BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Saturday, March 3, 2012

Hak mereka terabai


Assalamualaikum

Salam perjuangan buat semua

sedikit sahaja perkongsian
sebagai sesuatu yang mampu untuk memberi mafaat kepada semua

Pengurusan hidup...
sangat bermanfaat seandainya diri kita mampu untuk mengurusnya dengan baik

hidup yang penuh dengan kesibukan kadang-kadang  pun akan terasa kosng
kalau ia xmampu untuk diisi dengan sesuatu yang mampu men'taqarrubkan' diri kita dengan
Sang pencipta

Sungguh...
"Kewajipan itu lebih banyak dari masa" 
~Kata seorang mujaddid Syahid Imam Hasan Al-banna~

tidak ada lagi waktu yang boleh dibazirkan
kerana segalanya telah di'book' oleh kewajiapan seharian kita

'Saya rasa kadang-kadang mereka terabai sebab tanggungjawab yang kita ada', kata seorang sahabat

Aku akui kebenaran kata-katanya. Kehidupan yang aku miliki sekarang ini sebenarnya bukanlah sesibuk yang orang lain sangka. Cuma, dari sudut pengurusan hidup ini terkadang membuatkan ada 'insan-insan' yang terabai dengan perlakuan aku. Ibu dan ayah, adik-beradik, rakan sekelas, sahabat terdekat...sejujurnya, aku betul-betul  rasa bersalah.. 

Allah...aku cuba untuk mencari kekuatan...biar menjadi pemimpin pun, aku tetap manusia biasa...insan biasa...yang kadang2 cenderung untuk melakukan kesilapan...iman kita naik dan turun...bukan seperti malaikat...

'Aisyah, memang jadi pemimpin ni, kita akan sentiasa diuji dengan manusia, orang kadang-kadang datang mengadu pada kita tentang masalah mereka...dengarlah dengan ikhlas, biarpun waktu tu kita sendiri ada masalah...sebab seorang pemimpin itu dia ada Allah sebagai tempat untuk dia mengadu..'
pesan seorang akak senior pada aku

Ya, teringat kata-kata Ustaz Hasrizal sewaktu Seminar Maza Ya'ni tempoh hari, 
''Manusia dicipta dengan sifat kelemahan. dengan kelemahan itu, manusia akan mencari tuhan  untuk meminta pertolongan daripada-NYA"

Hiduplah dengan penuh kehambaan kerana terciptanya kita adalah untuk menjadi hamba kepada Allah




mood: perasaan bersalah (@_@)
~maaf kepada kalian yang saya sayangi kerana Allah~