Pengikut


Custom Search

IKLAN TEKS (Serendah RM0.35 Sehari)

PERINGATAN !!!

Bhai/DeeDee Sekalian.

Sila baca slow-slow dan fahamkan betul-betul artikel dan komentar gua dalam blog nih...... Tolong jangan baca skali lalu... Sebab kat sini gua banyak menulis secara indirect.... gua banyak berkias... gua banyak bermetafora... ayat gua bukan ayat skema SPM ker STPM ker... jadi tolong guna kapla... jangan membaca guna kapla lutut aaa..

Dan kalu lu bengap sangat tak paham aper yang gua citerkan... sila bertanya ... jangan main terjah sembrono jer... hahaha... karang tak pasai-pasai lu gak yang malu... hahaha .. Tolong jangan jadi bodoh... cukup la dah ramai pemimpin politik yang bodoh... lu jangan menambahkan korum... hahaha

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang.... ader paham ka???

Lagi satu... kat sini gua takder menghasut atau memfitnah serta mendajai sesiapa... jadi kalu lu orang terhasut ker, terfitnah ker, terdajai ker mender... itu masalah lu orang... hahaha... bukan masalah gua...... Hahaha... Untuk geng-geng Cawangan Khas... tak payah la buang masa baca blog gua... baik lu folo jer Anwar Ibrahim tue... hahaha... ader gak pekdah...
Showing posts with label Lanun. Show all posts
Showing posts with label Lanun. Show all posts

02 April 2023

Lanun Nak Rembat Tanah OA

Bhai/DeeDee semua...

Ini semua bangkai lah... Sesuka hati jer nak rukar status tanah rezab. Adoilah… ini cara terancang salahguna kuasa nak rembat tanah rezab OA. 

Walhal OA lebih awal ada di tanah ini berbanding lanun. 

 #sokongOA

Rembat Tanah OA

Seorang pemimpin NGO Orang Asli Johor tampil mengulas cadangan untuk menukar tanah rizab kepada "tanah kesultanan".

Pengerusi Jaringan Perkampung Orang Asli Johor (JPOAJ) Dolah Tekoi berkata tanah rizab masyarakat itu sudah dilindungi di bawah Akta Orang Asli dan Kanun Tanah Negara.

“Perezaban dua cara ini telah dibuat bukan sahaja di Johor tapi rizab tanah Orang Asli seluruh negara.

"Maka dengan itu adalah tidak perlu untuk rizab Orang Asli Johor ditukar ganti dibawah Enakmen Tanah Sultan seperti yang disebut kerana perizaban ini selaras dengan Perlembagaan Persekutuan yang melibatkan semua negeri dan semua pihak selesa dengan cara ini," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Kenyataan itu dibuat hampir tiga minggu selepas Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar bertitah mencadangkan penukaran tanah Orang Asli menjadi "tanah kesultanan".

Sultan Ibrahim bertitah bahawa meletakkan kawasan dan rizab Orang Asli di bawah tanah kesultanan akan melindunginya daripada disalahgunakan.

Kawasan dan rizab Orang Asli dilindungi di bawah Akta Orang Asli, 1954 - yang antara lain menyatakan bahawa tanah tersebut tidak boleh diberi milik atau dilupuskan kecuali kepada Orang Asli yang tinggal di atas tanah tersebut.

Kerajaan setiap negeri, bagaimanapun, diberi kuasa untuk membatalkan status tanah tersebut.

Sementara itu, di bawah Seksyen 2 Enakmen Tanah Kesultanan Johor, apa-apa yang diklasifikasikan sebagai tanah kesultanan adalah milik Sultan dan tidak dianggap harta negeri.

Enakmen itu juga memperuntukkan bahawa tiada bahagian tanah kesultanan boleh dijual, dipajak, atau dilupuskan kecuali dengan kebenaran bertulis sultan.

Tidak ada peruntukan di bawah enakmen itu terhadap pembangunan yang dijalankan di tanah kesultanan - yang telah menyebabkan beberapa kontroversi pada masa lalu.

Dalam titah baginda pada 16 Mac, Sultan Ibrahim mendakwa terdapat kes di mana Orang Asli menjadikan hutan simpan negeri sebagai ladang kelapa sawit dan getah berskala besar.

Sultan Ibrahim juga mendakwa bahawa mungkin ada orang luar yang memanipulasi Orang Asli untuk mengambil kesempatan ke atas hak mereka, seperti membuat tuntutan kawasan rayau yang tidak munasabah.

Menjawab perkara ini, Dolah berkata pihak berkuasa perlu menyiasat jika benar ada Orang Asli dieksploitasi untuk membersihkan kawasan hutan yang besar, dan tindakan itu perlu diambil kerana tanah tradisional harus digunakan secara saksama di kalangan semua penduduk.

Bagaimanapun, dia berkata adalah tidak benar untuk mendakwa bahawa semua Orang Asli yang membuka kebun di dalam hutan dieksploitasi.

"Tidak benar kerana kami adalah kaum yg hidup dengan tanah atau bertani dari dahulu kala maka keinginan untuk berkebun bukan kerana hasutan orang luar tetapi atas kesedaran sendiri

"Hutan-hutan ini pula adalah Wilayah Adat bagi kami kerana ia memang diguna sejak turun temurun sebagai tempat mendapatkan sumber penting seperti perubatan tradisi, upacara keagamaan, makanan, memburu, mencari hasil hutan dan sebagainya," katanya.

Dolah juga berhujah bahawa "pembangunan" tidak boleh digunakan sebagai alasan untuk menghalang Orang Asli berkebun untuk menyara diri.

"Jika hanya ada surau, jalan raya, talian internet adakah Orang Asli sudah dianggap kaya hingga tak boleh membuka kebun untuk sara diri? Walhal jika kami hanya duduk berdiam diri sudah pasti Orang Asli akan dianggap bangsa yang pemalas," katanya.

Tambahnya, masih banyak kampung yang kekurangan keperluan asas seperti bekalan air bersih, elektrik dan jalan raya.

Dia memetik contoh Kampung Sedohok yang masih menggunakan telaga air, dan Kampung Pucur yang menggunakan janakuasa yang penduduk kampung terpaksa mengisi minyak dengan wang sendiri.

Dia berkata projek telaga tiub di beberapa kampung juga gagal dan memerlukan alternatif untuk menyediakan air bersih.

Dolah juga berkata program kerajaan untuk Orang Asli menanam tanaman komersial juga gagal kerana bayaran di bawah RM500 sebulan kepada setiap peserta tidak mencukupi untuk membawa Orang Asli keluar daripada belenggu kemiskinan.


13 March 2022

Perasannya Dia

Bhai/DeeDee semua...

Hahaha... gua gelak jer biler tengok semalam Ismail Sabri ke sana ke sini pakai baju BN.... hahahaha... Sejak biler aaa Kerajaan Persekutuan tue dikendalikan oleh BN... Hahahaha...

Tak malu betul dier .... Perasan team dier yang menang.... walhal yang menang aderlah team Zahid Hamidi dan Najib Razak... Hahaha




12 March 2022

Pun Intended

Bhai/DeeDee semua...

Selesai sudah pemilihan lembu-lembu untuk digunakan oleh Zeus ... Hahaha...

Lanun berkawan baek dengan Penyamun.



22 June 2015

Isu Kapal Tangki Hilang (Episod 6)

Bhai/DeeDee semua...

Ader orang kata kat gua... bahawa memang inilah lanun ganas yang merampas dan menawan kapal tangki MT Orkim Harmony kat perairan Johor baru-baru nih.... Gua nak kata betul pon tidak... nak kata tidak pun tidak.... Hahaha.... gua cuma nak tanya satu soalan jer...

Sebelum tue... bagi yang baru nak baca blog nih... sila ikuti insiden nih dari mula yer... hahaha

- Isu kapal tangki hilang (Episod 1)
- Isu kapal tangki hilang (Episod 2)
- Isu kapal tangki hilang (Episod 3)
- Isu kapal tangki hilang (Episod 4)
- Isu kapal tangki hilang (Episod 5)

Okeh.... mari kita tengok aper yang gua nak kemukakan nih.... Gua pasti ader yang akan kata dan pangkah citer gua... Takper... gua terima semua pandangan... dan gua hormati semua cadangan dan pandangan..... tak kira la lu belah mana pon... kalo lu sokong lanun pun gua tak heran.... aper ader hal...

Camnie... lu orang tau dak... jarak antara paras laut dengan tebing tepi sesebuah kapal tangki.... berapa tinggi dier.... Err... ianya bergantung kepada jenis dan design kapal tangki tue.... tapi paling cikai pon mesti lebih dari 20 kaki untuk elakkan kapal karam dimasuki air apabila ombak besar.....

Jadi..... cuba lu bayangkan

Kalu lar tinggi kapal tue dalam 20 kaki .... macam mana lu nak campak cangkuk bertali dari bot kecik lu dalam keadaan laut berombak paling kurang 1 atau 2 meter.....yang best tue sampai dan tersangkut dengan baek... pergh... hebatnya .....  Bhai... gua nak citer sama lu.... mimpi la lu nak buat camnie dalam keadaan tue... lupakan sajer la....

Tak caya gua cakap.... okeh.... cuba lu cari cangkuk bertali... dan cuba campak dan sangkutkan kat tepi dinding walking corridor kat tingkat 3 mana-mana sekolah yang ader bangunan bertingkat.... Cuba la.... cuba la dalam keadaan statik tanah tempat lu pijak.... berapa kali lu kena campak untuk sangkut...  cuba try la.... stakat sembang boleh la....

Kendian.....

Kalu dah dapat sangkut tue.... cuba lu panjat tali tue naik ke tingkat 3 bangunan sekolah..... amik timing lu... berapa lama lu amik masa... dan boleh ker lu naik tue dengan senang dan mudah..... kalu lu boleh buat tue dalam masa kurang 10 minit..... lu tambah kan masa dier 3 atau 4 kali ganda kalu kat laut yang ombak setinggi 1 atau 2 meter.... Hahaha

Hahaha... mampuh kerah...

Grapple Gun

Melainkan ianya menggunakan pelancar cangkuk (Grappling Gun) seperti yang kat atas nih.... Hahaha.... Ader ker lanun yang muka macam kat bawah nih ader kemudahan cam nieh...... Ini special force jer yang ader... macam SAS ker... VAT69 ker... UTK ker... PASKAL ker... PASKAU ker......

Hahaha.... agak-agak ler nak sembang satu Malaysia konon inilah kumpulan lanun yang mahir dalam elektronik dan komunikasi... malah terlatih sebagai anggota special force,... Hahaha


TAMBAHAN :

Dibawah ini adalah gambar Kapal Tangki MT Orkim Harmony yang sedang merapat dan berlabuh di Pelabuhan Kuantan. Khabarnya bekalan kargo minyaknya tidak terusik atau disedut keluar oleh lanun. Katanya kargo masih kuantiti asal. Paras Dek kapal setiap tingkat adalah dalam 10 atau 12 kaki. Ini gambar dibahagian belakang. Dibahagian tengah adalah agak rendah sedikit yang mana boleh lihat pada gambar dibawah sekali.



21 June 2015

Isu Kapal Tangki Hilang (Episod 5)

Bhai/DeeDee semua....

Isu kapal tangki hilang nih sudah masuk episod ke 5.... tapi belum lagi gua mau tamatkan dengan analisis terakhir... Sabar aaa.... Amik masa sikit...

Sementara tue... seperti biasa... kepada yang tak tau ujung pangkal citer nih.... sila baca

- Isu kapal tangki hilang (Episod 1)
- Isu kapal tangki hilang (Episod 2)
- Isu kapal tangki hilang (Episod 3)
- Isu kapal tangki hilang (Episod 4)

Kali nih gua nak bawak lu orang punya perhatian kepada 8 suspek yang dikatakan lanun yang merampas dan membawa lari kapal tangki MT Orkim Harmony yang sedang membawa kargo minyak milik Petronas...


Muka ganas kan lanun nih.... Hahaha.... yang nombor 5 dari kiri tue .. yang rambut gondrong tue... gua saspek dier aderlah Luffy (watak dalam anime One Piece) ..... Hahaha... dier nih mesti menyamar jer tue... Hahaha

Okeh.... antara 8 orang suspek yang dikatakan lanun nih.... saper la yang lu orang nampak educated sikit..... dan nampak ader skil dalam Bolasepak Elektronik dan Komunikasi? Hahaha... saper aaa??? Aderkah yang paling muda nombor 3 dari kanan yang kelihatan macam Beach Boy jer tue.....  atau yang nombor 1 dari sebelah kanan yang nampak macam pernah kerja kat Stesen Minyak sebagai Pump Attendant tue??

Atau pon sebenarnya pakar Elektronik, Navigasi dan Komunikasi dalam gambar ini aderlah pakcik tua yang nombor 2 dari kanan..... Hahaha

Lawak siot lar.... Hebat la lanun nih boleh mematikan sistem radar .....sistem navigation..... sistem satellite tracking.... sistem GPS.... dan semua sistem radio comm jenis HF, VHF dan UHF.,..... hebat aaa..... hebat..... 

Even kapten kapal pon takder skil mematikan sistem nih semua biasanyer..... Kalo ader pon sebilangan kecil la kapten kapal yang tahu nak mematikan sistem nih.... pasai ini bukan kerja dier... dan tiada sepatutnya ada pegawai atas kapal yang tahu mematikan benda nih atas sebab keselamatan.... Giler aaaa nak biarkan ader pegawai yang tau mematikan sistem nih... nanti asik kapal hilang jer kena sabotaj.....

Hehehe....... So...... gua masih teruja dengan 8 suspek lanun yang gua nampak macam pekerja kontrak bangunan jer nih yang mampu menawan satu kapal tangki berteknologi tinggi ...... dan boleh pula mematikan semua sistem radar, satelit dan komunikasi..... Hahaha... Syabas lar.... Itu menunjukkan Kerajaan Indonesia berjaya mendidik warganegaranya dengan ilmu dan teknologi tinggi.... yang tidak mampu Kerajaan Malaysia buat....

Cuba semak.... antara 8 suspek lanun nih... agaknyer semua ader Master atau PHD dalam bidang Elektronik dan Kommunikasi nih.... Hahaha..... Diorang nih semua mesti bekas graduan Universitas Gadjah Mada kot.... Hahaha... Salut aaa... Malah kumpulan lanun nih lagi hebat dari PASKAL pasai boleh meloloskan diri secara halimunan keluar daripada "perimeter recon" yang dbuat oleh PASKAL terhadap kapal ini semasa diperairan Vietnam/Kemboja ...... Hahaha.... lari naik bot kecik katanya.... giler siot... memang ader skil "special force" lanun nih

By the way... bak kata sorang kawan gua... "Ini kapal bawa minyak, bukannya kapal bawa pendatang haram Indonesia"  ..... Hahaha

Ader paham ka???

20 June 2015

Isu Kapal Tangki Hilang (Episod 4)

Bhai/DeeDee semua...

Petang tadi ader sahabat tanya gua..... pastue ader sorang pembaca blog nih pon tanya gua .... soklan yang samer... sajer jer gua takmo tulis dalam artikel gua yang sebelumnyer... sajer nak bagi lu orang jangan laju sangat aaa.,... ikut speed limit aaa...

Hahaha

Sebelum tue... sila baca artikel nih bagi sesiapa yang baru nak mengikuti episod insiden kapal tangki hilang nih... Hahaha

- Isu kapal tangki hilang (Episod 1)
- Isu kapal tangki hilang (Episod 2)
- Isu kapal tangki hilang (Episod 3)

Okeh.....  Dua soklan yang gua ditanyakan aderlah..... "Biasa atas kapal tangki macam nih ader berapa bot penyelamat?" ....... Hahaha... ini soklan cepumas nih bhai.,... memang cepumas..... Hahaha

Jawapan gua aderlah camnie..... Gua nak bagi lu orang paham sikit macam mana rupabentuk susun atur kapal tangki..... Okeh.... biasanyer dibahagian belakang kapal (orang panggil buritan kapal ... wei jangan gelak la wei)..... ader beberapa dek bertingkat..... paling bawah sekali aderlah dek engin (Engine Room) ... kendian biasanyer akan ader dek maintenance dan dek pelbagai diatas dek engin nih...



Lepas tue diatas dier akan ader dek kuarters (living quarters).... dan jugak dek kantin......  atas dek ini barulah ader dek Anjung (Bridge) .....ini la tempat dimana Kapten kapal nak handle navigate kapal.... dan inilah tempatnyer dimana semua peralatan komunikasi dan elektronik ditempatkan....

Tak semua design camnie... tapi lebih kurang camnie la... Aper pon... inilah tempat yang dipanggil "HABITAT" oleh sesetengah mariner.....

Dan untuk pengetahuan lu orang.... bahagian habitat ini biasanyer takkan lebih dari 20% dari keseluruhan kapal tangki... selebih tue dibahagian tengah sampai ke bahagian depan aderlah hollow... yang dipasang sesekat untuk simpanan minyak.... setiap satu sesekat biasanyer dalam 100 tan isiannya paling kurang kalu tak silap gua la... Hahaa... lu kena cek dengan drawing kapal tangki tue la... lain kapal lain designnya.....

Jadi.... kawasan yang berisi minyak nih biasanya dikawal oleh sensor dan valve.... sama macam kat atas platform atau onshore tank..... dan semua maklumat dihantar secara online ke Anjung (Bridge) ...... dimana akan ada sistem untuk monitoring.... macam sistem yang dibekalkan oleh YOKOGAWA ker...... Hahaha... Orang kerja Oil and Gas mesti tau pasai YOKOGAWA DCS (Distributed Control System) nih.... hahaha

So..... Bagi kapal tangki macam nih.... dimana "HABITAT" hanya merangkumi 20% jer dari keseluruhan kapal... maka bot penyelamat yang warna oren itu akan diletakkan berhampiran dan senang diakses... dimana ianya mesti berada bersama "HABITAT" ... So.... bagi sesebuah kapal tangki.... dalam kes ini MT Orkim Harmony .... Bot Penyelamatnyer cuma ader satu jer dibelakang kapal dan sentiasa dalam mode "Ready To Deploy" ..... Hehehe.... Bot nih kapasiti orang boleh isi standard dalam 25 orang paling kurang... dengan berat setiap orang diletakkan pada kadar 100kg (Mengikut SOLAS 1974)....

Gambar di Pelabuhan Kuantan

Maka.... Kalu lah benar lanun yang menawan kapal MT Orkim Harmony dapat lolos dari kepungan kapal TLDM yang dipantau oleh PASKAL. dengan menggunakan bot penyelamat warna oren... pastinya bot penyelamat yang ada pada Kapal MT Orkim Harmony tersebut telah hilang dan bukan seperti yang kiter boleh lihat di Pelabuhan Kuantan masih berada dalam mode "Ready To Deploy" diatas kapal tersebut....

Hahahaha.... something wrong somewhere la kawan.... Hahaha..... Dan seperti yang gua selalu kata... kalu nak plan mender pon... kena la professional.... Hahah..... Penat la layan sinetron cam tak siap jer nih... Siapa pengarah filem nih aaa.... Takkan la Azwan Ali kot?? Hahahaha

P/S : Sekadar nak bagitau yang Episod 5 sedang dikarang sebab ader maklumat dan fakta yang gua nak kemukakan... Nanti boleh baca kat blog nih... Hahaha


Isu Kapal Tangki Hilang (Episod 3)

Bhai/DeeDee semua....

Gua sedang mencantumkan beberapa point yang gua dapat daripada beberapa sumber termasuk dari media... Dan gua akan cuma kaitkan link-link yang bersabut dengan point tersebut untuk lu orang nilaikan sendiri.... Gunakan akal yang waras yang Allah Taala dah berikan kepada lu orang sumer....

Sebelum bercerita lanjut... sila baca dua artikel ini dahulu sebab ianya berkait antara satu sama lain....

- Isu kapal tangki hilang (Episod 1)
- Isu kapal tangki hilang (Episod 2)

Okeh.... tulisan gua selama ini sekadar nak bagi percambahan idea kepada lu orang.... lihat dari sudut pandang yang lain... yang stereotype jer.... tukar sikit pemikiran tue okeh...

Ini gambar suspek yang dikatakan lanun tue.



Gaya rupa tak semestinya menunjukkan keganasan seseorang tue... Ader yang nampak baik pakai kopiah atau songkong.... tapi perogol bersiri.... tapi pembunuh janda.... tapi kaki maksiat.... semua tue susah nak tengok sekali imbas.... ader ciri-ciri tertentu yang membezakan....

Jadi kalu ikut gambar nih... lanun paling muda adalah yang nombor 3 dari sebelah kanan.... manakala lanun yang paling tua adalah yang nombor 2 dari sebelah kanan..... Dan kalo ikut pandangan mata gua la.... ketua kumpulan lanun ini aderlah yang nombor 4 dari sebelah kiri mana kala asisten dier aderlah yang nombor 4 dari sebelah kanan.... Hahaha.... ini analisis secara rambang dan lawak la bhai.... lu jangan anggap analisis muka nih paling tepat.... Hahaha.....

Okeh.... gambar nih gua rasa diambil dari dalam sebuah sekolah yang dijadikan pusat tahanan sementara bagi suspek nih.... Maybe la kot....

Jadi....

Jadi berbalik kepada point awal sekali aaa...... lu ingat 8 orang nih boleh ka panjat kapal tangki dalam masa pantas ala pasukan tindakan khas dengan hanya bergantung pada tali dan cangkuk yang disangkutkan pada sisi kapal tangki..... Bhai... kapal tangki paling kurang tinggi sisinya lebih dari 30 kaki dari paras air laut la bhai.... jadi dalam keadaan laut yang berombak-ombak... lu ingat senang ker nak naik menceroboh atas kapal dengan pantas kalu tiada latihan.... susah bhai.... Lu tak percaya ka... okeh... lu ikat satu tali kapal kepada pokok kekabu yang tinggi 30 kaki.... pastue lu panjat .... yang ini dalam keadaan takder terhoyong hayang.... amik lu punya timing panjat tue.... mesti lu terkejut la bhai.... Hahahaha

Lepas tue.... nak naik atas kapal tangki minyak nih kena bawa senjata... errr.... bhai... lu ingat senjata berapa kilogram beratnyer bhai? Hehehe.... Okeh.. katakan la diorang bawak pistol..... ringan jer.... tapi masih susah jugak nak panjat kapal tue dari bot pancung dengan bawak pistol... sebab gua tak nampak diorang nih pakai pistol holster.... Hahaha....

Lagi best tue.... muka-muka suspek lanun nih nampaknyer lagi hebat dari anggota PASKAL kiter yang sepatutnya buat "Perimeter Recon" pada kapal tangki tersebut 24 jam..... sebab diorang boleh menyusup keluar secara halimunan dengan menggunakan bot keselamatan yang kelajuan paling laju aderlah 5 knot..... Hahaha.... warna oren pulak tue.... buat lawak betul lar.... PASKAL yang dilengkapkan dengan Night Vision Goggle pun tak boleh perasan yang lanun nih dah tinggalkan kapal lima jam lebih awal..... Hahaha.... Bos PASKAL kena jawab nih ..... kalo tidak sure rakyat Malaysia akan memandang kecil dan sinis terhadap keupayaan PASKAL untuk melakukan operasi menyelamat dan menawan penjenayah di laut....

Alasan yang diberikan oleh Bos APMM kononnya tindakan serbuan tidak dapat dibuat kerana kapal tangki ini membawa bahan mudah terbakar amatlah kelakar... kalu gitue lain kali biar jer la lanun nak buat aper pon.... atas alasan takut membahayakan nyawa tebusan...... Hahaha.... Bos APMM nih tau ker dah bagaimana latihan operasi menyelamat tebusan dilaut yang biasa dibuat oleh PASKAL .... Ker Bos APMM nih sekadar nak cover line ja.... Hahhaa

Soalan paling best..... aper kejadahnyer APMM tak boleh pantau dengan cepat perairan dari area Perairan Johor sampai ke Kelantan dengan kemudahan yang ader pada mereka... Helicopter ader.... malah TUDM pon ader bagi khidmat pemantauan udara.... bagaimana kapal tue boleh berlayar relaks jer tanpa dikesan sepanjang perairan Malaysia ... Bukannyer kapal tue berlayar pada kelajuan 200 knot..... Hahahaha .... Lawak aaaa..... dalam keadaan laut yang agak sibuk dengan pelbagai kapal dagang lengkap dengan sistem radar laut yang canggih .... Hahaha

Kesimpulannya....

Ader benda yang tak kena dengan ini cerita... dan seperti yang gua saspek.... 8 orang suspek lanun nih aderlah cuma kambing hitam.... takpa... ianya amik masa sikit... tapi lama-lama terbongkar la ini cerita yang busuk .... Hahaha... sapa yang untung dalam ini cerita.... Hahaha... lu pikir sendiri la....

Ader paham ka??

P/S : Episod 4 gua sedang dapatkan maklumat tambahan.... insyaAllah akan ader keluar nanti... tunggu dengan sabor jer la... jangan sampai terbuka posa lu orang.... Hahaha

19 June 2015

Isu Kapal Tangki Hilang (Episod 2)

Bhai/DeeDee semua...

Ader kawan tanya pandangan gua tentang isu kapal tangki hilang.... dier mintak gua ulas dari sudut pandang Agensi (gua dah bersara la wei) .... Jadi dekat bawah nih gua akan ulas aper yang gua lihat dan perhatikan serta paham...

Sebelum lu orang nak teruskan baca.... sila baca episod pertama dulu isu kapal tangki hilang nih..

Okeh... kalu dah baca citer episod pertama tue... mari kita buat sambungannyer... Hahaha ... dan lu kena folo kes ini mengikut Senario 2.

Dalam kes kapal tangki hilang nih... ader beberapa kemusykilan.... pertamanyer... bebudak operatif Agensi tidak digerakkan untuk buat pemantauan dan penjejakan.... maybe Big Bos dapat alamat kasyaf dier kot... Hahaha... jangan mare aaa Bos... nanti raya gua salam bos mintak ampun maaf dan duit raya.... Hahaha

1. Kapal dikesan diperairan antarabangsa berhampiran Kemboja (Cambodia) ..... setelah hampir 3 atau 4 hari ... pelik bin ajaib... sebab perairan ini banyak kapal dagang yang lalu lalang.... takkan la takder satu pon yang nyaris berlanggar dengan kapal yang belayar tanpa radar ID .... dan takkan takder satu pon kapal dagang yang terlihat kapal tersebut lalu diperairan Pahang dan Terengganu serta Kelantan... Kapal kalu nak jimat minyak dier akan lalu kat chart area....  laluan biasa.... jadi ader pelik sikit biler ianya hanya dikesan terlalu jauh.... walhalnya ... selepas amaran hilang dikeluarkan... semua laluan dipantau oleh APMM....

2. Kelajuan biasa sebuah kapal tangki adalah antara 10 hingga 18 knot jer.... jadi tak la laju sangat .... Oh yer.., 1 knot tue bersamaan dengan 1.15 batu sejam.... jadi lu kira la tolak bahagi.... dari Perairan Johor (Kota Tinggi) nak sampai ke area berdekatan Pelabuhan Kuantan di Pahang..... berapa jam dier amik... Hahaha.... Jadi sepatutnya sure cepat dapat pantau... Tambah lagi kemudahan aset APMM yang ada di Gebeng, Kuantan siap dengan helipad.... Hehehe .... Biasanya pemantauan udara paling mudah nak kesan kapal hilang nih kalau kapal tangki la....

3. Lanun dapat bolos (katanya la) dengan bot keselamatan.... Bhai/DeeDee semua... kat bawah nih gua sertakan gambar bot keselamatan yang biasanyer ader kat atas kapal tangki dan kapal kargo... Siapa belajar bidang maritim... sama ader di Politeknik Ungku Omar (PUO) atau Akademi Laut Malaysia (ALAM) atau juga di RANACO sure tahu benda nih..... Hahaha..... Kalu orang yang kerja Oil and Gas lagi la biasa nampak benda nih.... Stendet kalo ikut SOLAS (International Standard for the Safety of Life at Sea) 1974 bagi kelajuan sesebuah Rigid Hull Rescue Boat aderlah 5 knot sahaja.... Hahaha... jadi takkan la PASKAL tak boleh nak pintas dan tahan.... Hahaha





4. PASKAL berkemampuan untuk buat serbuan dan pintas kemudahan yang ditawan dengan pantas di laut lepas... jadi janganlah hinakan PASKAL dan kredibiliti TLDM... Please la wei.....  Kalau ikut kenyataan media Panglima TLDM ... Kapten Kapal Tangki ini diugut dan sebab itu selepas 5 jam lanun melarikan diri barulah dia menghubungi pasukan penyelamat.... Ini point yang gua gelak besar... Giler aper PASKAL tidak membuat perimeter recon 24 jam bagi kapal tangki yang dah ada dalam pemantauan diorang... Tentulah mereka ader buat sebab itu S.O.P bagi PASKAL ... Jadi kalu nak citer pasai lanun boleh menyusup keluar dengan bot keselamatan tanpa PASKAL detect aderlah mustahi..... Agak-agak la nak pusing cerita nih.... Hahaha

Jadi.... kesimpulan yang gua dapat lihat dalam kes kapal tangki hilang ini aderlah satu strategi untuk pengalihan isu dan strategi untuk menaikkan nama serta kredibiliti seseorang.... Gua tak kisah lu orang nak sanggah point gua.. tapi ini lah yang gua nampak....

Ader masa nanti gua tambah lagi point... Hahaha

Ader paham ka???

(nantikan episod 3 isu kapal tangki hilang ini hanya ekslusif di blog ini)

02 June 2013

Ini Kena Tanya Musa Aman La

Bhai... hahahaha.... gua takmo nak citer banyak.... tengok sajer la gambar nih.... dan baca citer berkaitan kat  sini..... hahahaha .... Ini kena tanya Musa Aman la.... hahahaha... mampuih... aper daaa...



Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar telah tidak dibenarkan oleh pihak imigresen Sabah memasuki negeri ini.

Menurut ahli Parlimen (MP) Lembah Pantai itu, pegawai imigresen di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu sedang mengatur untuk menghantarnya pulang.

"Saya ditahan oleh imigresen Sabah dan diarah pulang oleh pejabat ketua menteri Sabah. Beginilah nasib demokrasi pasca-PRU13. Just you wait BN" tulis Nurul dalam twitter pada kira-kira jam 7.30 petang ini.

Katanya, beliau tidak dibenarkan berjumpa MP Penampang, Darell Leiking yang bertindak sebagai peguamnya.

Nurul Izzah adalah naib presiden PKR yang kedua tidak dibenarkan masuk ke Sabah. Sebelum ini, naib presiden PKR yang juga MP Batu Tian Chua disenaraihitam oleh imigresen Sabah tidak lama selepas kejadian Lahad Datu berlaku pada bulan Februari.

"Terdapat MP lain yang tidak akan dibenarkan masuk ke Sabah. Apabila ditanya nama (mereka yang tidak akan) dibenar masuk, (pihak imigresen berkata ia) dianggap rahsia," kata Nurul Izzah.

Sebelum ini, Hilman Idham, pembantu Timbalan Presiden PKR Azmin Ali, juga tidak dibenarkan memasuki negeri ini, bersama-sama dengan ahli jawatankuasa pemandu BERSIH 2.0 Syukri Razab, yang berasal Sabah.

Pada kira-kira 8.20 malam, Nurul menulis dalam twitter bahawa beliau tidak dibenarkan bertemu peguamnya dan diiringi tiga pegawai imigresen Sabah menaiki kapal terbang.

07 September 2012

Sejarah Yang Digelapkan

Bhai... gua nak bagitau lu.. gua kalu bab sains dan sejarah nih cukup minat... sejak dari kecik lagie... malah dua sabjek nih memang selalu bagi gua markah yang tinggi sampai gua dapat hadiah di sekolah dulu... hahaha... dua benda yang gua cukup minat....

Tambah lagi kalu bab sejarah yang digelapkan... contoh... tentang siapa yang patut duduk dikerusi Sultan bagi negeri Johor ker... Perak ker... Kedah ker... Terengganu ker.. Kelantan ker... Negeri Sembilan ker.... Pahang ker.... hahaha...

Citer tentang waris sebenar yang lebih layak... citer sejarah tentang kekuasaan pengaruh pelayar Islam dan "lanun" Islam di dunia...

Citer tentang pengaruh parti-parti yang lama dalam negara nih yang mencetuskan semangat kemerdekaan... citer disebalik tabir... citer sejarah yang digelapkan;...

Dan baru sat tadi gua baca satu artikel nih.... lu boleh baca kat sini..... hari nih gua baca... tapi nanti ader masa free gua akan buat kajian lanjut dan mencari jalan untuk mengesahkan kesahihan artikel tue... aper pon.. buat percambahan minda kiter... aper salahnyer kita baca...

Popular Posts

YouTube CipanTapirTenuk

Carta Rasuah

Carta Rasuah
Malaysia Nombor 1