Cik-anne Friend

Showing posts with label stonehenge. Show all posts
Showing posts with label stonehenge. Show all posts

Friday, July 29, 2016

Part 3-2 Roman Bath & Stonehenge


Perjalanan dari Windsor Castle ke destinasi seterusnya mengambil masa lebih kurang 1jam 45min menaiki bas weols. Nak tau kemana? Weols akan ke Roman Baths yang terletak di Bandar Bath.

Gambar2 yang sempat Cik-Anne snap semasa perjalanan ke Bath.
Apa itu Roman Bath?Roman Bath adalah sebuah kompleks pemandian air panas yang di gunakan oleh para raja dan penduduknya di zaman Roman. Selain di jadikan tempat pemujaan para dewa, air pemandiannya juga di yakini sebagai penyembuh dan mampu mengubati berbagai macam penyakit.


Menurut Wikipedia, Kompleks Roman Baths merupakan tempat mandi golongan bangsawan Roman pada kurun ke-19. Mula dibina pada 1894 dan siap 3 tahun kemudian.


Memang ramai tourist..so kemasukan mengikut tour group masing2.


 Roman Bath menjadi salah satu UNESCO World Heritage Site.

Ada 2 tingkat

View dari tingkat atas Roman bath.

Inilah kolam yang dipercayai mujarab untuk pesakit pada zaman dulu.


Terdapat juga pengukir yang menunjukkan hasil seni mereka disini.

Dah penat weols jenjalan kat dalam muzium Roman Baths tu, lebih kurang 2 jam jugak tau. Weols pun keluar nak cari makanan untuk lunch. So kat sini memang ada cafĂ©, tapi full dgn tourist.

Ternampak kedai bakeri..so Cik Anne sempat beli few buns (vegetarian).

Nyum..nyum..nyum...harga pun murah. (sila jgn convert..hihihi)

Ada juga kedai2 souvenir yang menarik. MADE IN ENGLAND
Mini mart.

Tertarik dgn basikal bunga nie..Cik-Anne pun snap.

Ada juga kedai kamera...hubby's passion.

Misteri Stonehenge

Orait...dari Bandar Bath, bas weols menuju ke Salisbury. Destinasi kami seterusnya adalah Stonehenge. Tempat wajib pergi sekiranya uols ke UK. Meh Cik-Anne nak story sikit pasal Stonehenge nie.
Stonehenge merupakan suatu tapak yang dibangun pada zaman Neolitik. Ia terletak berdekatan dengan Wiltshire, England, sekitar 13 kilometer barat laut Salisbury. Menjadi tarikan utama pelancong  paling terkenal di dunia, Stonehenge merupakan lingkaran batu tegak yang berada di dalam lingkungan tembok tanah.
Gambar dari atas..sumber Google


Stonehenge berasal dari kata Stone dan Henge. Stone bererti batu, manakala Henge bererti lingkaran. Ia juga merupakan UNESCO World Heritage Site.
Ada yang berpendapat, kewujudan batu2 ini adalah bukti wujudnya makhluk ansing di muka bumi pada zaman dahulu. Nak tau lebih lanjut, rajin2 kan google yer...Tapi, bagi Cik-Anne, semua ini adalah kehendak & ciptaan Allah Yang Maha Esa. Terpulang pada pendapat masing2 kan....hihihi.
Baru sampai...cuaca agak mendung...gerimis
Teruja nak saksikan keajaiban dunia.

Syukur..dapat jejakkan kaki disini..Peace !

Sebenarnya batu2 nie taklah besar sangat...tinggi 3-4 meter
Walaupun hujan gerimis dah mula turun..masih ramai yang tidak berganjak.
Gambar2 kenangan sebelum balik semula ke London petang nie.


Weols sampai semula di London lebih kurang jam 8 malam. Cik-Anne & hubby terus menapak ke Halal Restorant di Bayswater untuk dinner. Kesejukan & kelaparan selepas seharian mengikuti tour disudahi dengan Beriyani rice & kebab. Alhamdulillah....:)


Ada sambungan lagi tau...Tunggu !


-Cik Anne-
Ceria Selalu


p/s: jom follow Cik-Anne...thanks