Showing posts with label cikgu. Show all posts
Showing posts with label cikgu. Show all posts

Friday, May 31, 2013

Bonda jaga anakanda dengan baik tak?

banyak kali sudah, buka new entry dan akhirnya tersebek dalam draft. Buka kesekian kalinya, tak tahu apa yang patut ditulis. Hmm. Blogger yang makin menuju waktu pencen barangkali. -.-"

Pagi-pagi ni datang lagi nak menulis. Harapnya tak terbantut. Hanya ingin bercerita tentang anak didik lepas. Tetiba teringat kisah comel mereka. Walaupun tak berlaku di hadapan mata kepala sendiri, tapi sebagai guru kelas waktu itu, kena menadah telinga kisah-kisah mereka sepanjang pembelajaran mereka.

Kisahnya, ada tiga hero gedebe yang paling berpengaruh dalam kelas tersebut. Yang lain semua pun gedebe. Gedebe macam Umar. *angkat kening* Yang bertiga ini, mereka ada potensi untuk jadi bijak, cuma lambat. Dan perlukan perhatian yang lebih. Kena sebut namanya berulang kali sepanjang mengajar.. Macam dia seorang dalam kelas tu. *heh*

Suatu masa yang tenang, sedang buat latihan Matematik. Mereka bersuara antara satu sama lain.

Kita nikan, semua cikgu kata kita nakal.
Ha ah. Memang pun.
Tapi kita pandai buat Matematik.
Tapi tak siap lagi ni. Tu tak tengok dia duk jeling kita.

*pensel sudah tidak menulis. bercakap je banyak*

Kamu pernah tak terfikir..
Fikir apa?
Janganlah potong aku! Hisy!
Maaf. Maaf.
Jangan la kacau dia!
Nanti kita dah besarkan, lepas tu ada anak.. Anak kita tanya, papa, papa, dulu masa papa sekolah, papa baik tak?

*cikgu meneguk air liur sendiri. boleh ke situ mereka bersembang masa buat latihan matematik*

Ingat lagi, pecah meja guru di kantin di saat si teman bercerita tentang si anak ini. Mana tidaknya, culasnya tingkahlaku mereka sepanjang masa buatkan kami buta nak melihat sisi-sisi lain si anak ini.

Hari ini, rasa macam ada betulnya juga ucapan tanpa sedar si anak itu untuk dituju pada diri sendiri. Dengan kehadiran makhluk Allah yang makin terasa kewujudannya di dalam.. alangkah.. tiba-tiba suatu hari, di saat dia sudah punya kemampuan untuk bertutur dan bertanyakan pada tuan rahim tempat dia menumpang kasih.

Bonda, dulu masa anakanda dalam kandungan, bonda jaga anakanda dengan baik tak?

Friday, August 10, 2012

Tentang Do'a

Sedar tak apa yang kita ucapkan itu sebahagian dari do'a?

Bila sedang mengajar, dan anak murid kita main-main di belakang, kita pun sebut; Mainla, main. Nanti keluar soalan dalam ujian, tak leh jawab nanti, haa?

Bila keluar keputusan ujian; adeh. Eh, Astaghfirullahal- a'zim. Tak leh jawab sungguh budak ni!

Bila kita pergi ke suatu tempat yang kita biasa pergi dengan kawan-kawan membisingkan keadaan, seorang diri. Kita melihat pintu masuk tempat itu, dan menyebut; Kan seronok kalau Adilah ada sama kat sini.

Dalam sekelip mata, adik beradik Adilah masuk melalui pintu tersebut yang mata dah kabur nampak semuanya Adilah. Dan benar, Adilah juga ada di situ. Seronok sampai ke langit!

Sebab tu kena jaga percakapan kita, agar setiap ucapan dari lidah kita diangkat ke atas sebagai do'a yang baik. Langit terbuka. Ucapkanlah yang baik-baik untuk sahabat2 kita, anak2 murid kita ^____^

Jangan lupa doakan untuk kebajikan kita di akhirat, ahli keluarga kita, mujahid pembela Islam di seluruh alam. Doakan untuk orang-orang yang jauh dari landasan Islam agar mereka kembali kepada Islam. Doakan untuk kejayaan Islam keseluruhannya.

cikeff: ingat, kita takkan dapat ubah orang lain, kecuali kita doa untuk kita sendiri dapat berubah :)

Sunday, May 27, 2012

Random

pinjaman
mana ada milik kita. konsep memiliki yang pernah dipelajar setahun lepas masih terpapar di jendela mata. hanya Allah yang berhak memiliki. kita hanya pinjaman.

lantas, kehidupan ini terasa sempit bila tak banyak sumber untuk meminjam. urgh. dunia belaka. kita takkan dapat seiring melangkah bila kita tak mampu nak samakan cara kita berfikir. pinjaman.

tak ada sesuatu pun milik kita. ingat tu~

ps; merungut jangan sesekali

hadiah
100 hadiah di hari guru. penuh tangan dan senyuman mekar setaman. mendidik bukan kerana hadiah, wahai guru.

ps; terima kasih untuk kenangan yang indah :)

ikhlas
jika sesuatu perbuatan bersandarkan seseorang pasti akan terhenti separuh jalan bila dia menghilang. sedang merasai kini. kuatkanlah. pesananmu amanahku. esok yang masih misteri, makin tidak menentu keruh dan jernihnya. setiap bayangan yang makin kerap dihidangkan.. misteri tetap misteri.

ps; biarlah jernih agar dapat menatap pelangi selepas hujan.

Saturday, April 7, 2012

Peach, Golden atau Ungu?

Membaca dan menulis, mana satu lagi disukakan? Saya pilih membaca. Ha. Ha. Ha.
Maksudnya bila saya tak menulis, saya akan membaca.

Menulis dan bercakap, mana satu lagi disukakan? Saya pilih bercakap.
Maksudnya menulis tu nama tengah je.

Walaupun saya ada mimpi indah untuk menjadi seorang penulis buku suatu hari nanti. Tak ada perkataan yang glemer, okay.

Semalam, supir-supir dalam rumah tak ada muafakat. Si yang-tak-suka-jadi-supir kena ambil mandat. Nak kena hantar bonda sahaja. Yang masuk kereta habis seisi rumah.

Dalam perjalanan pulang, si penumpang masih penuh. Mari buat sesuatu yang tak menyakitkan hati orang. Mereka dengan girang menyanyikan lagu terbaru MZ. Menyanyi adalah hiburan yang menggembirakan.

You're number one, number one for me.- Mula dari sini, drama sebabak jadi beberapa babak untuk sampai balik ke rumah. Kata si kecil Muhammad, "chua number one for me". Si Ali suka ikut, sebut je. Cikgu English tegur, "you are la." Si kecil marah bila kata dia yang salah. Si suka ikut jadi pening.

Cikgu English: Dik, cane baca why, ow, euw?
Si kecil: You. (dengan pandainya)
Cikgu English: Ha, dalam video klip MZ tu, dia eja why, ow, euw la bukan see, euw, ay.
Si kecil: (elok-elok dia nyanyi dengan sebutan yang betul, si suka ikut jadi pening ikut sajalah.)

Jadi teringat pula pada kejadian hari Khamis lepas. Si anak murid menangis tak keluar rehat sebab teacher 'marah'kan dia. Sigh. Itu persepsi si Daniel. Si murid yang menangis itu pula, teacher tak suka dia. Double sigh. Dan teacher, how about you? Huuuu~

Waktu reading. Membaca. Kena pastikan semua murid dapat membaca dengan sebutan yang betul. Hanya kerana ayat, 'I would like to have...' yang gagal disebut oleh si murid itu, saya MUNGKIN memaksa dia untuk sebut sehingga betul. Mula-mula baca ikut mulut teacher. Dia tak pandang pun. Kemudian, teacher suh baca dalam buku, mata dia still keluar kelas. Melilau-lilau.

Hello, teacher! If you give more attention to one pupil only, you'll not able to control the class. Suara hati bercakap bahasa hati. O yeah, masalah kawalan kelas guru baru sedang hangat diperkatakan di mana-mana. Saya tinggalkan dia dengan dua orang kawannya yang dah berjaya sebut dengan slang British. 

Baru dua tiga tapak, suara mereka membising. "Teacher, Syahmi nangis."  Saya tengok dia dari jauh. Mukanya dipekup dengan buku teks. Biar benar?!

Kenapa nangis? Sebab teacher suh istighfar 10 kali! Lemah lututku. Memang pun bila mata dia duk melilau kokse, saya suh dia istighfar 10 kali. Saya yang sedang menahan sabar lebih-lebih lagi la. 

Saya melangkah ke kantin dengan hati bergegar. Tak tahu nak hancur ke, nak terus ketat bersatu. Aduhai, anak muridku menangis dalam kelas reading. Teruk. Berpasir je dalam tekak.

Hari-hari begitulah. MUNGKIN saya masih belum berjiwa teacher yang baik. Penat nak menghadapi situasi sebegini yang menyebabkan lepas punch-out, naik kereta lembik, tak larat nak bangun dan mata pejam. Hilang nikmat naik kenderaan. Dengan meredah lautan kesesakan di waktu petang. Penat sangat sampai tak lalu nak makan.

Masa itu, tiada membaca, menulis atau bercakap. Hanya ada tidur. =.=

p/s: Bila banyak tidur, nak pilih warna pun pening. Semoga Allah mengira setiap perbuatan kita sebagai amal.

Thursday, April 5, 2012

Agak Lama

Tak membebel pasal sekolah-life. Yang ada masanya rasa nak muntah pun ada. Jangan percaya, itu adalah ayat yang telah di-hiperbola-kan atas sebab-sebab peribadi.

Kerja, mana-mana pun ada cabaran dia dok? Macam masa ngaji (baca: belajar) dulu la. Dia yang amik medic pun sangkut tahun. Dia yang amik kejuruteraan pun sangkut. Yang amik ekonomi pun tersangkut gak. Masing-masing ada had masing-masing.

(Baru nak amik mood nulis, dah kena berhenti. Padahalnye la kan, bukan orang tau pun kalau berhenti, save as draft, lepas ni continue kan?)

Saturday, March 17, 2012

Hidup Baik-baik

Cuti
Definisi cuti yang sudah berubah. Untuk kamu yang masih di alam belajar, untuk kamu yang berjauhan, untuk kamu yang kesibukan. Indah, tak sabar-sabar, mengujakan.

Rutin
Mingguan masih sama nak dibandingkan dengan bertahun-tahun kebelakangan. Kecuali pada ketentuan yang telah ditetapkan 7 bulan itu. Bulatan gembira. Atau simbol pada buku catatan kehidupan O:)

Berubah
Tak semua orang senang menerima perubahan. Untuk mata yang cuba mentafsir, perubahan demi perubahan, dengan sedikit iman di hati bertanya; Adakah Allah redha untuk semua ini? Itu yang paling penting sebenarnya.

Namun, naluri yang dihadiahkan Yang Maha Pencipta pada kita pasti akan terasa, indahnya kenangan pada waktu dulu.

Waktu Dulu
(i) berkawan. membina kenangan.belajar mencari kelainan persediaan menghadapi masa depan yang penuh pancaroba - KEX'05
(ii) kerana kenangan yang diraih dalam masa sekejap bagai dibukakan kelopak mata yang selama ini biasa terbuka, tetapi tidak pernah memahami dari sudut mata di sana. persoalan kenapa dan kenapa semakin membelit kaki yang sedang berjalanan. hidup ini perlu ada kejelasan. perlu berani menongkah arus, jika benar arus itu menongkah fitrah sunnatullah. apa lagi, perpisahan dari kelompok tersayang dan perbezaan persekitaran yang begitu memberikan sejuta satu pertanyaan.- undergrad uia

Sepanjang Minggu
(i) bertemu seseorang yang sangat rapat suatu Waktu Dulu. dari kecik barangkali. yang terpisah kerana ketentuan ALlah, dan kerana Allah juga kita bertemu. sangat terkesan dalam hati hingga terbawa-bawa dalam lena. Allah lebih tahu apa kesudahannya.
(ii) kerana sebuah perspektif yang baru diterima. kerana konteknya tiada dalam genggaman. semuanya bagai angin lalu. Allah kuatkanlah.
(iii) mengganti kelas seorang guru yang dikagumi. rasa tak percaya menguasai diri. hanya lagi bertambah, tidak mampu. tidak layak. dan tempat itu, mengundang memori bertahun-tahun lalu.
(iv) adik-adik petak gembira yang sudah habis tempoh bersama di sini. satu lagi sunnatullah terjadi. banana split. manis dan sejuk. semoga sentiasa aman dalam lindungan Allah.
(v) kursus asas perguruan. bersediakah menjadi lebih baik?

Kenal Pasti
Yang dihadapan, sedang menunggu sebuah kematian. Yang mengiringi kematian hanya tiga, amal soleh, sedekah jariah dan doa anak soleh. Hari ini jika sibujang yang tiada dalam aktivitinya bersedekah hanya tinggal padanya cuma amal soleh. Amal kita adakah soleh?

Jika terus menerus merasakan, berada di sana lebih baik. Berada dengan mereka di daerah sana lebih membaikkan. Tunggu mereka ada baru bersemangat. Bersama mereka lebih selamat.

Apakah semua ini. Hidup hari ini di sini, catatannya berterusan. Yang semalam telah tercatat. Mahu yang semalam saja dikira amal? Dan sekarang kita tanpa sengaja mengorek lubang di tengah jalan?

Sungguh, berada di kalangan orang bersemangat, kita akan sama-sama bersemangat. Tahu fakta itu, cari gelombang itu. Jangan pernah mengalah.

Anak Singa
Membesarlah kamu dengan aman. Serlah dirimu dengan warna-warna pelangi. Jangan takut bermain hujan. Selepas hujan, matahari akan terbit. Pergilah bermain, berlari, mengejar pelangi dari padang luas hingga ke hutan belantara jika itu jalan sampai ke kaki pelangi. Kita di sini kerana Allah yang rencanakan untuk kita. Bukan kerana dia, kau dan aku. Dia, kau dan aku hanyalah alat, bila Allah mahukan kita merasainya, apa jua bisa berlaku. Ketahuilah, ibu singa juga pernah menjadi anak singa. Begitulah kitarannya. Bukankah kita sedang berlari dalam kitaran itu?

MMSANJYHSRAASAHHZMASAM
Pasti kalian sibuk dengan laluan masing-masing. Semoga Allah bersama-sama kalian.Hanya itu yang mampu diucapkan. Moga tabah bersama kamu. Moga ditetapkan iman dan ikhlas dalam urusan kita. Moga dipermudahkan urusan. Moga disembuhkan segala kesakitan. Moga dihapuskan segala kesedihan. Moga di sisi kalian yang indah-indah belaka. Moga dikumpulkan di syurga nanti. Amin.

Akhir
Hidup baik-baik!!!

Friday, March 2, 2012

Murid-murid dan Saya

Batuk masih berterusan. Dah masuk berminggu tak surut batuk ni. Dah suara tu aset penting seorang guru.. Hmm.. Gimana nih? <- yeye je cuak!

Beberapa perbualan antara saya dengan murid-murid yang comel.

Situasi 1: semasa saya check semua tempat duduk agar bersih dari sampah.
Murid UK: Teacher, Aaron Aziz!
Saya : (tanpa melihat tempat yang dia tunjukkan) Elleh, bukan Maher Zain pun. Irfan Makki ke, Native Deen ke.
Murid UK: Itu Maher Zain! (kebetulan kelas tu ada yang bernama Ahmad Maher)
Saya: (gelak je) Hahaha.

Situasi 2: selepas habis baca doa belajar.
Murid UA: Teacher suka main basikal masa kecik dulu?
Saya: (Angguk.)
Murid UA: Patutla teacher itam kelip.
Saya: (Tepuk dahi) Pasal ape pulak? (Kebetulan memang setiap Selasa jaga kawad kan~)
Murid UA: Ayah kita marah kat kakak kita selalu main basikal. Sampai hitam kelip! (saya gelak dalam hati)

Situasi 3: 
Murid AT: Teacher, nanti kita umur 20 teacher umur berapa.
Saya: 30 rasanya. Kenapa?
Murid AT: Teacher dah kawen belum? Dah ada anak ke belum?
Saya: (kerut dahi dengan soalan pelik semacam ni sambil geleng)
Murid AT: Nanti kita nak jadi menantu teacher la!
OK. Saya gelak tak ingat!

Sebab nikmat suara sedang diujikan, saya lebih banyak menggunakan pendekatan cakap in person je sepanjang minggu ni. Itu yang soalan macam-macam. Heh, wahai batuk cepat pergi, wahai suara kembalilah!

Friday, February 24, 2012

Sekitar Minggu Ujian Bulanan 1

Alhamdulillah! Bersin tak berhenti. Dah telan ubat selsema, kejap lagi mata pun layu. Ubat selesema.

Tengok gambar soalan UB1, bahagian yang anak murid banyak hilang markah. OK. Semua 3 kelas dah siap. Yang dapat A 17%, yang tak lulus pun 17%. Senyum segaris. KPI tercapai ke tak? Lupakan hasil, yang penting usaha. Lagipun, apa gunanya ramai dapat A, akhlak mereka entah ke mana, kan?

Tiba-tiba blog ini dah jadi macam blog seorang cikgu yang ... ha3. 

Disebabkan minggu ujian, rutin sekolah jadi longgar sedikit. Selasa ada mesyuarat AJK Sukan, tengok si kakak statik je kat kerusi. Dahla, pakai hitam. Tegur la, apasal cam robot, kak? Dia tunjuk tangan yang memegang sehelai sapu tangan, lalu dibawa ke hidung. Syafakillah, kak.

Hari ini, Jumaat. Saya yang pegang kain masa type entry blog. Semalam lagi kak nampak saya bersin tak bersin tak berhenti. Sengih lebar, virus has been spread! Kakak yang tabah, wapun sakit.

Sambung cerita Selasa, ada pesanan tanpa nama masuk tengah-tengah mesyuarat tu. No yang dikenali walaupun tak ada nama. Ajak jumpa. Kawan masa hijau yang 7 tahun tak jumpa. Lepak kat KB Mall.

Kali terakhir jumpa sebelum amik keputusan SPM. Sekarang, dia sedang bertugas di Hospital Tanah Merah. Dan, saya seorang guru. Subhanallah. Kebetulan salah sorang kawannya juga rakan petak gembira saya, dan ada lagi rakan sejawatannya. Allahu Akbar! 

Salah satu rutin saya sebelum ini, suka kumpul kawan-kawan lama. Reunion! Yang agak perlahan dan sunyi sejak setahun ini. Hilang faktor X, atau petanda usia makin banyak, tak sempat nak fikir perkara remeh temeh. Erk. Reunion perkara remeh temeh ke? Hehe.. masa tak flexible macam masa tak bekerja dulu. Bukannya geng tak ajak masa diorang balik hari tu, tapi, sungguh tak sempat.

Hubungan dengan manusia macam tu la. Ada pasang surutnya. Sekarang, yang 7 tahun lepas dah jumpa balik, esok-esok semoga makin lancar urusannya.

Huhu. tegar betul menaip, sekejap batuk, bersin bagai, masih nak tulis panjang-panjang.

Rabu sekali lagi naik KB Mall. Cari bahan untuk sudut bacaan kelas. OK. Saya nak beli semua buku dalam kedai itu. Tapi, mana la ada duit banyak. Baucer satu pun tak dapat gak. Bukan apa, masa nak bayar, penjaga kaunter akan tanya, guna cash ke baucer. Cash. Cam orang kaya je bunyi nya. Yang guna baucer, berderet beratur panjang. Kena keluarkan kad matrik la, mykad la :P

Selain bahan bacaan, saya cari juga buku aktiviti macam sudoku ke, crossword puzzle, word search. Susah nak jumpa! Semua buku aktiviti sekolah rendah macam soalan latihan peperiksaan, tak menarik langsung. Ala kulli hal, saya jumpa akhirnya buku aktiviti sebegitu, tahu kat mana? Bahagian buku tadika sekolah cina. Subhanallah. Bahan buku mereka guna bahan buku darjah 3. Saya amik je. Dalam hati, kena buat sesuatu. Kena buat sesuatu.

Dah macam, cerita rutin dah pulak. Kena catat semua ini, rujukan masa kita lupa. Kitakan manusia lupa. Apa lagi ada penyakit lalang, terikut dengan angin membadai. 

Semoga makin kuat. Sakit fizikal hanya ujian. Mungkin sunnatullah :P

Sunday, February 19, 2012

meminta tanpa menghitung


When you’re searching for the light
And you see no hope in sight
Be sure and have no doubt
He’s always close to you
He’s the one who knows you best
He knows what’s in your heart
You’ll find your peace at last
If you just have faith in Him - I Believe

saya berkata pada adik-adik bulatan beberapa minggu lepas, sejak kerja, hari-hari yang dilalui seolah-olah tidak berpenghujung. lain sangat rasanya nak dibandingkan semasa belajar. saat-saat hari rusuhan menjelang, bagai sudah diberi signal, semester ini akan berakhir. cliche.

tempoh bersama dengan adik-adik bulatan sudah berakhir. minggu depan mereka akan beraksi di medan peperiksaan. saya sempat mengambil beberapa muhasabah dari mereka. Allahu akbar. Allahu akbar. Allahu akbar!

pesanan mereka buat saya sebak. sungguh, saya mudah dekat dengan manusia walau hanya dengan tulisan. tidak bersua, berbual mesra menunjukkan wajah tidak mengapa. saya pandai membaca tulisan. haha.

mengingatkan saya pada mereka di KPJ. apakah KPJ, hanya orang-orang kampung yang memahami.

balik kepada topik yang telah diletak.

apakah permintaan saya? butir mata hitam ke kiri. tengah fikir.

tadi bersembang dengan rakan sekerja sambil menyemak buku anak-anak. haruslah semak sebelum ujian, semoga mereka boleh ulangkaji jawapan yang betul. sembang pasal kursus sepanjang hujung minggu lepas, dan apa yang berlaku minggu ini.

masa bersembang itu, saya jadi menghitung apa beza saya dengan kakak ini. aaaaaa! jika perbezaan soalan matematik, nombor besar kena tolak dengan nombor kecil heh. sangat banyak bezanya! malu oh dengan kakak besar!! sebab, saya asyik minta nak begini- nak begini - nak begini... tanpa pernah menghitung apa yang saya ada.

guru muda, yang tinggal dengan keluarga, yang memahami, bujang, tiada komitmen untuk menjaga hati orang lain. sehat walafiat, banyak akal, banyak sumber, masih boleh menimba ilmu. sekadar letak beberapa untuk tatapan saya beberapa hari akan datang. nanti tak ingat. oh. syukurilah srikandi!

dan saya berharap sekiranya ucapan ust. soleh musleh tempoh hari dirakamkan.. saya ingin ulang setiap hari semoga saya terus bertahan jadi pekerja yang baik dan ada ihsan. dua kali baru bertemu beliau sepanjang berada di sini, aura beliau sangat best! agaknya dulu-dulu masa saya berkesempatan berdampingan dengan beliau, aura beliau memang begitu? subhanallah. ada lagi insan sebest beliau.

ok. berpijak bumi nyata. ust. soleh musleh dah balik ke tempat yang beliau lebih diperlukan. saya, jangan hanya terpesona pada auranya. gunakanlah aura beliau untuk lebih berusaha!

antara pesanan ust. soleh musleh; bukan berapa lama saya bekerja yang Allah tanya kat sana nanti, tapi apa yang telah saya buat sepanjang tempoh itu. mahu main-main lagi?

Thursday, February 16, 2012

ilmu akal ilmu adab

kematian demi kematian. tak lama nanti kita pula yang menyusul. kata pengerusi ahli lembaga sekolah minggu lepas, tak yah la bawa balik kerja ke rumah. kerja hanya di tempat kerja. err..

mula-mula angguk. lepas tu konon nak praktik la kan.. hari khamis bungkus juga kerja sekolah ke rumah. gelakkan ketawa pada diri sendiri.

mungkin orang lain akan kata, kami pun kerja juga. ada je masa nak santai-santai. saya berkata, itu tempat kerja kamu, tahniah! semoga Allah meridhoi kamu.

dan, telinga orang yang berkata-kata adalah telinga yang paling dekat untuk mendengar kata-katanya.

adakah ALlah ridho dengan apa jua sedang berlaku ini?

minggu depan ujian bulanan 1 bermula. minggu ini, kami pulun buat soalan. pulun buat ulangkaji. lantas, terdetik dalam hati, apakah pengajaranku hanya untuk lulus peperiksaan?

aduhai. tajnid niat srikandi! tajdid. 

ada seorang murid yang telah menulis buku kerjanya sehingga bab 6. ilmu akal buleh diraih. apa lagi anak-anak ini. tusyen pada hujung minggu bukan mustahil.

mereka perlukan lebih dari ilmu aqal. mereka perlu di'transfer' ilmu adab! bagaimana bercakap dengan betul. pupuk sifat-sifat mahmudah dalam diri mereka. bila bergaduh dengan kawan minta maaf. bila kawan tak ada pensil, tolong pinjamkan. nak keluar kelas minta izin. nak minum air minta izin. dan sentiasa berdoa.

berdoa. berdoa. sebelum kelas bermula, kami akan pastikan mereka membaca doa. saya akan jadi super-duper-extra garang bila mereka berdoa sambil buat kerja lain. saya akan ulang dan ulang semua pelajar dengan doa. biar habis masa dengan hanya membaca doa. saya selalu ingatkan mereka, kita berdoa dengan siapa? Alhamdulillah, jawapan mereka, doa dengan Allah. bolehke baca doa dengan Allah sambil menulis..

jauh lagi perjalanan ini di sini. selagi ada kudrat dan peluang, saya mahu berada di sini.. itu mahu saya. yang di atas punya perancangan masih lagi yang terbaik.

sekolah hari ini kecoh bila loceng dibunyikan agak lama. semua pelajar bertempiaran lari ke kawasan selamat. latihan kebakaran?

tepuk dahi. oh, pendidik. tugas kamu memang mendidik. 

sungguh, seolah-olah dunia yang ada sekarang, sekolah-sekolah-sekolah. tak tipu. ingatkanlah andai nampak saya terlupa.. kerana saya juga manusia biasa. berbaik sangka pada saya, ya?

Saturday, January 28, 2012

Kelapangan


Allah bagi kelapangan hati dengan pelbagai cara. Sama juga kesempitan dada ini, mungkin dengan sedikit kejadian boleh menyebabkan kita memilih untuk bereaksi dengan melampau-lampau..

Hari-hari yang masih dikurniakan kehidupan ini ujian. Semua orang sedang menunggu masa untuk berangkat ke daerah abadi. Seorang demi seorang pergi tak kembali. Hanyalah peringatan dan ujian untuk yang masih hidup.

Alahai, kerja yang makin menimbun. Penyukat stress makin naik. Senyuman pun makin payah. Air mata akhirnya gugur. Rasa nak menjerit histeria. OK, tak elok. Itu yang cair jadi air mata. Tiga titik je. 

Mulalah nak rasa semua tempat tak ada pintu keluar. Itu pasal ada parents tolong cabutkan pintu pagar sekolah. Sinis. 

OK. Serius, rasa tak nak tidur pun, nak setelkan kelemahan diri dulu sebelum tidur. Tapi tertidur dengan kelemahan-kelemahan yang makin melemahkan itu.

Mari kita mencari sumber kelemahan. Masalahnya apa? Anak murid tak belajar. Tengok, disalahkan anak kecil itu pula. Katakan pada diri sendiri. Ini nak mengeluh ni.. Guru tak pandai mengajar. Guru tak pandai kawal kelas. Guru tak komited nak mengajar. Hah, amik! Dush. Dush. Dush!

Jika kita letak masalah pada orang lain, sampai bila pun tak leh nak selesaikan masalah itu. Camne nak ubah orang? Mana boleh ubah orang. Tu semua kuasa Yang Maha Mencipta. Dah, jangan nak jadi Tuhan. Kamu hanya guru! 

Sangkut dagu ke meja.

Ubah cara yang sekarang. Kasi upgrade sikit! Maka kenalah buat homework sebelum masuk kelas. Tak gheti-gheti lagi ke? 

Apa pun, semua itu hilang bila membaca komen-komen sahabat di FB. Pujian mereka terlalu tinggi. Sedangkan... Apa lagi, bersemangatlah! Yang semalam jadikan guru terbaik untuk esok. Hati telah dilapangkan oleh hamba-hamba Allah yang dikasihi. 

Semoga yang semalam tak menghapuskan niat asalmu, srikandi!

Monday, January 23, 2012

Mula

Cerita yang kelapan sampai sekarang tiada sambungan. Padahal hari-hari mengajar baru lepas 12 hari. Dan saya rasa... sangat berbeza berbanding hari-hari sebelum ini.

Tugasan mendidik murid-murid berumur 8 tahun memang sesuatu yang tak tercapai oleh otak saya. Mungkin saya akan menghadapi segalanya dengan.. tenang atau resah gelisah.

Sedang mengurus rutin yang lebih mencabar dari rutin bergelar pelajar dulu. Semestinyakan?

Masa sangat singkat. Tiada masa nak menatap buku dan novel seperti dulu. Dan, pesanan yang singgah di peti masuk juga ada masanya menggusarkan yang di sana. Tiada berbalas. Sungguh, tidak sempat fikir pun. Jika rasa aulwiyaatnya rendah dan tidak segera, maka akan hilang bagai angin lalu.

Semoga makin tabah hari demi hari. Belajarlah menerima perubahan dengan hati terbuka. Dan, tajdid selalu agar ikhlas tidak dipinggirkan!

Monday, December 26, 2011

Yang Kelapan, Ada Makna [1]



  1. Kelapan dalam dairi hidup 2011, pergi ke mukhayyam. Sejujurnya yang benar-benar jadi peserta hanya sekali. 7 kali yang lebih itu sebagai ahli bantu, ahli penyibuk, ahli pengiring dan ahli makan. 

  2. Disiplin yang kelapan ini agak longgar. Mungkin kerana pesertanya mencecah ribuan orang. Masa diambil untuk satu-satu program lebih panjang dari biasa. 

  3. Kerja kumpulan untuk adik-adik yang kubawa ini perlukan sokongan yang jitu. Apakah kerana bilangan mereka sedikit lalu mereka mengalah awal? Iya, tak dinafikan cabaran untuk mereka agak berlebihan dengan hanya punya ahli 9 orang nak dibandingkan dengan kontijen lagi mencecah belas-belas dan puluhan. Ada juga mencecah ratusan. Tak mengapa. Pengamatanku, bila yang bising itu tiada tanggungjawab, maka dia akan terus-terusan menjadi tin kosong, tiada ada apa di dalamnya. Yang menjadi ketua pula, diam fokus pada kerja sendiri. Aha.. anda bagus sebagai individu tidak semestinya anda bagus bila dalam kumpulan. Orang yang berusaha seperti kita ini seharusnya ada muwasofat memberi manfaat pada orang lain.. Masuk hutan semuanya lupa ya.. Semoga semalam jadi bekalan untuk hari depan.

  4. Niat: bukan kerana menang. Ini selepas tajdid niat. Iyah! Bila kita buat sesuatu bukan kerana nak dapatkan hasil, kita pasti takkan jemu berusaha. Dari awal, nampak sangat mereka hendak menang. Niat yang disusuli kerja berperancangan, insya Allah pasti diberi. Tapi, niat tak menghalalkan cara. 
  5. Bukan tempat ku: masa mereka
  6. Adab
  7. Konsert nusantara: bapa pembina PRAMUKA yang sporting
  8. Hutan dan ketenanga: sibuknya rutin
  9. Hujan yang berpanjangan
  10. Mandi sungai
  11. Ukhuwah mekar disitu.

Sunday, November 20, 2011

Tentang Semalam Lagi

semasa bercerita dengan seorang teman kepada adik,  atau mungkin adik kepada seorang teman, kakak mahu terus menjadi guru. dia yang baru dua tahun meninggalkan alam persekolah terasa masih dekat dengan alam ini. dan, sokongannya terus terserap dalam diri.

habis musim peperiksaan bertulis, sedang elok dengan raya eid adha. khamis sebelum raya, tugasan menanda kertas telah selesai dengan pelbagai pembetulan. pembetulan dari guru berpengalaman kepada guru baru menimba pengalaman.

ujian lisan pula. tahukan diri sendiri tak mampu membuat dua kerja dalam satu masa. sedar-sedar pula hanya 6 hari lagi masa persekolahan. ada program nasional pula pada hujung minggu terakhir sebelum bercuti. sesak. sesak. sesak jadi kepala ini. semoga Allah mengganjari setiap apa yang berlaku. oh ikhlas datanglah bertamu.

minggu akhir jadinya minggu segala majlis penutup. nah, guru baru, awak tolong buat latihan untuk coral speaking yeah! untuk bila? untuk esok. senyuman meleret penuh makna. mahu pengsan boleh tak?

ujian lisan mereka punyalah banyak rintangan perlu direntasi. ini mahu buat coral speaking. hey, jangan perlekehkan mereka! ampun. tak bermaksud. jadual saya padat. saya yang rasa tak sanggup.

bermula 11:15 pagi mereka diberi skrip. berlatih cara membaca, lontaran suara. gaya saya minta jangan dikisahkan sangat. kesian mereka. 8:30 pagi keesokan harinya mereka naik pentas.

politik tempat kerja yang sangat tidak sehat. hanya itu yang tergumam dalam hati.

walaubagaimanapun, saya jatuh cinta pada semangat mereka. mereka hafal skrip itu! mereka bersuara. mereka berjaya buat saya tersenyum. tahniah, puteri-puteriku.

ya, jiwa anak-anak zaman ini suka ke depan. suka menjadi tontonan. bukan seperti zaman saya lebih 10 tahun lepas. baiklah, menerima pesanan dengan jelas!

ketika jamuan kelas. kelas tahun dua. saya bagi aktiviti menyanyi di depan kelas. sila ambil no giliran dengan cepat. 10 angka tercabut, maka 10 lagu dinyanyikan anak-anak ini. oh. kuatnya pengaruh hedonisme dalam jiwa anak didikku. yang dengan lagu maher zain tidak memberi nanah padaku, ini lagi cinta-di-mu-ka-bu-ku. oh, saya tepuk dahi yang sepatutnya tepuk tangan.

tiba-tiba saya diajak mengiringi pelajar tahun 6 keluar sekolah. sememangnya saya kurang gembira pada hari itu. setelah mendapat izin dari guru besar, saya menyertai mereka. sampai di tempat yang dituju. allahu akbar. mereka mahu mendaki rupanya. hei, saya dalam uniform seorang guru! o lalala~ baju kurung merah. tas tangan. paling penting kasut tumit. kata si teman, tak usah naik! hu~ mana mungkin! selamat tinggal!

hari ke-17 itu hari tamat kontrak. seperti yang saya sebut di atas. saya mahu terus..

Friday, September 23, 2011

Busy As Bee

Minggu ni, keje 7 hari seminggu. Hujung minggu ni jadi hari bersekolah sempena Majlis Perasmian Surau Ar- Rahman dan Sambutan Hari Raya. Warga guru menjadi super sibuk.

Setiap hari, balik selepas pukul 4 petang. Sampai rumah, asar dah lama. Sekali dah menyandar di kerusi enak Inova, Allahu Allah.. Nikmat yang manakah mahu dilupakan.. Bila dah naik katil lagilah.. Kemalasan meraja diri.

Ingatkan bolehlah pejamkan mata.. rupanya tidak! Pejam je mata, nampak anak-anak murid! Subhanallah! Belum buat apa-apa persediaan untuk mereka! Badan yang lemah minta kerjasama dengan otak, supaya izinkan tubuh ini berehat seketika.

Seperti zaman dengan Anak Singa Pelangi. Perjumpaan hanya seminggu sekali pun memang terbawa-bawa dalam tidur. Apatah lagi dengan anak-anak murid yang 5 hari seminggu jumpa.. Kepala penuh dengan keletah mereka!

Sepertinya, alam penerokaan bersama-sama anak-anak murid ini masih belum berakhir. Setiap kali masuk kelas ada je benda baru berlaku. 

Dan, di kepala ada satu pertanyaan, bagaimana nak mengundang minat belajar dalam jiwa mereka? Gaya cikgu sejati dah..

Sedang warga guru sibuk dengan program Pasca-UPSR, dan majlis hujung minggu ni, anak-anak murid pun sama sibuk dengan guru mereka. Nak kata tak belajar, tugas cikgu mestilah kena mengajar. Makan gaji buta ke?

Method minggu ini, pembelajaran tidak formal. Permainan dalam kelas. Nampak menyeronokkan semua pelajar tapi mengundang resah dalam hati guru yang berusia tiga minggu tunas ni..

Setakat ni, rekod dua pelajar menangis lepas main-main. Macam nak jerit dan hantuk kepala kat dinding zink je. Nak tarik perhatian guru-guru sekalian, kenapa jadi cam ni?

Dua situasi berbeza! Kelas Uthman, main Spelling B[permainan mengeja]. Di pusingan akhir, ditakdirkan, pesertanya seorang lelaki dan perempuan. Hoh! Gamat satu kelas oh. Genderisme! Yang pelajar lelaki punyalah semangat duk sorak kawan dia ni, sampai cuaknya terlebih meter. Maka, si pelajar lelaki itu terpaksa kalah sebab dah lebih masa. Secara tak langsung, dapatlah kemenangan itu kepada pelajar perempuan yang tenang dan sendirian. 

Semasa dia balik ke tempat duduk dia, mukanya merah. Sungguh, saya tak ada idea, apa yang sedang berlaku!

Kejadian kedua, Kelas Umar, saya bawa permainan "Who Stole the Cookie" [permainan jerit-jerit]. Kira mereka main tuduh-tuduh kumpulan lain yang curi biskut. Tiga pusingan habis, satu kumpulan yang asyik kena tuduh. Secara jujur, saya bertanya pada setiap kumpulan, kenapa pilih kumpulan yang sama? Ya Rabbi! Hanya kerana seorang! .. Yang agak mereka tak gemar. Anak tu menangis serta merta! Apa nak buat- apa nak buat!

Sesi membebel! Permainan itu secara berkumpulan, kenapa dia seorang terasa. Saya tanya, kenapa ahli kumpulan lain tak menangis pun? Ada yang jawab, sebab dia tahu, dia bukan seperti yang dikatakan. Maka, tepat saya menembak kepada yang menangis, kalau gitu awak nangis sebab awak memang seperti yang dikatakan? Nasib baik dia geleng.

Sebelum keluar kelas, saya pun acah nga diorang, tak nak dah main, sebab nanti ada orang menangis. Mengeluh diorang! Dan, saya melangkah keluar dengan hampa! Kena usaha lagi!

Ha, kelas kesayangan perlu kesabaran itu namanya, Kelas Ali. Jantung berdebar-debar dengan kelas ini. Nak histeria pun ye jugak! Apa nak buat dengan kelas ini? 

Kebanyakan rakan sekerja senior bagi solusi jadi garang! Oh, saya yang kiut-miut ini mana tabah nak jadi garang! Aha, orang yang kenal saya tahu di mana level garang saya~

Menjadi guru yang penuh perasaan di hati, maka hati jugalah yang melihat kerenah mereka. Mereka bukan tak nak belajar. Mereka sungguh istimewa sebab itu mereka tak boleh nak disuapkan dengan cara biasa. Dan, guru yang comel, sila buat 'kerja-rumah' sebelum masuk kelas!

Tak cukup dengan hanya buku dan silibus yang diberikan untuk mengendalikan mereka. Mungkin lepas ni, saya nak minta dengan guru besar, nak guna laptop dan lcd untuk kelas saya. Boleh je kan?

Dan, selalu ada di kepala saya, saya tak nak ajar takut kepada mereka, lebih daripada itu nilai hormat yang mereka perlu!

Wednesday, September 7, 2011

Bagi Tajuk Kat Saya, Tolong?

saya sedang merentas masa. tak pasti ke depan atau ke belakang. sunnah alam, masa mana boleh patah balik. hidup ni jalan sehala.

sepanjang minggu ini, temanya adalah penyesuaian. maha suci Allah. dunia ini sungguh banyak ragam yang belum pernah kutemu. kejutan demi kejutan, hingga perasaan jadi sungguh sepi.

ergh. pernah kutulis perkataan pedihnya-perasaan dalam buku nota, dan dibelek dan dibaca oleh si comel berumur 10 tahun. cikgu sedih ke tulis pedih-pedih ni? kosong. hanya segaris senyuman tak berperisa.

Allah maha besar. besar sungguh amanah ini. berat amat! namun, ini jugalah kemahuan sendiri.

rutin baru, bangun awal, siap keluar dengan ayah. eh, tak! ini rutin 10 tahun lepas yang kembali!

kerana..

tak ingin pun nak cerita. semoga memberikan pengajaran.

kerana kini kukembali ke satu tempat yang pernah kupijak dan mengukir kenangan. menimba ilmu dan berkawan. hari ini, ku berada di sini untuk mencurahkan bakti. dan, maha suci Allah, aku sungguh-sungguh-sungguh rindukan suasana ini. walaupun tiada teman di sisi.

pagi, masa mengaji. pasti mutabaah terjaga! mudah-mudahan. sekiranya kita susah nak membina suasana yang baik, carilah suasana yang boleh menyokong kita. rintihan hati sepanjang hayat, hanya mahu menjadi baik-baik! hanya mahu tidak penat menjadi baik-baik.

cerita yang pasti berwarna-warni, geng ali bin abi talib. mereka sangat comel dan riang-ria seperti hari-hari hari raya. pasti, cerita mereka akan memenuhi coretan di sini. mereka istimewa. belum ada label untuk mereka.

inilah dunia sebenar. soalan kenapa sebelum ini, berakhir dengan petunjuk ini. jangan cepat mengalah. jangan berputus asa. jangan mahu tidak berubah! positif dengan masa depan.

kuatkanlah hamba ya Allah.

f's: bercerita macam tak bercerita. kalau tak faham sila tanya ye ;)