Cik-anne Friend

Showing posts with label Perlis. Show all posts
Showing posts with label Perlis. Show all posts

Tuesday, May 31, 2011

Padang Besar, Perlis

Hari Sabtu lepas Cik-anne and Mr Hubby ke Padang Besar, Perlis.Kebetulan pergi kenduri kawin sepupu di Kubang Pasu, Weols terus ke Padang Besar.Tak merancang pun.Best juga kat sana.Sebelum sampai Padang Besar tu ada satu kawasan yang menghijau...sejuk mata memandang...rupa-rupanya kat situ lah kawasan ladang tebu terbesar di Malaysia.Cantik kalau posing gambar kawin kat sana.Seluas mata memandang.Hijau je semua.

Kalau tak silap Cik-anne nye ingatan la Filem KL Menjerit..Alahhh yang part si Rosyam bawak motor sambil si Lisdawati bonceng kat belakang sambil si Rosyam jerit,"KL..aku datang...!!!!.Lebih kurang macam itulah dialongya.Lokasi pengambaraannya kat ladang tebu nie kan...kalau salah info nie minta maapp la yerr...hihihihhi

Waktu cik-anne sibuk click..click...click ambil gambar tetiba jer banyak lak keta berhenti kat tepi-tepi jalan.Tinjau punya tinjau ghupanya ada rally la.Apa lagi Mr Hubby pun  menyibuk kan diri la...tenguk kat banner yang di gantung tertulis "Perlis Rally 2011".So sesape yang nak lalu jalan nie mesti berhenti lah... 




Cik-anne baru tahu kat Chuping, Perlis nie adalah kawasan terpanas kat malaysia...tapi tu dulu kot...sekarang tak  tahu lah...Cik-anne rasa sama jer...maklumlah sekarang nie kan musin panas....

 Ladang Tebu yang luas terbentang....tetiba jer cik-anne teringin nak makan tebu...hihihi

 Layan lah gambar nie dulu....




Uols nampak tak debu-debu di sepanjang laluan rally tu....jauh gak...

 Sampai sudah weols di Bazar Padang Besar....

 Mr Hubby teringin lak nak makan pulut durian....sepinggan Rm 8.00

Nie lah Bazar Padang Besar.....


 Ramai gak pelancong mai sini...Al-maklumlah cuti sekolah....




 Sape-sape peminat Bunga Orkid kat sini banyak gak pilihan....

 Rambang mata tenguk....tapi cik-anne tak beli pun....


Barang hiasan pun ada....


 Tenguk-tenguk kerongsang kot-kot ada paten baru....

Sebut sahaja Perlis, ramai yang akan mengaitkannya dengan Harum Manis, sejenis mempelam yang subur di negeri utara tanah air sehingga menimbulkan keghairahan sesiapa sahaja untuk membelinya termasuklah weols. Walaupun harganya meningkat setiap tahun, orang ramai sanggup beratur panjang semata-mata mahu membeli Harum Manis. 

Ada orang kata Musim Harum Manis adalah sekitar bulan April hingga Jun.Buahnya yang berbau harum dan isinya yang tebal kekuningan serta rasanya yang enak pasti menawan hati sesiapa saja yang mencubanya.Waktu cik-anne beli hari tu harga Harum Manis lebih kurang  Rm13.00 sekilo....