Salam perjuangan...
Baru-baru ini, aku menerima satu pesanan ringkas(SMS) daripada seorang sahabat..cukup ringkas...
"Aisyah...laukana bainana... rindunya pada Baginda...=("
cukup ringkas...tapi ia amat menusuk hati aku...kerana waktu itu, aku sendiri pun sedang dalam kekalutan dengan urusan dunia... tiba-tiba Allah datangkan seorang sahabat...dengan ingatan sebegini..
MENYAMBUNG PERJUANGAN BAGINDA TERCINTA
Pernah terlintas di fikiran aku, bagaimana agaknya jika kita berada pada zaman baginda? pasti indah...dapat melihat kekasih kecintaan Allah...bertemu baginda.. rasa ini pernah aku suarakan pada seorang sahabat sewaktu dalam usrah di matrikulasi ketika dahulu...
katanya, "memang benar aisyah, kenikmatan bertemu dengan junjungan mulia amat bernilai..tapi aisyah jika kita hidup pada zaman rasulullah, awak yakin ke waktu tu kita beriman dengan apa yang dibawa oleh baginda? bayangkan, bapa saudara baginda, Abu jahal sendiri menjadi penentang kuat perjuangan baginda? awak yakin ke kita beriman dengan apa yang diturunkan oleh Allah kepada baginda pada ketika itu? pasti kurang 50 peratus kan aisyah keyakinan kita terhadap baginda? kemungkinan besar di waktu itu, kita adalah penentang kuat perjuangan baginda....astaghfirullah"
ada kebenaran pada kata-katanya...sebab awal penghidupan kita sudah dilahirkan dalam Islam..Apapun, bersyukurlah pada Allah, kerana Allah tidak pernah lupakan kita walau satu saat pun untuk memberi kenikmatan agar sentiasa berada dalam nikmat Islam dan nikmat Iman...Allahu Allah...
tapi sahabat-sahabat...cukupkah hanya sekadar kita mencintai Allah dan baginda tanpa melakukan apa-apa? cukupkah kita hanya sekadar melafaz rasa cinta itu tanpa kita membuktikan kecintaan kita pada baginda? sedar atau tidak kita adalah umat terpilih untuk menjadi penyambung perjuangan baginda saw? kita semua layak dan mampu untuk lakukannya, siapa kita untuk menolak?? siapa kita untuk menafikannya??
Cinta baginda begitu tulus, halus, cantik, mendamaikan jiwa kepada umatnya..hanya kerana baginda punyai kesedaran untuk membawa kita semua keluar dari kehidupan jahiliah yang amat rakus menekan saban hari kepada kehidupan yang lebih hakiki, mencintai Ilahi, dan penuh cahaya yang mententeramkan hati...perjuangan baginda adalah perjuangan yang suci..
Tapi sahabat-sahabat...berjuang tanpa kefahaman pun akan menjadi lemah...
Lihatlah sahabat...ramai sudah tersungkur di tengah jalan lantaran lemahnya diri dalam menggalas tanggungjawab sebagai seorang daie...kerana apa sahabat? kerana kurangnya pergantungan kita dengan Allah taala dan kefahaman yang ada tidak dilumat sekali ke dalam perut kita untuk menjadi darah daging...dan mereka tidak langsung menghayati sirah perjuangan baginda untuk meneruskan langkah-langkah mereka.
NILAIKAN KEHIDUPAN KITA
Ramai orang kurang menghargai apa yang mereka miliki di hadapan mereka, lantas mereka lebih cenderung untuk melihat kelebihan yang orang lain miliki serta membanding-bandingkannya. Menjadi guru, doktor, arkitek, engineer, peguam, ahli politik, petani, peladang, tukang sapu hatta tukang angkut sampah semuanya boleh jadi ibadah andai kita mampu menilaikan kehidupan kita dengan sebaiknya. Kerana orang yang mampu menjadikan kehidupan mereka yang terbaik, adalah mereka yang tidak sesekali mensia-siakan masa luang dan ruang yang mereka ada untuk perkara yang tidak berfaedah, malah 'menjualkan' masanya untuk tujuan lillahi taala..
"Sesungguhnya Allah Telah membeli
dari orang-orang mukmin diri dan harta mereka dengan memberikan surga untuk
mereka. mereka berperang pada jalan Allah; lalu mereka membunuh atau terbunuh.
(Itu Telah menjadi) janji yang benar dari Allah di dalam Taurat, Injil dan Al
Quran. dan siapakah yang lebih menepati janjinya (selain) daripada Allah? Maka
bergembiralah dengan jual beli yang Telah kamu lakukan itu, dan Itulah
kemenangan yang besar." (surah at-Taubah:111)
Persis daie itu seperti seorang guru yang punyai galasan amanah untuk mendidik generasi. Sebagaimana tugas yang dipikul oleh baginda Rasulullah saw, begitulah amanah guru untuk dipikul dalam membina dan membentuk generasi yang di didik dengan acuan al-quran dan sunnah dan ianya bukanlah memerlukan satu tempoh yang singkat, tapi memerlukan satu tempoh yang sangat panjang untuk melihat hasilnya. Kesabaran adalah kunci utama. Maka pilihlah wasilah yang mampu untuk men'istiqamahkan' kita dalam menjadi rantaian pejuang2 Baginda serta orang-orang sekeliling yang boleh menarik, membawa, menegur kesilapan kita andai kita mula tersasar. Sesekali bukalah lembaran sirah untuk dijadikan pedoman buat guru-guru dalam menterjemahkan nilai kehidupan mereka dengan sisi cocok seorang manusia agung, nabi Muhammad saw.
"Hai orang-orang yang beriman,
bertakwalah kepada Allah dan carilah jalan(wasilah) yang mendekatkan diri kepada-Nya,
dan berjihadlah pada jalan-Nya, supaya kamu mendapat keberuntungan." (Surah al-Ma'idah:35)
Ingatlah wahai diri,
tugasmu masih banyak!
Perjuanganmu entah ke mana!
perjalananmu masih panjang!
umurmu makin berkurang!
amalanmu tidak bertambah-tambah!
maka sia-sialah wahai diri andai engkau masih berdiri dalam takuk yang lama dan tidak mahu bangun untuk merubah diri!
Astaghfirullah....Astaghfirullah....Astaghfirullah....
Ya Allah, ampunkan kami atas segala dosa-dosa kami...terimalah taubat kami....terimalah taubat kami....terimalah taubat kami.....berilah kekuatan kepada kami untuk menjadi hamba-MU yang soleh, mendidik generasi-generasi kami serta menjalankan kerja2 Islam...Hanya kerana Engkau sahaja tempat pergantungan kami dan Engkau sahaja Maha Penerima Taubat kami...hasbiyallahu wanikmal wakil, la haulawala quwwata illa billah...amin ya Rabb..
malam ni penuh dengan ketenangan...alhamdulillah...moga ketenangan ini berterusan hingga hujung nyawa...Ya Rasulullah...kami amat mencintaimu...