Wednesday, October 24, 2012
Lamaran
Salam perjuangan
Alhamdulillah wa Syukrulillah...
masih diberi kesempatan untuk bernafas dalam ruh Islam dan Iman...
'awak, apa perasaan awak apabila mendapat lamaran perjuangan?'
erkk...membisu...
.............................
baru-baru ni, lepas sahaja bertautan hati dengan 'keluargaku' ada satu soalan terus meluru laju..bukan soalan pun, tapi satu perkongsian seorang yang aku gelarkan sebagai 'adik', menyatakan perasaan gembiranya apabila rasa seperti 'hidup kembali' dengan usrah yang dulunya seperti 'hidup segan mati xmahu'.... yang tiba-tiba rasa seperti ada sebuah 'lamaran perjuangan' yang sedang menanti....Alhamdulillah, masih hidup jiwa-jiwa yang cintakan perjuangan Rasulillah... yang terasa hidup dengan memperjuangkan diri, waktu, jiwa, raga, wang ringgit dan sebagainya untuk tujuan Islam tercinta..walaupun dengan berhalaqah ini, walaupun dengan batu-batu kecil ini,walaupun nampak kecil,tapi, mungkin satu hari nanti ia akan menjadi pelengkap kepada terbinanya sebuah bangunan kukuh yang dimiliki oleh Islam...dan Ia mungkin PERMATA yang bernilai buat Islam...insyaAllah...
dan persoalan itu, aku cuba ajukan pada diriku sendiri...apa perasaan saya apabila saya dilamar oleh perjuangan??
terasa malu sendiri dengan pertanyaan itu. Malu dengan dosa-dosa dalam diri, malu dengan kekurangan ilmu dalam hati, malunya pada diri yang selalu kurang dalam memberi...malunya dengan sikap diri dan bermacam-macam lagi rasa yang tidak layak untuk menerima lamaran ini. kerana yang menghulur lamaran itu bukanlah calang-calang...malah lamaran itu terjawab bersama dengan bebanan lafaz bai'ah yang kita janji dengan Rabbi.
Aku tahu lamaran ini bukanlah lamaran yang saja-saja
Aku tahu lamaran itu bukanlah lamaran yang sia-sia..
Aku tahu aku sudah cukup bersedia...
aku tahu aku memang bukan yang sebaiknya...
Namun, aku tahu, aku adalah anak panah Islam...
'Hai orang-orang yang beriman, sukakah kamu Aku tunjukkan suatu
perniagaan yang dapat menyelamatkanmu dari azab yang pedih?(yaitu) kamu beriman kepada Allah dan RasulNya dan berjihad di jalan
Allah dengan harta dan jiwamu. Itulah yang lebih baik bagimu, jika kamu
Mengetahui.' (surah as-saff:10-11)
Allah...benarlah...risikan lamaran itu rupanya membuahkan penghujung hidup bahagia yang abadi di negeri akhirat sana...
Aku terima lamaran itu demi agama yang ku junjung ini....
luahan khazinatul asrar at 3:21 PM 0 kata-kata sokongan
Labels: cinta, diari perjuangan, jihad, perjuangan
Sunday, October 14, 2012
Energizer!
Salam Perjuangan
Nak kongsi satu bende...
satu kalam cinta dari Pemilik segala CINTA
"aku hanya bertujuan hendak memperbaiki sedaya upayaku, dan tiadalah aku akan beroleh taufiq untuk menjayakannya melainkan dengan pertolongan Allah...kepada Allah jualah aku berserah diri dan kepadaNYA lah aku kembali..."
(Surah Hud ayat 88)
ini baiah seorang hamba kepada PenciptaNYa..
kita boleh all out kan...
tapi yang memberi kekuatan itu adalah
ALLAH
so teman-temanku sekalian..
jangan lupe untuk berdoa, bertawakkal dalam apa jua perkara yang kita lakukan
dan yang paling penting mesti bersangka baik terhadap apa yang DIA bagi
insyaAllah pasti DIA akan tolong kita kan...
luahan khazinatul asrar at 1:26 PM 0 kata-kata sokongan
Wednesday, October 3, 2012
Family tuck yang saya cintai =)
salam perjuangan
kata-kata ni saya tujukan khas buat 'family tuck' yang saya cintai
moge kita sama-sama terus Qawiey dan Amin...
ukhti...
aku sudi menjadi penguat disaat kamu bersedih,
aku sudi menjadikan bahuku sbg sandaran
ketika kamu hilang ssuatu yg kamu sayangi & cintai..
ukhti yg aku kasihi..
aku ingin meminjam ketabahan drpmu saat tarbiahNya
dtg menguji keimananku.
sudikah kau menghulurkan sekudus doa kekuatan utkku?
sudikah??....
andai sudi jawapanmu...
hanya 1 pintaku,
berjanjilah kau akn mengisi kelompongan kasih jiwa ini,
berjanjilah kau akan selalu mndoakanku..
mendoakan kita semua bersama
dan "berjanjilah kita akan berusaha sama-sama menarik kembali andai suatu hari nnti ada kalangan kita tersasar dari jalanNya..dgn tanganmu sndiri"!
UKHWAH FILLAH..andai kau tahu betapa tingginya nilai persahabatan atas dasar aqidah islamiyyah nescaya dikau akan berusaha mempertautkanya & menutup lubang-lubang perosak mahabbah.
aku ingin meminjam ketabahan drpmu saat tarbiahNya
dtg menguji keimananku.
sudikah kau menghulurkan sekudus doa kekuatan utkku?
sudikah??....
andai sudi jawapanmu...
hanya 1 pintaku,
berjanjilah kau akn mengisi kelompongan kasih jiwa ini,
berjanjilah kau akan selalu mndoakanku..
mendoakan kita semua bersama
dan "berjanjilah kita akan berusaha sama-sama menarik kembali andai suatu hari nnti ada kalangan kita tersasar dari jalanNya..dgn tanganmu sndiri"!
UKHWAH FILLAH..andai kau tahu betapa tingginya nilai persahabatan atas dasar aqidah islamiyyah nescaya dikau akan berusaha mempertautkanya & menutup lubang-lubang perosak mahabbah.
tunggu dan terus menunggu bulatan hati kita for the next time =)
luahan khazinatul asrar at 12:44 AM 0 kata-kata sokongan
Labels: diari perjuangan, perkongsian, sahabat
Tuesday, October 2, 2012
Berkongsi
Salam Perjuangan
malam ni rasa mahu menukilkan sesuatu. Saya pun pelik dengan perubahan diri. sebelum ni post saya jarang-jarang saya kongsikan tentang peribadi. tapi saya teringat pada kata-kata seorang sahabat saya yang sangat saya cintai:
"Blog ni kadang-kadang menjadi satu terapi bagi saya"
wah..bila fikir-fikir semula ada betulnya..tapi saya jenis yang sangat susah nak berkongsi dan meluah apa dalam hati. Apatah lagi nak berkongsi dengan semua hal peribadi dalam blog ni. Hari demi hari saya mula terpengaruh dengan tabiat ini...Saya hanya berharap post-post saya menjadi manfaat pada diri saya serta para pembaca agar ia akan menjadi pemberat AL-MIZAN di akhirat kelak..amin.
Berbalik pada soal tadi, akhirnya saya membuat satu kesimpulan...
Hati ini kadang-kadang mahu saja meluahkan isi hati pada manusia...
Tapi aku cukup malu untuk berkongsi dengan mereka...
Bimbang pada diri akan membuatkan mereka tidak tidur lena...
lantas aku mengumpul kekuatan...
demi sebuah perjalanan yang aku sendiri tidak pasti penghujungnya...
Aqidah yang suci ini...
aku semakin yakin...
pada Yang Maha Mendengar segalanya...
Rupanya...kita semua ada Pencipta yang Maha Hebat untuk mendengar luahan hati kita...
cukuplah untuk berharap pada Allah sahaja...
dan kita sendiri akan rasa ketenangannya...
MASALAH....SAYA ADA ALLAH YANG MAHA BESAR!!!
luahan khazinatul asrar at 2:01 AM 0 kata-kata sokongan
Labels: diari perjuangan
Subscribe to:
Posts (Atom)