
Menyeru manusia kepada Allah swt (ad-da'wah ila Allah) adalah kewajipan setiap muslim di setiap masa. Terutamanya di zaman kita ini, ia lebih wajib kerana umat islam pada hari ini terdedah kepada serangan jahat musuh-musuh Allah swt yang bertujuan mencabut teras da'wah Islam dari jiwa umat Islam. Menyeru manusia kepada Allah swt adalah satu kemuliaan yang besar kepada pendukung dakwah.
Firman Allah yang bermaksud: "siapakah yang leih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada Allah, mengerjakan amal soleh dan berkata: Sesungguhnya aku termasuk orang-orang yang menyerah diri." (Fushilat:33)
Sabda Rasulullah saw yang bermaksud: "Jika Allah swt memberi hidayah kepada seorang lelaki lantaran anda, itu lebih baik bagimu daripada setiap apa yang disinari matahari."(Riwayat at-Tabrani)
Maksud dakwah ialah menyeru/mengajak kepada Allah ( الدعوة الى الله )
Firman Allah yang bermaksud:
"Katakanlah (wahai Muhammad): "Inilah jalanku, aku dan orang-orang yang menurutku, menyeru manusia umumnya kepada agama Allah dengan berdasarkan keterangan dan ukti yang jelad dan nyata. dan aku menegaskan:"Maha suci Allah( dari segala iktikad dan perbuatan syirik); dan bukanlah aku dari golongan yang mempersekutukan Allah dengan sesuatu yang lain." (Yusuf:108)
Manakala yang dimaksudkan menyeru/mengajak kepada Allah ialah mengajak/menyeru kepada agamaNYA iaitu ISLAM. Lihat firman Allah,
ان الدين عند الله اسلام
Maksudnya: "sesungguhnya agama (yang benar dan diredhai) di sisi Allah ialah Islam (Ali Imran: 19)
HUKUM BERDAKWAH
Fardhu kifayah:
Hukum berdakwah adalah fardhu kifayah. Sebahagian besar ulama' mengatakan bahawasanya menyeru dan berdakwah kepada Islam adalah sebahagian daripada tuntutan fardhu kifayah ke atas masyarakat Islam. Berdasarkan ayat al-Quran berikut:
Maksudnya: "Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan, menyeru kepada ma'ruf dan mencegah dari kemungkaran dan merekalah orang yang berjaya" (Ali Imran 3:104)
Fardhu Ain:
Sesetengah ulama' mengatakan bahawa melaksanakan dakwah adalah fardhu Ain mengikut kadar kemampuan.
Ibn Hazm berkata: "Menyuruh kepada makruf dan mencegah dari kemungkaran adalah dua fardhu yang ditetapkan ke atas setiap orang Islam mengikut kadar kemampuannya. Jika tidak mampu dengan tangan (kuasa) maka laksanakanlah dengan lidah. Jika tidak mampu laksanakanlah dengan hati sahaja."
Sabda RAsulullah saw: Maksudnya, "Barangsiapa dari kamu yang melihat kemungkaran, maka ubahlah dengan lidahnya, jika tidak mampu, ubahlah dengan hatinya. Dan disitulah selemah-lemah iman."
DASAR-DASAR DAKWAH (أصول الدعوة)
1. Isi kandungan Dakwah-maudu' dakwah
2. Pendakwah-Da'ie
3. Sasaran Dakwah-Mad'u
4. Method-Wasilah Dakwah
1. ISI KANDUNGAN DAKWAH
Isi kandungan atau apa yang hendak didakwahkan ialah Islam itu sendiri. Islam sebahagian yang diwahyukan oleh Allah kepada RasulNya Muhammad saw di dalam al-Quran dan Sunnah Baginda saw. Maka Islam itu adalah Islam yang sempurna dan menyeluruh dalam semua aspek hidup samaada aqidah, ibadah, muamalah, munakahat dan jenayah. Merangkumi persoalan hidup individu, berkeluarga, bermasyarakat dan bernegara.
Islam yang menyeluruh (comprehensive-syumul). Islam yang memerintah bukan diperintah. Oleh itu umat Islam wajib menegakkan sebuah negara Islam yang terlaksana di dalamnya hukum-hakam Allah. Itulah tanggungjawab sebagai khalifah. (اقامة الدين وسياسة الدنيا به)
2. PENDAKWAH-DA'IE
Da'ie ialah orang yang dipertanggungjawabkan oleh syarak bagi mneyeru manusia kepada Allah. Para da'ie hendaklah memiliki bekalan (persiapan) dan akhlak yang mulia.
3. SASARAN DAKWAH-MAD'U
Mad'u atau orang yang kena dakwah ialah manusia. Manusia yang di ajak kepada Allah keran risalah Islam adalah kekal hingga qiamat dan bersifat universal.
Golongan yang didakwah
A) al-Mala' iaitu para pemimpin dan orang besar
B) Orang awam
C) Orang munafik
D) Orang yang berdosa
4. WASILAH DAKWAH
Wasilah ialah kerja dakwah itu sendiri untuk mencapai matlamat dakwah.
uslub dakwah-tariqat atau jalan yang digunakan oleh pendakwah untuk mencapai matlamat kerja dakwah.
Sumber rujukan Method Dakwah
a- Al-Quran Al-Karim
b- As-Sunnah An-Nabawiyyah
c- Sirah as-Salaf as-Soleh
d- Pendapat para fuqaha'
e- Pengalaman
PEMBAHAGIAN DAKWAH
Dakwah merupakan satu cabang ilmu yang menuntut kepada kebijaksanaan. Para ulama' mencari jalanuntuk memastikan dakwah yang dijalankan mampu diterima oleh mad'u dan mampu memberikan kesan dakwah yang dijalankan mampu diterima oleh mad'u dan mampu memberikan kesan yang baik terhadap Da'ie dan Md'u. Secara umumnya ulama' menggariskan beberapa cara dan kaedah dalam berdakwah:
Dakwah Umum- Dakwah melalui cara ini adalah dilaksanakan oleh da'ie terhadap mad'u dalam bilangan yang besar. Contohnya adalah perlaksanaan majlis perlaksanaan majlis tazkirah, majlis forum ceramah, dan media massa.
Dakwah Fardiyah- Dakwah yang dilaksanakan oleh da'ie terhadap mad'u dalam kuantiti yang sedikit. Cara ini dikatakan cara yang paling berkesan terhadap mad'u. Dakwah bil hal yang ditunjukkan oleh da'ie akan leih diterima mad'u. Contoh perlaksanaannya ialah dengan cara ziarah-menziarahi, memberikan nasihat sesama kawan dan juga usrah.
Namun begitu, untuk memberikan kesan yang lebih baik dan berkesan, dakwah hendaklah dilakukan secara tersusun dan mengikut keperluan semasa. Perlunya dakwah digerakkan di bawah satu sistem yang baik dan dilaksanakan secara berjemaah. Jemaah dakwah inilah yang akan menjamin keberkesanan dakwah Islamiyyah. Saidina Ali kw berpesan, maksudnya:
"Jemaah yang tidak bersistem akan ditewaskan oleh jemaah yang bersistem(munazzamah)"
Majlis Tarbiyah Nuqaba' (MTeN)