Satu benda yang sepatutnya membezakan Malaysia dengan negara lain adalah betapa telusnya kita dalam menguruskan dan mentadbir negara berpandukan kepada Islam sebagai tunjak utama Malaysia. Patutnya sebagai sebuah negara yang menjulang syiar Islam, Malaysia wajar menjadi contoh...
Tapi...
Nampaknya Malaysia sudah menjadi lebih Apartheid dari Afrika Selatan, lebih rasis dari Amerika Syarikat dan China, lebih Zionis dari Israel... malah lebih jumud dari Arab Saudi dan Brunei.
Adoilah..
Dengan adanya intimidasi dari PDRM nih... gua tak nampak ader kebaikan darinya... bilamana ahli Parlimen pun boleh dikacau ganggu atas pos kritiknya bagi pentadbiran Kerajaan Malaysia... Bayangkan... level Ahli Parlimen pon boleh kena... takkan orang biasa macam lu dan gua takkan kena...
Payah la dapat pentadbir negara yang berhati tisu... tak kisah la dilevel mana diorang berada... langsung tak boleh ditegur dan dinasihati atau dikritik...