Cik-anne Friend

Saturday, October 30, 2010

Kedah

Menara Alor Setar...

Merupakan mercu tanda di Aloq Setaq.Ketinggian menara nie 165.5 meter.
Peluang untuk naik menara Aloq Setaq dan menikmati pemandangan dari satu2 nya bangunan paling tinggi dan gah kat bandar Aloq Setaq dan negeri Kedah...

Tiket Rm6 untuk dewasa dan Rm3 untuk kanak2.






 Fewitttt...hebatnya pemandangan dari atas ni,nun jauh kat sana nampak Gunung Jerai.Baguih dok ada,kat belah sana plak nampak Kuala Kedah.Ada bot dan kampung nelayan.Huihh!!! kat sekeliling Alor Setaq terbentang luas sawah padi.Sangat cantik dan syandu pemandangan dari ataih menara nie.Baguih nuuuu....



Pekan rabu

Pekan rabu adalah antara tempat "mesti singgah".Pekan rabu di buka bukan sahaja pada hari rabu,tetapi setiap hari,dari pukul 8pagi hingga 9malam.Macam2 ade kat sini antaranya serunding,dodol,pelbagai asam,ikan pekasam,belacan,tudung dan macam2 lagi lah..











   Muzium padi

salah satu lagi tempat menarik yang wajib di kunjungi di negeri kedah ialah Muzium padi.Lokasinya terletak kira2 8km dari bandar Aloq Setaq...dekat jer jadi uols boleh la singgah.Kalau uols nak tahu muzium padi ni satu2 nya muzium padi kat malaysia nie.Kalau tak silap bayaran masuk untuk dewasa Rm3 untuk kanak2 Rm1.Nak bawa masuk kamera uols kena bayar Rm2.





























Wednesday, October 27, 2010

Trip Jakarta & Bandung


4 Julai 2009 tahun lepas my hubby meraikan hari jadi ku di sane...cik-anne  punyalah excited..Uols layan la dulu gambar2 kat bawah nie dulu...










Menu weols malam tu



Train the way to Bandung..


Masjid Istiqlal the biggest mosque in sounth east asia...





Tula Pak Irwan...dia yg bawa weols pi melawat..Pak Iwran nie baik tau..senyum jer..cakap je nak pi mane dia boleh bawalah..pendek kata x banyak songehhh...


macam2 jenis tudung ada di sini...x menang tangan pilih..


kat sini,sempat membeli kain cotton.





brooch kat sini...murah gila...



kenderaan weols...Avanza Pak Irwan..


pintu masuk Rumah Mode..




eh..eh..eh.. muat ke cik-anne masuk dalam tempayan nie...



Lobby area..


simple menu for breakfast


posing kat depan Hotel N1 yang weols netap...

Hanya 5-10 minit jalan kaki ke Tanah Abang.Hotel N1 nie memang selesa dan berbaloi baloilah.Harganya RP250K (Rm80) per night.


                                                                 Tanah Abang





Selamat mendarat di Lapangan Terbang Soekarno Hatta jam 1730 


Permandangan bandar Jakarta



Flight Malaysia Airlines MH723 jam 1630

Sunday, October 3, 2010

Frasers Hill

Ini adalah kali pertama weols jejakkan kaki di bukit fraser...Selama ini memang x pernah sampai pun.Selalu dengar orang bercerita sahaja...Perjalanan wels bermula dari kl ikut jalan kuala kubu baru menghala ke bentong.Perjalanan memakan masa 4 jam.Nak  naik kena tenguk masa,sejam untuk kenderaan turun,sejam untuk naik,sebab jalan sempit,leh muat 1+keta jer...side by side.
Bukit fraser hanya boleh di kunjungi menerusi sebatang jalan yang melalui 'The Gap' yang terletak di kaki bukit.Sebaik sahaja melepasi 'The Gap' uols akan merasakan seolah olah kembali ke zaman silam.Berada pada paras kira2 1,524 meter dari aras laut.Bukit fraser yang bangunannya bercirikan senibina Eropah dan cuaca sejuk dan nyaman.


Bagi mereka yang ingin memasuki Bukit Fraser, laluan jalan itu dibuka pada jam 7 pagi, 9 pagi, 11 pagi, 1 petang, 3 petang dan jam 5 petang dengan setiap perjalanan mengambil masa 40 minit.
Jadual perjalanan keluar dari pusat peranginan tanah tinggi itu bermula jam 8 pagi, diikuti jam 10 pagi, 12 tengah hari, 2 petang, 4 petang dan 6 petang dan masa perjalanan juga mengambil tempoh 40 minit.
selepas jam 7.30 malam, jalan itu akan dibuka untuk laluan kenderaan turun dan naik tanpa sebarang kawalan keselamatan.


 Paling penting kalau datang bukit fraser nie jangan lupa bergambar di jam ini.Jam nie adalah mercu tanda bukit fraser.Kalau tak bergambar di sini,seumpama pergi paris tapi tidak bergambar di eiffel tower..seumpama makan french fries takde sos cili...begitulah.....




Suasananya cukup nyaman dan x terlalu sejuk..suhu dalam 21-23 darjah celcius.Kira oklah untuk jalan2.Matahari ada tapi x terik sangat..sesuai untuk aktiviti luar.Weols pun jalan2 meninjau keadaan sekeliling ..Boleh tahan gak tempat nie...Ada Balai polis,pejabat pos,Klinik kesihatan...mesti ramai yang tinggal kat sini.Lagipun semua nie kena ade sebab bayangkanlah nak datang sini bukan senang...terpaksa merentas jalan y uols paham2 le macam mane.




Sebaik berada di pusat peranginan tanah tinggi nie uols akan di sajikan dengan permandangan menarik bunga bungaan segar pelbagai warna...




Bukit Fraser menyediakan tempat penginapan pelbagai jenis termasuk hotel, resort, banglo dan pangsapuri dengan kebanyakan senibina bangunannya bercirikan Eropah dan kadar sewa berpatutan.Kalau uols nak tahu sejarah Bukit Fraser mendapat namanya daripada seorang rakyat Scotland bernama Louis James Fraser yang dikatakan individu pertama menemui kawasan berkenaan.Info nie weols dapat melalui staf yang bekerja di sana.



Ermmm...dekat petang baru weols turun dari bukit fraser nie.sebenarnya banyak lagi pic2 menarik weols kat sane..x boleh nak tepek banyak2.hehehhe