Home

Showing posts with label 110111. Show all posts
Showing posts with label 110111. Show all posts

Thursday, January 13, 2011

Ijah Hashim Banyak Peminat? WOW!

Biar benar tajuk di atas itu? Selalu macam gituh kan? Tajuk main nak diva sajork kan? Haruslah kan! Ehiks. Anyway memang sejak semalam dengan hari ini memang ada 2 benda yang telah di post kan ke alamat rumah aku. Feeling-feeling terkejut kejap padahal memang dah tahu ada orang nak post benda ala-ala kasi surprise gituh! Ehiks!

Mesti pasal harijadi kan? Tehehehe. Iye benar. Terasa terharu gitu bila kawan-kawan aku siap post hadiah lagi. Ehiks. Thank You ye kaka Ayumi dan abg Jedep sebab susah susah kirim hadiah kan? Kedua-dua nya berguna untuk aku for this year :) Thank You so much guys! Tak tahu nak ucap apa lagi selain dari thank you so much xD Tak tahu nak tulis apa ... layan gambar je lah ek ;)



from kaka yumi :) siap pos laju lagi tu. thank you ye :)


from abg jedep :)


lampu comel from kaka yumi :) tq so much :)


this one adalah hadiah yang sungguh menginsaf kan dan buat diri kembali ke alam nyata. haha. thank you bang jedep for the hadiah :) 
semakin bersemangat nak ulangkaji sejarah!
bak kata bang jedep dalam kad ucapan tuh : Nak LULUS SPM kena LULUS SEJARAH!
cute sangat ucapan tu :)
thank you for the wish :)


oh oh thank you jugak for my friend , sharifah shaza because bagi gelang cantik ini ;)
ini memang cantik okeh :)
klu tengok depan-depan lagi cantik , bila snap mcm blur pulak -.-
aisehmen.

so , tak ada benda nak update lagi.
sebab aku cuma akan cakap , aku migraine , aku migraine and aku migraine.
ok gd bye ;)

Tuesday, January 11, 2011

Yang Terindah.

Tak dinafikan tahun ini adalah tahun yang paling terindah sepanjang 17 tahun aku menyambut hari jadi. Banyak betul ucapan Selamat Hari Jadi yang aku terima sejak 12 tengah malam semalam sehingga tadi. Alhamdulillah. Terima kasih buat semua yang wish aku. Dekat sekolah pun kawan-kawan wish kan? Dekat dalam kelas pun wish jugak. Tak sangka! HAHA. Lepas tu dekat Facebook , Twitter p/s: rossa pun ai gedik suh dia wish gituh. lempang! dekat Blog pun ada jugak. Thank You So Much. Aku rasa aku tulis banyak sangat benda tu sampai petang tadi aku tidur kejap , siap mimpi tulis benda tu semua. LOL.

Aku terasa macam nak menangis je bila ramai betul yang wish hari ini. Ahaks. Emo-Temo pulak hari ini. Pagi tadi siap buat AUTO POST pukul 11.11 pagi gituh. Jangan ada yang ingat aku tak pergi sekolah pulak. Aku gigih buat entry tu pukul 1 pagi semalam. Gigih tak gigih kan?Ehiks.

Btw , hari ini ada uruskan hal penting yang pernah aku cherita kan dulu. Tapi tak boleh nak bagitahu detail dekat sini. Malas nak bercherita. Esok baru boleh selesai semua nya. Tapi akan ada peringkat demi peringkat pulak. Adey , cuak pulak bila fikir semua. Harap-harap semua berjalan lancar dan dapat selesai dengan baik. InsyaAllah.

Hmmm , tak dinafikan hari ini memang seronok dan terindah. Dekat sekolah , aku tak stress. Aku seronok gila. Aku macam enjoy dalam kelas aku dan entah mungkin sebab harijadi kot.Lol. Tapi macam lain macam je hari ini.Mungkin jugak sebab dah minggu ke 2 persekolahan kan? Ehiks :) Ok lah , aku ni dari tadi duduk sibuk depan laptop balas orang duduk wish segala kan. Aiseh , macam lupa diri pulak kerja sekolah belambak nak kena siapkan -.- Ok Ok , kembali ke alam realiti. Siapkan kerja sekolah yang bertimbun ituew. Phewww -____-'



i'm still in la la la mode ;)

p/s: tadi dapat email from Kak Syamila sebab free watermark yang aku request dekat blog dia hari tu. Dia kasi 2 lagi tu ;) Tapi aku try guna 1 dulu. Cantik dan Cun tu sis , cuma aku nak nama IjahEmoTemo ekceli. Ehiks. Tapi oklah tu kalau nama betul pun. ;)
TQ ye sis. Macam dapat hadiah hari jadi pulak xD


pss: eh kalau yuols nak , pergi lah tempah sekarang dekat link yang aku kasi dekat atas. tawaran masih dibuka berdasarkan yang aku tengok dkt belog Kak Syamila. ;)

110111 ... beautiful date , beautiful moment and hoping for

Amaran : Ini AUTO POST , saya kini sedang berada di sekolah , tetapi sengaja membuat AUTO POST pada pukul 11.11 minit pagi. Gituh.


Alhamdulillah. Hari ini , 110111 , genap usia aku yang ke 17 tahun. Tak sangka cepat betul masa berlalu dari tahun ke tahun. Masih tak percaya yang diri sudah berusia 17 tahun. Alhamdulillah. Syukur kerana masih di panjang kan umur. Sebenar nya tahun ini paling seronok menyambut harijadi selain daripada tahun lepas. Alhamdulillah.

Terima kasih buat semua yang telah wish , baik di facebook , twitter mahupun di mana-mana sekalipun , aku amat hargai. Terima kasih juga buat semua yang telah memberi hadiah buat aku two days before. Bertambah-tambah terharu aku dekat korang semua. Alhamdulillah , syukur mempunyai ramai kawan dan disenangi oleh semua orang. TQ so much.

17 tahun hanya lah satu angka , perjalanan masih jauh. Bersempena dengan tarikh yang sangat cantik ini , aku cuma hendak wish pada diri sendiri semoga terus kuat menempuhi kehidupan yang semakin hari semakin mencabar , semoga panjang umur , semoga boleh lakukan yang terbaik untuk SPM tahun ini , insyaAllah :)

Dah tak tahu nak tulis apa selain daripada thank you semua :)


it's me , 17 tahun dahulu. hik hik comel kan saya waktu kecik-kecik dulu? *buat muka comel sambil kenyit-kenyit mata. kikikik*

p/s: hari ini pun harijadi Dato' CT Nurhaliza dengan bloggers MiszLullaby. Happy Birthday , May Allah Bless You dan Success dalam kehidupan ye :) Muah Muah uols! Wah tetibe gituw.Ekekeke.


Lot's of LOVE LOVE LOVE

Ehem ehem , ingat tak entry sebelum ini yang aku bertapa dalam Jusco hampir 2 jam semata-mata hendak mencari baju mengikut tema? Ingat tak? Ingat tak? Apaaa??? Tak ingat?? *merajuk* Kikikik. Ini yang aku nak cherita ni.Semalam aku telah mengadakan pre sambutan hari jadi di Taman Tasik Titiwangsa. Sambutan secara kecil-kecilan yang aku hanya jemput rakan-rakan sekolah dan rakan yang amat rapat dengan aku. Walaupun hanya menjemput yang rapat-rapat , tapi itu pun mencecah hampir 50 orang tau. Nampak sangat ramai kan kawan aku? Kikikik. Alhamdulillah. Cuaca semalam pun elok je , cuma bila dah nak balik tu start nak renyai-renyai. Ehiks. Syukur.

Tapi yang datang semalam rasa nya ada lah dalam 20+ orang sahaja. Aku memang dah jangka paling ramai datang pun mungkin dalam sekitar 30 orang. Walaupun orang yang di jemput sikit sangat kalau tengok nama. Tapi kemeriahan tehtap ada katanya … Gelak ketawa is always be the first thing yang akan terjadi kalau berkumpul dengan teman-teman rapat kan? Oh ya , I'm sorry if terlupa nak ajak or tertinggal mana-mana nama. Sebab clumsy gila and last minuted plan memang mencabar jiwa dan minda katanya! Sorry again ye? =.=




TQ Cik Kekure sebab taja Cupcakes :)


Tema : Black & Purple , nice kan colour dia :) 

p/s: TQ for the ballon Cik Kekure and IH :) 


Yummy Cupcakes : Thx to Cik Kekure sebab taja cupcakes ini :D 

Tulip ... auww auwww :D



Terharu sangat bila kawan yang kita rapat datang ke pre birthday party aku semalam. Siap bawak hadiah lagi. Yang tak datang ada siap kirim lagi hadiah. Mahu aku terharu lagi kan? Terima kasih banyak-banyak. Aku sangat menghargai nya dan kepada yang tak dapat datang semalam , it’s ok , insyaAllah next time kalau ada rezeki , kita berpeluang jumpa dekat mana-mana kan J Ihiks.

So apa yang aku buat semalam? Memandangkan migraine aku belum surut sepenuh nya , jadi aku pun berhati-hati jugak semalam. Pagi semalam kepala berdenyut macam nak pecah. Mujur ada ubat lagi kan? Cepat-cepat makan , Alhamdulillah bila tengahari macam tu dah beransur ok. Tapi bila petang tu start denyut sikit-sikit. Just hold on and tenang buat lek je kan? Huhuh.

So semalam acara makan-makan dan borak-borak sambil tengok pemandangan yang berlatarkan KLCC dan Menara KL gituh. Tapi semalam macam mendung jadi just so-so je lah pemandangan tu. Ceehhh , tehtap feeling DIVA khen? Kikikik. Semalam yang syok siap ada balloon PURPLE & HITAM ,auwwhh , I like ;) Thanks guys sebab banyak gila ballon semalam. Kikikik. Bebudak yang kecik-kecik comel-comel pun geram nak terkam ballon semalam. Hahah.



Atie , IH & Cik Kekure :)


Dee M , aku , Shera :)







Antara hidang : Bihun Goreng , Spagheti & Karipap.

Semalam banyak amik gambar dengan bermacam posing lah kan? Ehiks. Ai loikeee xD Lepas tu hadiah semalam memang banyak gila dapat. Seronok dan terharu gituh.Kikikik. Gedik gelenya sangat kan? Kikikik. Lepas tu ehem ehem dapat bunga. Kikikik. Itu part yang paling aku nak pitam. Muahahaha. Biasalah kan ai kan DIVA katanya , harus lah ramai pehminat *muntah* yang nak kasi bunga. Wakakakak. Sila muntah berjemaah ye kawan-kawan. Kikikik. Ai dapat 17 kuntum bunga ros bersempena 17 tahun. Oh Oh saya tahu itu sheeweet sangat. xD Thanks IH ;) Ekekekeke.

Ehem. Majlis bermula dari 2.30 tapi aku sampai sana pukul 3.00 petang then habis around 6 petang. Lama gilaaaaa kan? Tapi tu lah ada yang kata nak datang but the end tak muncul-muncul. Huwaaaa , sadis mekkk okeh?!! Tapi tak apa , macam aku cakap tadi, InsyaAllah ada rezeki nanti kita jumpa dekat mana-mana k J

Jom layan gambar sat …




view shantek! tapi sedikit mendung gituhh... but it's ok as long tak hujan. pheww


with the geng. tq korang sbb sudi dtg dan bawak hadiah. terharu meh :D


supermodel katanya ...


auwww ... dapat bunga rose 17 kuntum bersempena 17 tahun katanya.
thx IH.

p/s: itu lakonan semata-mata demi menchantekkan gambar. voleyh? 
kikikik


baru perasan .. satu-satu nya lelaki yang datang semalam. gitueww :D


GEBATA : sejenis kuih ok? bukan maksud apa-apa pun. lol.

tq kak fieza , kak atie , kak nisa , kak ekah , kak kekure? erkk macam pelik je. lol. sebab datang dan siap bawak hadiah. happy sangat ni :)

oh ya tak lupa thanks to kaka ted dan mama nani serta auntie ros and family sebab siap kirim hadiah lagi kan? tq so much. terharu sangat :D

Memang banyak buat acara mengambil gambar , makan , borak , bergosip , kikikik. Lepas tu , ehem ehem buat apa pulak? Ok dah habis pukul 6 petang aku pun chiaowww balik. Kikikik. Alhamdulillah makanan pun banyak habis walaupun ada lebihan sikit kann. Punya lah aku cuak takut makanan tak cukup gitue. Ekekeke. Itu pun siap kasi bungkus dekat siapa yang nak kan? Sebab dekat rumah pun weols ada lagi makanan. Oh oh lupa. Hidangan apa semalam? Spagheti , Bihun Goreng dan Karipap as usual. Kikikik. Lepas tu my kakak hangkut eh hangkat kekekek siap taja cupcake shomel dengan tema Purple & Hitam lagi tuh. Bunga TULIP tu noks!! Ai suka Ai suka. Ehiks ;) Tq ye xD



love this picture :)


adib , ama , syaza  :)

Ehem Ehem .. antara hadiah - hadiah nya ... gituuuu banyak sangat dapat katanya :D




TQ so much Everybody. TQ for coming. TQ for the gift :)

Alhamdulillah , semalam sangat lah enjoyed , fun and happy with them. Thank you guys yang siap kasi hadiah , yang bagi aku a super duper happy semalam eventhough itu hanya pre birthday party kan? Kikikik. Thank you so much everybody. Ehiks. Perlu ke buat ucapan harijadi sekarang? LOL , tak perlu. -.- Sebab kejap lagi nak buat lagi satu entry ucapan. Kikikik.Tehtap kan? -.-

p/s: migraine masih bersisa. haish!!


Monday, January 10, 2011

Awesome

Alhamdulillah. Today has been my awesome great lovely day with my lovely friend. Perancangan last minute dengan bermacam perkara yang bermain di fikiran and Alhamdulillah it was done great. Banyak lagi yang aku nak cherita dekat sini , tapi masa terlalu suntuk untuk bercherita. Esok kan hari persekolahan , tak kan nak tidur lambat kot? Iye ari ni tidur lambat pun gara-gara menonton AJL25 yang sangat hampeh , sangat tak seronok dan sangat membosankan. I'm sorry to saying that , but that's the truth ok? Huhuhu.

Ok , tak mahu cherita panjang. Sekadar nak tepek sekeping gambar petang tadi yang sungguh membuat aku gembira dan my awesome day ever. Alhamdulillah.



black and purple , my awesome day ;)

bye guys.

i'm waiting for 11.01.11 .. hmmm what's gonna be on that day?

love ? happy ? sad ? or maybe enjoy ?

aku tak tahu.

night :)

note : ana raffali jadi juara lagu? hmmm

Sunday, January 9, 2011

Bila DIVA bershopping ... macam ini lah jadi nya. Kau hade?

Semalam pergi ke Jusco dengan tergesa-gesa semata-mata untuk membeli baju baru. Ehem. Baju untuk apa ni? Ok , kisah untuk apa baju itu dibeli akan dicherita kan kemudian , tak surprise surprise surprise lah kalau cherita awal-awal kan? LOL. Kekdahnya pukul 8 malam terus keluar rumah then pergi ke Jusco. 

Sebenar nya dah lama tak shopping baju-baju ni. Kali ni memang shopping just untuk something yang akan jadi esok ni. Tehehehe. Lepas tu aku target shopping baju itu hanya setengah jam paling lambat. Sebab Ayah aku ada urusan lain pulak , jadi harus cepat kan diri. Cepat-cepat mata melilau mencari baju , cepat-cepat mata melilau mencari baju mengikut tema. Seriously , I'm a bit frustrated because tak ada satu pun baju yang buat aku terus cakap WOW. 

Honestly , aku memang cerewet bab-bab nak pilih baju. Aku kan berbadan comel , jadi perlu lah sedar diri untuk pakai , pakaian yang menutup ketembaman badan ini kan? Tak kan lah badan kau montel tetibe kau nak pakai baju warna terang kan? Haruslah ramai yang sengih sinis macam nak kena pang pang pelempang kan? Erk , emo pulak! So , aku memang cerewet gila tadi. Bayang kan aku tukar baju dalam 10 helai? Bayang kan jugak aku duduk mencari baju ONLY BAJU selama 2 jam? Something yang aku pun tak pernah dapat bayangkan -.-

Mujur Ayah cakap , dia cancel nak pergi jumpa somebody segala kan? Kalau tak harus makin kecewa sebab baju yang nak tak dapat :( Well , after two hours duduk memilih baju , menukar baju , geleng kepala , at the end aku pilih jugak satu baju tu. Tak suka actually. But bila fikir balik , tak perlu kot baju bergemerlapan bintang bulan terang segala kan? Aku kan baru 17 tahun , nanti vogeh sangat kang , tua dari usia pulak. LOL , nampak sangat nak sedapkan hati -.-

Hmmm , seriyesli aku tak suka wehh , tapi just nice cuma rasa macam just nice je lah baju tu. Macam membazir gila duduk bertapa dalam Jusco almost two hours , last-last pilih baju yang macam biasa je. Hmmm.. But it's ok then , I want have fun tomorrow and yes , i'm a bit nervous thinking of tomorrow tehehehe and harap semua nya lancar esok :) Ehiks!

So , mahu pergi tidur dan good night semua ;)

p/s: ni cherita pasal diva ke atau pasal diva kecewa baju tak vogeh? lol.