Showing posts with label Kisah Benar. Show all posts
Showing posts with label Kisah Benar. Show all posts

Saturday, September 24, 2011

#34 Sajak Sahabat

ku deklamasikan sajak ini buat sahabatku yang bakal bergraduasi pada esok hari.

sahabat,
aku ingin menyusun sepuluh jari,
memohon ampun dan maaf selama perkenalan 4 tahun kita ini,
jika diri ini pernah meninggalkan kesan luka pada hati kecilmu,

sahabat
hari ini adalah hari yang penuh warna-warni dalam kehidupanmu,
maafkan diri ini kerana tidak dapat meraikan kenangan ini bersamamu,
kerana diri ini belum masih mencukupi untuk apa yang dikehendaki.

sahabat,
selepas hari ini mungkin kamu kembali sibuk tugasan sehari,
mungkin ini pertemuan terakhir kita untuk kali ini,
cuma beberapa gambar memori yang masihku simpan rapi di dalam komputer peribadi,
untuk diceritakan bila kita berjumpa lagi.

sahabat,
untuk penghabisan sajak ini,
aku ingin mengucapkan selamat meraikan hari graduasi!









p/s: pertama kali sajak memang begini. ayat serba-serba tidak menjadi, tapi ia terbit dari keikhlasan di hati. kepada kamu dan kamu, ya! kamu juga. kamu adalah sahabat yang terbaik pernah saya jumpa di muka bumi ini. semoga kita bertemu lagi! =)

Thursday, September 22, 2011

#33 Kisah Adik Yang Berkhatan

setelah beberapa tahun memasuki alam dewasa, kini tibalah giliran untuk adik bongsu gua memasuki alam yang gua sedang lalui sekarang ni. dia berkhatan pada umur yang sangat muda, seingat gua antara umur 7-8 tahun begitu. dia juga sedang merasai apa yang gua pernah lalui pada waktu dulu. bila dah takut sangat, gua sebagai perintis awal dalam keluarga yang berkhatan awal dijadikan rujukan oleh adik bongsu gua.

"abang berkhatan tu sakit tak?"

"oh, tak sakit sangat pun dik. rasa macam gigit semut je kat anu tu." ujar gua sambil teringat dialog beberapa tahun lalu antara gua dan bapa gua.

"oh tak sakit sangat la, okey dah adik dah bersedia" jawab adik gua dengan penuh bersemangat nanti.



******************************************************************



masa yang dinantikan oleh adik gua telah tiba, bapa dan adik gua telah memasuki ruangan pembedahan. gua bersama mak gua duduk di ruangan menunggu yang berada di luar bilik bedah. penantian selama hampir setengah jam berakhir, kelihatan adik gua dengan bapa gua telah keluar dari bilik bedah. muka adik gua kelihatan merah padam dan anak matanya berair seolah-olah menahan kesakitan setelah kebas ubat bius telah hilang.

gua yakin adik gua telah melalui proses penipuan seperti mana gua pernah ditipu pada masa dahulu. keh keh keh.

Monday, September 19, 2011

#32 Berkhatan

ketika gua kanak-kanak, gua selalu di ugut oleh bapa gua untuk dikhatankan dengan alasan gua terlalu nakal hingga sering kali menimbulkan kemarahan pada dia. kalau dah di ugut mestilah gua jadi baik sekejapkan? ye adalah 2-3 minggu gua senyap kejap lepas tu setan gua menjadi semula.

sehinggalah tibanya musim cuti sekolah, bapa gua dan pakcik-pakcik gua berbincang untuk melakukan majlis khatan secara beramai-ramai di kampung. pada waktu itu hanya tuhan saja yang tahu betapa menyesalnya gua kerana tidak mendengar kata bapa gua dan dunia kanak-kanak gua bagai di pagut pada petang itu juga.

oleh kerana gua ketakutan, lantas gua bertanyakan pada bapa gua pengalaman dia berkhatan pada waktu dulu-dulu.

"Ayah, perlu ke abang khatan?"

"oh kalau dah khatan, kamu akan jadi dewasa cepat."

"okey,khatan tu rasa sakit tak yah?"

"oh tak sakit pun, rasa macam kena gigit semut je kat anu abang tu."

"la tak sakit mana la ni kan yah?okey abang dah bersedia"

bapa gua tersenyum puas dengan penjelasannya....



*************************************



hari yang di nanti telah tiba, di sisi gua kini kelihatan seorang nurse, doktor dan datuk saudara. bapa gua tak masuk mungkin dia sayu melihat anak sulungnya akan dewasa, gua rasa la.

"okey nurse kita dah boleh mulakan pembedahan kita." arah doktor

"abang selawat banyak-banyak ya, sakit sikit je." kata semangat dari datuk saudara gua.

gua selawat banyak-banyak lalu pejamkan mata, tanpa gua sedari ada air sedang bertakung di dalam kelopak mata gua dan akhirnya ia keluar dengan sendiri jatuh ke pipi. sebenarnya gua bukan menangis kesakitan, tapi menangis kerana akan meninggalkan zaman kanak-kanak gua.

Monday, September 5, 2011

#28 Teori Untuk Panjang Umur

hey gua kembali dengan teori setan, ye baru ini kita dikejutkan dengan mesej berangkai yang mengatakan bahawa merokok itu adalah satu agenda yahudi. okey gua malas nak ambil peduli sebab dia post pun kat FB. dia tak tahu ke yang facebook tu orang yahudi buat iaitu abam Mark Zuckerberg, jadi secara tak langsung ia salah satu agenda yahudi juga bukan?



okey, masih lagi dalam kisah rokok lagi. gua ada mengupas sedikit tentang teori merokok sambil ketawa yang mampu memanjangkan hanya anda semua pada entri yang lepas. kepada yang baru mengikuti blog ini gua akan terangkan secara ringkas tentang kombinasi merokok dan ketawa ini. kalau kita ketawa kita dapat memanjangkan riwayat hidup kita selama 10 tahun. kalau kita merokok pula kita akan memendekan riwayat hidup kita selama beberapa lama ntah gua pun tak pasti sangat yang gua pasti tak sampai 10 tahun. kalau merokok secara ketawa, secara tak langsung riwayat kita sebagai perokok berjaya di seimbangkan.









baru baru ini saya terjumpa satu teori baru yang mampu memanjangkan umur seorang lelaki, seperti figura diatas. merenung payudara wanita selama 10 minit ia mampu memanjangkan tempoh 5-6 tahun hayat seorang lelaki. jadi secara logiknya kalau saya gabungkan ketiga-tiga teori ini sekali gus ia akan memberikan peluang kepada perokok lelaki untuk menikmati aidifiltri untuk berkali kali. jadi kepada perokok lelaki, apa yang harus kamu lakukan adalah merokok sambil melihat payudara wanita selama 10 minit dan kemudian bergelak ketawa jadi riwayat kamu sebagai perokok mampu dipanjangkan.





satu teori dan konspirasi berjaya di bongkarkan.



Tuesday, August 23, 2011

#25 Informasi Terkini Bukan Melodi

semalam gua menonton telefilem salji di kuala lumpur, lakonan mantap dari Qi Razali, Siti Saleha dan pelakon apa-apa ntah. ye tajuk filem pun dah tak logik apa lagi jalan ceritanya lagi ye dak? takpe demi menghilangkan rasa lapar dan dahaga gua gagahkan juga menonton bersama adik sepupu gua dan makcik gua.



tengah-tengah sedap gua berkhayalkan siti saleha dalam telefilem ini, tetiba makcik gua tanya gua. "ini bukan ke pakwe si yuna ke (merujuk ke pada Qi)?"



"eh entahla, tak tahu la pulak" balas gua dalam keadaan terpinga-pinga.



"yela ma, ni pakwe si yuna." jawab adik sepupu gua. memberikan informasi



mulai dari saat itu baru gua tahu yang si Qi pakwe si Yuna, alangkah terasa kecil hati gua ini pada hari itu. balik rumah gua terus online start langgan beautifulnara.com untuk mendapatkan informasi dan cerita sensasi tentang artis masa kini.

Monday, August 22, 2011

#24 Kisah Semalam

semalam adalah hari ahad, jadi saya mengambil peluang untuk pergi membeli barang keperluan hari raya. pada tepat pukul 11 pagi saya telah sampai ke destinasi yang ingin dituju, alangkah terkejutnya saya perkarangan shopping mall sudah dibanjiri dengan ribuan orang yang mempunyai misi dan matlamat yang sama dengan saya.



sesak, hiruk-pikuk, jerit sana sini, kepanasan, langgar orang sana sini dan macam-macam hal lagi. cuma saya kesian melihat anak-anak kecil yang diheret bersama untuk menikmati ertinya berjoli di hari raya aidilfitri.

Thursday, June 9, 2011

#13 Kartun Malaysia Yang Dilupakan Oleh Kanak-Kanak

gua menulis kerana gua terkenangkan zaman waktu kecil gua..gua rasa sedih kerana kartun-kartun pada zaman gua telah banyak dihentikan tayangannya dengan alasan tidak maju atau mengikut trend..

1) Usop Sontorian

mengisah 6 orang sahabat iaitu usop, singh, abu, ah kim, vellu dan dol yang gemar bersuka ria di waktu lapang. hobi mereka adalah suka mandi sungai..kalau kita lihat sebenarnya watak 1Malaysia dah lama wujud dalam siri animasi cuma baru sekarang ia dihebah-hebahkan.

2) Keluang Man

mengisahkan borhan dan samad, orang gila yang menjadi penghuni setia di dalam hospital bahagia tampoi pada sebelah siang. pada waktu malam mereka adalah adiwira yang menyelamatkan dunia dari terus dikuasai oleh anasir jahat tetapi kerja mulia mereka selalu saja dipertikaikan oleh inspektor shahab..

3) Anak-anak Sidek

kisah tentang jaguh badminton negara pada waktu kecil, kegarangan haji sidek yang sentiasa menjadi igauan ngeri buat bun,alan dan aman dalam mendisplinkan mereka.. si ajib yang sentiasa menjadi kesayangan haji sidek dan si rashid si kecil yang selalu bergaduh dengan aman kerana berebutkan botol susu.


gua malas nak ulas semua, kalau lu orang rasa lu orang nak tengok lu orang search saja di youtube..cuma yang gua sedih sekarang, adik sepupu gua yang kecil-kecil banyak layan kartun ben 10,sponge bob dan kartun disney yang lain..

rugi betul mereka tak kenal usop sontorian.

Wednesday, June 1, 2011

#10 Tarif Naik

selamat pagi semua, buat kali keduanya gua bangun awal di pagi ini, mana taknya semenjak tarif elektrik dinaikkan..gua sepakat untuk menjimatkan kadar penggunaan elektrik di rumah gua bagi me'maintain'kan bil elektrik gua..gua bangun awal pagi sebab sudah kepanasan di dalam bilik, mujurlah rumah di tepi laut dapatlah sedikit angin bayu laut pada sebelah malam bagi menggantikan kipas angin sebagai alternatif.

dan akhirnya, gua update blog ini di restoran makanan segera sambil pekena breakfast meal, alangkah indahnya hidup menjadi golongan sederhana ni..

Saturday, May 28, 2011

#8 Kisah Yang Sebenarnya..

gua start berblogging pada pertengahan bulan september atas nasihat seorang teman rapat gua, dia banyak membaca entri pendek gua di laman web sosial yang semakin dilupai oleh orang ramai yang iaitu myspace..lalu dia memberikan cadangan untuk memula penulisan dengan sebuah blogspot, ternyata ianya memberikan satu keseronokan pada gua untuk terus menulis.

okey, gua berterus terang lah..sebenarnya gua start menulis lepas gua putus cinta..ternyata penulisan blog banyak membantu gua untuk pulih dari panah asmara yang cukup jahanam dan pada zaman itu gua menjadi sangat seronok menulis kerana idea datang mencurah-curah. malam semalam gua melihat entri gua yang lama-lama. gua terkejut macam mana gua boleh menulis sampai macam tu sekali. selepas diselidik dan dikaji gua percaya kerana putus cinta mengajar gua untuk menaipkan sebuah coretah hati menggunakkan papan kekunci.

semenjak dua menjak ni, mood gua untuk menulis datang cuma idea untuk menulis sudah tidak sebanyak dan tidak sekreatif dulu.. bila taip sikit gua padam balik, adjas ayat itu ini dan akhirnya save draft kemudian delete apa yang gua tulis..selepas dikaji selama beberapa hari, akhirnya gua jumpa penyelesaian yang terbaik..mungkin gua memerlukan cinta baru untuk diputus agar penulisan diblog ini tidak mati lagi..

cukup kreatif juga idea penulisan gua pagi ni walaupun tanpa semangat putus cinta..heh!

Saturday, May 7, 2011

Mimpi

sebenarnya hari ini adalah hari terakhir gua menjawab kertas peperiksaan di tahun 4..gua tidur pukul 4 pagi lalu terjaga pukul 8.30 pagi..pelik!

okey, sebenarnya gua mimpi jawab soalan peperiksaan akaun.

bangang apa syaitan yang masuk dalam mimpi gua ni? tak pasal-pasal gua dah mengantuk, sedangkan pukul 2.30 petang gua akan menjawab kertas peperiksaan terakhir.

Tuesday, April 12, 2011

#5 Cerita Maksum

"siapa tahu maksud maksum?" tanya ustazah zaleha kepada anak muridnya.

ain dengan pantas mengangkat tangannya, yelah dia anak tok imam di kampung cerucuk takkan hal sekecil ini dia tidak boleh menyelesaikannya, dengan status anak tok imam yang dipegangnya selama 3 tahun kebelakangan ini.

" okey ain, sila jawab " ringkas saja ucapan ustazah.

dengan selamba badaknya ain menjawab, "maksum ialah terpelihara daripada melakukan dosa dan pahala." ..

satu kelas ketawa terbahak-bahak tanda tidak bersetuju dengan jawapan ain..

bangang bangang bangang anak tok imam sorang ni..

Sunday, March 13, 2011

#4 sejarah

gua tak pernah suka subjek sejarah kerana ia satu subjek yang memerlukan kekuatan dalam daya ingatan untuk mengingati tarikh-tarikh bersejarah yang pernah wujud di negara contohnya seperti tarikh melaka diserang,jepun menawan tanah malaya dan lain-lain lagi.. masa tingkatan 2 subjek sejarah gua diajar oleh guru berbangsa cina yang cun, namanya Pn. Tan, lenggak lenggoknya sentiasa menjadi perhatian pelajar-pelajar lelaki di sekolah gua malah ada 2-3 orang guru melayu cuba untuk mendekati Pn. Tan untuk di jadikan skendel disekolah gua..

semenjak Pn. Tan mengajar kelas gua, kutu-kutu yang rajin tidur dalam subjek tersebut akan membeliakkan mata mereka seluas-luasnya untuk melihat kecantikan yang tuhan anugerah pada guru itu.apatah lagi kutu-kutu rajin duduk barisan paling belakang dalam kelas juga telah mengambil satu anjakkan paradigma dengan duduk di barisan paling hadapan sekali untuk mendekati dan menghalusi subjek sejarah dengan penuh minat. keputusan ujian bulanan kelas gua juga meningkat dari 20% peratus yang lulus kepada 100% lulus dalam subjek tersebut. begitu hebatnya penangan Pn. Tan. dari semasa ke semasa.

pada suatu hari, ketika itu cuaca agak panas, Pn Tan telah masuk ke kelas dengan sedikit berpeluh walaupun kipas berputar pada tahap kelajuan yang mampu menerbangkan kelas gua ke angkasa namun ia masih belum dapat mengeringkan sedikit peluh yang telah membasahi baju dan dahi Pn. Tan. pada hari itu pemakaian agak sedikit seksi dan rambutnya tidak terikat kemas, lalu Pn Tan meneruskan usaha mendidik anak-anak bangsanya tanpa memikirkan keletihan dan peluh dialaminya ketika itu. sampai satu tahap dia terasa rimas dengan rambutnya sendiri yang tidak terikat, lalu dia mengangkat kedua-dua belah tangannya untuk mengikat rambutnya..

**********************************

pada esoknya kutu-kutu yang rajin duduk depan sudah kembali ke rutin yang asal dan gua kembali kepada membenci subjek sejarah oleh kerana kejadian semalam, gua tidak sangka seorang guru tidak mencukur bulu ketiaknya sendiri, yang hampir panjang dengan rambutnya sendiri..huh!

Sunday, February 13, 2011

Selamat Hari Kekasih

oh ya selamat hari kekasih bagi mereka yang akan menyambutnya esok hari, gua dapat satu mesej yang menarik untuk dikongsi bersama-sama dengan anda.. :)

“ jika anda meniduri kekasih pada 14hb febuari(hari kekasih), kekasih anda akan memberi berita baik pada 21hb Mac (hari ibu) dan anda akan mempunyai anak pada 14hb November (hari kanak-kanak sedunia)jika di lihat pada aspek perubatan..anda dinasihatkan jangan cuba perkara ni pada semua kekasih anda kerana anda akan mendapat berita buruk pada 1hb disember(hari Aids sedunia)”

p/s: sumber dari Syahrul Fitri

Tuesday, January 25, 2011

Percutian

bila kerajaan dah bagi biasiswa kepada pelajar-pelajar yang menuntut di IPTA, kita sebagai pelajar harus menggunakan kearah yang betul dan berjimat cermat untuk masa depan jangan di pertengahan semester duit takde jadi terpaksa minta biasiswa dari FAMA.. gua sebagai salah seorang pelajar yang menggunakan wang kerajaan, gua lebih gemar untuk bermandi manda dari pada bermandi peluh mencari pakaian di bundle mahu pun di butik terkemuka.. lihatlah betapa ‘awesome’ nya kami dapat mandi sungai yang masih lagi tidak tercemar.

 

Indah bukan pemandangan disini

 

Salah satu skill gua yang takkan hilang.

 

Kalau asyik mandi perut boleh jadi lapar juga.

 

Habis 52 ketul ayam dibakar hingga menjilat jari.

 

Gemuk-gemuk gua(orang kata) pun boleh berenang. Lu boleh ke?

 

Trademark penting dalam dunia fotografi

 

Terima kasih menceriakan hujung minggu saya

 

Kalau dah ke kluang, rugi tak singgah Kluang railway cafe

  Nikmat sebenar roti bakar Kluang railway cafe

 

Ya, kawan-kawan yang masih belum menghabiskan duit biasiswa lagi.. sila lakukan aktiviti sebegini untuk mengeratkan silaturrahim sesama kawan diakhir semester ini untuk menjadikan ia kenangan terindah. kahkahkah!

Tuesday, January 11, 2011

1.1.11

tarikh ini sangat menarik kerana ia hadir selapas 11 hari kita di tahun 2011, dan ia sangat sesuai bagi mana pasangan untuk melangsungkan perkahwinan mereka dalam bentuk angka yang unik dengan nilai mas kahwin atau hantaran yang sangat unik juga.. 1.1.11 juga menjadi satu tarikh keramat bagi gua kerana lesen membawa pelbagai jenis kenderaan gua sudah mati..babi!

Monday, January 3, 2011

Darjah 1

gua memulakan pembelajaran gua di sekolah rendah padang jawa, macam biasa hari pertama di kelas memang amat menyukarkan dan mencabar daya kerinduan gua pada famili gua yang jauh dirumah..mana taknya gua toleh kanan si amar sedang ditenangkan cikgu kerana tengah meraung memanggil maknya yang meninggalkannya..bila gua toleh kekiri gua tengok si noni, tengah memegang botol susu dan menyoyotnya tanpa menghiraukan perasaan malu terhadap kawan-kawan lain.

si noni ni cantik orangnya berambut kerinting,ada klip rama-rama kat atas kepala belah kiri tapi berkutu..terus gua rejek dia sebagai cinta pandang pertama gua di alam persekolahan pada hari itu..

Thursday, December 23, 2010

Mahal Nak Mampus!

setibanya gua di KL sentral, perut gua buat ragam lagi tak cukup dengan maggi cup yang gua makan dalam keretapi..kali ni lebih demand dengan cuba menggoda gua kearah restoran makanan segera yang paling popular di kalangan rakyat malaysia..tak lain tak bukan restoran Mcdonalds.

sebagai langkah berjimat cermat gua memilih medan selera diaras 3 KL sentral sebagai tempat menjamu sarapan pagi..di dalam keheningan pagi ditambah dengan haba sejuk dari penyaman udara yang menusuk kedalam tulang gua ni menyebabkan tahap kelaparan gua sampai pada tahap yang kritikal..gua dan rumet gua memilih kawasan 'smoking area' sebagai kawasan tempat menjamu selera kerana elok benar selepas makan kami menghisap rokok sampai lebam..

awal pagi, tak banyak gerai yang memulakan operasi dan gua lebih gemar memilih makanan berat dari makanan ringan sebab gua sekali sehari je makan..gua lihat mee goreng di gerai no 14 lebih menyelerakan, gua ambil 3 senduk mee goreng dan 1 ketul fishcake goreng.."ni berapa harganya kak?" tanya gua, "semuanya rm6 dik" jawab makcik tua dengan tersenyum sambil menghulurkan sudu garfu berserta tisu..

gua berlalu pergi dengan hati yang penuh dendam kesumat..babi!

Wednesday, December 22, 2010

KL Menjerit

setelah 2 tahun tidak menaiki keretapi akhirnya, semalam gua berjaya menunaikan hajat gua untuk menaiki keretapi..perjalanan dari Johor Bahru ke Kuala Lumpur sangat memenatkan tapi gua sangat enjoy dengan perjalanan malam dengan menaiki sinaran malam ekspres..

pukul 12 malam keretapi bertolak dari JB sentral, macam biasa kalau dah lama tak naik kertapi gua jadi jakun la skit..dari satu koc ke koc yang lain, menghabiskan sisa-sisa perjalanan dalam keretapi dengan mencari gadis-gadis comel dari singapore..kot-kot ada jodoh gua di situ takkan gua nak lepaskan.betul tak?

macam biasa tanpa kalau naik keretapi tanpa rokok memang amat perit, sebelum naik gua dah ambil langkah berjaga-jaga dengan membeli rokok..gua amat terkejut dalam masa 7 jam gua berjaya menghisap 12 batang rokok dan gua syak paru-paru gua semakin hitam gara-gara kebosanan dalam keretapi..

pukul 3 pagi perut buat hal meminta dimasukkan makanan, gua pergi ke cafe di dalam gerabak keretapi tersebut.."adik bagi teh tarik dan maggi cup satu" pinta gua, "semuanya ada rm6" kata gadis katering yang comel sambil menghulurkan nombor telefon sebagai salam perkenalan.

Sunday, December 19, 2010

Kisah 11 Tahun Dulu

11 tahun dulu gua adalah seorang pemain bola sepak yang mewakili sekolah untuk kejohanan daerah klang..gua bermain di posisi pertahanan kiri macam Roberto Carlos,ya masa itu Ashley Cole tak wujud lagi apatah lagi dengan Patrice Evra..semuanya pertahanan kiri cukup sayur melainkan R.Carlos, walaupun kecendurangan gua menyepak mengunakan kaki kiri cukup 'Fail' tapi nak buat macam mana dengan posisi tu gua boleh cari makan dengan awek-awek sekolah perempuan convent(itu dulu)..

sekolah gua berjaya melayakkan diri ke pusingan separuh akhir dalam kejohanan bola sepak daerah klang bawah 12 tahun..hanya tuhan saja yang tahu betapa gembiranya hati gua dan satu pasukan apabila layak, yela sekolah gua diletakkan sebagai pasukan 'underdog' senang citer pasukan ayam la mengikut pada prestasi kejohanan yang lepas-lepas..dalam separuh akhir, pasukan sekolah gua dipertemukan dengan pasukan juara bertahan..

macam biasa sepak mula dilakukan dengan pasukan lawan menyerang ke kubu pasukan gua, tapi apa gua nak kisah sangat sememangnya pertahanan sekolah gua memang antara yang terbaik dalam kejohanan itu dengan melepaskan 1 gol sahaja..tengok siapa pertahanan kirinya kalau bukan gua, time tu gua punya lari agak kencang apabila gua naik keatas membantu penyerang untuk mendapatkan gol komfem 2-3 orang pertahanan tewas dengan gelecekkan gua..

gooolll! pasukan gua berjaya mendahului pasukan juara bertahan dengan jaringan pemain sayap sekolah gua..pasukan pelawat cuba mengatur rentak dengan menggandakan asakan tapi semua berjaya dipatahkan oleh gua dan member2 pertahanan gua yang lain..wisel rehat dibunyikan menandakan tamatnya separuh masa pertama..


*bersambung

Sunday, December 5, 2010

Selamat Pagi

lama sudah gua tak hirup udara di sekitar rumah gua ni..terbangun di awal pagi memang satu perkara di luar kawalan gua dan tak pernah dibuat oleh gua sendiri sebelumnya..

macam biasa bila bangun awal pagi, perut meronta-ronta minta makanan..gua ni jenis tak ambil kisah sangat dengan rontaan dari perut gua yang meminta makan tetapi gua cukup ambil kisah bila mulut minta asap..bertemankan lagu lefthanded bertajuk syurga diwajah mu, gua gagahkan diri mencapai sebatang rokok dan dinyalakan api yang penuh kemarahan sebagai tanda protes dengan kenaikkan harga barang-barang..

semua harga barang diluar sana meningkat naik, dari rokok hinggalah ke gas dan petrol, segalanya naik cuma gua nampak yang sentiasa turun diluar sana hanya hujan membasahi bumi untuk meredakan segala kemarahan manusia..mungkin ada rahmatnya bila hujan turun ke bumi ini agar manusia dapat tidur dengan lena dan lupa tentang kejadian semalam..

ada patutnya gua sambung tidur dari gua merepek tak tentu pasal di dalam blog..tak pasal-pasal lu orang kena baca coretan bebal di pagi hari..hehe :p