Pengikut


Custom Search

IKLAN TEKS (Serendah RM0.35 Sehari)

PERINGATAN !!!

Bhai/DeeDee Sekalian.

Sila baca slow-slow dan fahamkan betul-betul artikel dan komentar gua dalam blog nih...... Tolong jangan baca skali lalu... Sebab kat sini gua banyak menulis secara indirect.... gua banyak berkias... gua banyak bermetafora... ayat gua bukan ayat skema SPM ker STPM ker... jadi tolong guna kapla... jangan membaca guna kapla lutut aaa..

Dan kalu lu bengap sangat tak paham aper yang gua citerkan... sila bertanya ... jangan main terjah sembrono jer... hahaha... karang tak pasai-pasai lu gak yang malu... hahaha .. Tolong jangan jadi bodoh... cukup la dah ramai pemimpin politik yang bodoh... lu jangan menambahkan korum... hahaha

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang.... ader paham ka???

Lagi satu... kat sini gua takder menghasut atau memfitnah serta mendajai sesiapa... jadi kalu lu orang terhasut ker, terfitnah ker, terdajai ker mender... itu masalah lu orang... hahaha... bukan masalah gua...... Hahaha... Untuk geng-geng Cawangan Khas... tak payah la buang masa baca blog gua... baik lu folo jer Anwar Ibrahim tue... hahaha... ader gak pekdah...
Showing posts with label Wasit. Show all posts
Showing posts with label Wasit. Show all posts

10 February 2021

Apa Perlunya Lagi Darurat 2021

Bhai/DeeDee semua..

Takder sebab munasabah lagi untuk meneruskan Proklamasi Darurat 2021... Tidak ada apa perlunya lagi Darurat 2021... dalam keadaan jumlah kes jangkitan wabak Covid-19 yang kita semua tahu telah dimanipulasi demi untuk kepentingan pihak tertentu...

Tapi yer la... kita semua pon tahu.... ader pihak yang dapat manfaat besar atas Proklamasi Darurat ini...

Payah jadinya bila Wasit yang sepatutnya mengadili Malaysia dengan adil dan saksama... dilihat condong berpihak kepada puak tertentu... Bukannya membuat keputusan demi kepentingan semua... tapi bertindak bias...

Ketua Pengarah Kesihatan sekarang ni pun sudah mengaku bahawa data yang ada memang dimanipulasi... data tahun lepas dimasukkan dan dicampur dengan data terkini... tu yang jadi masalah.... tapi kini pulak boleh mengaku yang data kadar jangkitan kes harian telah menurun...

Pelik dan mengelirukan....

Sebab itu gua tetap mengatakan apa perlunya lagi Darurat 2021.... jika semua dah kembali normal ... sila buka kembali Parlimen dan Dewan Undangan Negeri....

Sebab ... pasar malam dah boleh dibuka... kedai gunting dah boleh dibuka.... malah sudah boleh makan di kedai ... satu meja dua orang,..... So... apa nak citer lagi nih???



08 February 2021

Kalau Zahid Hamidi Pun Boleh Perasan...

Bhai/DeeDee semua...

Satu persoalan yang perlu dinyatakan disini adalah.... Kalau orang macam Zahid Hamidi dan Najib Razak pun boleh nampak.... tentang kegelisahan rakyat Malaysia terhadap kepimpinan Muhyiddin Yasin... Takkan la YDP Agong tak boleh nampak....

Takkan lah kan ...

Takkan lah YDP Agong tak perihatin langsung komen dan sindiran sinis rakyat yang terpampang jelas di akaun Facebook Istana Negara....

Takkan la Permaisuri Agong pun tak cakna pada apa yang tertera jelas di akaun Facebook Istana Negara... takkan lah mereka tak tahu... Pelik sungguh la kalau tak tau....

Atau....

Atau memang tak mahu amik tahu.... Ini pun satu masalah gak... bukan pertuduhan tapi sekadar untuk menjelaskan isu sahaja.... Kita (rakyat) berharap tidaklah sampai Baginda tak mahu amik tahu..... jangan la camtue... kesian kat rakyat...

Tapi tak pelik pon sebenarnya sebab dulu-dulu pun ... yang terdahulu pun macam tak amik tahu jugak... sebab tidak diperlihatkan kepada umum yang pihak tersebut mengambil tahu..... macam mana rakyat nak tahu kalu tidak diperlihatkan...

Apa pun... tanggung jawab sebagai pemimpin memang akan dihadapkan kehadapan Allah Taala nanti.... kalu sengaja tak amik tahu... maka berjawablah selancarnya nanti....  Allah Taala Maha Mengetahui... yang nyata dan yang tak nyata.... masa itu bukan mulut yang menjawabnya....

So.... berat tanggungjawab sebagai pemimpin nih.... jangan tak amik tahu dan takmo amik tahu... atau buat-buat tak amik tahu..... itu ja nak habaq... takkan tegur camnie pon boleh kena kutip??? huhuhu



04 February 2021

Wasit Yang Curang

Bhai/DeeDee semua...

Malaysia sudah menghampiri sisi kritikal dalam ekonomi dan kesihatan... Memang tidak dapat dinafikan bahawasanya Malaysia sebenarnya sedang berperang dengan dirinya sendiri,,, bukan dengan penjajahan luar... bukan dari serangan luar... bukan juga daripada wabak penyakit

Impak dari wabak Coronavirus (Covid-19) sebenarnya bukanlah sesuatu yang besar yang tidak boleh ditangani dengan baik oleh Kerajaan Malaysia... akan tetapi kerana sikap lebih politik daripada pengurusan pentadbiran... perkara yang penting dikesampingan demi mendahului isu politik...

Jika kita sorot kembali punca sebenarnya isu kritikan dalam ekonomi dan kesihatan ini ... mahu tidak mahu kita kena menyetujui bahawa politik dalaman negara ini lah penyebab utama kenapa kita gagal dalam menangani isu wabak penyakit Coronavirus (Covid-19) kerana pincangnya sistem pengurusan dan pentadbiran Kerajaan ketika itu dan sehingga kini...

Kita dapat lihat bagaimana tiada tindakan tuntas dan pantas untuk menangani isu kesihatan diperingkat awalnya selepas Kerajaan Persekutan bertukar pemerintahan... Yang diberikan tanggungjawab untuk memimpin Kementerian Kesihatan dilihat lemau... lambat beraksi.. dan tidak ketahuan punca... bukan seorang... tapi tiga orang yang berkedudukan Menteri dan Timbalan Menteri..

Perkara yang sama juga berlaku dalam Kementerian Pendidikan dimana Menteri yang bertanggungjawab dilihat gagal membuat tindakan cepat dan pantas berkaitan dengan Pendidikan ni...

Kenapa ini semua berlaku... Kenapa kesan Perintah Kawalan Pergerakan yang dilihat makin caca marba pengurusan dan pentadbiran ni.... ini semua kerana salah percaturan yang dibuat oleh pihak Kerajaan yang diangkat dan dilantik..

Wasit yang ada sepatutnya melihat dari sudut yang lebih besar... namun seperti mana sosek-sosek liar di luar sana yang mengatakan bahawa kemungkinan Wasit juga mendapat laba yang besar atas pertukaran Kerajaan Malaysia ... kita tetap tidak boleh dapat menafikan bahawa ianya ada asas... 

Jika dilihat daripada beberapa tindakan yang dibuat oleh Wasit... rakyat jelata dapat melihat dan mengandaikan bahawa terdapat beberapa isu yang berkemungkinan Wasit berlaku curang... Mungkin ada yang akan membantah... tapi seperti yang diperkatakan... bayang-bayang kecurangan Wasit tidak lah dapat ditutup dengan daun pisang ataupun daun keladi...

Hahaha.... payah bhai .... kalu wasit curang... sampai kesudah la tiada keadilan dalam perlawanan....

Ader paham ka???



Popular Posts

YouTube CipanTapirTenuk

Carta Rasuah

Carta Rasuah
Malaysia Nombor 1