BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Thursday, October 27, 2011

DISKUSI ILMIAH: Ustazah Pilihan vs Solehah....patot ke?



Salam jihad dan perjuangan…

Kembali mencoret setelah sekian lame ditinggalkan…

Payahnye nak istiqamah kan…

Allah… aku bukan seperti Said Qutb, sehingga ke jeriji besi sekalipun, mampu untuk mencoret sesuatu yang bermanfaat untuk generasi masa depan…

Ok, itu sebagai slot muhasabah diri…

Diskusi ilmiah??? Nak bincang pasal ape? Haa…

Pernah tengok cerita Ustazah Pilihan ataupun Solehah?


Rancangan Ustazah Pilihan di Astro Oasis


Rancangan Solehah di tv Al-Hijrah

Baru je minggu lepas ada kesempatan untuk menonton program realiti Ustazah Pilihan.. dulunya program ini mendatangkan banyak pandangan yang negatif daripada golongan ilmuan yang rata-ratanya menentang program ini dikeluarkan…

Namun, walaupun ramai golongan ilmuan yang celik agamawan ini berdiri menyanggah, program ini tetap diteruskan dan kini terus mendapat perhatian para penonton. Melihat kepada program ini,pasti ada pro dan kontranya… hakikatnya kalau kita lihat dari sudut yang positif, kedua-dua program ini membawa masyarakat untuk lebih mencintai program yang berbentuk dakwah. Menjadikan pencarian muslimah sebagai daie yang mana peranannya dilihat begitu besar dalam mentarbiyah masyarakat untuk menyampaikan dakwah…

Sabda Rasulullah saw: ‘Dunia ini adalah perhiasan, dan sebaik-baik perhiasan adalah wanita solehah’ (Hadis Riwayat Muslim)

Rasulullah saw juga bersabda: ‘4 perkara yang membawa kebahagiaan iaitu wanita yang solehah, rumah yang luas, jiran yang baik dan kenderaan yang selesa’ (Hadis Riwayat Ibnu Hibban)

Jelasnya, Islam sendiri tidak pernah menghalang muslimat daripada berdakwah kepada masyarakat umum sebagaimana Saidatina Aisyah Ra yang menyampaikan kuliah-kuliah ilmu kepada para muslimat secara terang-terangan. Namun begitu, kita sendiri melihat bahawa penyampaian dakwah Saidatina Aisyah adalah kepada kaum muslimat sahaja. Bukan untuk dipertonton di hadapan khalayak ramai.

Memang wanita itu sebaik-baik perhiasan, namun perlu diingatkan bahawa perhiasan yang ada pada seorang muslimat itu hanya untuk dipertontonkan oleh suaminya sahaja. Apabila dalam konteks ini, wanita yang diuji bakat, menjadi tontonan umum dan ramai, adakah kita merasakan semua yang menjadi penoton itu tidak mempunyai penyakit dihati mereka….?

Aku masih ingat pada kata-kata yang dilontarkan oleh Saidatina Fatimah apabila ditanya oleh ayahndanya, Rasulullah saw, ‘Wahai Fatimah, bagaimanakah wanita solehah itu?’  jawab Fatimah ra, ‘Wanita solehah itu adalah yang tidak memandang dan juga tidak dipandang…’

Allahuakbar…tidak perlu pada nilaian Ustazah Pilihan mahupun Solehah untuk menerjah ke syurga…kita perlu ingat pada hadis Rasulullah saw:  ‘Apabila seorang wanita solah lima waktu, puasa satu bulan (Ramadhan), menjaga kemaluannya (tidak berzina), serta taat kepada suaminya, maka dikatakan kepadanya, masuklah ke dalam syurga melalui pintu mana yang kamu suka!’ (Hadis riwayat Ahmad dan Tabrani)

Nah! Senang bukan…? Apa lagi wahai muslimatku sekalian…

Solehahkan dirimu untuk suamimu...dan jadilah ustazah pilihan hanya untuk anak didikmu dan bakal anak2 mu...