Home

Showing posts with label fizzi'c. Show all posts
Showing posts with label fizzi'c. Show all posts

Monday, January 9, 2012

Cherita Basi :: Badai Semalam :: Antara Cita-Cita Dan Cinta !

Kali ini aku nak bercherita tentang teater Badai Semalam yang telah dipentaskan di Istana Budaya pada 11 November 2011 sehingga 20 November 2011 dan telah dilakonkan oleh barisan pelakon-pelakon hebat seperti Aaron Aziz , Erra Fazira , Fizz Fairuz , Umie Aida , Ziela Jalil dan ramai lagi. Sebenarnya apabila aku mengetahui tarikh yang dipentaskan aku hendak hentak kaki berkali-kali kerana tarikh yang telah dipentaskan itu adalah tarikh yang sangat dekat dengan tarikh SPM okeh? Tuhan sahaja yang tahu macam mana sedih , pasrah dan parah nya hati bila dapat tahu tarikh teater itu sangat dekat dengan SPM. Uish sah-sah aku punya tempoh untuk bebas bab burung sudah tamat ye masa itu? Hiks. Tapi tiba-tiba kawan aku ajak aku untuk pergi menonton Rehearsal Badai Semalam sebab abe Fizz Fairuz ajak datang tengok dia rehearsal. Aku pun ala-ala melonjak kegembiraan la khen sebab dapat lah ubati kesedihan hati yang tak dapat nak menonton teater Badai Semalam pada mula nya konon nya kan? Hahaha.

So , dengan tarikh SPM nak dekat , bergigihan aku pergi ke Istana Budaya semata-mata nak tengok rehearsal Badai Semalam okes? Aiyark bila fikir balik kerja gila ini , aishh , no komen. Hahahaha. Bila tengok rehearsal Badai Semalam aku macam banyak terpukau jugak lah ye sebab masa aku datang diaorang tengah practise scene "hot" iaitu scene Karim (Aaron Aziz) dengan Dora (Jasmin Hamid) di dalam disko. Ahaks , pi google apa scene hot tu ye mek malas nak bercherita di sini. Keh keh keh. Kemain lagi aku mencakar dan menjerit tengok scene itu. Muahahahah :p

Okayy , jom layan gambar-gambar masa rehearsal Badai Semalam ni eh? Aku malas nak susun atur sebab aku malas. Sangat malas. K. Maaf dengan kualiti gambar. Wa tak pakai DSLR. Wa pakai kamera murah. Asal korang nampak muka diorang okay ahh tu kan? Hihihihi. Tapi kalau macam nampak cantik gambar itu , sudah semestinya from photographer belog kitew : Kak Fieza. Hakhak , tetibe dapat gelaran photographer belog kita eh? :p



tujuan utama :: tengok abe Fizz untuk rehearsal dan suruh pelakon-pelakon Badai Semalam sign novel Badai Semalam.

untuk yang tidak mengetahui teater Badai Semalam merupakan adaptasi dari novel sastera karya Khadijah Hashim.




jeng jeng jeng ... cer teka siapa tu?

hahahahaha.



Kemain lagi snap gambar Aaron Aziz kan? Ehhey , sebenarnya kan aku ingat Aaron tak datang rehearsal tu okeh? Sebab dekat dengan sejam setengah aku duduk dekat situ bayang dia pun tak nampak. Dah pasrah masa tu sebab masa tu dah pukul 10.30 malam aku agak. Punggung aku dah panas sebab takut Umi aku akan buat panggilan hormat ye? Hihihi. Baru feeling nak angkat punggung dengan rerakan sebab tahu rehearsal mesti habis lambat punya , heh , tiba-tiba muncul seseorang. Dah tak payah nak suspen sangat. Aku nampak Aaron lalu atas pentas siap minta maaf sebab lambat. Erhiks. Terus tak jadi nak angkat punggung kan? Hahahah kemain kau Jah!

Masa tu terus ye kengkawan aku suruh aku bertenang takut aku pergi mencakar. Haipp. Kitew tak adalah tahap nak mencakar sesuka hati ye? Hahahaha. So teruskan lah menonton rehearsal nya sampai terasa mengantuk. Erhehehe. Ehem lepas tu ada pulak cherita dramatik aku dengan Aaron Aziz ye? Aiyark , Aaron kalau tak ada cherita dramatik tak sah kan? Tak tahu siapa yang dramatik lebih ni voleyh? Muahahahah :p

Masa team Badai Semalam berehat kejap dari rehearsal , tiba-tiba Aaron datang dekat aku sebab mula-mula dia tak perasan dengan kehadiran aku kan? Aku ni siapa aje pun kan Aaron nak perasan kan? *lap air mata* Ceh. Lagipun aku malas nak menonjolkan diri malam itu ye walaupun aku sebenarnya duduk belakang Aaron Aziz. Itu tak mahu menonjolkan diri ke? Hahahha. Lepas tu tiba-tiba dia datang dekat aku , dia cakap ...

Eh??!! Dia ni macam magic lah? Dekat mana-mana ada.
Macam *ting* , muncul situ. Macam *ting* muncul sana.
Hebat lah! *muka excited*

K kau faham tak perasaan aku masa itu? Terasa macam nak menyorok bawah kerusi ok? Sebab Aaron siap menari ala-ala sambil petik jari dan siap jerit "EHHHHHHH!" , okay sampai sekarang aku still ingat. Reaksi muka Aaron paling aku ingat k? Excited gila sampai aku yang bising jadi diam okay? Siap aku cakap " Haip apa? apa?" Hahahah tiba-tiba rasa nak hempuk muka sendiri dekat kerusi sebab malu. Ekekekeke. Sungguh terharu ye abe Tapa masih mengingati ku. Eceh gedik ahh kau Jah. Hahahaha. Lepas dah sesi dramatik tu terus hulur buku dekat Aaron suruh sign. Hiks masa ni menggedik sikit lah kan? Biasalah IjahEmoTemo siapa tak pernah mengadu tentang ke-dramatik-an dia khen? Erkk. Hahaha. Tapi sungguh aku nak tergelak bila ingat balik tau. Ekekekek. Semua kawan-kawan aku ala-ala tercengang tengok Aaron excited gila jumpa aku. *batuk* Muahahaha.






Erhiks memang seronok sangat dapat berjumpa dengan pelakon-pelakon Badai Semalam ini tau. Pertama kali berjumpa dengan Erra Fazira memang buat aku terpegun okeh? Soft spoken sangat Erra ni and terus aku adore dia tau? Hihihi. Sempat jugak berborak dengan Erra and Umie Aida. Diorang tanya pergi tak nanti untuk pementasan teater tu kan? Of course jawapan aku tidak and sedih tak dapat nak tengok khen? Terus diorang tanya kenapakah? Hiks wajib aku menjawab SPM tak boleh lah nak pergi. Terus Erra dengan Umie nasihat suruh dahulukan SPM than Badai Semalam. Terharu meks tau siap dapat nasihat dari diorang. Ngeee. Itu yang next day nya Erra tiba-tiba wish aku dekat Twitter. Erhiks. Masa tu lagi double terharu okehh sebab tak sangka dia masih cam wajah gebuz ku ini hahahaha. Hiks.

Bayangkan lah masa rehearsal tu kan dari pukul 9 malam sampai 12 tengah malam ye bertapak di situ? Pheww , lama jugak nak tunggu diorang habis dan aku pun dah seram sejuk sebab risau kalau Umi aku marah ke apa ke kan balik lambat. Ngeee. Tak sangka pulak nak duduk lama-lama kan dekat IB masa hari itu. Hiks. Wajib lah sempat bergambar dengan pelakon-pelakon utama Badai Semalam khen? Hiks.





cer teka tangan siapa melentik sangat tu?
k ini kawan aku snap. sangat dramatik tengok pic ni muehehehe :p


erhikss , sukaaaa :p

thank you Fizz Fairuz , Erra Fazira , Aaron Aziz dan Umie Aida! :D


suka pulak buat gambar cantum-cantum macam ni. hihihi.

K selesai kisah pertama. Mak oiii yang pertama pun sudah berjela kan?Hihihi janji yang kisah kedua tak berjela sebab jejari tembun aku dah penat menaip dah ni. Hahahaha. Ehem macam aku tulis diatas tu khen? Sepatutnya aku tak pergi menonton teater Badai Semalam sebab tarikhnya sangat hampir dengan SPM. Lepas tu tiba-tiba dapat dua tiket before SPM. Hahahah , so aku pun pergi dengan kawan. Plan asal nak pergi dengan Umi aku tapi tapi Umi aku tak sihat masa tu so terpaksa batalkan hasrat tersebut ye. Ngeee. Bila menonton Badai Semalam punya show yang betul , seriously aku terpukau dengan lakonan abe Fizz Fairuz. Serius. Ada satu monolog Fizz siap aku menangis lagi tau? Tak sangka mendalam sungguh lakonan Fizz sampai bikin aku menangis. Heh heh heh.

Lakonan Fizz Fairuz sangat mantap dan aku sangat terpukau. Begitu juga dengan Erra Fazira , Aaron Aziz dengan tarian nya , pheww menarik uolsz! Hahahha. Ramai betul yang bersorak masa Aaron menari ye? Erhiks. Anyway teater tu memang menarik dan dengar khabarnya nak menyambung pementasan di Singapura. Aku pun tak pasti bila dan kita tunggu sahaja nanti ye. Hiks. Okay okay lepas dah habis aje pementasan gigih jugak pergi beratur ye sebab nak dapatkan tandatangan lagi oleh pelakon-pelakon Badai Semalam. Ngee. Lepas tu tehtap buat drama ye? Kali ini dengan Erra Fazira muahaha. Boleh Erra cakap muka aku dalam twitter dengan luar lain T_T K , nangis sangat. Hahaha.

Tapi agak tak puas hati dengan guard masa hari itu sebab tak benarkan kitaorang ambil gambar dari jarak dekat. Geram sangat okeh? Walaupun dah bergambar masa rehearsal hari itu khen? Tapi tehtaplah mak nak jugak bergambar lagi khen? Tsssk , mujur cakap awal-awal dengan Fizz nak jumpa dekat belakang. So dapat lah bergambar dengan Aaron Aziz lagi , kak Diyana and paling tak sangka dengan kak Awyn , adik Diyana Halik. Bila tengok Kak Awyn terus macam eh? Ingatkan aku silap orang ,sekali betul.Hehehe. Nak jumpa Fizz tapi terjumpa Aaron dulu so ajak lah bergambar kan? Hikss. Okay jom layan gambar. Jejari tembun mak dah nak lebam banyak sangat menulis ni. Ehhey! Maaf ler kalau gambar nampak berbelang-belang , mulut aku tiba-tiba jadi senget benget. Tssk , tak tahu apa pasal gambar jadi macam gitu. Ehhey stress! Hahahaha.




Ziela Jalil sangat cantik! :)


Aaron , Diyana Halik and aku. 


k , jangan tanya aku apasal gambar jadi macam gitu.
jangan sesekali tanya *meraung hentak kaki*


abe pizz ... abe pizz ! :D


aku dan adik Diyana Halik , Darwina Halik ( kak Awyn) :)
nice to meet you Kak Awyn , terbang jauh dari Singapore tau heheh :)

Erhiks , aku pun tak tahu apa pasal gambar-gambar masa show Badai Semalam jadi berbelang-belang , mulut aku jadi senget tssk and etc. Bila dapat email from kawan aku memang stress ye try save banyak kali still sama. Sabotaj sangat gambar tu tau! Tssk. Hahaha. Overall sangat happy dapat pergi rehearsal dan juga pementasan itu sendiri. Sepatutnya banyak lagi gambar but aku bukan jenis rajin sangat nak letak watermark , nak edit sana edit sini , karang cherita , phew tak larat meh. 

Aku tahu entry ini sangat panjang and as usual sarat dengan cherita dramatik dan juga gambar-gambar. Lagipun aku nak lah jugak titipkan semua cherita dan gambar dalam belog kesayangan khen? Tak kan nak menumpang dalam belog korang pulak khen? Hakhakhak :p Nak siapkan keseluruhan entry ni memang menuntut masa yang sangat lama okeh? Dengan nak cari mood nya lagi , nak ingat balik segala kejadian lagi , phewww. Mujur ingatan masih kuat ye. Hiks. Okay tak mau tulis apa-apa lagi memandangkan dah banyak sangat aku menulis khen? Daaaaa... :p

Terima kasih sudi baca entry ini :)

Tuesday, June 14, 2011

Kaki Menggigil. Kepala Terhantuk. Comel Bukan?

Ehem. Tak tahu nak mula kan cherita untuk entry ini macam mana. Tengah nak menulis pun kaki menggigil-gigil tahu tak? Keh keh keh. Sungguh mengada-ngada nak menggigil segala kan? Kali ini tajuk dan isi entry ada kena mengena ya. Bukan setakat mahu diva dan vogeh sajork tajuk. Kalau di ingatkan balik kejadian-kejadian yang terjadi pada minggu lepas itu mahu rasa nya bermacam-macam perasaan bercampur baur menerjah dalam diri. Ngahahaha.

Kisah nya , minggu lepas pergi menerjah lokasi Stanza Cinta yang di lakonkan oleh Fizz Fairuz , Nur Fathia dan Aaron Aziz. Kebetulan Fizz pun ada ajak ke lokasi dan kawan aku pun  ajak aku jugak ke sana , maka aku pun berkesempatan lah menerjah ke sana. Punya lah jenuh nak mencari lokasi tu sebenar nya even Fizz dah bagitahu dekat mana semua tu. Lepas tu dengan hujan lebat lagi lah bertambah payah nak mencari. Tapi alhamdulillah setelah 2 jam setengah mencari sampai juga kami ke lokasi Stanza Cinta. Heh , 2 jam ye? Hikhik. Daripada mendung sehingga lah hujan lebat sampai tak hujan terus baru jumpa lokasi penggambaraan tu tau :P

Jadi nya bila kami sampai tu Fizz tengah shooting scene dia. Kitaorang tunggu aje lah dulu. Dekat dengan sejam jugak menunggu dan ehem sebenar nya kitaorang nak terjah Aaron Aziz jugak. Ngehehehehe. Tapi mula-mula tu tak nampak bayang langsung Aaron Aziz. Jadi kitaorang duduk bersantai dulu lah ye. Tiba-tiba tak lama kemudian kawan aku , Kak Fieza nampak Aaron Aziz , hamboii boleh semua berkejaran ambik novel Stanza Cinta nak suruh Aaron sign. Ngeh ngeh ngeh. Masa tu aku rilek okay aje lagi. Lepas tu boleh pulak Kak Fieza menggeletar berlari ke arah kitaorang ye sebab ketakutan. Ngahahah. Lepas tu terkebil-kebil Aaron tak tahu nak kasi dekat siapa buku tu. Boleh aku pandang sambil sengih-sengih sambil jerit perlahan panggil dekat Kak Fieza. Choy sangat masa tu. Haha.



Aaron Aziz tengah sign novel Stanza Cinta.
Aaron Aziz melakonkan watak Irfan Ikmal.

Lepas tu pulak Kak Fieza terlupa nak mintak ambil gambar dengan Aaron kan. Apa guna nya terjah tanpa mengambil gambar uols. Sia-sia okeh. Wah gitu kau Jah. Keh keh keh. Lepas tu aku terus ambil novel kawan aku terus berlari-lari anak *silabygkancepat!* pergi dekat Aaron yang duduk dekat bawah rumah. Pheww. Masa tengok dia depan-depan baru lah kaki menggigil okeh? Patutlah pun Kak Fieza ketakutan katanya. Hakhak. *pang* Lepas tu boleh pulak aku punya kelam kabut meja nak terbalik -.-' Handphone Aaron pun terjatuh -.-' Kes nak terbalik meja ler tueww. Lepas tergagap-gagap nak mintak ambik gambar. Ekekekek. Sampai kan Aaron pulak cakap : rilek la. =.=' Malu akuuu woiii.

Lepas tu diam je aku tengok Aaaron sign dekat novel Stanza Cinta. Hikhik. Kelu terus lidah aku ni wehh. Nak sebut #sethtan pun tak mampu kata nya. Padahal Aaron rilek je. Aku pulak yang gelabah terlebih. Choy Choy Choy sangat okeh? Lepas tu bila nak ambik gambar sebab ada aku dengan Aaron boleh pulak aku tanya : Siapa nak ambik gambar kita? Hakhak. Tak rasa nak lempang ke muka sendiri? Adess. Selamat ada abang krew yang tengah nak makan keh keh tolong ambik kan gambar. Terima kasih bang oii. Ekekek. Lepas tu aku mula lah berlari-lari anak ke kereta kawan aku tu ha. Tergedik-gedik sangat tau. Kawan-kawan aku terkejut bila dapat tahu aku dah ambik gambar dengan Aaron. Kagum kata mereka walupun aku rasa masa tu habis seluruh badan menggigil okeh? Hakhakhak over betul!


hiks , Aaron ajak duduk ye sebelah dia. cehh.
thanks to abang krew ituew. :)

Okay nak cherita apa lagi ni? Oh lepas tu turn kawan aku pulak berkejaran tapi kali ni aku ikut je hakhakhak muka tak tahu malu okeh. Sekali sekala apa salah nya. Hahahah. Lepas tu masa tu jugak boleh pulak kepala aku terhantuk dekat tiang weh. Malu lagi sekali. Aaron punya muka terkejut okeh masa tengah duduk sign novel lagi. Aiyark , sangat malu. Rasa nak lari-lari anak pergi jauh-jauh. Hakhak. Choy sangat kan? Aiyoh. Lepas tu bila borak punya borak dah kurang sikit menggigil. Heh. Gedik sangat kan siap nak gigil bagai. Aiyoh. Sempat jugak Aaron ajak makan ye. Aku dah bukak tupperware bagai tapi macam malu nak makan boleh? Hakhakhak nak lempang tak? Padahal memang perut tengah lapar masa tu. CHOY lagi. Then lepas tu aku pun ambik kan video untuk fanpage Stanza Cinta TV3 di facebook tu. Sempat ambik yang Aaron Aziz je. Bila nak ambik yang Fizz , dia dah kena panggil shooting balik. Tak apa , maybe next time lah ye. Hehehe.


jangan bebel ye kalau gambar blur.
lupa nak pki flash.
tangan menggigil. mampu ke nak ambik gambar elok-elok? 
maklum la aku tak pakai DSLR. kamera murah je. gituh.
T___T

Uhhu. Lepas tu sempat borak dengan Fizz ye. Jangan di lupakan Fizz. Kalau tak ada Fizz , memang tak akan dapat lah nak jumpa Aaron. Hehehe , terima kasih Fizz. Nampak kurus aje Fizz. Lepas tu mata dia pun tak sembuh-sembuh lagi. Harap cepat-cepat la sembuh nya. Sepet terus mata dia. Tapi itu lah , tehtap shooting jugak. Hiks. Apa-apa pun Aaron Aziz okay aje , baik dan rilek walaupun aku menggelabah tahap nak kena pang pang pelempang gituh. Terima kasih jugak dekat Aaron walaupun berulang kali gigih aku menunduk bawah rumah tu takut terhantuk kepala semata-mata nak mintak ambik gambar la , nak mintak buat video la nak itu nak ini. Hehehehe , selamat dia okay je.


Fizz Fairuz. Get Well Soon.
Terima kasih sebab kasi kami menerjah ke lokasi penggambaraan :)


Apa-apa pun terima kasih kepada Fizz Fairuz. Kami sangat gembira ye kerana dapat berjumpa dengan Aaron dan juga of course la dapat jumpa Fizz pun happy. Hehehehe. Jangan lupa korang , nanti Nora Elena dah nak habis , korang tengok lah pulak Stanza Cinta di TV3 19 Jun ini jam 9 malam. Ehem dekat bawah ni promo dari Aaron Aziz. Maaf tak buat ayat gempak sebab aku pun menggeletar memikir ayat. Heh. Thanks again to Aaron Aziz :)


thank you Aaron Aziz. 
:)

Uhhu , satu lagi ; jangan lupa follow Stanza Cinta di Twitter untuk mendapatkan maklumat terkini gituh. Like juga di Facebook untuk mendapat gambar-gambar terkini dan maklumat terkini tentang Stanza Cinta. Ehem , ada tak yang minat Aaron Aziz ni? Hihihi. Maaf kalau ayat aku nampak kelam kabut sebab aku pun hala-hala seram sejuk tengah menulis ni. Hakhak. *pang* Okay lah sampai di sini sahaja entry kali ini. Maaf panjang bebenor dan maaf lah kalau gambar kurang cantik. Macam aku cakap ; lupa guna flash dan tangan menggigil. Heh. Okthxbai.

Terima kasih sebab sudi baca entry ini :)


Sunday, February 13, 2011

Hari Bisu tapi Menarik.

Cer Citer Cer Citer apa dah jadi dengan hari ini. Sebab aku tengah malas nak cherita panjang lebar ; jadi aku nak cherita guna point. Boleh? Alah boleh je lah. *gaya macam ada 100 komen setiap hari khen? ngeh ngeh*

  • Pagi pergi keluar cari barang Aa dekat tengah bandar ; Chow Kit & Jusco. Beli 1 Novel ; novel dah lama keluar tapi baru ada feel nak beli. Fine , Isnin exam , gedik jugak nak beli. Heh.
  • Petang rehat kejap , lepas tu ada orang nak belanja aku makan. Heh , comel. Muka tak malu betul kan? Lepas Asar keluar , Auntie Ros jemput aku bawak pergi makan Sate dengan keluarga hangkut ai. Heh , curlast kau Jah , ada keluarga hangkut lagi tau. Gituew.
  • Then dengan hujan lebat petir semua , cehh , kitaorang redah jugak pergi makan Sate dekat depan bahagian menara Celcom. Ai loikeee. Lepas tu retis jemputan datang. Fizz Fairuz lah sape lagi. Ceh. Dengan Syafie Naswip sekali. Haha , padahal naik kereta sekali. Haha.
  • Lepas tu aku tak tahu kenapa aku jadi bisu. Ok sebab Isnin exam lepas tu sakit gusi tapi makan sate tak hengat dunia jugak. Sheesh.
  • Hmm then pergi buat apa lagi? Macam-macam. Antara nya pergi karoeke jugak lah ye. Pizz peruz belanja , ai tukang sorak walaupun bisu. LOL.
p/s : bisu = diam. don't get me wrong ha? jangan nak cakap aku kutuk benda alah lain pulak. i know , sekarang semua benda salah tulis jadi isu aite? sheesh , macam emo kejap.

  • Apa lagi? Aku tahu aku diam hari ini. Lepas tu nak ketawa pun payah. WHY IJAH?WHY? -___-
  • Lepas tu dapat sate free. Ngahahaha. Thank You So Much Auntie Ros ;) Thank you sebab ambil dan hantar ai ye. Muah Muah *hugs*
Ok jom layan 3 keping gambar. Gambar group keluarga hangkut ai ; tak cukup lagi beberapa orang ; It's alright , next time k :)




aku dengan fizz. 


aku dengan syafie naswip ; dia nyanyi sedap ;) oh sebelah tu Imran , kesian dia letih sampai tertidur ;) 


keluarga hangkut kesayangan sayaaa! *love&hug*


Walaupun hari ini aku bisu tapi aku have fun dengan diorang. Hari yang sangat menarik , gelak ketawa dan tersenyum. Maaf sebab hari ini saya diam. Next time , jangan terkejut perangai saya kembali ye kawan-kawan. Ngeh Ngeh.So apa cer lagi? I don't have mood anyway to update somemore thing yang terjadi hari ini. Seriously mood lari. I'm sorry guys. Huhuhuh. Jadi aku update apa yang patut je lah ye , lain-lain gambar , lepas ni. Okthxbai.

Friday, September 24, 2010

Beraya bersama Fizzi'c

credit picture to :KI.creativeimage@Khairil Mazwan. This is GEBATA's with Fizz Fairuz. Tak cukup ahli ni ;(

Salam and Hello.Ohh lupa nak story pasal hari raya jalan-jalan raya tak sedar diri , hiks! Bila eh?Sabtu lepas kot?At Auntie Ros punya rumah , kami geng Gebata's pun beraya lah dekat rumah Auntie Ros dekat Taman Karak Utama , Gombak. Betul kan? Matilah ai kalau salah. Haha. And , lepas Maghrib macam tu lah , baru ai bertolak pergi rumah Auntie Ros.Then biasala kalau jumpa geng Gebata , haruslah meriah satu rumah , pampongpampong okeh? Haha. Then dalam 8.30 macam tu inche Fizz pun mai kerumah Auntie Ros. Biasalah , weols kan borak-borak lepak-ing and relax-relax dekat rumah Auntie Ros , macam lupa family dia ada dekat situ , heheheh. Then biasalah makan-makan sampai pitam and then borak-borak lah kan? Almost sejam jugakla borak-borak dengan Fizz.

After dah puas borak , mengacau , menyakat and yes ,aku lah kan jadi mangsa nya, kejis waaa! heh , heh , the last thing we do is , sesi mengambil gambar bersama inche Fizz. Eceh. Haha.Macam-macam gaya.Macam-macam posing.And , aku cuma boleh letak gmbr yang dekat atas tu je lah ek?Kang letak lebih-lebih marah pulak err inche photographer nya.Heee ;) Heh, walaupun ada part yang aku disakat lebih-lebih , ai redha yu.Hahah , and walaupun err banyak kisah malam tu , and my parent's pun sporting join walaupun... heheheh.. Anddd , apa lagi? Yeah , saya tak dapat duit raya dari pizz peruz sebab saya yang demand.Ai sedar diri and insap.Lps ni tak buat lagi. Promise katanya!Hiks walaupunn

So that's for today.Till then ;)