Pengikut


Custom Search

IKLAN TEKS (Serendah RM0.35 Sehari)

PERINGATAN !!!

Bhai/DeeDee Sekalian.

Sila baca slow-slow dan fahamkan betul-betul artikel dan komentar gua dalam blog nih...... Tolong jangan baca skali lalu... Sebab kat sini gua banyak menulis secara indirect.... gua banyak berkias... gua banyak bermetafora... ayat gua bukan ayat skema SPM ker STPM ker... jadi tolong guna kapla... jangan membaca guna kapla lutut aaa..

Dan kalu lu bengap sangat tak paham aper yang gua citerkan... sila bertanya ... jangan main terjah sembrono jer... hahaha... karang tak pasai-pasai lu gak yang malu... hahaha .. Tolong jangan jadi bodoh... cukup la dah ramai pemimpin politik yang bodoh... lu jangan menambahkan korum... hahaha

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang.... ader paham ka???

Lagi satu... kat sini gua takder menghasut atau memfitnah serta mendajai sesiapa... jadi kalu lu orang terhasut ker, terfitnah ker, terdajai ker mender... itu masalah lu orang... hahaha... bukan masalah gua...... Hahaha... Untuk geng-geng Cawangan Khas... tak payah la buang masa baca blog gua... baik lu folo jer Anwar Ibrahim tue... hahaha... ader gak pekdah...
Showing posts with label Undi Orang Muda. Show all posts
Showing posts with label Undi Orang Muda. Show all posts

21 November 2022

Biarlah PN Membentuk Kerajaan Persekutan

Bhai/DeeDee semua...

Pandangan peribadi gua mengatakan eloklah kita biarkan Perikatan Nasional (PN) membentuk Kerajaan Persekutuan.... Pakatan Harapan (PH) sepatutnya beralah...

Beralah bukanlah bermakna kalah... Beralah sebab untuk kekalkan maruah... Untuk kekal integriti dan imej diri...

Sementelah Perikatan Nasional dok gila nak kejar juga jadi Kerajaan Persekutuan... adalah lebih baik dibenarkan mereka... sebab dengan ini ... mereka akan ada masa 5 tahun untuk rakyat adili mereka... 

Adakah dengan mereka menjadi Kerajaan Persekutuan, segala pentadbiran menjadi lancar...
Adakah dengan mereka menjadi Kerajaan Persekutuan, isu terkait RUU355 boleh mereka laksanakan..
Adakah dengan mereka menjadi Kerajaan Persekutuan, ekonomi negara menjadi lebih baik
Adakah dengan mereka menjadi Kerajaan Persekutuan, masalah terkait pendidikan dapat diselesaikan.
Adakah dengan mereka menjadi Kerajaan Persekutuan, banyak pelaburan asing masuk.
Adakah dengan mereka menjadi Kerajaan Persekutuan, kadar pengangguran dapat dikurangkan
Adakah dengan mereka menjadi Kerajaan Persekutuan, isu terkait buruh asing dapat ditangani
Adakah dengan mereka menjadi Kerajaan Persekutuan, isu terkait rasuah dalam perolehan ATM selesai
Adakah dengan mereka menjadi Kerajaan Persekutuan, kos sara hidup dapat diturunkan
Adakah dengan mereka menjadi Kerajaan Persekutuan, harga bahan keperluan dapat distabilkan
Adakah dengan mereka menjadi Kerajaan Persekutuan, pembangunan infrastruktur dapat diadakan
Adakah dengan mereka menjadi Kerajaan Persekutuan, isu terkait banjir dan alam sekitar dapat selesai
Adakah dengan mereka menjadi Kerajaan Persekutuan, isu air paip dapat diselesaikan
Adakah dengan mereka menjadi Kerajaan Persekutuan, isu MA63 dapat dimuktamatkan

Atau Kerajaan Persekutuan kendalian BERSATU dan PAS hanyalah sekadar retorik semata-mata.

Sedap la sikit nak tibai mereka pada PRU16 nanti.... Hahaha ... buat masa sekarang nih... kita bagi depa setalkan dulu semua benda nih.. tabley setel kalu sedap la tibai... hahaha



20 November 2022

Impak Dari Undi18

Bhai/DeeDee semua...

Dalam kes Undi18... gua masih ingat lagi yang antara parti yang kuat menentang Undi18 adalah PAS... asa itu PAS beranggapan bahawa pemuda dan pemudi Undi18 belum cukup matang untuk menentukan hala tuju negara...

Namun pada PRU15, PAS mendapat manfaat paling besar dalam sejarah penubuhan PAS apabila memenangi 44 kerusi Parlimen... Semua ini adalah hasil dari Undi18..

PAS telah lama menerajui pendidikan awal kanak-kanak dengan penubuhan PASTI (Pusat Asuhan Tunas Islam) .... dan dari kerangka yang ada disediakan itu... maka penerapan elemen Islam dan Agama berjaya dilaksanakan... dan dari usia kecil... kanak-kanak ini diperkenalkan dengan PAS dan hampir semua kanak-kanak ini pastinya menyamakan PAS dengan kegiatan Islam...

Ini yang telah ditanamkan dalam mindset kanak-kanak ini... dan ianya seumpama cerita tentang ubat gigi yang terkenal... COLGATE .... walau apa jenama ubat gigi yang anda pakai, pastinya tetap akan disebut Colgate untuk menerangkan produk itu...

Malah bila kanak-kanak ini sudah besar.. dan mereka juga memiliki dan membangunkan tadika atau taska berjenama sendiri (Brainy Bunch, Little Caliph, An Najjah, Ar Raudhah dan sebagainya)... imej Islam dan PAS tetap juga ditanamkan tanpa sedar oleh pengusaha ini...

Hahaha... Syabas buat PAS .... dan inilah yang tak berjaya dibuat oleh Tadika Kemas (dibawah Parti Barisan Nasional)..

So.... bijakkan PAS....




Akhirnya ...

Bhai/DeeDee semua...

Akhirnya tergantung jua kedudukan kerusi Parlimen bagi PRU15... Tiada mana gabungan yang memenangi kerusi majoriti... Semuanya balik kepada asal... back to square one... Hahahaha....

Nampak gayanya tetap jugalah akan berlaku seperti mana selepas Langkah Sheraton... akan ader penggabungan beberapa parti.... dan nama Perdana Menteri akan dipilih sendiri oleh YDP Agong...

Sama jer.... Hahaha ... takdak beza... Hahaha



19 November 2022

Sesuatu Yang Dijangkakan

Bhai/DeeDee semua...

Ada sekadar buih... tidak memberikan makna....  huhuhu



Paling Awal Dapat Keputusan PRU15 Pukul 9 Malam

Bhai/DeeDee semua...

Semua pusat mengundi PRU15 akan ditutup pada pukul 6 petang... jadi dari apa yang gua nampak... keputusan paling awal kita boleh dapat bagi sesetengah kawasan Parlimen mungkin sekitar pukul 9 malam...

Itu paling awal la...

Tapi gua saspek maybe paling awal sekali pukul 11 malam... dan pengiraan kertas undi akan berlanjutan sampai pagi... berkemungkinan sampai pukul 3 pagi bagi sesetengah kawasan yang luas parlimennya...

Jadi... kemungkinan kita nak tau total keseluruhannya malam nih jugak maybe tak boleh... terpaksa tunggu sampai pagi esok... Maybe total boleh tau sekitar pukul 6 pagi...

Tapi....ini semua bergantung... bergantung kepada siapa yang dapat cecah nilai ambang 111 kerusi Parlimen paling awal.... huhuhu...

Sabor jer la



Jom Mengundi Untuk Malaysia Baru

Bhai/DeeDee semua...

Malaysia nih dah kronik... Malaysia nih dah diambang risiko tenat ekonomi... Malaysia nih dah dikaki kerosakan ... kerosakan yang kekal akibat dari salah urus dan salah tadbir... Ketirisan yang tidak terkawal.. Pelaburan asing yang bagoosh-bagoosh tidak mahu berurusan di Malaysia...

Malaysia sebenarnya dah lama syok sendiri.. perasan bagoosh... ditambah lagi dengan rakyat yang mudah digula-gulakan... dan ditakutkan dengan elemen rasis dan keagamaan.... Sebab itu Malaysia sudah nak keluar membebaskan diri dari kepompong yang sama... sedangkan negara sekitar semua sudah buat perubahan..

Negara lain maju kedepan... Malaysia pula mengundur kebelakang... Gila aaaa...

Ayuh Malaysia.... Mari kita lakukan perubahan... Agar Malaysia menjadi sebuah negara yang menjadi contoh teladan di rantau ini...

Ayuh Malaysia... Bangkitlah...
Ayuh Malaysia... Mengundilah....



18 November 2022

PakNgah Balek, Bulan Mengambang

Bhai/DeeDee semua...

Hai Pak Ngah balek bulan mengambang….
Pak Ngah balek hari dah siang

#PRU15 #GE15 #Undi18 #PakNgah #PakNgahBalek #Ghazal #BulanMengambang #Kempen #Politik

Makin Kedepan - Voter Sentiment Ratio (VSR) - 17th Disember 2022

Bhai/DeeDee semua..

InsyaAllah ... kalu takder aral melintang gua akan publish lagi VSR yang terakhir pada malam nih... Ini semua VSR yang cukup berbeza dari VSR PRU14... Akan ada orang kata yang VSR nih tak tepat... takper la... gua tak heran pon...

Yang tepat hanya Allah Taala jer yang tahu.... itu ja nak habaq..



17 November 2022

Seharian Di Luar

Bhai/DeeDee semua...

Hari ini seharian gua ader di luar... berurusan ... mengambil dua orang pengundi Undi 18 balik untuk mengundi di Parlimen Kemaman.... Menariknya.... di Terminal Sentral Kuantan, gua lihat penuh orang muda balik untuk mengundi...

Gua jamin ini adalah sebahagian dari bilangan besar yang sedang dalam proses nak balik mengundi kali pertama pada PRU15 nih... hasil soal jawab tadi dengan beberapa responden... hampir semua orang muda nih bercerita tentang dua gabungan parti jer...

Perikatan Nasional dan Pakatan Harapan... takder sorang pun yang gua tanya... tak kira lelaki atau perempuan yang nak bersembang dan menyokong Barisan Nasional... Gerakan Tanah Air lagi la depa siap kata ader ujud ker... Hahaha

Gua gelak jer...  

Tapi ... kesimpulan yang gua dapat tadi.... bilangan yang nak mengundi Perikatan Nasional adalah berganda lebih ramai berbanding Pakatan Harapan....

Bila gua tanya kenapa ... mereka jawab... mereka dah pernah lihat kepimpinan Muhyiddin Yasin mengemudi Malaysia sebelum ini... dan mereka tak tahu apa kemampuan Anwar Ibrahim untuk memimpin Malaysia... Mereka tahu Anwar Ibrahim di canangkan sebagai bakal PM10... tapi mereka tak ada rasa konfiden.

Itu depa cakap... dan gua taknak nak debunk depa punya pandangan... Malaysia kan negara demokrasi.... Rakyat berhak untuk pilih sesiapa yang dia suka... nak undi penyamun pun atau lobai kaki fitnah pun apa kita boleh halang.... Hak berasosiasi (berpersatuan) dijamin oleh Perlembagaan.

Hahaha...



16 November 2022

Wow Meningkat - Voter Sentiment Ratio (VSR) - 16/11/22

Bhai/DeeDee semua...

Buat kerja kena cepat dan bijak... Itu jer gua nak cakap



Pengaruh PN Bagi Undi 18 Hebat Di Discord

Bhai/DeeDee semua...

Pengaruh PN di Undi18 cukup kuat di Discord. Research Centre banyak terlepas pandang.... tak kisah la berapa hebatnya nama Research Centre tue.... tetap gak terlepas pandang...

Hahaha.. Gua gelakkan jer.



15 November 2022

Yeah .... Gaduh La Lagi... Hahaha

Bhai/DeeDee semua...

Apa lagi tunggu... gaduh lar... hahaha... kasik lawan... Takiyuddin sudah lawan tokey... Hahaha

Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Muhyiddin Yassin hari ini menyanggah kenyataan dibuat salah seorang pemimpin kanan parti komponen itu berhubung isu bekerjasama dengan BN.

Menurut Muhyiddin dia tidak pernah memberi mandat kepada Setiausaha Agung PAS Takiyuddin Hassan, untuk bertindak sedemikian.

"Tujuan PN bertanding dalam PRU ke-15 adalah untuk membentuk kerajaan tanpa perlu bergabung dengan BN atau Pakatan Harapan (PH).

"Saya sebagai Pengerusi PN tidak pernah memberi mandat kepada Datuk Seri Takiyuddin Hassan untuk berunding dengan BN bagi tujuan membentuk kerajaan selepas PRU ke-15," katanya lewat pagi ini.

Hahaha...... gua tengah sedia pop corn dan coca cola nih... hehehe






Popular Posts

YouTube CipanTapirTenuk

Carta Rasuah

Carta Rasuah
Malaysia Nombor 1