Pengikut


Custom Search

IKLAN TEKS (Serendah RM0.35 Sehari)

PERINGATAN !!!

Bhai/DeeDee Sekalian.

Sila baca slow-slow dan fahamkan betul-betul artikel dan komentar gua dalam blog nih...... Tolong jangan baca skali lalu... Sebab kat sini gua banyak menulis secara indirect.... gua banyak berkias... gua banyak bermetafora... ayat gua bukan ayat skema SPM ker STPM ker... jadi tolong guna kapla... jangan membaca guna kapla lutut aaa..

Dan kalu lu bengap sangat tak paham aper yang gua citerkan... sila bertanya ... jangan main terjah sembrono jer... hahaha... karang tak pasai-pasai lu gak yang malu... hahaha .. Tolong jangan jadi bodoh... cukup la dah ramai pemimpin politik yang bodoh... lu jangan menambahkan korum... hahaha

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang.... ader paham ka???

Lagi satu... kat sini gua takder menghasut atau memfitnah serta mendajai sesiapa... jadi kalu lu orang terhasut ker, terfitnah ker, terdajai ker mender... itu masalah lu orang... hahaha... bukan masalah gua...... Hahaha... Untuk geng-geng Cawangan Khas... tak payah la buang masa baca blog gua... baik lu folo jer Anwar Ibrahim tue... hahaha... ader gak pekdah...
Showing posts with label Paspot. Show all posts
Showing posts with label Paspot. Show all posts

30 June 2023

Tengok Muka Sikit???

Bhai/DeeDee semua...

Gua gelak jer biler dengar isu nih... tambah pulak mamat dalam gambar dibawah nih bawak isu rasuah... hahahaha.... bab KLIA ... Imigresen dan Kastam rasuah nih .... gua malas nak komen... ianya open secret...

Tapi bab mamat nih kata yang dier nak jadi juara cegah rasuah tu yang gua gelak besar...

Tengok muka sikit??? Hahaha.... macam la mamat nih bersih sangat... Hahahaha

=================
Buat konten video YouTube anda dengan mudah dalam masa 5 minit : https://bit.ly/3KEuTHL
Bisnes Online Guna Whatsapp? Mudahkan proses dengan : https://bit.ly/3Kp3RTD
Dapatkan Bitcoin Percuma Setiap Saat Anda Melayari Internet Browser : https://bit.ly/44xF74S
Dapatkan MoneroCoin FREE sekarang : https://bit.ly/3MaSQaJ

Ini Sure Lawak


20 September 2021

Sajat Nak Mohon Suaka Dengan Australia?

Bhai/DeeDee semua...

Pada 8 September 2021... Sajat telah ditangkap oleh Polis Thailand setelah membuat intipan sejak 4 Jun 2021. Memang benda-benda macam ni kena ambil banyak masa... bukan main serbu bodoh jer...

Dan pada 9 September 2021, Sajat dah ditahan di Ibu Pejabat Imigresen Cawangan Pembanterasan Pendatang Tanpa Izin Thailand atas kesalahan berkaitan imigresen dan didakwa di mahkamah pada 9 September.

Sekarang nih... Sajat khabarnya nak mohon suaka dengan Australia. Kononnya dia mendapat intimidasi dari Malaysia... Dan tindakan Sajat ini khabarnya disokong oleh beberapa NGO Antarabangsa...

Yang pasti. Paspot miliknya dah dibatalkan oleh Kerajaan Malaysia.

Pada gua benda nih simple jer nak handle.... tapi perlukan sokongan semua rakyat Malaysia la... boikot ja betul-betul semua perniagaan dier... supaya dengan ini akan menyekat kemudahan kewangan padanya.. letak semua itu bawah AMLATFA 2001. 

Kita tengok camana meroyannya dier lepas tue..



KTM Keluarkan Statement






14 July 2021

Suspek utama RCI Tabung Haji sudah dibenarkan berada di luar negara

Bhai/DeeDee semua..

Macam bangang kan... Sembang nak buat Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berkenaan dengan kes Tabung Haji (TH) .... kecoh la.... tapi.... tapi suspek utama RCI Tabung Haji sudah dibenarkan berada di luar negara.

Siap diberikan kebenaran oleh Mahkamah, PDRM, Imigresen dan Kerajaan Malaysia lagi... Pelik aaa... Patutnya suspek utama RCI Tabung Haji disekat daripada keluar negara. Ini tidak siapa dibenarkan pergi... konon untuk misi kemanusiaan la ... itu la... ini la...

Walhal suspek utama RCI Tabung Haji pun ader beberapa kes yang sedang dibicarakan di Mahkamah... ader beberapa kes...

Adoilah ... macam mana la orang nak respek kat undang-undang Malaysia ni... pelawok sungguh lar... huhuhuhu

#AzeezRahim #THChairman #TabungHaji

30 October 2013

Dalang Bekalkan IC Palsu Dibongkar... Menteri? Pegawai JPN?

Bhai/DeeDee sekalian...

Pembuatan Kad Pengenalan bercip 64k (MyKad) bukan dibuat dan dibekalkan oleh lima enam syarikat lar.... Setakat yang gua dimaklumkan... cuma ader satu syarikat jer yang terlibat... Iris Technology Sdn Bhd....  Dan cip pada kad tersebut khabarnya disediakan oleh GEMPLUS (yang nih cuba lu orang tolong sama siasat aaa)...


Persoalannyer sekarang ialah...

Kenapa IC Palsu dan IC Sah samer jer kualiti dan pembekalannya....  Semacam ader orang yang jual blank card (kad bercip kosong) kepada sindiket IC Palsu nih....  Aderkah ader pihak dalam Iris Technology yang terlibat menjual dan membekalkan kad bercip kosong (blank cip) nih kepada sindiket... ataupun memang ader production batch khas untuk sindiket nih....

Aderkah ianya sebenarnya bukan IC Palsu.... tapi ianya aderlah sebahagian daripada Projek IC yang mana data-data yang ada didalam cip MyKAD tersebut telahpon difabrikasikan....

Ader dua senario yang gua dapat semak ...

1. Kad bercip lengkap dengan data yang difabrikasikan (data biometrik) tapi tiada data link-up (tidak tally) dengan sistem di JPN (iaitu tiada data kelahiran dan sebagainya)

2. Kad bercip lengkap dengan data yang difabrikasikan (data biometrik) tapi ada data link-up (tally) dengan sistem di JPN... (iaitu ada data kelahiran dan sebagainya)

Kedua-dua kes senario nih boleh lu semak ada pada semua warga asing yang memiliki kad pengenalan MyKAD Malaysia... Aderkah ini menunjukkan bahawa sindiket tersebut menjangkau sampai terlalu ramai yang terlibat (dalam JPN)..

Masa gua bertugas di Ops Alpha Two-Zero di Cagayan De Oro... ramai warga Filipinia berbangsa Sulu siap berbangga dengan menunjukkan mereka ader MyKAD Malaysia beserta dengan Paspot Antarabangsa Malaysia..... Fuh.... teruk betul lah khianatnya pihak tertentu nih sampai menggadai keselamatan negara...

Bhai... kalu ikut undang-undang ... hukuman yang patut dikenakan bagi pihak yang terlibat khianat kepada negara dengan terlibat sindiket menjual identiti kenegaraan nih aderlah hukuman mati mandatori.... Hukuman "treason" aderlah gantung sampai mati.....

Tapi... biasa la... kes perbicaraan Projek IC kat Sabah itu hari pon senyap... malah takder saper pon yang akan dikenakan hukuman menderhaka kepada negara bab isu nih.... Hahahaha

11 March 2013

Mahathir Patut Didakwa Melancarkan Perang Kepada Agong

Bhai..... Lu kenal tak sama itu Mahathir Mohamed... Ala... si tua kutuk yang dah menyusahkan gua dan kengkawan gua.... sampai ader yang tercedera dan terkorban.... semua kerana kerja giler dan celaka yang dah Mahathir Mohamed nih buat dulu...

20 tahun dahulu Mahathir Mohamed buat projek IC kat Sabah... habis semua warga asing dari Filipina dapat kad pengenalan (IC) dan surat beranak.... dengan semua dokumen nih... ramai warga asing nih yang dapat Paspot Antarabangsa Malaysia.... cukup ramai.... kalu ikut analisis dari agensi gua... sekitar lebih kurang 500 ribu orang warga asing di Sabah dan Sarawak yang ader surat beranak, IC dan paspot antarabangsa Malaysia...

Bukan sikit.... analisa nih ketepatan dier cuma 80% jer... sebab banyak benda yang dah dikaburkan dan ditutup loopholenyer oleh JPN.... Semuanya atas arahan dan kepala bangang si Mahathir Mohamed tue.... Agensi dah kasi laporan lama dulu... menerangkan risiko yang bakal ditanggung jika berlaku sesuatu insiden.... tapi aper yang agensi dapat .... pegawai agensi dapat caci maki dan ugutan dari JPM termasuklah dari MKN jugak....

Macam haram jer kan.... celaka punya Mahathir Mohamed.... pasai dier la anggota keselamatan ader yang cedera dan meninggal dunia dalam insiden pencerobohan warga asing di Sabah..... dan pada gua.... Mahathir Mohamed ini patut didakwa melancarkan perang kepada YDP Agong.... dan dier patut dihukum gantung sampai mati....

Itu sahaja yang selayaknyer hukuman buat Mahathir Mohamed nih....

UPDATE 10.00 am : Bukan Mahathir Mohamed sahaja yang patut kena hukuman mati mandatori tetapi Aziz Shamsuddin dan beberapa orang lagi (ada masa nanti gua dapatkan senarai nama mereka yang patut dihukum mati atas menderhaka in). Semua mereka ini membelot dan melancarkan perang kepada YDP Agong.

by the way.... gua dah ader kat KL (sampai lewat malam tadi)... skrang tengah tunggu arahan untuk ke Sarawak atau Sabah pulak.


Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mencadangkan agar kerajaan membuat kajian mendalam berhubung insiden pencerobohan militan di Lahad Datu yang mengorbankan lapan anggota polis sehingga kini.

Bekas perdana menteri berkata kajian itu perlu bagi mengenal pasti bagaimana pencerobohan boleh berlaku termasuk kelemahan negara sehingga berlaku insiden itu.

"Kajian ini juga penting bagi menentukan sama ada kerajaan perlu menambah perbelanjaan untuk pertahanan termasuk membeli peralatan perang dan senjata untuk menangani serangan seperti ini," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan pandangan pada Forum Strategik bertajuk 'Masa Depan Bangsa Malaysia' di sini hari ini.

Dr Mahathir berkata hasil kajian itu nanti akan membantu kerajaan untuk meningkatkan kawalan keselamatan di kawasan Lahad Datu memandangkan pantai di Sabah berliku-liku dan mudah diceroboh pihak tertentu dari negara jiran, misalnya Filipina.

Beliau juga percaya kerajaan memiliki wang secukupnya untuk menambah perbelanjaan untuk pertahanan, termasuk meningkatkan bilangan anggota pasukan keselamatan, untuk menangani insiden pencerobohan sebab mendapat hasil yang banyak menerusi syarikat tempatan yang membuat keuntungan besar.

Ops Daulat yang dilancar bagi memburu saki-baki penceroboh bersenjata dari Selatan Filipina memasuki hari keenam dengan 53 penceroboh militan dilaporkan terbunuh dalam operasi itu.

Sejak pencerobohan militan pada 12 Februari lepas, lapan anggota polis terkorban iaitu dua wira terkorban dalam pertempuran di Kampung Tanduo pada 1 Mac dan enam lagi dalam serang hendap di Semporna pada 2 Mac.

Bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan sebelum ini berkongsi pendapat dengan Dr Mahathir apabila dilaporkan berkata kerajaan perlu membuat kajian terperinci tentang insiden pencerobohan pengganas di Lahad Datu.

Terdahulu dalam ucapannya pada forum itu, Dr Mahathir berkata kerajaan hanya memperuntukkan lima peratus dalam Belanjawan tahunan untuk pertahanan, manakala 25 peratus untuk pendidikan kerana menganggap pendidikan menentukan masa depan rakyat di negara ini - SUMBER

Popular Posts

YouTube CipanTapirTenuk

Carta Rasuah

Carta Rasuah
Malaysia Nombor 1