Home

Showing posts with label video. Show all posts
Showing posts with label video. Show all posts

Friday, May 10, 2013

Menjenguk Firash Arshad & Syafa Aqira Di Tempat Shooting Sebenarnya Saya Isteri Dia

Sebenarnya sudah lama juga cherita ini diperam oleh Jijah. Bukan sengaja nak memeram lama-lama tetapi Jijah pernah bagitahu sebelum ini yang Jijah agak sibuk sebenarnya. Maka baru sekarang berkesempatan untuk mengetuk kibod kembali dan mengupdate belog. HEHE. Kali ini bukan saja-saja nak membuat tajuk sebegini. Tapi sememangnya betul Jijah telah berkesempatan melawat tempat shooting drama yang sedang hangat di TV3 setiap Jumaat jam 9 malam iaitu Sebenarnya Saya Isteri Dia. Jijah yakin ramai yang menonton drama yang telah diadaptasikan dari sebuah novel popular hasil nukilan Zura Asyfar ini. Kan?


gambar di ambil di sekitar tengah bandaraya KL yang sesak.

gegeh tak? HIHIKS.

Sebenarnya tak ada dalam perancangan pun untuk menjenguk tempat shooting orang. Tetapi kebetulan ada kawan Jijah mengajak Jijah untuk pergi ke tempat shooting tersebut, maka Jijah pun harus lah mengikut sajork. Boleh juga menambah bahan untuk di update dalam belog khen? Gittuew Jijah! Hihiks. Maka beberapa minggu yang lepas atau mungkin senang cherita bulan lepas teruslah kan senang. HEHE. Jijah bersama Kak Ayu telah berkesempatan untuk menjenguk Firash Arshad & Syafa Aqira di tempat shooting SSID. hewhew. Kalau yang tidak tahu , Firash Arshad adalah watak hero di dalam SSID yang dilakonkan oleh pelakon kacak yang sedang meningkat naik (hamboi puji pujian sungguh ayat! kahkahakah) Izzue Islam. Manakala Syafa Aqira pula watak heroin di dalam SSID yang dilakonkan oleh Tiz Zaqyah. 

Mungkin rezeki kami berdua , ketika kami hadir ke tempat shooting SSID , hero dan heroin ada di tempat shooting. Haruslah boleh tahan geletis Jijah ketika itu. Hihiks. Konspenya macam tak pernah jumpa Izzue dengan Tiz khen? Tapi geletis menten bertandang dalam jiwa chuols! Gittuew. HAHAH. Masa weols datang tu, diorang sedang shooting lah khen? Tak kan sedang berzapin berinang berjoget lambak bagai pulak khen? HAHAHA , okay apahal kau Jah tetibe. Okay tak mahu cherita banyak sebenarnya. Aku faham ramai yang baca entri ini sebab nak tengok gambar je. Okay dah lama redho , tabah dan paswah konsepnya. HAHAH.

Tapi minta maaflah , gambar memang tak snap banyak pun. Sekadar yang perlu saja. Tak mahu ganggu orang sedang bershooting sebenarnya. Dan tak mahu juga menggeletis bagai nak rak khen? Gituew.



Jijah & Tiz Zaqyah

Cantik sangat okes? .. dan kelam kabut!

ekekeke itu comel!

Haaaa , dengan Tiz memang agak berdezup pantas ambil gambar sebab Tiz dah selesai shoot scene dia. Lepas tu Tiz agak kelam kabut nak pergi ke tempat lain pula. Comel sangat Tiz ni siap kelam kabut lagi mencari semua barang dia. Hahaha , serius comel. Selepas itu hihiks , amboi gelak gedik dulu khen? Selepas itu pergi berborak dengan Izzue pulak katanya. Okay part ni memang best sebab Jijah , Kak Ayu dengan Izzue kecek Kelate. Oh sokmo duk tengok Izzue kecek Kelate dalam cerita Senyuman di Kuala Lumpur. Tapi kali ni kecek sesama terasa suka gituew. HAHAHAH. Entah apa-apa si Jijah ni. Heppp , suka hati kitew la khennn? HAHAHA.

Tahu korang dah tak nak baca cherita aku dah. Okay jom tengok gambar lagi. Maaf untuk kualiti gambar yang seterusnya ini. Sebab masa ni Jijah tak guna flash untuk snap. Jadi jangan kompelin ye chuols. Babap karang! HAHA.






okay masa ni Izzue Islam tengah baca skrip sambil ambil feeling katanya.

gittuew.

Rilek chuols. Itu baru sikit gambar Izzue Islam. Jijah tahu ramai yang sedang minat Izzue Islam sekarang. Jijah tahu sangat sebab Jijah pun tengah menggila minat Izzue Islam katanya. Kekdahnya Jijah semakin minat selepas berjumpa yer. Masa tengah jumpa tu perasaan minat tu biasa-biasa saja. keh keh keh. Sekali kau lepas jumpa semakin bertambah banyak minat chuols. Oh tidaaaak! Geletis sangat Jijah! HAHAHA.

Jangan geletis-geletis yer Jijah sebab Izzue Islam bakal berkahwin dengan pengurusnya Awin Nurin tak lama lagi hokkay. Okay nak lap air mata kejap. HAHAHA , okay itu gurau. Ampunnn. Okay jom sambung tengok gambar lagi chuols.





Izzue Islam sedang sign novel Sebenarnya Saya Isteri Dia Kak Ayu punya.

Ok sadis sebab Jijah tak bawak novel Jijah punya sebab masa tu belum dapat lagi novelnya.

Okay nak sadis banyak kali. Eh. HAHAHA.

Ada yang nak pengsan bangun balik tak tengok gambar Jijah itu? Ekekeke. Jijah mohon jasa baik semua , kalau nak ambil gambar tersebut sila kasi credit pada Jijah. Jangan suka-suka hati crop gambar Jijah yer. Kalau Jijah dapat tahu memang siap sedialah khennn. Gituew ugutan manja Jijah. HAHAHA. Tadi cakap macam sikit je gambar. Tapi kenapa nak siapkan satu entri penuh ni terasa macam banyak pula gambar? Ekekeke.

Okay tadi asyik tengok gambar Izzue sedang candid lah , seorang diri lah , apa lah kan?  Mana gambar weols bersama? Mana? Mana? Okay pangggggg. Ekekekek. Okay kali ni ehem sila jangan jeles okeh. Gambar Jijah bersama Izzue Islam pula okes? HEHE.


Hamboi comel betul candid Izzue dengan Kak Ayu ni!

hakhak. wajib letak gambar ni okes? ekekeke.


mula-mula posing sopan.

err lepas tu errr lepas tu.

taring DIVA PORA pun terkeluar katanya.

kikikiki. Izzue pun bukan main sporting aje khen?

ai loikeee :p




Izzue Islam sibuk belek kamera Kak Ayu konsepnya.

hihihi. oh bertabahlah tengok perut buncit Jijah tu! *tikam perut sendiri* hakhakhak.

ohhh Izzue pun sempat snap gambar Jijah guna kamera Kak Ayu. okay gambar tu muka Jijah terkejut so takmo share. HAHAHAHA. -__-'

Hiks. Puas hati tak tengok gambar-gambar ni uols? Hari tu bila ramai yang tahu Jijah jumpa Izzue Islam ramai juga yang minta Jijah cepat-cepat update. Tapi malangnya memang tak sempat langsung nak ketuk kibod masa tu. Ada saja kerja sibuknya konsepnya. HEHE , tapi sekarang dah berupdate sudah. Sebenarnya dekat Instagram Jijah , ada saja Jijah upload gambar di sana. Tapi bukan sekeping-sekeping macam ini kan. So , nikmatilah semua gambar-gambar ini hokkay. Gituew.

Ehem dan sempat juga Izzue buat video untuk Jijah dan Kak Ayu. Oh masa ni Jijah dah terguling-guling di sebelah Izzue. Okay itu over. HAHAHAHA. Maafkan Jijah. Jijah memang dramatik. Dushhh. Jom tengok. Hihiks.



Comel okes Izzue Islam? 

hewhewhew.

oh dan Izzue ada pesanan untuk semua penonton Sebenarnya Saya Isteri Dia.

cekidauttt. wahhh urban sangat tetibe! HAHAHA.



COMEL LAGI.

haishhh. HAHAHAH.

HAHA. Terasa nak pengsan bangun balik bila menulis entri ini. Memang sangat dramatik nak habiskan satu entri penuh ini tau. Bila tengok balik semua gambar. Video itu lagi. Hailah. Mahu tak pengsan kan? Mujur tak minta oksigen sebab tak cukup oksigen khen? HAHAH , itu melampau kuasa lapan nampak? Ekekeke.

Harap semua enjoy membaca entri ini. Kalau nampak Jijah terover dramatik , maafkan Jijah. Jangan salah angap pula khennn? Biasalah Jijah , memang selalu over-eksaited konsepnya. Hiks. Oh sebelum mengakhiri entri ini , nak ucap terima kasih untuk Kak Ayu kerana sudi mengheret Diva Pora ke tempat shooting SSID. Kalau tidak , tak dapat nak beramah mesra dan kecek Kelate berjemaah dengan Izzue Islam khen? HAHAH. Juga untuk kawan Kak Ayu , abang Pejoy yang melayan weols dengan tabah gituew. Tabah lah sangat tetibe kan! HAHAHA. 

Oh sekali lagi sebelum terlupa , jangan lupa untuk menonton Sebenarnya Saya Isteri Dia setiap hari Jumaat jam 9 malam. So far sudah episode 4 memang setiap minggu terasa nak cecubit pipi Firash Arshad dengan Syafa Aqira sebab theyols berlakon comel sangat. Ekekeke. Memang dah seronok mengikuti drama ini. Jadi korang jangan lupa okay?

So korang suka tak dengan entri ini? Hihiks. Oh sebelum berpisah (majalah 3 sangat ayat khennn?! HAHAH!) meh tengok sekeping lagi gambar. ngeh ngeh ngeh.


gebu tak pipi weols? 

HAHAHA. 

okbai.

Terima kasih sudi baca entri ini :)

Monday, March 11, 2013

Menonton Teater Lelaki Dari Gua Dan ...

Amaran Awal :: Entri ini mempunyai banyak gambar. Jika suka teruskan membaca sehingga habis dan tinggalkan komen serta LIKE di FB (lol!). Jika tidak suka, boleh terus pergi masuk ke dalam belog lain yang lebih menarik dari belog ini. Ini bukan statement sentap. LOL!

Beberapa minggu yang sudah , Jijah telah berkesempatan untuk menonton teater yang telah dipentaskan di Stor Teater DBP (Dewan Bahasa & Pustaka). Sebenarnya ini kali pertama Jijah menonton teater di Stor Teater DBP. Jadi perasaan untuk menonton agak berbeza kali ini , iaitu lebih kepada excited dan teruja juga. Agak lama juga diri ini tidak menonton teater sebenarnya , jadi berganda-ganda perasaan excited untuk menonton katanya. 




Maka pada 1 Mac yang lalu Jijah telah meluangkan sedikit masa untuk menonton teater "Lelaki Dari Gua" yang telah dilakonkan oleh Mustaqim Mohamed , Amar Asyraf dan Khairunnazwan Rozdy. Teater yang dipentaskan hampir 45 minit ini diarahkan oleh Ghadafi Meliki dan naskah Lelaki Dari Gua ini telah ditulis oleh Khairil Ridzuan. Teater Lelaki Dari Gua telah dipentaskan di Stor Teater DBP selama 4 hari bermula 28 Februari sehingga 3 MacSebenarnya niat asal untuk menonton teater ini sebab Jijah agak teringin untuk berjumpa dengan Amar Asyraf. keh keh keh. Nampak tak niat dia agak terpesong di situ? Nampak tak kenapa Jijah sangat teruja nak menonton teater ini? Nampak tak? keh keh keh. Ampunkan saya. HAHAH.

Memang tidak dinafikan , niat asal untuk bergigihan menonton teater Lelaki Dari Gua kerana ingin berjumpa sendiri Amar Asyraf. Ini semua kerana penangan Setia Hujung Nyawa dan juga Zain Min Ho. Jijah memang agak jarang bergigihan sampai tahap begini. Tapi apa nak buat , teringin punya pasal , kena juga gigih juga kan? Maka pada 1 Mac yang lalu Jijah pun bergigihan untuk pergi menonton teater tersebut. Hiks. Tetapi segala-gala niat yang terpesong itu berubah serta merta. Terutama tatkala melihat lakonan hebat para pelakon tersebut. Memang terus berubah serta merta!

Hampir 45 minit menonton teater tersebut , Jijah sangat kagum dengan lakonan Mustaqim Mohamed. Lakonan nya sangat menusuk terus dalam jiwa Jijah. Bila dia menjerit , bila dia menangis semua nya terus sampai dalam jiwa. Itu yang seronok bila menonton teater. Melihat lakonan itu secara langsung. Merasa jiwa itu secara sendiri. Perasaannya sungguh berbeza. Meski niat asal kekonon nak tengok Amar Asyraf semata-mata. Tapi bila melihat lakonan Mustaqim Mohamed , Jijah terus suka dengan lakonan dia. Pendek kata , antara Mustaqim Mohamed, Amar Asyraf mahupun Khairunnazwan Rozdy, masing-masing memang berlakon dengan baik sekali dan penuh dengan jiwa. Lagu-lagu yang mereka mainkan juga turut sedap di halwa telinga Jijah.

Untuk Jijah , naskah Lelaki Dari Gua ini bukan sekadar sebuah naskah kosong. Turut menyelitkan unsur-unsur nasihat dan sebuah naskah yang ada unsur islamik. Memang sebuah naskah yang menarik untuk ditonton. Bukan mudah untuk mementaskan sebuah naskah yang mempunyai unsur islamik untuk dijiwai dengan senang dan terkesan dalam hati dan jiwa. Tetapi tatkala Jijah menonton tempoh hari, Jijah merasakan hati sedikit terpukul dengan ayat-ayat yang mereka lontarkan. Terutama apabila mendengar ayat ini ; "seluas-luas pintu syurga yang terbuka , kenapa sesempit-sempit pintu neraka yang kau tuju?". Aku memang terpukul sedikit dengan kata-kata ini. Oh biasalah. Manusia, mudah terpukul dengan kata-kata yang kalau ada kena mengena dengan hidupnya. Bukan? HEHE. 

Okay , apa kata kita tengok gambar pula? Macam terlebih-lebih banyak pula yang Jijah mengomel daripada menepek gambar kan? Jijah tahu , korang tu nak tengok gambar aje kan kan kan? Sobs. HAHAHA.



Team #LelakiDariGua! 


Amar Asyraf yang super duper sweet! Pengsan kejap? Eh!


HEHE , ini wajib!

Zain Min Ho kena tandatangan novel Jijah hokkay? :p





Congratulation Team #LelakiDariGua!

Korang terrrrbaik! :)


Jijah & Ameerul Affendi.


Mustaqim Mohamed! Lakonan dia menusuk jiwa woii!

Jijah iz suka! :D


Menulis komen setelah selesai teater! 

Si Diva Muncung katanyaaaa :p


Kak Dayah ku sayams! :p


HEHE. Okay itu baru separuh gambar. Baru separuh saja ye. Ada lagi gambarnya dibawah nanti. HEHE. Sebenarnya plan asalnya Jijah menonton teater Lelaki Dari Gua bersama dengan teman sejoyah JJCM pada hari Sabtu. Tetapi ada kawan Aaronators , Wannie, ajak Jijah untuk menonton bersama-sama tapi Wannie tak free pula untuk join aku masa hari Sabtu. Jadi Jijah pilih untuk menonton hari Jumaat. Itu yang menonton pada 1 Mac yang lalu tu. Kebetulan ada Kak Echa dan adik dia, Kak Dayah dan Kak Deina juga masa hari tersebut. Makin meriah uols! 

Pertama kali jumpa dengan Amar Asyraf , errrr Jijah menggeletar tangan. HAHAHA, ini membuatkan Jijah teringat macam mana pertama kali berjumpa Aaron Aziz. Menggeletar tangan jugak! Oh my! Jijah ooooh Jijah! Dramatik sangat kuat dalam diri kan? HEHE. Mahu tak menggeletar tangan nak snap gambar kalau tengok Amar Asyraf yang super duper sweet itu? HEHE. Memang sungguh sweet perwatakan Amar Asyraf. Haih, suka lah tengok katanya. Tapi haip! Amar Asyraf sudah berpunya hokkay! HAHA. InsyaAllah tak lama saja lagi Amar akan akan berkahwin gituew. Tak sabar nak jadi flower girl theyols. Erkkk.. tetibe kau Jah! Hahahah. Okay jom tengok gambar lagi.


Jijah & Amar Asyraf!

Manisnya senyuman Amar? HAHAHA *pengsan*


Tunang Amar Asyraf , Arna.

Sangat friendly okeh! I like! :)





Muka kekwat #DivaPora! Hahahaha..

Jijah & Wannie! :)


Kesengalan Jijah tak boleh disangkal lagi! LOL!


Zain Min Ho!!! :p


Us with Amar Asyraf!

Baik aje masing-masing posing masa ni :p


Haaaa , banyak tak gambar? Banyak tak? Banyak tak? Memang sangat banyak gambar yang Jijah sempat snap tempoh hari. Ini pun hampir juling mata Jijah nak pilih mana satu gambar sesuai untuk ditayang dalam belog kesayangan ni tau. Sebenarnya ada lagi banyak gambar untuk dikongsi. Tapi risau korang pula yang juling mata kan? Hiks. 

Rasanya masa Jumaat tempoh hari memang perasaan berbunga-bunga tu , diri sendiri sahaja yang tahu bagaimana kan? HAHAHA, over! Gila tak berbunga-bunga tengok pelakon pojaan punya manis perangai dia. Hihiks. Lepas tu kitaorang bukan main sakan bergambar yang paling tak menahan. Kesian orang sekeliling tengok telatah weols khen? Mohon bertabah sajork. Jangan cerca sudeh! :p


Kak Dayah , Kak Deina.
Wannie & Kak Echa.

with Amar Asyraf!


Us with Mustaqim Mohamed!


Jijah & Amar Asyraf lagi..


Jijah & Amar Asyraf lagi..


Us with Arna!

Nice to meet you Arna! :)



Jijah & Amar Asyraf lagi?! 

Hahahaha , ini padahnya kalau kawan-kawan ada DSLR kan? hihik :p

Ehem ehem. Banyak sungguh kan gambar? Itu pun sudah ku cantum-cantumkan kasi sikit. Tapi malangnya tetap nampak banyak walaubagaimanapun kan? Hihiks. Sebenarnya ada cherita lagi. Ada gambar lagi. Tapi Jijah akan coretkan dalam entri yang seterusnya. Jijah rasa sudah terlampau sarat entri ini. Sudah penuh dengan gambar-gambar yang bahagia dan manis. Sudah penuh dengan coretan yang panjang lebar. Nantikan entri Jijah yang seterusnya boleh?

Tapi sebelum itu, ada sebuah video yang Jijah buat ketika menonton Lelaki Dari Gua yang lepas. Video ini sebenarnya nak mengajak korang untuk menonton Lelaki Dari Gua. Tetapi Jijah kurang berkesempatan untuk mengupdate belog. Maafkan Jijah Amar! Gituew tetibe Jijah! Hahahah.. Tapi tengok jugak lah ek video ini? HEHE.


Thank U Amar Asyraf untuk kerjasama anda!

Moga kita dapat bekerjasama di lain kali. Eh? suka main aci tetibe kan kau Jah? 

ekekeke :p


Maafkan Jijah kerana terlambat untuk mengupdate cherita ini. Maafkan Jijah ye? HEHE. Anyway, Lelaki Dari Gua sebuah naskah yang menarik! Semoga akan ada lagi teater yang sebagus ini. Pasti Jijah akan datang menyokong lagi! Majulah industri teater untuk negara! Err okay Jijah dah mula dah tu. HEHE. By the way, nanti akan ada sambungan lagi. Akan ada tapi cherita dia agak berbeza sedikit tapi juga akan penuh dengan gambar juga Jijah pasti. Itu memang Jijah pasti walaupun agak lambat updatenya kan? Gituew. Hihiks. Tapi sebelum berpisah nak juga berkongsi gambar ini. Suka tengok gambar ini. Bahagia sangat muka masing-masing dengan candidnya! HEHE.


Thank U Amar Asyraf for your time!
Meski kami gila-gila tapi tetap melayan weols dengan penuh tabah sekali.

LOL ,ayat Jijah macam nak kena pelempang aje! :p

Mungkin ada yang nak tengok teaser gambar untuk sambungan entri ini? Mungkin Jijah boleh kasi sekeping kan? Mestilah boleh! 


Antara gambar kegemaran juga 

Jijah , Amar & Arna.

Ada apa dalam sambungan cherita ini nanti?

Tunggu hokkay! 

hihiks.

Terima kasih sudi baca entri ini :)

Thursday, June 28, 2012

Shahir AF8 Pun Baca Belog Jijah? Benarkah?Benarkah? *pangggggg

Korang masih ingat tak aku pernah buat entri tentang Hi Tea Bersama Shahir AF8? Ingat atau tidak? Jika korang masih ingat , aku ada bercherita sikit sambil di selitkan beberapa keping gambar Shahir gituh kan! Aku seperti biasa lah , kalau aku menulis apa-apa cherita aku akan peromot dekat semua peminat-peminat artis itu if aku tulis entri mengenai artis. Terutama bila banyak gambar yang aku nak kongsi kan , aku memang sangat suka untuk berkongsi untuk tatapan peminat mereka juga. 

Jadi bila aku sudah peromot entri-entri ini , aku sangat tidak menyangka artis yang aku bercherita tentang kehenseman dan kekachakan nya itu *guling-guling* turut membaca entri aku okes? Aku sama sekali tidak menyangka pun. Aku sedar belog aku ini sekadar belog picisan sahaja. Bukan belog yang gah seperti belog-belog hiburan yang lain. Tapi Shahir turut berkesempatan meluangkan masa untuk membaca belog aku yang penuh dengan dramatik ini kan? Hahahah , tetibe rasa malu sebab entri aku sangat lah banyak drama dan aku rasa aku sangat-sangat banyak merapu dalam entri itu. Ececece , tetibe malu banyak pulak bila Shahir dah baca entri kau ye Jah? *pangggggg

Anyway , bila kawan aku Shaza bagitahu yang Shahir baca entri tersebut , aku memang terus terasa nak terloncat , terlompat dan guling-guling sekaligus. Maafkan saya Shahir kerana terlebih excited. Saya memang begini. *tunduk malu* HAHAH , memang wajib di pangggggg Jijah ni ! Gedik sangat! Bila saja aku dapat tahu yang Shahir baca tu , aku terus suruh kawan aku buat video bukti okes? Hello wajib lah mek nak bagitahu semua orang khen retis pun masuk jejak sembah ratu membaca belog ai yang sekadar picisan ini khen?HAHAHAHA , ayat kau Jah memang betul orang terasa nak pangggg kau! Mohon bertabah semua! Ekekekek. 

And and and and and and okay enough Jijah. And I can't thank you enough to Shaza for this video. Video yang membuatkan Jijah tersenyum sampai ke telinga. Video yang membuat Jijah tengah marah pun masih mampu tersenyum. Keh Keh Keh Keh Keh. Tak mampu betul kawal perasaan yang over gediks begini. Sangat tak mampu. Maafkan saya sekali lagi. Hahahah.

Jommmmmm tengok video ini uols! :')


Hah! Shahir sebut nama Jijah!
Shahir sebut PANGGGGGGG!

okay Shahir Panggggg awak itu membuatkan Jijah tersenyum tersengih tak berhenti okes?
keh keh keh keh keh
maafkan saya -___-'

Video ini kawan aku yang ambilkan. Aku sangat-sangat berterima kasih dekat Shaza! Sangat-sangat berterima kasih sebab sudi ambilkan video ini. HEHE. Kawan awak yang seorang ni tengah excited , so saya yakin awak faham keadaan saya waktu itu :p Hahaha. Sayang sayang awak ketat-ketat ye Pah sebab sudi ambilkan video ini. Ekekekek. 

So , sebenarnya sengaja nak tulis secara gediks pasal ini. Aku sebenarnya lebih kepada terharu sebab Shahir sudi membaca tentang entri aku. Tak lupa juga peminat-peminat Shahir yang bakal menjadi peminat belog Jijah yang sudi membaca entri Jijah dan hampir kesemua menyukai entri tersebut. Amboi mampoooo uols peminat artis aku buat jadi peminat belog aku? HAHAHA *panggggg

Aku ada baca setiap komen yang orang komen tentang entri yang aku tulis tempoh hari. Ramai yang menyukai. Aku sangat terharu membaca setiap komen. Aku sangat menghargai setiap daripada korang yang datang membaca entri di belog picisan aku ini. Maaf andai kekurangan dalam penulisan aku. Aku cuma menulis berdasarkan apa yang aku rasa dan begitulah cara aku menulis. Andai korang rasa menarik dan best , maka aku juga akan turut merasai begitu dan bersyukur. Andai sebaliknya , aku akan cuba menulis dengan gaya yang lebih menarik tetapi masih tehtap dengan gaya dramatik aku kan? Ngeeeee. 

Okay lah. Aku pun rasa entri ini sudah cukup panjang , gedik dan dramatik kan? Lebih baik aku berhenti menulis daripada terus merapu , meraban , menggedik dan dramatik kan? Nanti makin panjang dan parah entri ini nanti. Ekekeke. Apa-apa pun terima kasih Shahir kerana sudi membaca entri yang lepas. Jijah sangat menghargai nya :)

Terima kasih sudi baca entri ini :)

Jom Like CHERITA EMO-TEMO di FB! Sayang korang ketat-ketat! Thanks!