Wednesday, August 31, 2011

Wordless Eidulfitri

dulu (2010)



sekarang (2011)



p/s: keh keh keh belum sampai seru untuk mendirikan rumahtangga. mujur tahun ni tiada soalan "bila nak kahwin?" anda pula bagaimana?

Friday, August 26, 2011

#27 Kisah Lalu Menghantui Jiwa

sebenarnya sudah beberapa tahun kisah ini berlalu, kami putus pun selepas beberapa hari selepas aidilfitri tapi dia masih mengingati gua jauh di dalam sudut hatinya. kiriman kad raya aidilfitri cukup mengingati dia kembali. takpe gua sebenar dah tawar hati untuk memberi secebis hati ini untuk dimiliki mana-mana wanita lagi.



ia gua sudah patah hati. jangan kamu semua nak ambil peduli lagi.





p/s: seorang lelaki yang masih mencari makwe yang steady seperti entri di bawah ini. :)

Thursday, August 25, 2011

#26 Tips Makwe Yang Steady

"wanita itu tercipta untuk lelaki kerana mereka saling melengkapi" -mat romeo kelas gua-



"wanita diciptakan dari tulang rusuk kiri si lelaki..
dekat ke hati untuk dicintai dekat ke lengan untuk dilindungi" -ustaz sekolah-







kalau nak di ikutkan banyak lagi kata-kata pujangga cinta yang boleh gua tulis lagi pada entri ini, tapi pada hari ini gua ingin memberikan sedikit tips-tips yang berguna buat makwe-makwe yang masih single lagi diluar sana untuk mencuri sekeping hati yang bernama lelaki untuk di jadikan suami.





1.
makwe yang steady adalah makwe yang mengemas rumah di pagi hari. bukan bertweet sepanjang hari.



2. makwe yang steady adalah makwe yang sedang mengaji sampai pagi.



3. makwe yang steady adalah makwe yang masak makanan berbuka untuk famili.



4. makwe yang tak steady adalah makwe yang tidur sampai ke tengah hari.



5. makwe yang steady adalah makwe yang dah bersiap sedia untuk menjadi isteri.



6. makwe yang steady adalah makwe yang buat kuih raya sendiri.



7. makwe yang steady adalah makwe yang sentiasa di sisi.



8. makwe yang steady adalah makwe yang bangun awal pagi bukan yang tak tidur sampai ke pagi.



9. makwe yang steady adalah makwe yang gosok gigi di awal pagi.







p/s: makwe-makwe diluar sana? adakah anda melengkapi kesemua kriteria yang steady untuk memiliki sekeping hati ini? hik hik hik.

Wednesday, August 24, 2011

#WordlessWednesday









p/s: cuba memastikan kesinambungan gambar dari masa ke semasa.



Tuesday, August 23, 2011

#25 Informasi Terkini Bukan Melodi

semalam gua menonton telefilem salji di kuala lumpur, lakonan mantap dari Qi Razali, Siti Saleha dan pelakon apa-apa ntah. ye tajuk filem pun dah tak logik apa lagi jalan ceritanya lagi ye dak? takpe demi menghilangkan rasa lapar dan dahaga gua gagahkan juga menonton bersama adik sepupu gua dan makcik gua.



tengah-tengah sedap gua berkhayalkan siti saleha dalam telefilem ini, tetiba makcik gua tanya gua. "ini bukan ke pakwe si yuna ke (merujuk ke pada Qi)?"



"eh entahla, tak tahu la pulak" balas gua dalam keadaan terpinga-pinga.



"yela ma, ni pakwe si yuna." jawab adik sepupu gua. memberikan informasi



mulai dari saat itu baru gua tahu yang si Qi pakwe si Yuna, alangkah terasa kecil hati gua ini pada hari itu. balik rumah gua terus online start langgan beautifulnara.com untuk mendapatkan informasi dan cerita sensasi tentang artis masa kini.

Monday, August 22, 2011

#24 Kisah Semalam

semalam adalah hari ahad, jadi saya mengambil peluang untuk pergi membeli barang keperluan hari raya. pada tepat pukul 11 pagi saya telah sampai ke destinasi yang ingin dituju, alangkah terkejutnya saya perkarangan shopping mall sudah dibanjiri dengan ribuan orang yang mempunyai misi dan matlamat yang sama dengan saya.



sesak, hiruk-pikuk, jerit sana sini, kepanasan, langgar orang sana sini dan macam-macam hal lagi. cuma saya kesian melihat anak-anak kecil yang diheret bersama untuk menikmati ertinya berjoli di hari raya aidilfitri.

Thursday, August 18, 2011

#23 Syarat Si Isteri

suasana suram dan sedih menyelubungi kediaman pak pandir semenjak dari pagi tadi. penduduk kampung sudah mula membanjiri sekitar halaman rumah pak pandir untuk melawat jenazah isterinya yang meninggal dunia akibat serang jantung ketika bermain kejar-kejar bersama pak pandir.



"pandir, jenazah isteri kau kami dah mandikan dan kafankan kau dah boleh melihatnya buat kali terakhir." ujar bidan semah dengan nada sedih



pak pandir tak mampu berkata-kata hanya menangguk lemah saja, dia merasakan baru semalam dia dan isterinya bermain kejar-kejar. aduh indahnya macam baru bercinta, bidan semah melaung lagi dan memeranjatkan pak pandir dari lamunan.



"okey saya akan datang ke sana mak bidan." jawab pak pandir



pak pandir masuk kedalam bilik yang menempatkan jenazah isteri, perasaan sedih, nak menangis,meraung dan segala jenis perasaan yang tak sepatutnya ada hadir dalam diri pak pandir. pak pandir merenung sekujur tubuh yang terbaring dengan perasaan penuh kasih saya sekali, kemudian dikucupi dahi dan pipi si isteri buat kali terakhir sebelum pergi menghadap ilahi.







*****************************************







"Astagfirullahalazim, pandir apa yang kau buat ni!!" jeritan bidan semah yang mengegarkan mood sedih di rumah pak pandir.



"saya lakukan untuk memenuhi syarat yang ditetapkan si arwah masa dia hidup lagi" jawab pak pandir untuk membela diri



bidan semah tak puas hati, belum pernah jenazah yang diuruskannya diperlakukan sebegitu. "apa syarat arwah yang dia minta pada kau tu?" tegas bidan semah.



"sebelum ini saya berhajat untuk berkahwin lagi, tapi isteri saya tak membenarkan dia kata langkah mayat dia dulu baru boleh kahwin lagi satu" jawab pak pandir dengan tenang.



maka lepas usai solat zuhur, jenazah pak pandir dan mak andir selamat dikebumikan dalam satu liang lahad manakala bidan semah telah menyerahkan diri kepada balai polis yang berhampiran.

Wednesday, August 17, 2011

#WordlessWednesday

dulu



sekarang





p/s: produk jus mate 5 memang berkesan. keh keh keh

Monday, August 15, 2011

#22 Kisah Ramadhan

kalau ramadhan menjelma macam-macam idea boleh timbul, idea buat meriam la, idea majlis berbuka puasa ramai-ramai, idea nak berniaga bazar dan tidak lupa juga idea yang jahanam dan tak patut dilakukan seperti tidak berpuasa. cuma idea yang last sekali tu tidak pernah sekali di cuba, cuma kalau idea berbuka puasa beramai-ramai ada la jadi sekali sekala tapi kebanyakkan tak dapat datang atas alasan busy berkerja.



"gua rasa elok kita buat majlis bersahur ramai-ramai time puasa ni" ujar mamat yang mengeluarkan idea tak logiknya.



" ah gila apa? sahur ramai ramai? kalau berbuka ye orang pernah buat." balas gua



"ah bukan apa bila majlis berbuka ramai yang tak dapat join sekali atas sebab kerja" sambung si mamat lagi.



si meon menyampuk "eh orait la tu, lepas sahur semua boleh solat jemaah sama-sama dan terus ke opis buat kerja."



gua terpana sebentar dengan idea mereka.kalau nak ikut idea memang tak logik kalau di ikutkan kata-kata memang logik sekali. cuma sayangnya majlis itu sampai dah berapa kali raya masih tak gerak-gerak lagi idea mereka.







Friday, August 12, 2011

#21 Meriam Untuk Tok Imam

macam biasa bila ramadhan menjelma berbagai scene ramadhan kita boleh jumpa, scene tak puasa, scene orang terawih dan paling power scene mercun. ia di malaysia, boleh dikatakan semua perayaan utama yang disambut oleh masyarakat malaysia pasti akan di meriahkan dengan mercun.



gua juga tidak pernah terlepas dari scene mercun ni, kalau nak ikutkan gua lebih kepada mercun tradisional yang tidak asing lagi di kalangan orang melayu kita iaitu meriam. bila beberapa hari sebelum menjelmanya ramadhan gua dan geng kampung berbincang tentang strategi untuk membina protoip dari barangan terbuang, dari tin ridsect hinggalah ke tiang 'signboard' yang dah patah. bukan apa dibandar ni payah nak dapat buluh, kalau ada pun jenis buluh buat perhiasan depan rumah.



selepas berbincang akhirnya kami memutuskan untuk merembat sahaja tiang 'signboard' yang patah dek kecelakaan jalan raya, lepas ramadhan jual kat besi buruk boleh buat duit raya. otak remaja macam gua memang cukup geliga membuat perkiraan bajet, macam biasa bila nak beli kabaid ni kena la kongsi ramai-ramai, si mamat menjadi bendahari untuk mengutip seorang rm5 untuk membeli stok sepanjang ramadhan ini.







****************************************







masa yang dinantikan telah ditiba, selepas selesai maghrib, gua dengan kutu kampung terus keluar masjid sedangkan tok imam baru bersiap sedia untuk memberikan tazkirah. kami memilih kawasan luas berhampiran masjid tempat kami bersiap sedia dengan segala peralatan untuk mengempur malam ramadhan kedua. gua dan meon bersiap sedia membancuh kabaid dengan air secukup rasa, nampak berasap kami terus memasukkan kedalam salur lubang yang telah tersedia.



"orait mat, kau tunggu lagi sepuluh 4-6 saat baru kau cucuh api kat lubang" ujar gua. maka si mamat memulakan perkiraan. selepas cukup masa dengan pantas mamat menyiot api ke lubang meriam.



kaaabbboooommm!



bunyinya bak peluru berpandu israel yang memusnahkan bumi palestin kuat dan padat. manakala kedengaran riuh rendah orang berketawa dari corong speaker besar masjid. gua dan rakan gua berpindah ke tempat lain untuk mengelak gangguan.







***************************







macam biasa pukul 10 malam, masing-masing minta diri untuk bersurai, gua pun berjalan kaki pulang ke rumah. sampai di rumah bapak gua yang baru pulang dari masjid menegur gua "tadi siapa yang main meriam? kuat sangat bunyinya sampai melatah tok imam dibuatnya". dengan muka tidak bersalah gua menjawab tidak tahu sebagai menutup episod suka duka "meriam untuk tok imam".





sources: google image



pada tahun itu sekeping kad raya diutuskan kepada tok imam melatah itu.

Thursday, August 11, 2011

#20 MessageToMyEx.

Assalammualaikum, saya adalah bekas makwe yang penulis blog ni, kalau anda pernah mengingati saya pada entri ini. nama saya Lailatul atau lebih dikenali diserata dunia sebagai lily allen. tujuan saya menulis blog ini adalah, eh masih boleh log in blog ex-boifren saya ni lagi. dasar buta it password pun tak reti nak tukar nasib baik dah putus. eh? okey kita kembali pada jalan cerita sebenar.



tujuan saya menulis entri ini, seperti anda sedia maklum keadaan di kota london sangat tidak mengizinkan buat masa sekarang ini dan memandangkan raya aidilfitri tinggal lagi 2 minggu lagi dengan kelengkapan raya belum mencukupi.jadi saya bercadang untuk beraya di Malaysia bersama dengan famili awak seperti raya aidilfitri 2-3 tahun lepas. mungkin raya pada kali ini sudah tidak memberi sebarang erti pada awak lagi tapi sekurang-kurangnya berikanlah saya peluang sekali lagi untuk saya memperbaiki kelemahan diri.



seperti biasa saya hadiahkan sekeping gambar untuk mengingatkan kembali memori berduri.



pic source: google image



oh ya pada tahun ini saya tak sempat hendak membuat kuih raya, biasalah kalau buat almond london pun masih terasa riot dikuihnya.



Wednesday, August 10, 2011

#19 Kad Raya Dari Gua

hai gua sedang busy membuat kad raya untuk di hantarkan kepada rakan,makcik,makwe,perdana menteri dan segala orang yang mengenali gua. yela semenjak kemunculan zaman teknologi, banyak yang telah berubah dalam perabadan sosial komuniti manusia sejagat.



kalau dulu 'time' raya rumah gua sentiasa dipenuhi dengan kad-kad raya yang diutuskan dari kawan-kawan gua walaupun satu sekolah, mereka sanggup hantar menggunakan pos untuk merasai keseronokkan scene hantar kad raya ni. cuma 2-3 tahun kebelakangan ini tiada lagi kirim kad yang gua terima lagi.



gua harap raya tahun ini gua dapat menyiapkan kad raya dan menghantarnya ke kenalan yang mengenali gua. dapat juga gua merasai semula scene menghantar kad raya, sekurang-kurangnya gua rasa jadi macam bebudak semula (hehehe :p).

Tuesday, August 9, 2011

#18 Ucapan Ramadhan Saya

hai! gua kembali lagi. lama juga gua tak apdet blog, last update pun 28 jun yang lepas. rasanya belum terlambat untuk gua mengucapkan selamat berpuasa kepada seluruh umat Islam di seluruh dunia pada ketika ini.



kepada yang lelaki anda tidak sebab untuk tidak berpuasa, dan kepada wanita anda janganlah menggunakan alasan masalah wanita untuk tidak berpuasa sesungguhnya Allah itu Maha Mengetahui.



yang benar

-ustad uk-