman. semuanya bagai angin lalu. Allah kuatkanlah.
(iii) mengganti kelas seorang guru yang dikagumi. rasa tak percaya menguasai diri. hanya lagi bertambah, tidak mampu. tidak layak. dan tempat itu, mengundang memori bertahun-tahun lalu.
(iv) adik-adik petak gembira yang sudah habis tempoh bersama di sini. satu lagi sunnatullah terjadi. banana split. manis dan sejuk. semoga sentiasa aman dalam lindungan Allah.
(v) kursus asas perguruan. bersediakah menjadi lebih baik?

Kenal Pasti
Yang dihadapan, sedang menunggu sebuah kematian. Yang mengiringi kematian hanya tiga, amal soleh, sedekah jariah dan doa anak soleh. Hari ini jika sibujang yang tiada dalam aktivitinya bersedekah hanya tinggal padanya cuma amal soleh. Amal kita adakah soleh?

Jika terus menerus merasakan, berada di sana lebih baik. Berada dengan mereka di daerah sana lebih membaikkan. Tunggu mereka ada baru bersemangat. Bersama mereka lebih selamat.

Apakah semua ini. Hidup hari ini di sini, catatannya berterusan. Yang semalam telah tercatat. Mahu yang semalam saja dikira amal? Dan sekarang kita tanpa sengaja mengorek lubang di tengah jalan?

Sungguh, berada di kalangan orang bersemangat, kita akan sama-sama bersemangat. Tahu fakta itu, cari gelombang itu. Jangan pernah mengalah.

Anak Singa
Membesarlah kamu dengan aman. Serlah dirimu dengan warna-warna pelangi. Jangan takut bermain hujan. Selepas hujan, matahari akan terbit. Pergilah bermain, berlari, mengejar pelangi dari padang luas hingga ke hutan belantara jika itu jalan sampai ke kaki pelangi. Kita di sini kerana Allah yang rencanakan untuk kita. Bukan kerana dia, kau dan aku. Dia, kau dan aku hanyalah alat, bila Allah mahukan kita merasainya, apa jua bisa berlaku. Ketahuilah, ibu singa juga pernah menjadi anak singa. Begitulah kitarannya. Bukankah kita sedang berlari dalam kitaran itu?

MMSANJYHSRAASAHHZMASAM
Pasti kalian sibuk dengan laluan masing-masing. Semoga Allah bersama-sama kalian.Hanya itu yang mampu diucapkan. Moga tabah bersama kamu. Moga ditetapkan iman dan ikhlas dalam urusan kita. Moga dipermudahkan urusan. Moga disembuhkan segala kesakitan. Moga dihapuskan segala kesedihan. Moga di sisi kalian yang indah-indah belaka. Moga dikumpulkan di syurga nanti. Amin.

Akhir
Hidup baik-baik!!!

Sunday, August 14, 2011

Diari Ramadhan Ruhul Jadid 4

6 Ramadhan
ada janji hari ini. jam yang dijanji 7:30 pagi. awalnya. lepas sahur terus siap. oh, sahur yang kelam kabut sebenarnya. kakanda dan ayahanda mahu berterbangan di langit biru. kelam kabut-kelam kabut. adinda-adinda yang berkelana iktikaf di masjid telipot pulang selepas subuh. bawa si teman. pedulikan!

sampai di tempatnya 7:45 pagi. lewat 15 minit. dan, tetamu dijemput belum lah tiba. berdebar sebenarnya, sebab sebahagian yang akan datang ni yang mendapat jemputan di FB. so, tak pernah jumpa lagi sebelum ni.

Alhamdulillah, dekat pukul 9 kami mula majlis. tak terasa rushing sebab tak ada waktu minum pagi. oh, Ramadhan la!

berkobar-kobar dengar ucapan perasmian. ini adalah majlis perasmian Jalan ke Palestin anjuran AQSA Syarif Kelantan yang digerakkan oleh pelajar IPT IKRAM yang sedang bercuti. antara yang masih terngiang-ngiang di telinga ini;
mengapa kita nak sangat tolong Palestin? sebab Yahudi laknatullah sedang menindas ummat Palestin dan ummat Islam seluruh dunia! kita mesti berperang Yahudi, kerana mereka telah merosakkan sistem kehidupan manusia keseluruhannya. lihatlah, di mana-mana ada kemiskinan melarat. tak pergi jauh, di tempat kita, di kampung kita, ada sahaja golongan miskin. kenapa tak dibantu mereka? mereka miskin kerana sistem ekonomi kita pakai sekarang sistem riba angkara Yahudi laknatullahi alaihim!
aduh! terkedu dan membuka mata. lepas majlis berakhir, semua hadirin yang berdaftar sebagai sukarelawan berpecah di dalam kumpulan dan berbincang strategi untuk bergerak selama seminggu ke hadapan.

petangnya, bonda, adinda bertiga dan saya bertolak ke rumah nenda tercinta. nenda kami menyambut Ramadhan di hospital pada hari pertama lepas. baru hari ini kami sempat nak ziarah. Alhamdulillah atok dah mula berpuasa! semoga atok makin kuat dan sehat di sepanjang Ramadhan ini :)

malam ketujuh terawih di tempat berlainan. malam ini ada keajaiban berlaku. sebab, kami terawih empat rakaat satu salam dan sujud sahwi. manusia, pasti ada lalai dan terleka.adinda muhammad membuat ragam di sepanjang kami berterawih. hai si kecil, apa mahu mu?

hari ini juga bersamaan 6 ogos. terima kasih kepada FB sebab menyarankan kepada lebih 500 teman yang ada untuk menyonteng dinding saya. buat saya tersenyum. kebanyakan dari sahabat sekelas sejak dari sekolah rendah sehingga sekelas semester lepas. ada yang dah beberapa kali 6 ogos tidak menyapa saya juga timbul. sungguh menggembirakan. FB menggembirakan saya! dan ada juga yang sebelum ini tidak pernah lupa, kali ini tiada khabar darinya. Alhamdulillah untuk semuanya.