Showing posts with label Bebal. Show all posts
Showing posts with label Bebal. Show all posts

Tuesday, September 13, 2011

#31 Berjaya


akhirnya saya berjaya update 1 entri untuk hari ini selepas beberapa jam memerah idea, orang kata 1 gambar boleh menceritakan beribu-beribu cerita. 

jadi sekarang saya bagi kamu peluang untuk menceritakan apa yang kamu nampak dan rasa. nanti boleh saya jadikan satu lagi entri yang baru agar blog ini tidak mati sekali lagi. boleh?

Friday, September 9, 2011

#29 Coretan Kosong

dua kosong kosong lapan,
kelongsong peluru menembak tepat ke hatiku,
ternyata dada ku menjadi sebak dan sebu,

aku masih kosong,
kosong di hati, kosong untuk di bawa mati,
kekosongan ini tidak berganti lagi.

aku bersyukur pada mu tuhan yang SATU.


Friday, August 26, 2011

#27 Kisah Lalu Menghantui Jiwa

sebenarnya sudah beberapa tahun kisah ini berlalu, kami putus pun selepas beberapa hari selepas aidilfitri tapi dia masih mengingati gua jauh di dalam sudut hatinya. kiriman kad raya aidilfitri cukup mengingati dia kembali. takpe gua sebenar dah tawar hati untuk memberi secebis hati ini untuk dimiliki mana-mana wanita lagi.



ia gua sudah patah hati. jangan kamu semua nak ambil peduli lagi.





p/s: seorang lelaki yang masih mencari makwe yang steady seperti entri di bawah ini. :)

Tuesday, August 23, 2011

#25 Informasi Terkini Bukan Melodi

semalam gua menonton telefilem salji di kuala lumpur, lakonan mantap dari Qi Razali, Siti Saleha dan pelakon apa-apa ntah. ye tajuk filem pun dah tak logik apa lagi jalan ceritanya lagi ye dak? takpe demi menghilangkan rasa lapar dan dahaga gua gagahkan juga menonton bersama adik sepupu gua dan makcik gua.



tengah-tengah sedap gua berkhayalkan siti saleha dalam telefilem ini, tetiba makcik gua tanya gua. "ini bukan ke pakwe si yuna ke (merujuk ke pada Qi)?"



"eh entahla, tak tahu la pulak" balas gua dalam keadaan terpinga-pinga.



"yela ma, ni pakwe si yuna." jawab adik sepupu gua. memberikan informasi



mulai dari saat itu baru gua tahu yang si Qi pakwe si Yuna, alangkah terasa kecil hati gua ini pada hari itu. balik rumah gua terus online start langgan beautifulnara.com untuk mendapatkan informasi dan cerita sensasi tentang artis masa kini.

Tuesday, April 12, 2011

#5 Cerita Maksum

"siapa tahu maksud maksum?" tanya ustazah zaleha kepada anak muridnya.

ain dengan pantas mengangkat tangannya, yelah dia anak tok imam di kampung cerucuk takkan hal sekecil ini dia tidak boleh menyelesaikannya, dengan status anak tok imam yang dipegangnya selama 3 tahun kebelakangan ini.

" okey ain, sila jawab " ringkas saja ucapan ustazah.

dengan selamba badaknya ain menjawab, "maksum ialah terpelihara daripada melakukan dosa dan pahala." ..

satu kelas ketawa terbahak-bahak tanda tidak bersetuju dengan jawapan ain..

bangang bangang bangang anak tok imam sorang ni..

Friday, February 18, 2011

Untitled


dah 2-3 jam gua biarkan ia tanpa huruf dan perkataan..gua perlukan seorang penulis yang berkaliber untuk terus menulis di coretanhatisetanaku untuk tatapan generasi masa depan..

sila email kepada shahrul.azri21@gmail.com untuk sebarang pengambilalihan kuasa.

Tuesday, January 11, 2011

1.1.11

tarikh ini sangat menarik kerana ia hadir selapas 11 hari kita di tahun 2011, dan ia sangat sesuai bagi mana pasangan untuk melangsungkan perkahwinan mereka dalam bentuk angka yang unik dengan nilai mas kahwin atau hantaran yang sangat unik juga.. 1.1.11 juga menjadi satu tarikh keramat bagi gua kerana lesen membawa pelbagai jenis kenderaan gua sudah mati..babi!

Sunday, December 12, 2010

Kenduri Kahwin

sempena dengan cuti sekolah ni, gua lihat ramai ibu bapa lebih gemar melangsungkan perkahwinan anak bujang atau anak dara mereka dari pergi berjalan-jalan makan angin diluar negara mahupun dalam negara..sekaligus ia meningkatkan kadar pertumbuhan kelahiran baru pada tahun depan yang dijangkakan naik sebanyak 5% dari tahun-tahun yang sebelumnya..

dengan adanya majlis kenduri kahwin setiap munggu, ia sedikit sebanyak mengurangkan kos perbelanjaan di hujung minggu bagi penduduk yang duduk berhampiran dengan rumah kenduri..disamping itu ia juga dapat mengeratkan silaturrahim antara keluarga kedua-dua pengatin.malah ia memupuk semangat kerjasama antara tuan rumah pengatin dengan penduduk sekitar.

saya harap minggu depan ada lagi..boleh makan pree lagi..hek hek hek :p

Thursday, November 18, 2010

Melayu Mudah Lupa (MML)

...................................................

tadi ada idea sekarang dah takde..esok lah gua update..lupa!

Wednesday, July 14, 2010

Semangat

1) walaupun gua masuk kelas lewat sehari daripada jadual waktu pembelajaran..semangat gua untuk belajar masih ada dan buat masa sekarang gua masih berjaya dalam proses bangun awal pagi untuk ke kelas..

2) banyak 'banner' digantung untuk kempen "Ke Arah Kampus Bebas Rokok"..ia sedikit sebanyak memberi kesan untuk gua sedar,tapi seperti biasa gua masih bersemangat untuk menghisap rokok didalam kampus..

3) lemah semangat gua bila bilik jauh dari fakulti..mungkin gua patut bangun lebih awal lagi?

4) semangat gua untuk berblogging dah takde..jumpa lagi 3 bulan lagi..bye!

Tuesday, June 29, 2010

Sunday, April 4, 2010

Teman Sejati

Dikala Bosan Kaulah Temanku,
Ketika Membuang Air Besar, Kau Juga Penemanku,
Dan Ketika Aku Berseorangan Kaulah Yang Menemaniku,
Kau Umpama Cahaya Yang Menerangi Kehidupanku,

Tanpa Mu Kehidupanku Suram,Gelap Dan Hilang,
Umpama Merangkak Di Dalam Kepekatan Malam,
Ya Aku Perlukan Mu Sekarang Sayang,
Tapi Aku Perlu Menunggu Malam Hilang,
Barulah Ketika Itu Kita Akan Bersama Semula..

Nukilan Khas Untukmu..King Of Cigarettes!

Monday, March 29, 2010

Suatu Hari Nanti

kalau saya berhenti menulis sesuatu yang merepek adakah anda mahu mengikuti blog setan ini?

owh mungkin belum masa untuk saya berhenti menulis sesuatu yang merepek..mungkin saya perlu berhenti untuk merepek bagi menghormati peperiksaan akhir semester yang akan bermula tak lama lagi

jadi kepada mereka yang masih bersekolah dan beruniversiti..selamat menjawab peperiksaan dengan baik..

Thursday, March 4, 2010

Hantu Punya Seman..Pt 2

gua dan meon mengadu pada seman supaya mengambil sebarang tindakkan agar tontonan kami tak terganggu..”weh seman apsal ko punya astro macam ni” tanya meon dengan menunjukkan muka protesnya..”sekarang pukul 3.15 memang time pontianak tengah bergayut pada piring astro” jawab seman dengan muka separa takut dan separa berani…

gua dan meon terkedu sebentar dan berpandangan antara satu sama lain..”patut seman takut tidur dirumahnya sorang-sorang” kata gua dalam hati yang sudah bercampur baur dengan gelisah dan seram sejuk..”habis tu macam mana ni” gua bersuara dengan penuh keyakinan..seman terus memberi idea cilakenya “kalau lu berani try la halau pontianak dari piring astro,,piring astro ada kat garaj depan tu.”

tetiba seman bersuara lagi dengan lantang macam orang kene kejar hantu.,,”weh gua syak hantu tu dah ada dekat-dekat dengan kita”..meon cuba mengawal situasi,,“weh lu jangan macam-macam seman..kalau dia masuk dah tentu kita nampak”..”abis tu apsal phone gua tak boleh anta mesej kat awek gua ni..” jawab seman dengan terketar-ketar..”cuba lu halau dia.mungkin dia tengah bertenggek atas arial phone lu tu..” gua cuba membuat situasi lawak walaupun degupan jantung bergerak 180km/j

muka seman tampak pucat,tiba-tiba seman gelak macam dirasuk pontianak..”weh seman lu oke tak ni?” tanya meon dan gua dengan serentak..seman masih tak berhenti gelak macam orang gila..gua minta meon ambil segelas air dan bawang putih didapur..gua membaca ayat-ayat suci Al-Quran yang masih gua ingat untuk menghalau makhluk halus didalam badan seman..ini first time gua handle orang kena rasuk..

tetiba seman bersuara macam suara dia,,”patut la tak boleh hantar mesej kat awek gua..rupa-rupanya kredit gua tinggal 0sen lah..cilake betul..”..tidak semena-semena sebiji bawang putih hinggap dikepala seman..seman tak sedarkan diri selama beberapa hari dan disahkan gila selang beberapa bulan kemudian.

sekarang seman menjadi pontianak full-time dikampung gua..tugasnya nak mengacau anak-anak gadis yang baru pulang dari mengaji Al-Quran..bila ditunjukkan bawang putih seman pasti berlari macam orang dikejar pontianak..dari situ gua mendapat satu teori mengapa hantu-hantu takutkan bawang putih..

Wednesday, February 17, 2010

Ungkapan

semakin lama semakin malas untuk menulis kata-kata puitis..penyudahnya gua 'delete' jugak blog ni..

semoga ia bersemadi didalam jiwa-jiwa mereka yang pernah membaca blog ini..

mudahkan?

Tuesday, February 16, 2010

Rokok




gua adalah seorang perokok tegar dan gua cuba untuk berhenti merokok..andainya gua gagal,anggaplah ia sebagai cubaan pertama gua dan lu orang berdoalah agar gua akan berhenti di hari-hari yang lain.

boleh bukan?

Tuesday, February 9, 2010

Perubahan Tak Disangka-sangka

gua bangun awal pada hari ini..gua nyalakan sebatang rokok sebagai cahaya yang akan menerangi kehidupan pada pagi ini..sambil merokok gua kemas meja pelajaran gua yang berselerak gara-gara corak pembelajaran yang agak agresif demi mengejar cita-cita untuk bergelar seorang jurutera yang terkenal..

selesai menghisap rokok,,gua mencapai tuala dan bergegas ke bilik air setaraf dengan tandas awam di sebuah pasar ikan dengan sampah bersepah-sepah,bulu-bulu merata lantai dan sinki..harap je belajar tinggi kesedaran tentang kebersihan langsung jahanam..selesai mandi gua mengenakan baju yang sesuai untuk tampil kacak dan bergaya umpama seorang model bertaraf 5 bintang yang mampu menawan hati-hati gadis,wanita,anak dara dan juga janda-janda muda disekitar jb..

gua sikat rambut bagi kelihatan kemas..gua lihat jam menunjukkan pukul 7.45 pagi dan gua lihat jadual kelas gua..gua rasa ada yang tak kene dengan diri gua..gua tengok telefon bimbit gua bagi memastikan hari pada hari ini adalah benar..gua diam dan terkelu seolah-olah tidak percaya dengan perubahan diri gua..

cilake ape gua bangun awal pada hari isnin??kelas start pukul 11 pagi..jadi gua ambil keputusan untuk tidur semula,dan akhirnya pada hari ini gua mengisytiharkan cuti umum untuk diri gua..

Sunday, February 7, 2010

Hey


hati-hati sebelum kene tembak...pesanan dari gua.

Friday, February 5, 2010

Menjadi Satu Realiti

9 tahun dulu gua telah disapa oleh seorang pemuda dalam lingkungan lewat 20'an.."dik,lu ada lighter tak?" sapa pemuda tersebut tanpa memberi salam.."sori la bang saya tak hisap rokok" jawab gua dengan tenang tanpa mejawab salam.."muka macam lu tak hisap rokok?tak percayalah gua.." balas pemuda berkenaan..

sekarang gua menyesal kerana disapa oleh pemuda tersebut,,kalau lah masa boleh di ulang semula..

Thursday, January 28, 2010

Corat-Coret Sekitar Pilihan Raya Kampus UTM

1. semua jalan utama untuk keluar ke kelas telah ditutupi dengan poster-poster calon yang bertanding..akhirnya gua tiga hari duduk bilik..cilake betul..

2. gua ingat nak buka bisnes nasi lemak..kertas-kertas manifesto calon terlalu banyak..kalau gua balut nasi lemak dengan manifesto calon yang menang kofem laku..

3. setiap pengundi yang mengundi akan diberikan sekotak air soya dan sebiji epal..nak rasuah la tu..kalau bagi mcD atau KFC komfem gua tak buat undi rosak..padan muka..

4. segala aktiviti-aktiviti sukan di tangguhkan gara-gara padang,tiang gol,jaring sepak takraw,jaring bola tampar,jaring bola jaring dan jaring ikan penuh dengan poster-poster calon.

5. sudut pemidato telah diwujudkan untuk memberi ruang kepada calon-calon berkempen,,malangnya sudut itu telah di letakkan di kafeteria.."aku nak makan bukan nak dengar ko bagi ceramah!"

6. sudut pemidato telah mengingatkan gua tentang 'flirting point' di singapura..agak-agak kalau diwujudkan gua ada peluang tak? ;)