BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Friday, April 8, 2011

Doaku...





Ya Allah..

Jadikan aku tabah seperti Ummu Khadijah

Sehingga dirinya digelar afifah solehah

Dialah wanita pertama

Tiada ragu mengucap syahadah

Pengorbanan bersama Rasulullah

Susah senang bersama

Walau hilang harta kerana berdakwah

Walau dipulau 3 tahun 3 bulan

Imannya sedikit pun tak berubah

Mampukah aku setabah dirinya?

Andai diuji sedikit sudah rebah..

Baru dihina sudah mengalah

Ya Allah..tabahkan aku sepertinya..



Ya Allah..

Jadikan aku semulia Fatimah Az-Zahrah

Betapa tinggi kasihnya pada ayahandanya

Tidak pernah putus asa pada perjuangan dakwah baginda

Anak yang semulia peribadi baginda

Tangannya lah yang membersihkan luka

Tangannya jua yang membersihkan cela

Pada jasad Rasulullah tercinta

Gagahnya dirinya pada dugaan

Mampukah aku sekuat Fatimah?

Saat diri terluka dendam pula menyapa

Saat disakiti maki pula mengganti

Ya Rabbi..teguhkan hatiku sepertinya..



Ya Allah..

Jadikan aku sehebat Masyitah dan Sumaiyah

Tukang sisir yang beriman

dan Keluarga Yasir yang bertakwa

Sungguh kesabaran mereka menggoncang dunia

Iman tetap terpelihara walau nyawa jadi taruhan

Mampukah sabarku seperti mereka?

Tatkala digoda nafsu dunia..

Entah mana hilangnya Iman di dada



Ya Rahman..

Kuatkan Imanku seperti Masyitah

Terjun penuh yakin bersama bayi ke kuali mendidih

Kerana yakin Allah pasti disisi

Sabarkan aku seperti sumaiyah

Biar tombak menusuk jasad..

Iman sedikit pun takkan rapuh.



Ya Allah..

Jadikan aku semulia Ummu Sulaim

Perkahwinannya dengan Abu Talhah atas mahar Iman

Islamlah Abu Talhah sehingga menjadi sahabat Rasulullah

Betapa hebatnya tarbiyyah isteri pada suami

Hinggakan segala panahan ke Rasulullah pada hari uhud

Disambut dengan belakang jasad Abu Talhah



Ya Allah..

Tarbiyyahkan aku pada cinta sepertinya

Tingginya nilai cinta pada harga Iman

Mampukah aku menatap cinta itu?

Sedangkan rupa yang menjadi pilihan

Ketulusan Iman diketepikan

Ya Allah..

Ilhamkan aku pada cinta sepertinya..



Ya Allah...

Jadikan aku sehebat Aisya Humaira

Isteri termuda Rasulullah

Biar dilempar fitnah

Dia tetap teguh pada ketetapanNya

Isteri sejati yang memangku Nabi

Pada saat terakhir baginda

Hadis dan Sunnah Rasulullah dipertahankan

Betapa hatimu seorang mujahidah



Ya Allah..

Mampukah aku contohi dirinya?

Pada fitnah yang melanda

Diri mula goyah dan putus asa

Teguhkan Imanku sepertinya..Ya Rahim..



Ya Allah..

Teringat diri pada Khansa

Empat orang anaknya mati di Jalan ALLAH

Dia meratap tangis..

Anak sulungnya syahid

Anak keduanya turut syahid

Anak ketiganya dan keempat jua mati syahid

Namun tangisan itu bukan kerana pemergian anak tercinta

Jawabnya kerana tiada lagi anak yang dihantar untuk berjihad

Ya Allah..

Mampukah aku menjadi ibu yang berjihad?

Sedang anak tak tutup aurat pun masih tak terjawab

Sedang anak tinggal solat pun buat tak kisah

Berikan aku kekuatan sepertinya..

Agar bersedia pada akhirat.



Wahai kaum Adam yang bergelar khalifah..

Diriku bukan setabah Ummu Khadijah

Bukan jua semulia Fatimah Az-Zahrah

Apa lagi sesabar Masyitah dan Sumaiyah

Mahupun sehebat Ummu Sulaim

Dan tidak seteguh Aisya Humaira

Kerana diri cuma An-Nisaa akhir zaman

Dimana Aurat semakin dibuka terdedah

Dimana syahadah hanya pada nama

Dimana Dunia yang terus dipuja

Dimana nafsu fana menjadi santapan utama

Dimana batas sentiasa dileraikan

Dimana ukhwah sentiasa dipinggirkan



Wahai Kaum Hawa

Kita cuma An-Nisaa

Para pendosa yang terbanyak di neraka

Lantas walau tak setabah para Mujahidah

Namun Tabahlah pada ketetapan Allah

Kerana padanya ada Syurga!

Walau tak semulia para wanita sirah

Tapi muliakan diri dengan agama yang memelihara

kerana padanya ada Pahala!

Walau tak sesabar para wanita solehah

Namun sabarkan jiwa pada nafsu dunia yang menyeksa

Kerana padanya ada bahagia!





Sesungguhnya Hawa tercipta dari Tulang rusuk kaum Adam

Bukan untuk ditindas kerana lemah

Tapi untuk dilindungi kerana Indah

dan Indah apabila tertutup terpelihara

Kerana disitulah terjaganya Syahadah

Bak mekarnya wanita dalam sirah

Tuntunlah kami ke arah syurga..

Amin....


Saturday, April 2, 2011

Ayuh semarakkan majlis ilmu anjuran MTEN





Friday, April 1, 2011

Pernahkah kita menghayatinya???



Bismillahirrahmanirrahim...


Segala puji-pujian hanya selayaknya untuk Allah taala...selawat serta salam khas buat junjungan mulia, nabi Muhammad SAW, ahli bait baginda, serta para mujahidin yang tidak pernah penat dan lelah dalam mencurahkan segala tenaga dalam meletakkan Allah sebagai matlamat utama dalam setiap penjuru perkara...moga2 aku tetap thabat meneruskan rantaian perjuangan ini sehingga ke titisan akhir nyawaku...amin...


Alhamdulillah..setelah 5 minggu menyepi, kini teratak Ceritera Sang Murabbi kembali terisi. Sehinggakan ada sahabat yang menyuruh aku meng'update' blog ini daripada dibiar usang..terasa malu dengan teguran itu..seakan2 kita menulis kerana mengisi waktu lapang...bukan kerana tuntutan berdakwah untuk mentarbiyah pembaca agar terkesan untuk mencintai Allah dan mengerjakan segala suruhanNYA. Aku kagum dengan Sayyid Qutb..walaupun disebalik jeriji besi, diseksa, dipukul, beliau masih mampu untuk menulis malah mengarang kitab tafsir fi zilalil quran yang kini menjadi rujukan utama dalam bidang tafsir..


Baru sahaja menghabiskan penulisan assignment bagi subjek PIM3101~ Kurikulum Pendidikan Islam..dan selamat dihantar ke meja Dr Maimon..tertarik dengan assignment ni. Sambil menyelak buku-buku rujukan sirah, aku terbaca tentang khutbah terakhir Rasulullah saw...Jom kita sama-sama hayatinya...


Wahai manusia, dengarlah baik baik apa yang hendak ku katakan. Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Wahai Maanusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini, dan kota ini sebagai suci, maka anggap lah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah suci. Kembalikan harta yang di amanah kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak. Jangan lah sakiti sesiapa pun, agar orang lain tidak menyakiti kamu pula.Ingatlah bahawa sesungguh nya kamu akan menemui Tuhan kamu, dan dia pasti membuat perhitungan di atas segala amalan kamu.


Allah telah mengharamkan riba’, oleh itu segala urusan yang melibatkan riba’ di batalkan mulai sekarang. Berwaspada lah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara perkara besar, maka berjaga jagalah supaya kamu tidak mengikutinya dalam perkara perkara kecil.


Wahai manusia , sebagaimana kamu mempunyai hak atas para isteri kamu, mereka juga mempunyai hak di atas kamu.Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka ke atas kamu, maka mereka juga berhak untuk di beri makan dan pakaian dalam suasana kasih sayang. Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik dan berlemah lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia.


Dan hak kamu ke atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang tidak kamu sukai ke dalam rumah kamu dan di larang melakukan zina. Wahai maanusia dengarlah bersungguh sungguh katakata ku ini,sembahlah ALLAH, dirikan sembahyang lima kali sehari, berpuasalah di bulan Ramadhan,dan tunaikan zakat dan harta kekayaan kamu, kerjakan ibadah Haji sekiranya kamu mampu. Ketahuilah bahawa setiap Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain.


Kamu semua adalah sama, tidak seorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam Taqwa dan Beramal Solleh. Ingatlah, bahawa kamu akan mengadap ALLAH pada suatu hari untuk dipertanggungjawabkan di atas segala apa yang telah kamu kerjakan. Oleh itu, awasilah agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku. Wahai manusia, tidak ada lagi Nabi dan Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru. Olh itu wahai maanusia, nilailah dngan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah di sampaikan kepada kamu.


Sesunguhnya, aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikut kedua keduanya, nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. itulah Al-Quran dan Sunnahku. hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku, menyampaikannya kepada orang lain, dan hendaklah orang lain itu menyampaikan pula kepada yang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata kataku dari mereka yang mendengar terus dari ku. Saksikan ya-ALLAH! bahawasanya telah aku sampaikan risalah MU kepada hamba hamba MU.


Demi Allah...sungguh indah kata-kata yang telah disampaikan oleh Rasulullah saw...cuba kita bayangkan keadaan ketika itu, ratusan ribu manusia yang telah ditarbiyah oleh rasulullah berkumpul di padang Arafah..semata-mata untuk mendengar amanat dari Rasulullah tercinta...xmemerlukan speaker...kuasa Allah...suara Rasulullah mencapai ke setiap gegendang telinga yang hadir...benarlah sebagaimana firman Allah:


‘Sesungguhnya Kami pasti menolong Rasul-rasul Kami dan menolong mereka yang beriman dalam kehidupan (mereka) di dunia dan di hari berdirinya saksi-saksi’


Pernahkah kita menghayati khutbah terakhir baginda??? Setelah apa yang telah baginda curahkan dalam seluruh hidupnya...demi menegakkan IMAN di atas bumi Allah....Astaghfirullah...kini..apa yang telah kau sampaikan ya Rasulullah, sudah berpindah ke atas pundak kami...Namun, sehingga kini, apa yang telah kami lakukan selaku penyambung mata rantai perjuanganmu???


Aku malu...malu untuk bertemumu di hari Akhirat kelak..dek kerana kelalaian kami terhadap tanggungjawab dakwah yang tidak kami sampaikan...Semoga..dengan bacaan khutbah terakhir ini mampu untuk memperbaiki serta mengejutkan kami dari lena dibuai dunia... Amin....


(T_T)