Jari jemari bagai terpanggil untuk mengetuk satu ayat, apabila bersamanya makin bertambah iman kita. Allahu. Sempurnanya makhluk itu. Sesiapa sahaja pasti mahu selalu mendampinginya. Ada sesiapa yang kamu nampak yang mengundang rasa rindu di saat ini?
Untung la kan jika dapat selalu bersamanya.
Allahu. Naik turun imanku tak sepatutnya disandarkan pada makhluk baik rupa manusia atau masa. Tapi aku lemah. Seringkali perlukan sebab untuk buat sesuatu. Ikhlasku masih di mana?
Cuma, sedikit pengajaran dari langit luas. Kita cenderung menjadi orang yang baik bila berada dalam kelompok yang baik. Begitulah sebaliknya. Ini juga dikatgkan rezeki yang baik. Alhamdulillah.
Dalam hati. Jangan hatiku dipalingkan lagi setelah mendpat kiblat yang lurus ini.
Dengan segala kekurangan yang berpalit pada diri ini, moga terhapus dek cahaya gemilang sebuah kebaikan.