Jokowi ader mensyaratkan supaya kakitangan awam Indonesia kena kawal tindakan mereka dihadapan umum terutama dari segi gaya dan penampilan... Jangan terlebih gaya yang menunjukkan mewah berbanding dengan pendapatan sebagai kakitangan awam... takut nanti dikatakan oleh rakyat sebagai tak berhemah... patut utamakan produk tempatan berbanding produk luar
Tapi....
Tapi Isteri Jokowi sendiri pun taknak ikut saranan Jokowi tue.. Isteri Jokowi sendiri pun terlebih menggayakan produk luar yang harganya puluhan juta rupiah dalam satu insiden... Harga yang dilihat mahal dalam konteks di Indonesia... Adoilah... Kalu isteri sendiri pun tak buat apa yang disarankan... apa nak diharapkan la....
Contoh.. masa anak Jokowi berkahwin baru-baru nih... dilihat terlalu mewah segala urusan perkahwinan tue... malah siap menggunakan khidmat kakitangan awam bagi melaksanakan proses kenduri dan segala terkait program perkahwinan tue...
Nampak sangat cakap tak serupa bikin....
Nih gua buat seumpama peribahasa "pukul anak sindir menantu" tau....
Takkan la camnie punya ayat pun Walanon dan Bangsa Slurpp akan trigger... Adoilah... kalu trigger gak... memanglah lagi tisu dari Walaun dan Macai... Hahaha
Penampilan isteri Presiden Indonesia, Joko Widodo (Jokowi) yang sering dilihat mengenakan barangan fesyen berjenama telah mencuri tumpuan ramai orang, lapor laman berita Suara.com.
Iriana Jokowi kembali menjadi tumpuan apabila tampil menggayakan jaket mewah berharga puluhan juta rupiah ketika menemani suaminya ke Pulau Sumbawa, Nusa Tenggara Barat (NTB) semasa perasmian Empangan Beringin Sila Khamis lalu.
Beliau yang cuba menangkap ikan di tepi empangan dilihat memakai jaket parka berwarna biru laut dengan seluar biru dan tudung putih. Apabila disiasat, jaket itu berasal daripada jenama mewah Perancis, Louis Vuitton.
Berdasarkan laman web Louis Vuitton UK, Jaket dengan nama Broderie Anglaise Monogram Parka itu berharga sekitar 67.4 juta rupiah (RM19,070).
Sementara itu, di laman Louis Vuitton yang lain, jaket yang habis dijual itu berharga sekitar 75.5 juta rupiah (RM21,362).
Louis Vuitton merupakan jenama mewah di dunia yang diasaskan pada tahun 1854. Syarikat itu kini dimiliki oleh Bernard Arnault yang tersenarai sebagai salah seorang manusia terkaya di dunia.
Fesyen Iriana Jokowi didakwa bercanggah dengan saranan Presiden Jokowi yang melarang pegawai Polis Indonesia daripada menonjolkan gaya hidup mewah.
Jokowi malah meminta rakyat Indonesia menyekat penggunaan produk import dari luar negara, namun sebaliknya mencintai dan menggunakan lebih banyak produk tempatan.
“Semua orang perlu ada rasa krisis yang sama. Saya ingatkan mengenai gaya hidup, jangan biarkan ia bermegah-megah di tengah situasi yang sukar kerana wujudnya kecemburuan sosial ekonomi. Saya ingatkan anda untuk berhati-hati,” kata Jokowi kepada polis di seluruh Indonesia pada 14 Oktober lalu.