Pengikut


Custom Search

IKLAN TEKS (Serendah RM0.35 Sehari)

PERINGATAN !!!

Bhai/DeeDee Sekalian.

Sila baca slow-slow dan fahamkan betul-betul artikel dan komentar gua dalam blog nih...... Tolong jangan baca skali lalu... Sebab kat sini gua banyak menulis secara indirect.... gua banyak berkias... gua banyak bermetafora... ayat gua bukan ayat skema SPM ker STPM ker... jadi tolong guna kapla... jangan membaca guna kapla lutut aaa..

Dan kalu lu bengap sangat tak paham aper yang gua citerkan... sila bertanya ... jangan main terjah sembrono jer... hahaha... karang tak pasai-pasai lu gak yang malu... hahaha .. Tolong jangan jadi bodoh... cukup la dah ramai pemimpin politik yang bodoh... lu jangan menambahkan korum... hahaha

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang.... ader paham ka???

Lagi satu... kat sini gua takder menghasut atau memfitnah serta mendajai sesiapa... jadi kalu lu orang terhasut ker, terfitnah ker, terdajai ker mender... itu masalah lu orang... hahaha... bukan masalah gua...... Hahaha... Untuk geng-geng Cawangan Khas... tak payah la buang masa baca blog gua... baik lu folo jer Anwar Ibrahim tue... hahaha... ader gak pekdah...
Showing posts with label England. Show all posts
Showing posts with label England. Show all posts

23 November 2022

Sistem Kita Lebih Baik

Bhai/DeeDee semua...

Umum mengetahui yang kita mengamalkan sistem demokrasi berparlimen ala Westminster yang nampak similar dengan sistem di England. Betul la tu sebab kita dulu pernah menjadi tanah jajahan Kerajaan British.

Kita menggunapakai sistem Raja Berpelembagaan.

Tapi... sistem yang kita pakai jauh lebih baik daripada sistem yang ada di England itu. Satu sistem yang lebih kompleks tapi teratur dan selamat. Selamat daripada ganggu-gugat secara teknikal ataupun secara taktikal.

Di England ... Queen (eh.. sekarang dah King) bertindak untuk endorse serta mengawalselia urusan Kerajaan yang dipandu oleh Perdana Menteri England. Proses "check and balance" ini dilakukan sebaiknya oleh King of England.

Jadi apa sahaja tindakan dari Perdana Menteri England setelah mendapat kelulusan Kabinet dan Parlimen perlu mendapat perkenan dari Raja England.. Setakat itu sahajalah... itu sahajalah yang mengikat... dan tindakan Raja England adalah penamat.

Tapi berlainan pula di Malaysia... sistem kita lebih kompleks dan mengikat. Sebab kita ader 5 sistem yang saling berkait dan perlukan kelulusan.

Jika sesuatu itu telah diputuskan oleh Kabinet dan ianya dibawa ke Parlimen untuk dibahaskan.. dan seterusnya nak dilaksanakan...  dan ini pula perlu dipersembahkan kepada YDP Agong.... dalam banyak perkara YDP Agong boleh sahaja membuat keputusan yang muktamad... tapi dalam banyak keadaan ... YDP Agong akan mendapatkan nasihat dari Majlis Raja-Raja Melayu.

Jika ianya diperkenankan sebulat suara oleh Majlis Raja-Raja Melayu... dan seterusnya diangkat oleh YDP Agong... maka ianya adalah muktamad...

Jadi... dalam semua keadaan... perlukan consent dari 5 entiti berlainan tapi saling berkait dan mengikat...

Itulah Malaysia... sebab itu dengan sistem ini... secara relatifnya .. tiada siapa yang boleh bertindak diatas undang-undang... dan tiada tindakan yang "non-accountable".

Terbaek...

Ingat... seperti yang selalu gua cakap... siapa individu yang berada didalam institusi tue tak penting... tapi yang penting adalah Institusi itu sendiri..

Shalom, Salute Komrad.



22 December 2012

Makin Rojak Sistem Pendidikan Di Malaysia

Bhai... Najib Razak dah buat cadangan bongok dan bangang dah... Nih pasai nak meningkatkan kemahiran berbahasa Inggeris dikalangan pelajar... Najib Razak nak amik plak tenaga pengajar dari India... Hahahaha ... Makin rojak la sistem pendidikan negara nih...

Macam la Najib Razak tak tau yang telo bahasa (lenggok percakapan) dalam Bahasa Inggeris orang India agak pekat dan darat... Lagi tak paham la bebudak nanti... Hancuss... Daripada pandai terus jadi pandir... Hahaha

Aper salahnya amik diperkemaskan sistem yang ada dimana guru-guru bahasa Inggeris dilatih sebaiknya oleh tenaga pengajar dari England.. Sebab sistem kita berasaskan England English..

Bukankah ini lebih bagoosh... Bukankah ramai guru kita dah mendalami TESL (Teaching English as a Second Language).... Aper salah yer kita ubah dan mantapkannya menjadi TEPL (Teaching English as a Primary Language)...

Aper-aper pon gua tak stuju pengajaran dan pembelajaran matapelajaran Sains dan Matematik dipaksakan didalam bahasa Inggeris... Sebab selama nih tanpa PPSMI pon ramai pe syarah dan profesional Malaysia boleh berjaya dalam bidang kejuruteraan walaupun belajar dalam bahasa Malaysia..



Popular Posts

YouTube CipanTapirTenuk

Carta Rasuah

Carta Rasuah
Malaysia Nombor 1