Pengikut


Custom Search

IKLAN TEKS (Serendah RM0.35 Sehari)

PERINGATAN !!!

Bhai/DeeDee Sekalian.

Sila baca slow-slow dan fahamkan betul-betul artikel dan komentar gua dalam blog nih...... Tolong jangan baca skali lalu... Sebab kat sini gua banyak menulis secara indirect.... gua banyak berkias... gua banyak bermetafora... ayat gua bukan ayat skema SPM ker STPM ker... jadi tolong guna kapla... jangan membaca guna kapla lutut aaa..

Dan kalu lu bengap sangat tak paham aper yang gua citerkan... sila bertanya ... jangan main terjah sembrono jer... hahaha... karang tak pasai-pasai lu gak yang malu... hahaha .. Tolong jangan jadi bodoh... cukup la dah ramai pemimpin politik yang bodoh... lu jangan menambahkan korum... hahaha

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang.... ader paham ka???

Lagi satu... kat sini gua takder menghasut atau memfitnah serta mendajai sesiapa... jadi kalu lu orang terhasut ker, terfitnah ker, terdajai ker mender... itu masalah lu orang... hahaha... bukan masalah gua...... Hahaha... Untuk geng-geng Cawangan Khas... tak payah la buang masa baca blog gua... baik lu folo jer Anwar Ibrahim tue... hahaha... ader gak pekdah...
Showing posts with label Westminster. Show all posts
Showing posts with label Westminster. Show all posts

23 November 2022

Sistem Kita Lebih Baik

Bhai/DeeDee semua...

Umum mengetahui yang kita mengamalkan sistem demokrasi berparlimen ala Westminster yang nampak similar dengan sistem di England. Betul la tu sebab kita dulu pernah menjadi tanah jajahan Kerajaan British.

Kita menggunapakai sistem Raja Berpelembagaan.

Tapi... sistem yang kita pakai jauh lebih baik daripada sistem yang ada di England itu. Satu sistem yang lebih kompleks tapi teratur dan selamat. Selamat daripada ganggu-gugat secara teknikal ataupun secara taktikal.

Di England ... Queen (eh.. sekarang dah King) bertindak untuk endorse serta mengawalselia urusan Kerajaan yang dipandu oleh Perdana Menteri England. Proses "check and balance" ini dilakukan sebaiknya oleh King of England.

Jadi apa sahaja tindakan dari Perdana Menteri England setelah mendapat kelulusan Kabinet dan Parlimen perlu mendapat perkenan dari Raja England.. Setakat itu sahajalah... itu sahajalah yang mengikat... dan tindakan Raja England adalah penamat.

Tapi berlainan pula di Malaysia... sistem kita lebih kompleks dan mengikat. Sebab kita ader 5 sistem yang saling berkait dan perlukan kelulusan.

Jika sesuatu itu telah diputuskan oleh Kabinet dan ianya dibawa ke Parlimen untuk dibahaskan.. dan seterusnya nak dilaksanakan...  dan ini pula perlu dipersembahkan kepada YDP Agong.... dalam banyak perkara YDP Agong boleh sahaja membuat keputusan yang muktamad... tapi dalam banyak keadaan ... YDP Agong akan mendapatkan nasihat dari Majlis Raja-Raja Melayu.

Jika ianya diperkenankan sebulat suara oleh Majlis Raja-Raja Melayu... dan seterusnya diangkat oleh YDP Agong... maka ianya adalah muktamad...

Jadi... dalam semua keadaan... perlukan consent dari 5 entiti berlainan tapi saling berkait dan mengikat...

Itulah Malaysia... sebab itu dengan sistem ini... secara relatifnya .. tiada siapa yang boleh bertindak diatas undang-undang... dan tiada tindakan yang "non-accountable".

Terbaek...

Ingat... seperti yang selalu gua cakap... siapa individu yang berada didalam institusi tue tak penting... tapi yang penting adalah Institusi itu sendiri..

Shalom, Salute Komrad.



19 February 2021

Kebodohan Yang Tidak Terperi

Bhai/DeeDee semua...

Bila gua membaca artikel "Parlimen boleh bersidang tapi bukan untuk agenda politik" yang terbit di Malaysiakini ... gua nampak bahawa penganalisis politik yang bernama (professor) Azmi Hassan dan (professor) Jeneri Amir sebenarnya tidak faham apa itu fungsi Parlimen...

Maaf cakap lah.. Pada gua inilah kebodohan yang tidak terperi...


Parlimen itu didasarkan kepada Politik ... dan ianya adalah untuk urusan berkaitan rakyat.. Parlimen kita berasaskan kepada konsep Westminster Parliamentary System.

"The Westminster system or Westminster model is a type of parliamentary system of government that incorporates a series of procedures for operating a legislature that was first developed in England, key aspects of which include an executive branch made up of members of the legislature, and that is responsible to the legislature; the presence of parliamentary opposition parties; and a ceremonial head of state who is different from the head of government."

Jadi.. dalam semua keadaan... Parlimen mesti berasaskan kepada Politik... dan tidak sesekali pun Parlimen itu terasing dari Politik...

Untuk itu... keabsahan pemerintahan juga ditentukan secara Politik.. jadi kita Kerajaan yang ada tidak mendapat mandat yang cukup dalam Parlimen.... pada hukumnya Kerajaan tersebut tidak boleh (tidak layak) mengusulkan apa-apa cadangan/arahan/tindakan yang terkait dengan kuasa... kerana Kerajaan itu sebenarnya tiada kuasa,...

Adalah salah seorang Ketua Negara (YDP Agong) untuk menerima cadangan dan usul dari Ketua Kerajaan (Perdana Menteri) yang tidak mempunyai mandat yang cukup di Parlimen... Ini asas kepada sistem Westminster....

Oleh itu... kedua-dua Azmi Hassan dan Jeneri Amir sebenarnya jauh terkhilaf dalam mentafsirkan Parlimen yang katanya mendasari lima isu utama "isu Covid-19, keselamatan, pendidikan, rakyat, dan dasar" ... walhal kelima-lima dasar ini sebenarnya terkait rapat dengan Politik (iaitu mandat Perdana Menteri yang tiada majoriti)

Gua sama berpandangan dengan Awang Azman Awang Pawi bahawa kuasa politik amat perlu dalam mentadbir negara.... sebab tanpanya rakyat akan melihat Kerajaan Perikatan Nasional melanyak segala proses (bulldoze) tanpa hak dan menyalahgunakan kuasa... Ini adalah sesuatu yang tidak bertangungjawab.


Popular Posts

YouTube CipanTapirTenuk

Carta Rasuah

Carta Rasuah
Malaysia Nombor 1