Dengan lafaz Bismillah, Kupanjatkan seinfiniti kesyukuran kepada Rabbul Jalil kerana mengurniakan kepadaku nikmat yang tidak terhitung banyaknya..Selawat serta salam buat junjungan terbesar Nabi Muhammad SAW, para sahabat baginda, ahlul bait serta pejuang-pejuang ISLAM yang tidak pernah jemu dan letih dalam menegakkan kalimah Allah dibumi ini.
Alhamdulillah...masih lagi diberi kudrat kepada hamba yang daif lagi hina ini untuk hamba meneruskan coretan pena pada jalan dakwah ini. Cuba untuk mencari ruang dan masa yang terluang agar CERITERA SANG MURABBI ini tidak pernah sunyi dan dibiar usang. Baru-baru ini aku telah ke pameran buku antarabangsa di PWTC dan aku berkesempatan untuk membeli beberapa buah buku yang aku kira dapat memanfaatkan masaku yang terluang. Antaranya 'Gerakan Freemasonry: Musuh dalam Menghancurkan Islam' yang ditulis oleh Hj Nik Azran Muhamed dan Hj Mohd Mahadi Hj Isa.
Jika ditanya apakah yang dikatakan Freemason kepada ribuan remaja masa kini, aku kira sudah tentu hanya sekerat sahaja yang mampu menjawabnya...Ya! Aku pun mungkin berada lingkungan mereka. Namun, atas kesedaran, aku cuba untuk menghadamkan buku ini dengan membaca, meneliti serta memahami apa sebenarnya yang dikatakan dengan Freemason.
Freemason merupakan satu gerakan bawah tanah yang tidak bergerak secara kekerasan atau peperangan tetapi sebaliknya mereka menggunakan serangan pemikiran (al-ghazwatu fikriah). Serangan cara baru ini amat berkesan sehingga mereka mengabdikannya di dalam slogan mereka:
'Apabila kamu gerun dan takut kepada senjata musuh, maka hendaklah kamu rosakkan pemikiran mereka, nescaya (sudah pasti) kamu dapat membunuhnya'
Strategi baru ini sememangnya menyebalahi mereka tatkala melihat umat Islam kini lalai dengan kemewahan dan kesenangan. Serangan cara baru ini yang diketuai oleh orang-orang Yahudi begitu licik dan tersusun rapi sehingga umat manusia khususnya orang-orang Islam tertipu seterusnya jatuh tersungkur. Mereka cuba terapkan ajaran-ajaran baru untuk dijadikan amalan bagi umat Islam yang jahil tentang hukum hakam Islam yang sebenar. Maka bertitik tolak daripada itulah, umat Islam mula ditindas di sana sini lantaran mereka meninggalkan perjuangan Islam dan menganuti fahaman-fahaman 'isme' yang menyeru kepada kebendaan. Inilah penyakit yang dikatakan sebagai 'Penyakit cintakan dunia dan takutkan mati'.
Kehadiran gerakan seperti ini telah membawa masuk slogan-slogan yang pada zahirnya menampakkan mereka sebagai gerakan yang memperjuangkan nasib bangsa tetapi pada hakikatnya, ia telah mengandungi agenda rahsia untuk kepentingan musuh Islam. Ia dipelopori oleh orang Yahudi yang ingin mengambil kembali tanah Palestin dan membina kembali Haikal Sulaiman dibawah tanah runtuhan Masjid Al-Aqsa, kemudian akan melebar-luaskan pemerintahannya ke Syiria, Iraq, Jordan, Mesir, dan terus menuju ke Madinah di Arab Saudi. Mereka cuba untuk mengembangkan fahaman mereka menerusi bidang pendidikan, politik, budaya dan sosial.
Gerakan ini telah dicetuskan oleh dua orang lelaki Yahudi bernama Aheram Abyod dan Muab Lavi yang merupakan penasihat kepada raja Herod's Arkiba/Father. Gerakan ini bermula sekitar tahun 37 M yang pada awal penubuhannya adalah untuk menyekat pengaruh ajaran Al-Masih (Nabi Isa a.s.) dan untuk menjaga keselamatan bangsa Yahudi. Di antara prinsip Freemasonry:
1) Kerahsiaan
2) Anggota wajib memberi taat setia 100% kepada Yahudi dan dikehendaki memutuskan hubungannya dengan agama dan negara.
3) Memuliakan keturunan Yahudi sahaja.
4) Menyebarkan semua kemungkaran dan mengagungkan hubungan seks.
5) Memusuhi semua agama sehingga dapat menguasainya.
6) Para anggota saling tolong-menolong antara satu sama lain.
7) Mengadakan propaganda dan revolusi.
Matlamat mereka terbahagi kepada dua bahagian iaitu dengan matlamat utama dan membina Haikal Sulaiman.
Orang Yahudi cuba merampas dan menghancurkan Al-Quds untuk membina Haikal Sulaiman
Apabila kita buka semula segala lipatan sejarah bagaimana musuh laknatullah ini mengadakan beberapa bentuk cubaan untuk merampas kembali Baitul Maqdis, ternyata mereka tidak pernah berputus asa. Bagaimana pembunuhan yang telah dilakukan ke atas pengasas Hamas, Syeikh Ahmad Yasin yang begitu menyayat hati sehingga hancur luluh jasad beliau dalam kejadian tersebut.
Syeikh Ahmad Yasin
Begitu juga dengan beribu-ribu lagi pengikut setia As-Syahid Syeikh Ahmad Yasin yang turut syahid dek kerana kedengkian, kerakusan dan semangat yang membara pihak Yahudi dalam rangka menguasai semua pentadbiran antarabangsa. Melihat pada dunia sekarang, Golongan Freemason ini cuba menerapkan semangat Nasionalisme (Kesatuan Bangsa) yang jelas ianya bercanggah dengan Islam yang mana menuntut kepada kesatuan umat Islam seluruhnya tanpa mengira bangsa, warna kulit, keturunan, sempadan negara dan sebagainya. Mereka cuba untuk memutar-belitkan konsep 'cintakan tanahair ataupun semangat patriotik' hinggakan kita menyaksikan sendiri negara-negara umat Islam bergaduh dan berperang sesama sendiri ataupun negara umat Islam tidak memberi bantuan kepada negara umat Islam yang lain.
Selain itu, akibat daripada gerakan Freemason ini telah berlaku pelbagai kerosakkan yang berleluasa terutamanya dalam aspek pemerintahan dan politik, aspek ekonomi, aspek pendidikan dan tarbiyah serta aspek sosial dan kemasyarakatan. Mereka mewujudkan sistem sekular yang mana ianya memisahkan Islam dari kehidupan keduniaan manusia. Maka berlakulah pelbagai kepincangan dan manusia kini semakin rakus mengejar material. Lihat sahaja negara kita..Baru-baru ini terpapar dalam berita bahawa terdapatnya 17,000 lebih anak luar nikah yang DIDAFTARKAN...yang TIDAK BERDFTAR???? Astagfirullah....
Jadi, ayuhlah wahai anak muda sekalian...Kita harus bangkit!!! usahlah kita berdiam diri sahaja. Adakah kita hanya mahu berpeluk tubuh, sekadar melihat akan semua agenda yang telah disusun oleh musuh laknatullah ini??? Tidakkk sama sekali. Bahkan kitalah Pewaris Rasulullah dalam membasmi sistem Kuffar dan penegak Kalimah suci Allah...!
"Ya Allah, sesungguhnya kami bermohon pertolongan
Mu, kami meminta ampun kepada Mu, kami memohon petunjuk dari
Mu, kami beriman kepada Mu, kami berserah kepada Mu dan kami
memuji Mu dengan segala kebaikan, kami mensyukuri dan tidak
mengkufuri Mu, kami melepaskan diri daripada sesiapa yang durhaka
kepada Mu.
Ya Allah, Engkau yang kami sembah dan kepada Engkau kami
bersalat dan sujud, dan kepada Engkau jualah kami datang bergegas,
kami mengharap rahmat Mu dan kami takut akan azab Mu kerana
azab Mu yang sebenar akan menyusul mereka yang kufur
Ya Allah, Muliakanlah Islam dan masyarakat Islam. Hentikanlah
segala macam kezaliman dan permusuham, Bantulah saudara-saudara
kami di mana sahaja mereka berada. Angkatlah dari mereka
kesusahan, bala, peperangan dan permusuhan.
Ya Allah, selamatkanlah kami dari segala keburukan dan janganlah
Engkau jadikan kami tempat turunnya bencana, hindarkanlah kami
dari segala bala kerana tidak sesiapa yang dapat menghindarkannya
melainkan Engkau, ya Allah"
Amin ya Rabbal 'Alamin
Wallahua'lam...