Malaysia sudah menghampiri sisi kritikal dalam ekonomi dan kesihatan... Memang tidak dapat dinafikan bahawasanya Malaysia sebenarnya sedang berperang dengan dirinya sendiri,,, bukan dengan penjajahan luar... bukan dari serangan luar... bukan juga daripada wabak penyakit
Impak dari wabak Coronavirus (Covid-19) sebenarnya bukanlah sesuatu yang besar yang tidak boleh ditangani dengan baik oleh Kerajaan Malaysia... akan tetapi kerana sikap lebih politik daripada pengurusan pentadbiran... perkara yang penting dikesampingan demi mendahului isu politik...
Jika kita sorot kembali punca sebenarnya isu kritikan dalam ekonomi dan kesihatan ini ... mahu tidak mahu kita kena menyetujui bahawa politik dalaman negara ini lah penyebab utama kenapa kita gagal dalam menangani isu wabak penyakit Coronavirus (Covid-19) kerana pincangnya sistem pengurusan dan pentadbiran Kerajaan ketika itu dan sehingga kini...
Kita dapat lihat bagaimana tiada tindakan tuntas dan pantas untuk menangani isu kesihatan diperingkat awalnya selepas Kerajaan Persekutan bertukar pemerintahan... Yang diberikan tanggungjawab untuk memimpin Kementerian Kesihatan dilihat lemau... lambat beraksi.. dan tidak ketahuan punca... bukan seorang... tapi tiga orang yang berkedudukan Menteri dan Timbalan Menteri..
Perkara yang sama juga berlaku dalam Kementerian Pendidikan dimana Menteri yang bertanggungjawab dilihat gagal membuat tindakan cepat dan pantas berkaitan dengan Pendidikan ni...
Kenapa ini semua berlaku... Kenapa kesan Perintah Kawalan Pergerakan yang dilihat makin caca marba pengurusan dan pentadbiran ni.... ini semua kerana salah percaturan yang dibuat oleh pihak Kerajaan yang diangkat dan dilantik..
Wasit yang ada sepatutnya melihat dari sudut yang lebih besar... namun seperti mana sosek-sosek liar di luar sana yang mengatakan bahawa kemungkinan Wasit juga mendapat laba yang besar atas pertukaran Kerajaan Malaysia ... kita tetap tidak boleh dapat menafikan bahawa ianya ada asas...
Jika dilihat daripada beberapa tindakan yang dibuat oleh Wasit... rakyat jelata dapat melihat dan mengandaikan bahawa terdapat beberapa isu yang berkemungkinan Wasit berlaku curang... Mungkin ada yang akan membantah... tapi seperti yang diperkatakan... bayang-bayang kecurangan Wasit tidak lah dapat ditutup dengan daun pisang ataupun daun keladi...
Hahaha.... payah bhai .... kalu wasit curang... sampai kesudah la tiada keadilan dalam perlawanan....

Ader paham ka???