Catatan

Tunjukkan catatan dari Januari, 2014

SAMBAL TUMIS HOMEMADE

Imej
Selepas subuh mula merebus cili yang telah siap digunting minggu lapas oleh anakda Amira.  Kuali kecil, kena rebus 2 round. Sambil merebus, bawang putih dan merah dikupas. Kuali untuk menumis pula ditenggekkan dengan sedikit minyak. Sebahagian bawang yang dipotong besar2 dimasukkan ke mesin blender bersama  cili kering rebus yang telah dibasuh dan diasingkan bijinya. Kisar bersama minyak masak . Bengisar menggunakan minyak masak akan menghasilkan cili giling yang halus dan apabila ditumis tidak berlaku percikkan sambal yang akan mengotorkan dinding dan dapur kita. Setelah cili halus dikisar, masukkan ke dalam kuali yang telah sedia dipanaskan di atas dapor. Ulang  kerja mengisar dan terus masukkan ke dalam kuali. Ulang lagi sehingga cili habis. Kacau sambal tumis sehingga agak garing. Kemudian masukkan gula secukupnya. Kacau beberapa ketika sehingga minyak tumisan berkumpul dipermukaan sambal. Sudukan minyak ini dan buang untuk mendapatkan sambal yang kurang berminyak. Masukkan p

MEMBAHARUI PASPORT DI PEJABAT IMIGRESEN KUALA SELANGOR

Imej
6.50 bertolak ke Kuala Selangor. Saja mulakan awal pagi. Mudah2an dimudahkan urusan. Kali ni bertukar arah pulak. Biasa di Shah Alam, hari ni nak try renew pasport di Kuala Selangor, mengikut nasihat kawan2 yang pernah ke sini sebelum ini. Mereka kata, jimat masa. Sekejap jer. Tiba di sini jam menghampiri 7.30 pagi. Ia terletak di Komplek PKNS. Jam 8.00 pagi terconggok di kaunter. Mereka menyuruh ambil gambar dahulu di tingkat bawah. Tidak seperti di Shah Alam yang menyediakan perkhidmatan mengambil gambar, di sini perlu menyediakan sendiri gambar. Wah taukey gambar ni memang bijak merebut peluang. Jam 7.45 pagi mereka dah buka. Layanan pula mesra. 5 minit dah siap. Terbang rm12 untuk 4 keping gambar. Tetapi hanya 2 keping yang diperlukan. 8.10 pagi masuk semula ke pejabat imigresen. Orang masih tak ramai. Tak sampai 10 minit menunggu saya  sudah dipanggil untuk berurusan. Saya diberitahu ...  1 jam lagi datang untuk ambil pasport. Tapi sebenarnya tak sampai 1 jam, pasport dah

KARIPAP 'KITAR SEMULA'

Imej
Sebelum tidur .. Ammar  membuat pemintaan. 'Mama esok masak karipap ayam. Ammar nak bawa sekolah, nak kongsi dengan Salam (kawan baik dia di sekolah). Permintaan Ammar mungkin berdasarkan, saya menyediakan menu kari ayam sebagai makan malam. Sebelum ini saya pernah menyediakan karipap inti ayam, apabila terdapat lebihan daging ayam kari sebagai menu makan malam juga. Apa yang saya buat ialah, saya menyiat isi ayam (ada 2 ketul ayam yang tinggal). Ayam yang dah disiat2 tu saya campurkan/gaulkan dengan sambal tumis (juga lebihan yang disimpan dalam peti ais). Kulit karipap disediakan macam biasa. Alhamdulillah..... langkah untuk mengelakkan pembaziran dengan mengitar semula lauk kari ayam yang berlebihan telah menghasilkan menu kegemaran anak2 terutama Ammar yang tidak suka maka sayur termasuk kentang......

TEMPE PEDAS

Imej
Hari2 Ammar balik sekolah akan cakap 'ma, tadi bang Mar beli tempe salut tepung pedas... sedapppp'. Aku tak dapat bayang macam mana rupa tempe yang dia beli tu..... aku cakap kat Ammar, 'belikan mama 1, mama nak tenguk, mama nak rasa, nanti mama boleh buat'. Esoknya dia bawa balik. Aku rasa, memang pedas. Tapi rasanya..... macam biasa jer. Tapi yang aku macam tak percaya ialah harganya. Tempe dipotong 3 (=1/3 bahagian) dan disalut tepung pedas, dijual pada murid sekolah rendah dengan harga rm.50. Mahalnya. Aku yang tak percaya.... dengan harga yang begitu mahal..... makin bersemangat nak masak sendiri. Aku ke kedai dan membeli 8 biji tempe. (Sebab 8 ajer yang ada). Hu hu.. harga 2 henget jerrrr. Maknanya kalau aku potong 3 dan jual dengan rm 0.50... wah untung besar tu.... Aku pun try lah masak seperti yang dibeli oleh Ammar. ?.... Hu hu... Ammar merajuk, tak nak makan.... sebab dia tak puas hati, tempe ysng aku masak walaupun sedap..(dari komen Amili lah  )

KARIPAP SERUNDING

Imej
Dalam peti ais tersimpan lama serunding daging pemberian sahabat baik ku kak Sakila. Lama ku memikirkan... apa yang nak ku buat dengan serinding tu. Sedap, tapi kena makan yang sesuai dengan gaya. Makna ia akan jadi lebih sedap kalau dipadankan dengan makanan lain. So, sementelaah Ammar tidak suka makan karipap berisi kentang, so timbul idea nak buat karipap serunding daging ni. Tambahan pula aku nak sedang berusaha mengurangkan makanan ringan .... so, sebagai ganti untuk anak2 yang memang asyik nak makan jer... asyik sebuk .. ma lapar... ma lapar.... Karipap ni saya masak separuh masak, apabila .. anak kata lapar...... ku gorenglah..... he2 Untuk anak2 ku... Alhamdulillah... rezeki Mu

BUBUR KACANG DURIAN

Imej
Durian 2 longgok 10 biji berharga rm20. Campur ... ada yang ok ada yang ko. Kacang hijau 1 kg di masak hingga menggunung.  Santan 3 kotak besar. ........ tak sedar periuk nak masak kecik ajer..... hu hu hu.... itu cerita di sebalik pembikinan bubur kacang hijau. ...  memenuhi permintaan Amira nak makan bubur kacang. Dia ajer yang nak makan... penghuni rumah ni yang lain... semua tak suka makan. So, apa pilihan mama ni untuk penuhi permintaan Amira.... melainkan masak banyak dan kongsi dengan rakan2.... kira rezeki rakan2 lah..... he3 Ha ha.... maka terhasilkan  bubur durian yang sangat pekat.....hu hu..... tak henti usikan ke kawan.... 'akak berapa banyak durian akak letak' 'akak, berapa banyak santan akak letak'....... Alhamdulillah..... Allah beri rezeki yang dapat dikongsi bersama,.......

BAJU UNTUK SEMINGGU

Imej
Mama : Amili.... tolong ambil baju tidur mama. (Itu rutin Amili setiap hari. Mengambil baju tidur ku kerana aku malas  untuk naik tingkat atas. Biasa aku berihat di bilik tamu tingkat bawah apabila balik dari sekolah). Amili:  Asyik Amili jer.... (ada ketikanya Amili merengut juga... walau selalunya.... dia akan kata ok jer). ..... tak lama kemudian.... Amili:. Nah mama, baju untuk seminggu ..... ( diambilnya baju2 dari ampaian) Mama:☆☆★☆☆★ .... ( senyum diiringi ucapan terima kasih) Hu hu anak pun tahu meng'ajar' mama dia Alhamdulillah... Allah izin aku punyai pengarang jantung..

DUNIA KU...

Imej
Begini lah aku... bangun seawal 4 pagi. Jam 5.00 pagi ke dapur. Masak air, masak nasi, masak sayur, masak lauk untuk makan tengah hari, masak sarapan untuk anak2, untuk kongsi dengan ke kawan, potong buah untuk bekal aku dan suami, buat air untuk suami, buat air vico untuk anak2, bungkus bekal ...... 5.45 pagi siap semuanya. 5.45 pagi khidmat diri...... solat jemaah di masjid. 6.45 pagi bertolak ke sekolah, menumpang suami... 6.50.... punch in.... Alhamdulillah... Allah izin. Moga aku dapat bersama keluarga ku hingga ke jannah.

KEBANGGAAN KAMI - AMMAR & ÀMILI

Azan isyak, suami muncul depan pintu pulang dari pejabat..... Ammar : cepat bah, cepat, jom gi masjid Amili : jom cepat, cepat Abah: (kelihatan keletihan. Lewat kerana ada kerja yang perlu disiapkan. Biasalah kerja swasta. Bila kerja mesti siap on time. ) .... aduh, anak2...... ok lah jom jom.... Terpaksalah abah bergegas, menukar pakaian, berwuduk dan kami sama2 ke surat untuk solat jemaah. Alhamdulillah, keseronakan Ammar dan Amili  untuk solat jemaah di surau atau masjid menjadi pendorong kami ... mereka kesayangi  kami, mereka kebanggaan kami. Ya Allah jadikan kami dan keturunan kami orang2 yang mendirikan solat. Ya Allah, jadikan kami orang2 yang suka berjemaah di masjid

AISKRIM MALAYSIA.....

Imej
Hu hu . Azam 2014. Kurangkan pembaziran tingkatkan kecekapan. Aiskrim Malaysia penyelamat air vico yang berlebihan setiap pagi. Anak2 ni angin juga.... ada masa dia minum, ada masa diaorang tengok jer.... Air vico yang berlebihan tu aku tukarkan rupanya dengan  memasukkan dalam plastik aiskrim dan ku pejalkan dia di dalam peti sejuk. Maka jadilah dia apa yang dipanggil aiskrim Malaysia...... ada hari dapat 2 batang, ada hari 3, ada hari sebanyak seperti di gambar. Anak2.... mula2 seronok makan. Sekali makan tak cukup satu.... tapi lama2... pandang .pun tak.... cis Allamdulillah.... Allah izin

MAKANAN KUCING - COBAAN YANG GAGAL

Imej
Hu hu .. bajet 2014. Tak nak membazir. Cincaluk yang tersimpan lama dalam peti sejuk.... saya repair.... he he Saya masak jeli dan campurkan dengan cencaluk lama..... simpan dalam peti sejuk. Bila dah beku... potong dan anak2 hidang pada kucing sebagai makanan. Hu hu ... dia pandang pun tidak..... akhirnya ke kedai juga dan beli makanan segera dia..... hu hu kucing zaman sekarang.

CILI KERING SAMBAL TUMIS

Imej
Cili kering siap digunting oleh anakanda Amira. Seharian dia memotong sambil menonton tv katakan.... Aku memilih Cili kering yang agak kerinting (kurang pedas) dicampur cili kering besar yang tidak pedas. Kami sekeluarga tidak makan pedas. Rasanya harga sekilo ialah rm18 hinggit. Aku beli 2 kg bersama 1 bawang besar 1 kg dan bawang putih 1/2 kg iiaitu bahan2 untuk buat sambal tumis. Aku beli di pasar besar Klang. Inilah kebiasaanku. Menumis sambal banyak2. Lepas tu aku pakingkan. Kalau aku ada balik kg, aku beri sedikit pada mak aku. Kalau tak... aku pakingkan dia kat freezer...... hu hu dapat pakai lama, berulang2, .... jimat masa. Alhamdullah.... atas rezeki Allah.

TAHU SUMBAT DAGING

Imej
Tauhu sumbat daging...... Resepinya..... alahai. Aku hanya main campak2 jer. Guna bahan yang ada di rumah. Antaranya... daging kisar ditumis dengan bawang putih dan merah. Masukkan bancuhan serbuk kari , serbuk lada putih, gula, garam dan sedikit perisa. Masukkan pula isi tahu (tahu potong 2 dan keluarkan bahagian dalam tahu). Setelah kering matikan api dan taburkan hirisan daun sop. Gaul. Setelah sejuk, sumbat padat dalam tahu yg telah dikorek isinya. Lumur dengan campuran 1 biji telur, 3 sudu tepung, serbuk lada sulah dan air yg dikalau sekata. Goreng. Masyaallah. Allahmdullah dapat dikongsi dengan kawan2.....

WIFI KU

Imej
Working station ku..... telah ku ubah dari bilik tidur di tingkat atas ke ruang makan di tingkat bawah, bersebelahan dengan meja belajar anak2. Senang nak pantau mereka. Satu masalah.... no internet. Hu hu... kenalah aku memujuk habby ku untuk sambungkan... untuk ku.... Maka.... memanjat siling ler dia, menarik wayar, memaku, menebuk lubang dan sebagainya.... sampai berlubang besar dinding.... tak pa... janji Internet ku connected..... Alhamdulillah.... Allah izin....

HASIL MENJALA DI PANTAI KUNDUR

Imej
Balik Melaka teringat keenakan budu. Sebelum balik Selangor gi menjala dulu di Pantai Kundur. Tempat biasa, gerai biasa, makcik penjual yang biasa. Dulu kini... masih macam tu juga.  Nampak seperti tiada kemajuan. Simpati. Hasrat asal memberi 2 botol ku tambah menjadi 7 botol. Hasrat membeli cencalok ku tambah juga membeli belacan dan ikan masin. Selain melaksanakan fardu kifayah, membantu warga tua yang berniaga, aku berhasrat untuk kongsikannya dengan kekawan dan emak di kampung...... Syukur padaMu ya Allah...

AMMAR, AMILI & KUCING

Imej
Mereka kanak2 riang. Ada kala mereka bergaduh, ada kala mereka berkawan baik. Biasa lah kanak2. Mudah2an itu menjadikan mereka lebih akrab sehingga akhir hayat mereka. Kucing, binatang yang penuh kasih sayang. Melihatnya kita mudah rasa belas, rasa kasih. Begitu juga dengan Ammar dan Amili. Kemana pun pergi .... asal nampak jer kucing... angin mereka terus baik. Marah macam mana pun mereka, merajuk macam mana pun mereka, bila nampak kucing.... terus menjadikan mereka keriangan. Bila mereka berdua bergaduh.... nampak kucing secara automatik, terus mereka menjadi baik dan bekerjasama bermain dengan kucing.... Itulah istimewanya kucing. Alhamdulillah.... Allah berikan kami kasih sayang....

YONG TAUFU SOP PANTAI KUNDUR

Imej
Balik kampung jenguk bapa mertua. Yong Taufu Sop Pantai Kundur pelengkap kunjungan kami. Hu hu.. tak lupa juga otak2.... 2 menu kegemaran kami sekeluarga. Bukan murah... tapi keenakkannya..... memang sukar dinafikan. Alhamdulillah... atas nikmat Allah beri....

BEKAL PERJALANAN

Imej
Cuti sempena Thaipusam. Hari ini merancang  untuk melawat Abang Amin di UITM Segamat dan melawat bapa mertua di kampung, Melaka. Azam 2014. Jimatkan kos. 5.30 pagi . Ke dapur. Banyak menu yang dirancang. Karipap, popia mini, nasi lemak dan mee goreng umtuk pemgisian sarapan pagi dan bekal untuk abang Amin. Sarapan pagi aku paking dalam bekas individu. Cukup untuk kami 8 beranak. Kami lebih suka santai. Menikmati sarapan pagi di kereta  sahaja..... iaitu dalam perjalanan....... ALhamdullah.... perjalanan yang tenang, enjoy dan seronok kami dapat bersama. Alhamdulllah.... terlalu banyak nikmat Allah.

HOME MADE - NAGET AYAM

Imej
Semangat nak kurangkan makan makanan ready made / segera membawa aku mencari resepi di google cara nak buat naget ayam .... aku jumpa ini.... http://jintanmanis.com/ayam/509-homemadechickennugget Tapi saya ubah suai sikit..  BAHAN Bahagian Dada ayam (ambil isinya sahaja - potong kecil-kecil & kukus separuh masak) Kentang rebus + lenyekkan atau taufu lembut Secubit garam Secubit kecil serbuk lada hitam Secubit kecil oregano kering (kalau ada) 2 biji bawang besar (potong kecil-kecil) (boleh tambahkan apa-apa sahaja bahan yang anda suka) Tepung gandum Tepung jagung CARA Campur semua bahan Bentukkan Celup telur Golekkan pada serbuk roti atau tepung tempura Goreng ha ini lah ropanya... naget yang terhasil.   hu hu .. bajet 2014

HOME MADE - ROTI GARLIC

Imej
Sarapan bagi pertama untuk ke sekolah...... Resepi ku ambil dari.... http://www.myresipi.com/top/detail/96 Bahan-bahan roti (ikut suka) 2 ulas bawang putih 2 sudu besar mentega parsley kering secukupnya Cara-cara Kupas kulit bawang dan bersihkan. Balut dengan aluminium foil. Bakar dalam oven pada suhu 180 degree selama 15 minit. Atau boleh juga bakar guna oven toaster. Bila dah siap bakar, masih lagi dalam aluminium foil, ketuk-ketuk dengan hulu pisau atau lesung sehingga hancur. Masukkan pula ke dalam butter. Kemudian cairkan butter dengan microwave. Siap untuk di sapu pada roti. Kalau buat banyak boleh simpan di dalam peti ais. Boleh tahan sampai 2 minggu. Potong roti setebal 7mm-10mm. Sapukan dengan garlic butter . Lepas tu taburlah daun parsley. Bakar dalam oven selama 10-15 minit pada suhu 150C  Permulaannya....Ini lah rupa Roti garlic ku   Tapi dek kerana tersilap teknik... terlama masak, dan lebih suhu

HOME MADE - PAN KEK

Imej
Pan kek sebagai sarapan pagi. Percubaan pertama. Kredit kepada Myresepi kerana kerana syer resepi. http://www.myresipi.com/top/detail/16713 BAHAN-BAHAN 1 cawan tepung gandum 1 sk baking powder 1 biji telur 1 cawan susu segar 3 sb gula 1 sb minyak CARA  Satukan tepung gandum dan baking powder Asingkan kuning dan putih telur. Pukul putih telur sehingga kembang dan putih. Dalam bekas lain, campur kuning telur,gula dan susu. Kacau sebati Masukkan minyak dan susu td dalam no1. Kacau hingga sebati. Kemudian masunkkan putih telur dan kacau secara kaup balik. Sedia untuk dimasak atas pan api sederhana besar. Tapi saya ubah suai ikut bahan yang ada di dapur. Semua bahan saya campurkan sekali dan blend sahaja. Halus adunannya.. Menu yang simple tapi berhasiat. Dalam masa 1/2 jam dah siap terhidang. Kuali kecil tu saya baru sahaja beli di pasaraya yang terdapat di Komplek PKNS Shah alam, harga rm11 gitu. Alhamdullah saat saya tergerak nak buat pan kek ni...

HOME MADE - KENTANG PUTAR

Resepi  ku cilok dari sini. http://darwishndarwsiyiah.blogspot.com/2011/10/resipi-kentang-putar-untuk-bapak-n-anak.html Biasalah... macam mana pun ada sedikit ubah suai... ikut bahan yang ada di rumah kan.... KENTANG PUTAR Bahan-bahan • 10 biji kentang di buang kulit dan di potong kiub ( besar2) • 1 sk lada hitam di tumbuk halus • 1/2 cawan fresh milk • garam secukup rasa Cara-cara: 1. Rebus kentang dgn sedikit garam 2. Setelah empuk toskan air dan tumbuk sedikit kasi hancur 3. Kemudian guna hand mixer putar sehingga kentang jadi halus. 4. Sambil putar , sambil masukkan garam, lada hitam dan susu secukupnya SOS KENTANG PUTAR Bahan-bahan ( 3 - 4 orang ) • 650 ml air • 5 sudu besar stok ayam (sy guna brand Maggi) • 1 biji bawang besar - cincang • 1 batang saderi - cincang • 40 gm mentega • 20 gm tepung gandum • 1 sudu besar sos tomato • 1 sudu besar sos tiram • sedikit serbuk lada hitam • kicap pekat • garam Cara-cara: 1. Masak air dengan sto