Showing posts with label Malas. Show all posts
Showing posts with label Malas. Show all posts

Tuesday, September 13, 2011

#31 Berjaya


akhirnya saya berjaya update 1 entri untuk hari ini selepas beberapa jam memerah idea, orang kata 1 gambar boleh menceritakan beribu-beribu cerita. 

jadi sekarang saya bagi kamu peluang untuk menceritakan apa yang kamu nampak dan rasa. nanti boleh saya jadikan satu lagi entri yang baru agar blog ini tidak mati sekali lagi. boleh?

Thursday, August 18, 2011

#23 Syarat Si Isteri

suasana suram dan sedih menyelubungi kediaman pak pandir semenjak dari pagi tadi. penduduk kampung sudah mula membanjiri sekitar halaman rumah pak pandir untuk melawat jenazah isterinya yang meninggal dunia akibat serang jantung ketika bermain kejar-kejar bersama pak pandir.



"pandir, jenazah isteri kau kami dah mandikan dan kafankan kau dah boleh melihatnya buat kali terakhir." ujar bidan semah dengan nada sedih



pak pandir tak mampu berkata-kata hanya menangguk lemah saja, dia merasakan baru semalam dia dan isterinya bermain kejar-kejar. aduh indahnya macam baru bercinta, bidan semah melaung lagi dan memeranjatkan pak pandir dari lamunan.



"okey saya akan datang ke sana mak bidan." jawab pak pandir



pak pandir masuk kedalam bilik yang menempatkan jenazah isteri, perasaan sedih, nak menangis,meraung dan segala jenis perasaan yang tak sepatutnya ada hadir dalam diri pak pandir. pak pandir merenung sekujur tubuh yang terbaring dengan perasaan penuh kasih saya sekali, kemudian dikucupi dahi dan pipi si isteri buat kali terakhir sebelum pergi menghadap ilahi.







*****************************************







"Astagfirullahalazim, pandir apa yang kau buat ni!!" jeritan bidan semah yang mengegarkan mood sedih di rumah pak pandir.



"saya lakukan untuk memenuhi syarat yang ditetapkan si arwah masa dia hidup lagi" jawab pak pandir untuk membela diri



bidan semah tak puas hati, belum pernah jenazah yang diuruskannya diperlakukan sebegitu. "apa syarat arwah yang dia minta pada kau tu?" tegas bidan semah.



"sebelum ini saya berhajat untuk berkahwin lagi, tapi isteri saya tak membenarkan dia kata langkah mayat dia dulu baru boleh kahwin lagi satu" jawab pak pandir dengan tenang.



maka lepas usai solat zuhur, jenazah pak pandir dan mak andir selamat dikebumikan dalam satu liang lahad manakala bidan semah telah menyerahkan diri kepada balai polis yang berhampiran.

Sunday, June 12, 2011

#15 Cuti Sekolah

cuti sekolah telah hampir melabuhkan tirainya, sebagai bapa gua memilih destinasi yang sesuai dan lebih memberi kepada ilmiah serta yang penting bajet percutian yang paling rendah untuk anak-anak gua sempena cuti sekolah. jika selama ni gua banyak menghabiskan duit dengan bercuti diluar negara sudah tiba masanya gua membawa anak kembar gua(entri tentang kelahiran mereka) untuk mengenali lebih dekat lagi tentang keistimewaan negara kelahiran mereka sendiri.

sebagai permulaan gua membawa mereka mengenali haiwan-haiwan liar yang mendominasi kehidupan dihutan-hutan negara kita, kalau sebelum ni gua mendedahkan mereka dengan binatang 'oversea' seperti kangroo di australia, panda di china,godzila di jepun dan big foot di amerika syarikat ternyata mereka begitu teruja melihat seperti binatang itu.. jadi pada hujung minggu ni gua bercadang untuk membawa mereka ke zoo negara yang terletak di hulu kelang sebelum bermulanya sesi persekolah untuk penggal yang baru ni.


**************************************************


hal ini mungkin akan terjadi pada tahun 2020 la agaknya.


Tuesday, January 25, 2011

Percutian

bila kerajaan dah bagi biasiswa kepada pelajar-pelajar yang menuntut di IPTA, kita sebagai pelajar harus menggunakan kearah yang betul dan berjimat cermat untuk masa depan jangan di pertengahan semester duit takde jadi terpaksa minta biasiswa dari FAMA.. gua sebagai salah seorang pelajar yang menggunakan wang kerajaan, gua lebih gemar untuk bermandi manda dari pada bermandi peluh mencari pakaian di bundle mahu pun di butik terkemuka.. lihatlah betapa ‘awesome’ nya kami dapat mandi sungai yang masih lagi tidak tercemar.

 

Indah bukan pemandangan disini

 

Salah satu skill gua yang takkan hilang.

 

Kalau asyik mandi perut boleh jadi lapar juga.

 

Habis 52 ketul ayam dibakar hingga menjilat jari.

 

Gemuk-gemuk gua(orang kata) pun boleh berenang. Lu boleh ke?

 

Trademark penting dalam dunia fotografi

 

Terima kasih menceriakan hujung minggu saya

 

Kalau dah ke kluang, rugi tak singgah Kluang railway cafe

  Nikmat sebenar roti bakar Kluang railway cafe

 

Ya, kawan-kawan yang masih belum menghabiskan duit biasiswa lagi.. sila lakukan aktiviti sebegini untuk mengeratkan silaturrahim sesama kawan diakhir semester ini untuk menjadikan ia kenangan terindah. kahkahkah!

Sunday, November 28, 2010

Countdown

2 hari lagi

1 hari lagi

okey, lepas ni kita boleh ke KLCC kot ada budak-budak bercomolot boleh kita rakam dan upload di facebook lagi..

hiisssh! tak sabarnya.

Sunday, September 26, 2010

Riang Ria Raya (3R)







khas untuk tatapan blogger semua..hehe~

Wednesday, July 14, 2010

Semangat

1) walaupun gua masuk kelas lewat sehari daripada jadual waktu pembelajaran..semangat gua untuk belajar masih ada dan buat masa sekarang gua masih berjaya dalam proses bangun awal pagi untuk ke kelas..

2) banyak 'banner' digantung untuk kempen "Ke Arah Kampus Bebas Rokok"..ia sedikit sebanyak memberi kesan untuk gua sedar,tapi seperti biasa gua masih bersemangat untuk menghisap rokok didalam kampus..

3) lemah semangat gua bila bilik jauh dari fakulti..mungkin gua patut bangun lebih awal lagi?

4) semangat gua untuk berblogging dah takde..jumpa lagi 3 bulan lagi..bye!

Thursday, July 8, 2010

Tamat

selepas hampir 3 bulan gua bergelumang dunia kerjaya sebagai anak seni..kini sudah tiba gua memberi laluan kepada pelapis-pelapis baru yang sedang meningkat naik dan sekaligus memberi fokus kepada keluarga,bangsa dan negara..

mungkin tak fokus nak berblog kot lepas ni..biar aje la ia bersawang dan diruntuhkan macam penjara pudu.."takda ape yang perlu dibanggakan dengan blog ini"