Pengikut


Custom Search

IKLAN TEKS (Serendah RM0.35 Sehari)

PERINGATAN !!!

Bhai/DeeDee Sekalian.

Sila baca slow-slow dan fahamkan betul-betul artikel dan komentar gua dalam blog nih...... Tolong jangan baca skali lalu... Sebab kat sini gua banyak menulis secara indirect.... gua banyak berkias... gua banyak bermetafora... ayat gua bukan ayat skema SPM ker STPM ker... jadi tolong guna kapla... jangan membaca guna kapla lutut aaa..

Dan kalu lu bengap sangat tak paham aper yang gua citerkan... sila bertanya ... jangan main terjah sembrono jer... hahaha... karang tak pasai-pasai lu gak yang malu... hahaha .. Tolong jangan jadi bodoh... cukup la dah ramai pemimpin politik yang bodoh... lu jangan menambahkan korum... hahaha

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang.... ader paham ka???

Lagi satu... kat sini gua takder menghasut atau memfitnah serta mendajai sesiapa... jadi kalu lu orang terhasut ker, terfitnah ker, terdajai ker mender... itu masalah lu orang... hahaha... bukan masalah gua...... Hahaha... Untuk geng-geng Cawangan Khas... tak payah la buang masa baca blog gua... baik lu folo jer Anwar Ibrahim tue... hahaha... ader gak pekdah...
Showing posts with label Warisan. Show all posts
Showing posts with label Warisan. Show all posts

16 January 2024

Cakap Orang Politik ...

Bhai/DeeDee semua...

Cakap orang politik nih ko kena tengok dan pandang dari pelbagai sudut... kalu dier asik cakap dier stabil, kuat dan kukuh banyak kali... itu maksudnya dier tengah goyang leteww... dier pun seniri tak confident... takder keyakinan diri... Hahaha

Sebab itu la....

Jadi bila dengan Ketua Menteri Sabah cakap camnie... gua gelak jer... Hahaha.... nampak sangat goyangnya... Hahaha

Setakat Sembang


11 January 2023

Bung Moktar - Kabinet Sabah Adalah Haram

Bhai/DeeDee semua...

Bung Moktar telah menolak pembentukan Kabinet Kerajaan Negeri Sabah pimpinan Hajiji Noor. Bung Moktar Raden mengatakan ADUN yang dipilih kononnya mewakili UMNO itu tidak mendapat restu UMNO/BN Sabah.

'Pembelot’ dalam kabinet Hajiji tak wakili Umno - Bung Moktar

#PolitikSabah #BungMoktar #HajijiNoor #KemelutPolitik #Sabah #KabinetSabah #Kabinet #Politik #UMNO #BarisanNasional #BNSabah #BN #ShafieApdal #Warisan #GRS #GabunganRakyatSabah
#reactionvideo #reaksi #react
#CipanTapirTenuk #SocialCritics #C++ #KritikSosial

10 January 2023

Macam-Macam Kerenah Di Sabah

Bhai/DeeDee semua...

Pening, serabut, kelam kabut dan pelbagai lagi perasaan dan fikiran bila menilai tentang apa yang berlaku dalam kemelut politik di Sabah... Masing-masing dengan ego dan kepala sendiri.. Rakyat Sabah pun pening.. Tak tahu yang mana satu betul... Rakyat Semenanjung tambah lagi aaa...

Huhuhu...

Memang serupa ditelan mati emak, diluah mati bapak...  Hajiji Noor dengan Bung Moktar serta Shafie Apdal.... sama naik.. sama serabut... Huhuhu

Anwar Ibrahim dan Ahmad Zahid Hamidi kena cepat betulkan keadaan di Sabah sebelum peluang dirembat oleh Muhyiddin Yasin... kena amankan keadaan disana...

Bung Moktar Kena Pindah Kerusi


08 January 2023

Boleh Pulak Separuh-Separuh?

Bhair/DeeDee semua..

Bukan ker kalu tarik sokongan kena semua sekali... tabley separuh-separuh.. sebab kalu camnie tagune la ader Akta Lompat Parti.... Huhuhu...

Ker yang dikira diluluskan diperingkat Parlimen tue tak terpakai di peringkat Negeri ?? Pening jugak nih... Boleh pulak buat camnie aa.... Huhuhu...

Adoilah... Semua nih susun Statutory Declaration (SD) jugak ker?? Hahahaha...


Ketua Menteri Sabah, Hajiji Noor mendakwa menerima sokongan seramai 44 Ahli Dewan Undangan negeri (Adun) untuk kekal menerajui kerajaan negeri.

Jumlah itu melebihi empat sokongan Adun yang diperlukan untuk membentuk kerajaan negeri dengan majoriti mudah.

Gambar yang dirakam di tangga kediaman rasminya menunjukkan Hajiji berdiri bersama-sama dengan Adun GRS, PH dan lima Adun Umno Sabah.

Lima Adun Umno itu ialah Shahelmey Yahya (Tanjung Keramat), Jasnih Daya (Pantai Dalit), James Ratib (Sugut), Yusuf Yacob (Sindumin), dan Mohd Arsad Bistari (Tempasuk). Kelima-lima mereka semalam membantah keputusan BN Sabah menarik balik sokongan terhadap Hajiji.

07 January 2023

Makin Panas UMNO Sabah

Bhai/DeeDee semua...

Makin panas pulak situasi UMNO Sabah nih... BN Sabah katanya dah tarik balik sokongan kepada Ketua Menteri Sabah malam tadi... jadi sekarang nih kira macam kondisi DUN Sabah agak tergantung jugak la... Tapi di peringkat Pusat.. semalam anak Hajiji Noor iaitu Mohd Ghazali dilantik sebagai setiausaha politik kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Sabah, Sarawak dan Tugas-Tugas Khas), Armizan Mohd Ali.

Jadi nampak tak konflik nih jadi rumit...

Lima Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) UMNO tidak menyokong keputusan dibuat parti menarik sokongan terhadap Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor bakal berdepan tindakan disiplin.

Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin berkata, tindakan disiplin akan diambil kepada kelima-lima yang membuat tindakan bertentangan dengan keputusan parti.



22 November 2022

Siapa Jadi Pilihan?

Bhai/DeeDee semua...

Kita jangan terlebih teruja.... kadang-kadang apa yang kita hajati tak mungkin kita dapati... Allah Taala Maha Mengetahui... apa yang baik untuk kita... dan apa yang tak baik untuk kita...

Kadang-kadang... kita dapat sesuatu yang kita tak mahu... tapi itulah sebenarnya yang terbaik Allah Taala pilih dan tetapkan untuk kita...

Jadi persoalan.. siapa yang jadi pilihan YDP Agong nih... pada gua ... dah tak teruja sangat dah... sebab gua dah boleh baca gerak tari YDP Agong...  bukanlah nak merendahkan YDP Agong... tapi itu la... sekadar meluahkan rasa hati...

Apa pun.... semoga yang "terlantik" itu buatlah yang sebaiknya ikut amanah yang diberikan.



19 November 2022

Paling Awal Dapat Keputusan PRU15 Pukul 9 Malam

Bhai/DeeDee semua...

Semua pusat mengundi PRU15 akan ditutup pada pukul 6 petang... jadi dari apa yang gua nampak... keputusan paling awal kita boleh dapat bagi sesetengah kawasan Parlimen mungkin sekitar pukul 9 malam...

Itu paling awal la...

Tapi gua saspek maybe paling awal sekali pukul 11 malam... dan pengiraan kertas undi akan berlanjutan sampai pagi... berkemungkinan sampai pukul 3 pagi bagi sesetengah kawasan yang luas parlimennya...

Jadi... kemungkinan kita nak tau total keseluruhannya malam nih jugak maybe tak boleh... terpaksa tunggu sampai pagi esok... Maybe total boleh tau sekitar pukul 6 pagi...

Tapi....ini semua bergantung... bergantung kepada siapa yang dapat cecah nilai ambang 111 kerusi Parlimen paling awal.... huhuhu...

Sabor jer la



17 November 2022

Seharian Di Luar

Bhai/DeeDee semua...

Hari ini seharian gua ader di luar... berurusan ... mengambil dua orang pengundi Undi 18 balik untuk mengundi di Parlimen Kemaman.... Menariknya.... di Terminal Sentral Kuantan, gua lihat penuh orang muda balik untuk mengundi...

Gua jamin ini adalah sebahagian dari bilangan besar yang sedang dalam proses nak balik mengundi kali pertama pada PRU15 nih... hasil soal jawab tadi dengan beberapa responden... hampir semua orang muda nih bercerita tentang dua gabungan parti jer...

Perikatan Nasional dan Pakatan Harapan... takder sorang pun yang gua tanya... tak kira lelaki atau perempuan yang nak bersembang dan menyokong Barisan Nasional... Gerakan Tanah Air lagi la depa siap kata ader ujud ker... Hahaha

Gua gelak jer...  

Tapi ... kesimpulan yang gua dapat tadi.... bilangan yang nak mengundi Perikatan Nasional adalah berganda lebih ramai berbanding Pakatan Harapan....

Bila gua tanya kenapa ... mereka jawab... mereka dah pernah lihat kepimpinan Muhyiddin Yasin mengemudi Malaysia sebelum ini... dan mereka tak tahu apa kemampuan Anwar Ibrahim untuk memimpin Malaysia... Mereka tahu Anwar Ibrahim di canangkan sebagai bakal PM10... tapi mereka tak ada rasa konfiden.

Itu depa cakap... dan gua taknak nak debunk depa punya pandangan... Malaysia kan negara demokrasi.... Rakyat berhak untuk pilih sesiapa yang dia suka... nak undi penyamun pun atau lobai kaki fitnah pun apa kita boleh halang.... Hak berasosiasi (berpersatuan) dijamin oleh Perlembagaan.

Hahaha...



16 November 2022

Berapa Kerusi Boleh Menang?

Bhai/DeeDee semua...

Sana sini cerita konon puak ini dah yakin dapat 120 kerusi dalam tangan... ader pulak yang dapat 60 kerusi jer.. ader yang kata dapat 40 kerusi jer...

Macam-macam statistik dan dapatan... sampaikan culaan pon dikatakan tepat...

Walhal semuanya masih jauh dari sasaran memasing...

Bertanding pun cuma banyak nih... macam mana la akan terpaksa juga bergabung dua tiga parti... huhuhu... naya pak abu..



28 August 2021

Macam Mana Nak Perjuangkan MA63

Bhai/DeeDee semua...

Setakat sembang boleh lah... Macam mana nak perjuangkan MA63 jika perkara semudah untuk mendapatkan jawatan Timbalan Perdana Menteri II untuk orang Sabah dan Sarawak pun tidak berani mengusulkan.

Kelakar betul lah.

Punya la takut nak meminta peluang diberikan kepada mereka.. Kalau benda semudah ini pun payah... macam mana nak lead dan memerintah... takkan selamanya hendak dibuli oleh Kerajaan Persekutuan.

Sabah dan Sarawak mempunyai hak yang cukup... dan juga punyai kerusi Parlimen yang cukup banyak. Sepatutnya ianya digunakan sebaiknya bagi kepentingan Sabah dan Sarawak mengikut peruntukan yang ada dalam perjanjian MA63.

Adoilah.... lemau sungguh la GPS ni



26 August 2021

Kontradik

Bhai/DeeDee semua...

Banyak cantik muka...  time berkuasa dulu... bukan main suka orang lompat parti masuk parti dier... dah perkukuhkan kuasa dier.... walhal hanya parti cabuk jer... yang memang takder akar umbi...

La nih... dah tergolek... bukan main nak mintak itu ini... buat akta haramkan lompat parti...

Ceyyy... semua parti samer jer kat Malaysia nih.... UMNO, PAS, PKR, BERSATU, GPS, AMANAH, DAP, MCA, MIC, WARISAN.... semua ader perangai kaki lompat... tarak boleh pakai satu pon...




24 August 2021

Dah Lama Dah Disuarakan

Bhai/DeeDee semua...

Gua dari dulu lagi berpandangan yang jawatan Menteri Pembangunan Luar Bandar dan juga Menteri Pertanian diberikan kepada wakil-wakil dari Sabah dan Sarawak... Dan kalu boleh Timbalan Menteri Kerjaraya pun diberikan kepada Ahli Parlimen dari Sabah dan Sarawak.

Nak lagi bagoosh... Bagi juga jawatan Timbalan Menteri Kewangan II diberikan kepada Wakil Sabah dan Sarawak... dan kalu ader jawatan Timbalan Perdana Menteri II pun... patut diberikan kepada wakil dari Sabah dan Sarawak...

Barulah mudah kita nak membangunkan Sabah dan Sarawak... barulah MA63 tue dapat kita laksanakan dengan lebih berkesan.. tapi itu la.... ader yang bangang main politik berlebihan ... sampai Sabah dan Sarawak ketinggalan...

Ayoh... kita majukan Sabah dan Sarawak.... Ayoh GPS dan Warisan... Ayoh



23 August 2021

Patut Dah Lama Dapat

Bhai/DeeDee semua...

Sebenarnya bukan setakat jawatan TPM 2 dapat kat orang Sabah dan Sarawak... tapi jawatan Menteri Wilayah itu yang diperuntukkan kepada orang Sabah dan Sarawak... 

Tapi itu lar... pasai pemimpin Sabah dan Sarawak bodoh... pasai tue la tak dapat apa yang diminta... sedangkan boleh ja push mintak... kalu nak sokongan undi dari Sabah dan Sarawak...

Malah bukan itu sahaja... Jawatan Menteri Luar Bandar pun patut Orang Sabah dan Sarawak dapat... barulah pembangunan dan segala yang berkaitan senang nak diagihkan ke sana.... kena la push... takat nak bagi sesaja memang taklah... UMNO bukan kuat sangat dah... kena push...



25 April 2021

Makin Pelik PAS Sekarang Ni

Bhai/DeeDee semua...

Aper yang gua lihat sekarang nih PAS dah tak macam dulu... PAS dah kecamuk.. PAS dah macam takder pendirian ... PAS dah macam ikut sedap kepala pimpinan jer... Dah takder jatidiri... dah takder pegangan...

Ketua Pemuda PAS bertegas mengatakan PAS tak kisah bermain sampai 10 kolam sekaligus janji perpaduan Ummah terjah... Giler aper... dengan team ini lain janjinya... dengan team itu lain janjinya... dengan team sana lain janjinya.... dengan team sinum lain janjinya...

Dah macam pelacur.... adoilah...

Sudah pasti takder satu pon yang betul... sebab deal belakang macam nih memang selamanya ader benda  hanky panky... ader benda yang deal tapi takkan buat.... 

Tak pernah ader dalam sejarah Politik Malaysia perangai macam ni... ini memang jahanam...

Adoilah... Teruknya PAS la nih...



01 March 2021

Ini Sumpah Sesumpah

Bhai/DeeDee semua...

Sumpah orang politik sama macam sumpah orang yang sedang dibicarakan di Mahkamah..... dari dulu lagi semua ini adalah lakonan... Hahahaha...

Sumpah orang dalam Masjid pon boleh dibuat main-main dan diingkari... lagilah kalu sumpah junjung Al Quran atau mana-mana kitab agama lain.... Ini semua sumpah sesumpah... lidah bercabang...

Hahaha....

Sebab apa gua kata ini sumpah sesumpah... sebab depa yang buat sumpah tue tau... yang belum ader lagi orang yang dihukum secara direct sekarang nih oleh Allah Taala bilamana depa permainkan sumpah tue... Sebab takder pembalasan secara cash dan realtime...

Itu sebab semya ini sumpah sesumpah... lidah bercabang... tabley pakai....

Tak kisah la yang buat tue pakai songkok ka, pakai serban ka, pakai kopiah ka, pakai topi sudu ka... atau kepala togel....  ataupun pakai baju kot ka, pakai jubah ka.... semua tabley pakai...

Hahahahaha

Moga Allah Taala bagi sesiapa yang mainkan sumpah nih terus kena cash direct panah petir... kojol dan terbakar... biar sedar diri sikit



25 February 2020

Apa Sudah Jadi?

Bhai/DeeDee semua...

Abdul Hadi Awang itu hari bukan main sembang kata parti PAS adalah King Maker dalam politik Malaysia... Hahaha... betul ka parti PAS adalah King Maker???

Apa sudah jadi ngan King Maker???

Takkan sudah tak jadi King dah?? Sebab rupanya King Maker dalam politik Malaysia adalah GPS dan Warisan.... Nampak tak sekarang???

Punya la pening semua puak..... Pakatan Harapan dan Pakatan Nasional berebut-rebut nak dapat sokongan dari GPS dan Warisan... Kalu tidak tak cukup korum untuk memerintah...

Gua dengar citer ... nilaian yang ditawarkan mencecah ratusan juta.... err... yang ini SPRM boleh siasat ka?? SPRM boleh dakwa ka?? SPRM boleh semak ka akaun bank GPS dan Warisan nih???

Memang hebat penangan GPS dan Warisan nih.......

Ker macam mana????  Apa sudah jadi..... kita tengok kan jer...

Yang pasti parti PAS bukan King Maker.... hahahaha

06 January 2013

Pakaian Rasmi Pemuda UMNO Terdedah

Bhai.... UMNO dikaitkan dengan Melayu... betul dak... walaupun ramai dikalangan ahli UMNO yang bukan Melayu tulin....  ramai Mamak, Benggali, Arab, Siam, Myanmar, Bangla dan Filipina pon jadi ahli UMNO.... hahaha....  nak buat camana... tambah plak biler dalam UMNO (Baru)... ahli nombor 00000001 dier pon bukan Melayu... Mamak pun bukan... tapi Malabari.... hahaha.. yang datang dari wilayah Malabar di Selatan India satu masa dulu.... Hahaha...

Lu tarak percaya ka... cuba lu pi lepak kat Pulau Pinang dan join mana-mana mesyuarat UMNO kat sana... hahaha... sohih... kalu lu tak dapat dengar Bahasa Tamil digunakan didalam menyuarat tue... mesti lu salah tempat kot... hahaha... Gua pernah beberapa kali sajer join dalam menyuarat yang dikendalikan oleh geng-geng UMNO Pulau Pinang.... 60% daripada perbincangan dalam menyuarat tue dibuat dalam bahasa Tamil.... hahaha...

Itu la UMNO yang katanya Melayu.... UMNO adalah Melayu dan Melayu aderlah UMNO... hahahaha... yang bestnyer lagi.... puak-puak UMNO nih la jugak yang kata Melayu itu Islam dan Islam itu Melayu... walhal VVIP yang lepak kat mana-mana kelab malam, karaoke, pusat pelacuran dan maksiat serta pub aderlah dari kalangan ahli UMNO .... Hahaha... even Ayahanda PEKIDA pon boleh menaungi kelab maksiat dan arak.... hahaha...

Jadi... untuk memudahkan membezakan antara Pemuda UMNO dengan orang awam lain... errr.. orang Melayu lain aaa.... gua rasa gambar yang gua paparkan dibawah nih aderlah yang terbaik... aper kata ianya dijadikan pakaian rasmi Pemuda UMNO .... ianya menutup aurat aper... tak terdedah nyer... hahaha...

Boleh la Pemuda UMNO bawak keris merata.... sebab PDRM takkan kaco diorang.... hahaha... cuba lu bayangkan Pemuda UMNO dan semua ahli UMNO lepak kat kelab maksiat dan arak termasuk kelab malam tue dengan berpakaian camnie... baru la orang respek... baru la realistik UMNO itu Melayu dan Melayu itu UMNO .... hahahaha ... Geng-geng PEKIDA yang jadi bonser kelab malam termasuk gak ayahanda-ayahanda PEKIDA (macam Awie ker) yang jadi owner kelab maksiat tue pon boleh gak pakai pakaian camnie... baru terserlah keMelayuan..... hahaha

Hahaha... lawak siot.... hahahaha



Popular Posts

YouTube CipanTapirTenuk

Carta Rasuah

Carta Rasuah
Malaysia Nombor 1