BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Monday, November 29, 2010

Menggamit kenangan



Salam tautan ukhuwah buat semua...selawat serta salam buat junjungan mulia, Nabi Muhammad saw, para sahabat, ahlul bait serta para mujahidin yang sentiasa memerah keringat untuk Islam semata2...

Alhamdulillah...diberi peluang oleh Allah swt untuk kembali mencoret setelah sekian lama dibiar usang..sepatutnya cuti2 begini blog semakin galak di'post'kan..mungkin faktor keadaan persekitaran tidak memungkinkan bagi aku untuk menghadap laptop terlalu lama...{bukak fb blh plak}

Cuti ni, berjalan dengan baik...alhamdulillah. Sampai ke hari ini, aku telah berjaya menghabiskan 2 buah buku yang aku peruntukkan untuk cuti ini...tinggal lagi 3 buah buku..insyaAllah jika berkesempatan... ...namun kita kena tahu dalam dunia ini Allah telah mencipta segalanya berpasang-pasangan, sebagaimana firman Allah taala:

"Dan segala sesuatu kami ciptakan berpasang-pasangan supaya kamu mengingati kebesaran Allah"
(Surah al-Zariyat,ayat 49)

Oleh kerana penciptaan berpasangan ini, maka siang ada malamnya, baik ada buruknya, begitu juga dengan indah pasti ada pahitnya.. apa yang indah adalah Allah telah memakbulkan apa yang aku harapkan selama ini untuk menjejakkan kaki ku ke bumi yang diberi jolokan sebagai serambi makkah..sudah lama tidak kesitu..memang terasa teruja..dengan bandarnya jika dilihat papan tanda pasti terselit tulisan jawi...mana nak dapat tengok macam ni di bumi lain? Lebih-lebih lagi apabila aku ke HUSM, pada setiap katil, aku melihat papan tanda yg ditulis: "Solatlah walaupun dalam kesakitan", dengan air yang diperuntukkan dalam bekas untuk kemudahan para pesakit mengambil wuduk.. MasyaAllah...begitu tegas penekanan terhadap solat yg diberikan untuk mendidik masyarakat dalam membangun bersama Islam. Hatta dalam keadaan kritikal sekalipun, jururawat akan mengerah setiap pesakit untuk solat.. Begitulah ajaran Islam...Mungkin nanti apabila Khilafah Islam kembali menyinar, ustaziatul alam adalah Islam, maka puak yg menetang islam tidak mampu untuk berbuat apa, dan segalanya tunduk dan patuh pada agama...

Sebaliknya, apa yang pahit adalah berita tentang Che da yang mengalami kanser tulang dan tulang pahanya yang patah mengejutkan aku. Berita itu aku terima ketika aku baru sahaja selesai paper Pengajian Islam 1 sejurus setelah itu, ayah menghantar mesej dengan doa yang dikirim untuk memudahkan aku menjawab exam dan khabar yang diselit menyatakan Che Da kini di HUSM...bila sampainya aku dikampung halaman, terus ibu mengajak aku ke kelantan untuk melawat, dan baru2 ni adalah kali kedua setelah Che Da melakukan pembedahan... alhamdulillah..segala puji bagiMU ya Allah..kerana Engkau mendatangkan penyakit dan Engkau jualah yang menyembuhkan...Che Da kini dalam proses penyembuhan, moga segala-galanya baik padanya..amin..

Kenapa tajuk post 'Menggamit Kenangan'? Kerana apabila aku melihat tangisan anak kecil yang bernama sofiya, anak kepada Che Da, yang menangis kerinduan pada mamanya, aku kembali teringat bagaimana saat arwah ma aku telah kembali ke rahmatullah...Begitu sayu, pilu...tangisan seakan susah untuk berhenti kerana melihatkan mayat arwah ma aku dimandikan dihadapan aku, tidak dapat menerima kenyataan kehilangan seorang mak..sehinggakan datang beberapa orang kenalan yang mententeramkan aku...

Namun, itu cerita dahulu, aku redha dengan pemergian arwah ma...yang menghidap penyakit yang sama seperti Che Da, tp dugaan Che Da lagi kuat, selepas hilang satu penyakit, datang pula penyakit baru...itulah namanya hidup..setiap yang yang mengaku bernama muslim, pasti Allah akan timpakan padanya ujian..tidak kira apa jua bentuk ujian sama ada yang berbentuk nikmat mahupun musibah...

"Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: "Kami beriman", sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)..dan Demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu daripada mereka, maka (dengan ujian yang demikian), nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang sebenar-benarnya beriman, dan nyata pula apa yang diketahuiNya tentang orang-orang yang berdusta."(surah al-ankabut:2-3)

Itulah janjiNya, dengan ibtila' mahupun ujian, akan meneguhkan lagi keimanan bagi mereka yang sentiasa redha dengan Qada' dan Qadar Allah... Dan aku sentiasa berdoa, semoga arwah ma ditempatkan dikalangan orang2 yang beriman dan kini tersenyum bahagia di dalam SYURGA...insyaAllah..amin...alfatihah


Monday, November 22, 2010

Cinta Ilahi




Salam Mahabbah sahabat...
bagaimana iman sahabat semua?
adakah ianya dalam keadaan yang baik2?
diharap untuk musim cuti sekolah ni
akan makin bertambah iman kita
sama-sama kita merebut nikmat pahala
yang Allah ganjarkan untuk bulan zulhijjah ini
untuk mencapai ke tahap mardhotillah

Bagi para hujjaj (jemaah haji)
moga pulangan ke tanah air
akan disinari haji yang mabrur
insyaAllah...

Menyentuh perihal cinta Ilahi
sesungguhnya ia amat sukar
sukar yang bagaimana?
sukar untuk ditafsir..
sukar untuk mengalirkan airmata
mengapa ya Aisyah?
mungkin hati ini perlu dididik lagi

kadang terasa malu dgnMU ya Allah
malu dengan segala nikmat yang Engkau berikan
tidak terhitung
namun, itulah pintaku setiap hari...
kerana aku hambaMU yang lemah
hanya mengharap bantuan dariMU ya Allah
Hasbunallahuwanikmal wakil

Pernah di suatu ketika
aku jatuh tersungkur
mungkin kerana terlalu lemas dengan duniawi
namun kasihMU tidak ku nafi
sentiasa menjenguk diri
walaupun diri ini sering alpa
Engkau titipkan padaku
erti kesabaran
berdepan dengan ujian
kerna itu
aku masih berdiri...
meniti hari dalam mencari cintaMU Ilahi

Ingin ku pupuk jiwa ini
melestarikan cinta hanya untukMU Ilahi
sepertinya cinta kekasih agungMu
Rabiatul Adawiyah
begitu tulus dan suci
hijabkanlah aku daripada mengingati
cinta insani yg bukan untuk aku miliki
hijab juga diriku daripada memandang
cinta insani yg tidak harus untuk aku miliki...
penuhkanlah piala kecintaanku
HANYA UNTUKMU YA ILAHI...
Allahumma amin..

Sunday, November 7, 2010

Aisyah Humaira'




Wajah berseri pipi kemerahan
Engkau digelar Aisyah Humaira'
Namun bukan ingin ku bicarakan
Hingga dirimu jadi sanjungan
Tetapi merahnya darah perjuangan
Peniup semangat suami

Khabar al-ifqi satu titik pemula
Telah mencalar kebahagiaan
Fitnah munafiqun tak kenal sesiapa
Insan yang mulia atau sahaya
Hatta dirimu ummahatul mukminin
Yang setanding al-mukatsirin

Usah ditanyakan mengapa
Lewatnya turun wahyu itu
Bagi membuktikan kepalsuan
Tuduhan seorang pendusta

Tapi lihatnya hikmahnya
Di sebalik tiap kejadian
Yang telah berlaku
Tuhan tidak akan pernah
Mempersia-sia
Ketabahan seorang insan
Dalam mengharungi arus kehidupan
Yang penuh mehnah ujian

Takkan terhidu harum mewangi
Jika tak dinyalakan setanggi
Takkan terasa manisnya hidup
Andai tak dilambung gelora

Engkau isteri sejati
Yang memangku Nabi
Saat hujung nyawa kan pergi
Sungguh beruntungnya dikau
Punyai suami yang amat
Mengasihi umatnya
Dia insan yang mulia
Kau semadikannya
Di ruang kamarmu

Sebagai mukadimah...lagu yang menyentuh kalbu...Srikandi Harakah, Aisyah Humaira'...Dikau begitu faqih dalam keilmuanmu sehingga menjadi rujukan oleh para sahabat, seorng srikandi yang cerdas, mempunyai rasa kecintaan yang begitu tulus buat suamimu, penghulu sekalian nabi... Hidup dalam fasa alam rumah tangga memang sentiasa teruji, begitu jua dirimu...sebaran fitnah telah mencalar maruahmu....aku mengerti, agaknya ketika itu, tahap kesabaranmu begitu memuncak...jika aku berada di tempatmu..sudah tentu diriku tidak sehebat dirimu...Mengkaji kisah sirahmu, cukup menjadikan aku terasa bahang akan perjuanganmu...Aku tidak mahu menyentuh akan kecemburuanmu terhadap khadijah, kerana itu lumrah alam rumah tangga, namun aku kagum akan dirimu yang bukan sahaja tinggi dalam keintelektualan, malah jua cekap dalam berpolitik...Tiada wanita sebanding dirimu....Aisyah Humaira'....


Hidangan untuk cuti sekolah yang bakal menjelma....hadiah buat diriku...SIRAH SAYYIDATINA AISYAH UMMUL MUKMININ....

sekian...

Friday, November 5, 2010

Yang bernama Sahabat....



Salam sayang buat sahabat-sahabat semua
hari ini tiba-tiba terasa ingin mencoret sesuatu
tentang kisah persahabatan

Ada sahabat aku berkata
ikatan yang diikat dengan akidah itu lebih kuat berbanding ikatan kekeluargaan
betul ke?
pada watu itu, aku mula menilai kata-kata itu
dan kini....
aku merasai akan kemanisan ikatan yg diikat dengan akidah

mesti ada yang tertanya, apa bezanya antara ikatan akidah dan ikatan kekeluargaan?
ikatan akidah ini kita sama-sama paksikan
tujuan dan matlamat kita semata-mata untuk mencapai keredhaan
Allah taala...
dan semestinya...
ikatan akidah ini bertunjangkan akidah islamiyyah
maka...lahirlah disitu...
hamba-hamba yang apabila bertemu dan berpisah adalah kerana Allah taala

ikatan kekeluargaan??
ikatan ini sudah cukup untuk aku tafsirkan seperti kisah yg berlaku
dalam peristiwa Hijrah baginda bersama-sama kaum muhajirin dan ansar
apabila kaum Ansar sanggup mengorbankan seluruh harta, dan keluarga
semata-mata untuk kebahagiaan sahabat mereka
kaum muhajirin
muhajirin pula, sanggup meninggalkan keluarga
semata-mata kerana untuk menyelamatkan aqidah mereka
demi islam tercinta

Dulunya aku pun begitu
seakan tidak mahu melepaskan mereka pergi...
namun kerana tuntutan kefardhuan menuntut ilmu
aku redha....
mungkin kerena perpisahan itu, akan menjadikan kami
lebih erat...lebih saling mengingati dalam doa
insyaAllah...

siang tadi....
adik-adik yg menumpang bilik aku
sudah selamat pulang ke bilik masing-masing
sedih terasa...
seakan-akan kosong pulak bilik ini
Maisarah..si kecilku...
Su'aidah...
hanna...
rindu dengar gelak tawa korang
solat berjemaah bersama-sama
makan, buka puasa....
dan yang penting
usrah kecil kita
yg selalu dibuat scra tidak langsung
dan..
bilik ini sentiasa bergema dengan hujah2 mantop korang
tak pe kite kongsi dalam kelas pulak ye

Aku pun tidak lupa
pada sahabat yg aku cintai kerana Allah...
Bazzliena...
yang untuk ketika ini...
sentiasa disamping aku
tika penat dan lelahnya diriku
kamu datang menyapunya
menghilangkan keresahan di jiwa
dan tika dirimu kesedihan
aku xmampu untuk lakukan yg terbaik buatmu...
sebagaimana yg kau lakukan padaku
Maafkan daku...
tp kini kita dah jauh...

korang semua ingat lagi tak
lakonan kita...
dalam usrah kak dila...
manis la saat itu...
mai~ adik lelaki yg suke main game
su~ abg yg suke berfoya2
shika~ adik perempuan yg sdg bercouple
{(paling mantop (^_~)V!}
hanna~ ayah yg xlayan hal kuarge
bazz~ mak yg suke ber'tabarruj' n mendedahkn auratnya
aku~ mangsa keadaan
kak dila~ pengarah filem

rupanya semua ada bakat jadi pelakon
(^_~)V!
tapi alhamdulillah....
nasib baik Allah telah mencampakkan kita pada satu tempat
yang bernama IPIS...
dengan sama2 menanam rasa cinta berukhuwah
Indahnya saat itu...
moge apa yang kita dapat,
kita akan sama-sama praktikkan untuk berdakwah pada keluarga
insyaAllah...

Mungkin setakat ini sahaja...
luahan hati...
ampun dan maaf dipinta
jika ada yang terkasar bahasa
terguris kata...
sepanjang kebersamaan kita dalam bilik ni
moga ukhuwah kita terus mekar hingga ke akhirnya...
amin...



Thursday, November 4, 2010

Selamatkan bumi Malaysia Ya Allah...


Salam Mahabbah buat semua sahabat-sahabat...Syukur di rafa'kan kepada Ilahi atas segala nikmat kurniaan-NYA, selawat serta salam buat junjungan tercinta, Muhammad SAW, para sahabat, ahlul bait, serta muslimin dan muslimat satu akidah yang aku cintai...

Diriku masih lagi dalam fatrah imtihan, namun sengkangan masa yang agak lama, menjadikan aku mula mengarang sesuatu dalam ceritera sang murabbi. Sambil aku membelek-belek akhbar harian, pelbagai peristiwa yang terpampar, aku tertarik dengan isu yang berkaitan dengan budaya yang suka berhibur di kalangan masyarakat kita khususnya. Kita sendiri boleh melihat satu persatu kronologi budaya hedonisme yang mula secara underground menyerap masuk dalam masyarakat kita. Bermula dengan konsert Adam Lambert yang ingin diadakan dalam negara kita, namun ia sendiri mendapat tentangan hebat dalam kalangan mahasiswa khususnya yang secara terang-terangan menentang konsert itu diadakan. Gamis contohnya telah mengambil peranannya di mana telah menghantar memorandum untuk membatalkan terus konsert tersebut. Hal ini jelas kerana kita mengetahui Adam Lambert sendiri mengaku bahawa dia adalah seorang gay. Apakah selayaknya seorang gay dijemput untuk mengadakan persembahan dan menjadi tontonan umum masyarakat kita? dan apakah beliau merupakan seorang yang selayaknya untuk dijadikan idola buat anak2 muda?

Tidak cukup dengan itu, timbul pula isu yang berkaitan 'Islamic' fashion yang aku sendiri lihat entah di mana islamiknya fashion yang ingin ditonjolkan. Paling parah penglibatan 'orang kuat negara' telah mencetuskan lagi kontrovesi...hal ini membuktikan bahawa 'mereka' merupakan pendokong kuat program tersebut...




Belum lagi surut isu berkaitan 'Islamic Fashion', timbul pula isu berkaitan keinginan pihak kerajaan untuk menjadikan Malaysia sebagai hub hiburan malam melalui Program Transformasi Ekonomi. Kononnya, melalui ETP ini, ia akan dapat menjana kebejatan ekonomi Malaysia... Sungguh cetek pemikiran...Tidakkah mereka melihat kesan jangka masa panjang yang akan berlaku pada masyarakat jika budaya hiburan ini terus-terusan menjadi hub halal bagi rakyat Malaysia? Sungguh rakyat Malaysia hari ini ketagih akan hiburan...Jika dilihat akan program ini, apa yang bermain diminda yang CELIK AKAL adalah masalah sosial akan berleluasa...Tidak cukup dengan masalah yang berlaku dalam masyarakat, mereka tambah lagi dengan masalah lain. Buang bayi, rogol, jenayah membunuh, mencuri, hisap dadah dan sebagainya adalah hasil daripada program-program yang di atur oleh pihak berkenaan....

PENYELESAIAN....???

Aku pasti, jalan penyelesaian yang terbaik adalah dengan berbalik kembali kepada ajaran Al-Quran dan As-Sunnah. Lupakah kita akan sabda baginda saw? :

" Tidak aku tinggalkan kepada kamu harta dan pusaka melainkan 2 perkara,selagi mana kamu semua berpegang kepdanya, kamu tidak akan sesat selamanya, iaitu kitab Allah dan Sunnahku.."

InsyaAllah, jika pemimpin yang lahir sentiasa berpegang dengan keduanya serta mentadbir negara dengan berpelembagakan keduanya maka akan selamatlah bumi ini...

Jadi ayuh bangkitlah sahabat-sahabat semua agar sentiasa peka akan perkara yang menyentuh sensitiviti orang islam khususnya dalam negara kita. Janganlah kita hanya berlapang dada dengan hanya mendengar dan berpeluk tubuh akan isu-isu seperti ini...bangkitlah untuk kita sama-sama sahut seruan untuk menentang puak thaghut... Apa yang aku cari, damai buat bumi ini.....

Sekian sahaja dari diri yang faqir ini...semoga apa yang baik itu datangnya daripada Allah taala...dan kurang itu dari diri yang hina ini....

Wallahua'lam...