Tiga Belas
Dah 31 hari di tahun 2013. Azam? Baru nak tulis azam 2013 ke? Hmm, tak kot. Azam yang diniatkan setiap hari pun dah terlalu banyak. Masakan nak buat azam untuk tahunan. Hmm. Tahun lepas lepas bermula dengan harapan hijrah dan cabaran bekerja. Tahun ini? Makin hijrah, insya Allah.
Dua Belas
Isi borang permohonan jadi guru di area menetap sekarang. Dah dipanggil untuk temuduga. Cuma, bila ditanya bila ditanya sekiranya anda diterima untuk mengajar di sini, bila boleh mula? Di sini lah jadi ujian sedikit. Ralat ah nak masuk kerja bulan Januari bila dah awal-awal plan nak kerja bulan Februari. Tak mengapa, rezeki bukan di tangan manusia. Ada la tu rezeki yang lebih berkat di tempat lain.
Sebelas
Masa temuduga, kena microteaching. Wah, rindunya nak mengajar. Apanya best menjadi guru? Seronoklah sebab... banyak sebab. Antaranya, kita sebenarnya mengajar atau mendidik diri sendiri dengan melihat ketidaksempurnaan anak didik kita. Cam yang datang masa microteaching itu, murid masuk kelas lambat dan tidak sopan. Hm.. terus je kita tegur supaya mereka beradab. Oh, rindunyaa anak didik sebelum ini... T.T
Sepuluh
Dua tiga hari ni, dalam seminggu dua ni la, datang perasaan rindu nak balik semula ke dunia kesibukan terlampau seperti di tahun lepas. Siap minta izin dengan suami tak nak balik ikut dia masa balik kampung minggu lepas. Hmm. Mainan perasaan barangkali.. kerana sekarang masih menyesuaikan diri dengan keadaan baru. Biasalah tu bila datang perasaan, kalo kat sana boleh buat itu, boleh buat ini.. Macam dah hilang ingatan jugak, pada masa di sana, teringat keseronokan di sini. Hm. Bila kembali dengan status yang berbeza, rasanya penerimaan orang di sekeliling kita juga tidak seperti dulu. Perasaan yang tidak begitu menyenangkan dalam diri buat ketika ini.
Sembilan
Sebut balik kampung, sepatutnya balik dua kampung tetapi rezeki kehidupan ini di tangan Allah, kami hanya sempat balik satu kampung sahaja. Hasrat hanya tersimpan dalam hati bila nikmat kesihatan ditarik begitu sahaja. Jangan aku tergolong dalam orang yang mendustakan nikmaat yang ada.
Lapan
Namanya balik kampung lama. 10 hari. Tapi yang boleh keluar hanya 3 hari. Hari-hari selebihnya duduk diam sahaja. Balik berehat. Itulah yang paling sesuai untuk diceritakan. Alhamdulillah, sempat jumpa nenek dan atok kat kampung, ziarah SRIAKB dan SRIAWB. Cukuplah buat pengubat rindu. Warga SRIAKB dan WB ni dah macam adik beradik. Rasa dekat je..
Tujuh
Sebelum balik kampung, terlibat dalam majlis pelancaran IKRAM Siswa. Yeah, nama ada di situ. Gambar pun ada lah tersengih di situ. Hakikatnya.. empunya badan punya tak larat.. Allahu akbar. Apepon, tengok balik gambar-gambar yang diupload, memang nikmat ah. Dapat jumpa keluarga besaar pada zaman belajar dulu. Cam magik dapat jumpa lagi. Huh. Dan intisari cerita sepanjang program pun terpaksa cari dalam FB. Hmm. Nasib badan.
Enam
(Banyak jugak ye nak membebel hingga no 1 nih. Cam banyak je mende happened bulan neh.. Idea.. Idea.. Kemari-kemari)
Nikmat kesihatan badan agak teruji kebelakangan ni. Ujian mematangkan hidup. Ingatkan selera makan je yang diuji, ada yang lebih mengejutkan.. bila mana masuk kedai buku.. jadi tak leh bau buku baru. Oh. Oh. Dugaan apakah ini? Ini memang cobaan!
Lima
Ada sesuatu yang dah selesai dengan terang. Cuma.. kenangan itu ada pada garisan masa lalu. Bila ditoleh, nampak dengan mata kasar begitu. Ada gurisan pada hati juga.
Empat
Bila akan sibuk lagi? Jika tak seperti sebelumnya pun, tak mengapa datang bertampi-tampi. Walhal, kesibukan sudah kembali, hanya kerana tak sihat tubuh badan yang buat masih tidak sibuk.
Tiga
Mohon dalam sujud, tika sedar dan lena.. agar kesihatan yang sedikit teruji ini akan mengurniakan nikmat yang lebih baik. Inikah yang dikata-katakan, disebut-sebut sebagai pengorbanan seorang ibu?
Dua
(Oh, dah lama tak tulis panjang-panjang begini..)
Mana nak dapatkan checklist ibu mengandung eh? Nanti google..
Satu
(Ini je sebenarnya nak tulis dari awal. Err..)
3 kali Khamis yang ke klinik. Khamis hari ni memang rekod baik, sebab gi klinik kesihatan lepas tu refer to hospital pulak. Khamis pertama, di rumah mertua. Cam keletihan melampau dan muntah-muntah. Malam baru buleh gi klinik. Ada berita double-line di situ. Khamis kedua, di rumah umi-ayah.. Ada cerita membimbangkan.. Dan Khamis hari ni, di rumah sewa. Cerita masih membawa harapan. Heh, semoga diberikan kesihatan yang baik untuk masa-masa terbaik ini.
Jangan lupa tingkatkan amal dan lenturkan kesantunan bicara biar jadi lunak..