Home

Showing posts with label tragedy. Show all posts
Showing posts with label tragedy. Show all posts

Monday, August 26, 2013

Careless

Careless.

Selalu sangat careless tak kira dalam apa jua situasi. Tapi semalam careless yang paling teruk. Sampai terkedu tak tahu nak buat reaksi macam mana. Itu pertama kali careless yang paling sampai terkedu. Nak marah tak tahu nak salahkan siapa. Nak menangis tak tahu patut ke tidak nak menangis. Nak ketawa pun ada juga sikit-sikit tapi tertanya-tanya untuk apa? Pertama kali perasaan berkecamuk apabila careless sebegini rupa.

Aku tak tahu nak mula cherita daripada mana. Aku sendiri tak tahu yang aku mampu atau tidak bercherita sehingga penghabisan. Aku cuma tahu aku kena juga mengetuk kibod agar hilang perasaan yang berkecamuk dalam diri ini. Okay nak cherita daripada mana? Atau aku cherita separuh jalan boleh tak? Sebab aku rasa macam tak sanggup nak bercherita. Ehhey mengada-ngada pula si Jijah ni. Sekejap nak bercherita penuh , sekejap tak tahu nak cherita mula dari mana dan sekejap pula nak bercherita separuh kan? Ehhey ehhey!

Petang semalam aku ada hadiri event Majlis Hari Raya bersama Aaron Aziz & Aaronators yang aku akan cherita penuh dan aku akan kongsikan gambar yang tidak seberapa banyak dalam entri yang lain. Majlis yang cukup santai dan cukup buat aku rasa seronok dan bergembira katanya. Tak disangka saat aku sedang bergembira dan bersantai (lah sangat!) aku dapati telefon bimbit aku S3 Mini aku telah hilang. Sangkaan aku mula-mula mungkin aku tercicir. Tapi bila dicari , bila ditelefon segalanya tak dapat dijumpai. Aku mula kaget. Eh , bila masa pulak tercicir ni? Bukan tadi ada dengan aku? Eh kenapa dah masuk voicemail? Eh itu eh ini. Sampai aku terkedu. Sampai aku rasa separuh darah aku hilang. Kaget yang teramat sangat. Ya Allah , ini memang betul-betul dugaan. Ini memang betul-betul mengejutkan.

Beriya-iya aku mencari sana dan sini , beriya-iya aku bertanya pihak pengurusan serta pekerjanya tapi jawapannya hampa. Aku semakin terkedu. Perasaan semua dah hilang. Tadi punya bergembira , bila Tuhan timpa dugaan yang bukan berat mana pun dah buat aku hilang perasaan dan hilang darah dalam tubuh badan terus. Memang aku tak tahu nak rasa apa. Aku cuba bertenang. Mungkin handphone aku main sorok-sorok kot? Tapi tetap tak jumpa. Suruh orang lain telefon tetap juga sama ; voicemail. Sedih. Hampa. Kecewa. Marah. Geram. Tak ada perasaan. Itu semua yang aku rasa sekaligus. Ya, itu semua aku rasa sekaligus.

Bila terkena begini , aku mula memarahi diri sendiri. Sebab careless. Ya, sebab careless , banyak benda penting dalam tu hilang sekelip mata. Aku rasa nak marah diri sendiri. Nak` marah sangat-sangat. 

Tapi benda dah jadi. Dah tak boleh nak pusing belakang. Bukan terus menyerah kalah. Tapi sebaliknya ini pengajaran paling besar. Jangan careless. Jangan lalai. Jangan ambil mudah. Tak pasal-pasal diri sendiri yang menyesal sebab hilang banyak contact number dan banyak juga perkara penting dalam handphone tersebut. Siapa tak menyesal kan? Siapa tak terasa macam nak pitam beratus kali kan? Benda remeh begini yang impaknya bukan main lagi aku terasa.

Aku rasa macam-macam sampai aku rasa tak boleh nak tidur langsung. Begitu sekali penangan hilang handphone yer? Aku sendiri pun anggap tak ada apa-apa kot. Tapi setiap kali lelap mata mula nak terbayang , mula nak rasa menyesal dan mula lah perasaan berkecamuk tak tentu hala. SEDIHNYA WOIII ! :(

Memang luah perasaan sungguh. Memang menulis sebab nak meluah dan nak kurangkan rasa bersalah pada diri sendiri sebab careless. Tapi akhirnya aku kembali rasa kecewa dengan diri sendiri. MEMANG AYAT KALAU TAK DRAMATIK TAK SAH KHEN?! Haruslahhhh. Aisshhh. Sungguh tak sangka diri sendiri selemah ini.

Mungkin juga semua ini peringatan kecil Tuhan untuk aku.

Mungkin Allah nak kasi yang lebih baik untuk aku. Mungkin rezeki aku setakat itu sahaja. Mungkin ada rezeki yang jauh lebih baik dari yang sebelum ini.

Untuk sedapkan hati. Untuk aku yang selalu careless. Untuk aku yang selalu ambil mudah. Terpaksa juga sedapkan hati sendiri. Tak mengapalah. Mungkin ada hikmah untuk semua ini. Nak berduka lara lama-lama sangat pun tak boleh juga. Nanti melara hidup kan? Kuatkan semangat. Kuatkan hati. Amboi! HAHAHA.

Punya sedih sampai berjela entri ini dengan kata-kata saja. Tak ada hati nak tepek gambar. Tapi macam ada orang kisah kan? Sobs.

Okay sudah pukul 4.45 pagi , masih tak dapat tidur.
Terkenangkan S3 Mini putihku. Siapalah tuan baru awak yer nak? Eh.
Semoga aku kembali tenang setelah mengetuk kibod dengan penuh madah pujangga. KEMAIN! heh.

Jumpa esok. Itu pun kalau ada hati untuk menulis. Kesian belog ni. Asyik terabai. Hmm. Tak apa , nanti kumpul duit jual Popia Roll Mini , nanti beli handphone baru ye Jijah. Tuhan suruh berusaha keras lagi tu Jijah. Okay nak sedapkan hati lagi.

Bye.

Terima kasih sudi baca entri yang penuh duka ini.
SOBS.

Friday, December 17, 2010

This IS THE FIRST and MIGHT be THE LAST!

Tiba-tiba terasa berbangga pagi ini kerana dapat juga menulis sebuah entry pada pagi-pagi.Tehehe.Selalu nya , petang-petang baru sibuk menulis entry.Paling tidak pun pukul 2..3 pagi baru lah keyboard laptop aku ni bergerak pantas mengalah kan LRT gitu. Boleh tak ayat ai over macam gituh? Tehehehe.

I did it again. Mesti mukadimah merapu meraban benda lain dulu kan? Teheheh. Perihal entry kali ni , memang dah lama simpan nak tulis semua.Tapi entah kenapa macam susah betul nak tulis.Kali ini , I mean , entry kali ini memang seriyus.Tak main-main okeh. Kisah ni membuatkan aku tak boleh tidur malam hampir dua malam. Aku seperti sedikit trauma dan terkesan sampai berlegar-legar dalam kepala ingatan aku after that. Seriyes wehhh. T_T

Tapi kekdahnya ... apakah benda yang buat aku sampai trauma segala ni uols?

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*




Erk? Beruang Besar di Mid Valley ni ka yang ai trauma tragis ni uols?

OooohhH! Tidak uols. Tapi kisah lain. Tak ada gambar ye , sebab aihhh , baca cherita di bawah ni ye. Huhuhuh.

It's been a week perkara ni dah terjadi. Ok what's actually happen ni eh? Ok kisah nya begini uols! Last Sunday , aku dengan kakak aku telah pergi ke Mid Valley. Selalu nya kitaorang pergi dengan parent kitaorang because it's easy untuk pergi dan balik eventhough nak cari parking macam nak cari ikan patin dalam sungai je. Eh? Tapi disebabkan last week,our parent's ada kenduri kahwin yang kena attend , so kami pergi dengan LRT then using KTM.

Perjalanan ketika hendak pergi was good and tak ada benda yang tak best pun.Pergi pukul 10 pagi O.o then balik dalam pukul 4 petang. Huh , sangat lama right? Dengan sakit kaki nya lagi ... pergh tuhan je lah tahu bahawa nikmat nya kalau pergi dan balik dengan kereta because eventhough kaki melecet sakit sekalipun you still know that time balik tak payah berdiri. Duduk dalam kereta kan? Heh , hidup reti nak senang je kan? Ini lah padah nya T_T 

Then the tragedy bermula disini. DISINI , DIMANA UOLS? Di KTM. Sumpah , first time kot aku lalui benda ni. Keadaan sangat sesak di KTM. Well KTM , mana pernah tak sesak enn? Tapi this is MY FIRST TIME naik KTM after last 10 years a go yang aku naik KTM sebab entah? Rasa nya sebab tadika kot? Huwaa sadis ai noks! Heh. Then , dengan sesak nya , aku memang dah lain dah warna muka. Asak jugak masuk sampai boleh masuk. Adeh. The end terpisah dengan kakak aku. Tak ada lah jauh pun. Tapi dengan keadaan orang ramai eventhough KTM Mid Valley ke KL Sentral hanya beberapa minit. But too much thing's happen di situ. Haihh...

Dugaan orang kata. Huhuh. Yelah kalau tak jadi benda macam ni , aku ni mana reti nak matang jaga diri elok-elok kan?Selalu feeling kanak-kanak ribena je kan?Haihh.. Kekdahnya weols naik KTM yang Ladies Coach. Kalau ikutkan bebetul , selamat lah kan. Untuk mula-mula naik tu pun weols naik Ladies Coach , Alhamdulillah ok je. Bila nak balik tu kan dah petang memang semua orang baru pas balik dari Mid Valley kekdahnya. Orang tua , kanak-kanak , remaja gojes ehh macam ai semua nya ada. Jadi dengan sesak-sesak tu aku terus kan jugak masuk walaupun mula-mula macam tak yakin.Tapi kakak aku suruh jugak masuk even kitaorang dah terpisah.

Lepas tu tiba-tiba time aku dah terpisah dengan kakak aku tapi kitaorang still boleh tengok each other lah.Penghalang nya cuma tempat nak pegang-pegang tu ha.Then ada lah some guys ni masuk dalam KTM. Aku mula-mula tak amik kisah pun. Tiba-tiba ada orang jerit. 

Heyyyy! Kenapa ni?

I was like apahal ni -__-' Muka dah tukar jadi biru. Tapi apa yang aku nampak lelaki tu cuba nak meragut beg perempuan cina itu. OH EM GEY. OK , kakak aku cakap benda ni selalu terjadi. Fine , aku mana pernah tahu. -.-'

Then tiba-tiba lelaki tu balas.

HOI , KAU KENAPA?

Aku sekali lagi bertukar wajah. Apahal lak ni. Adakah aku tidak lagi selamat? Sumpah time tu aku rasa macam nak lari keluar dan sanggup habiskan RM 50 untuk naik teksi ok? Seriyes weh. Dah tak fikir lagi dah duit semua tu.Fikir keselamatan saja ok? Pheww. Yang tak menahan aku aku macam trauma meh. Nak tidur malam pun terngiang kejadian tu.Oh actually apa yang kakak aku nampak pulak. Lelaki tu raba perempuan tu. Haihhh , so ada faedah ke naik LADIES COACH NI ? 

Sama je? Hmm .. malas komen banyak-banyak. Kang lepas ni aku kena naik basikal je kalau urgent nak pergi mana-mana sebab over sangat mengomen kan? T__T Sumpah uols , I'm so scared on that time and terus pandang muka kakak aku macam baru lepas nampak dinasour di tengah-tengah kota? Heyy , merepek! Mana tak nya jarak lelaki itu , perempuan cina dengan aku lebih dekat dengan aku berbanding kakak aku. Kang lelaki tu hulur pisau ke , apa ke , tak ke naya aku? Haa , apa yang paling naya , aku beli POPIA RANGUP dekat MID VALLEY tu ha. Sanggup tapau semata-mata nak makan dekat rumah. Sheessh!

Aiseh , sumpah aku takut. Terus insaf balik rumah tu ha. Tapi trauma tu masih terasa la jugak sikit-sikit.Heheheh. Lepas tu pulak , boleh pulak time kejadian berlaku aku terasa nak kentut ok? Ke patut time tu aku kentut je kasi halau lelaki tu? Atau pun aku yang kena halau sebab kentut bertalu-talu tak henti? Lepas tu pulak sakit perut nyonyoii oii. Memang sengaja cari nahas lah aku ni T_T

Kekdahnya ... nak cakap this is the first and might be the last I'm using KTM? Oh maybe je lah uols.Parent ai bukan kaya raya nak kasi anak-anak kereta sorang sebijik.Jadi , jangan kau berangan sangat lepas ni tak naik lagi kemudahan awam tersedia ni ha. Lepas ni memang kena selalu jaga diri lah kekdahnya!InsyaAllah.

Hmmm , kekdahnya bus untuk perempuan ... KTM untuk perempuan kalau tak ada sesiapa yang awasi pun tak guna jugak kan? Ini serius ok? Tak guna sediakan perkhidmatan macam gini if tak ada siapa yang kawal. Could be anything dalam tu tau? Ohh , mintak dijauhkan sangat-sangat -__-'

ehiks , jangan lupa kelik-kelik heartbeat saya ye. tehehe.